PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 12, 2010

RE: Majalah Forbes Berbohong pasal Rosmah..!!!

lasa, Oktober 12, 2010

Mahasiswa akan ke Galas

Pilihanraya Kecil merupakan salah satu kompenen penting bagi Negara Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme dan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen. Maka setiap inci rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan sistem ini terus berlangsung mengikut lunas-lunas perlembagaan. Mahasiswa memberi jaminan bahawa PRK Galas kali ini bakal menyaksikan sekali lagi mahasiswa akan berpencak sebagai generasi muda pencinta Negara. Mahasiswa akan turun bersama rakyat untuk memimpin mereka mencorak masa depan yang terletak di tangan mereka sendiri. Keterbukaan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa turun ke Galas akan digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan peranan mahasiswa yang sentiasa dominan di sisi masyarakat.

Mahasiswa tidak memiliki kepentingan kepartian, apa yang penting bagi mahasiswa ialah prinsip bersih, amanah, telus dan adil perlu berfungsi sebaik mungkin di Galas. Mahasiswa sudah muak dengan berita berita kotor Pilihanraya yang sentiasa menerpa ruang media sehingga masyarakat sudah hilang percaya kepada sistem demokrasi Negara. Jika SPR kekurangan tenaga untuk memastikan PRK berjalan dengan adil dan bersih, biar mahasiswa menggalas tugas tersebut. Jika polis merasa berat tulang untuk memastikan keamanan sepanjang PRK, biar mahasiswa yang menggalas tugas tersebut agar rakyat dapat mengundi dengan selesa. Jika diberi peluang, mahasiswa akan pastikan setiap pentas kempen sentiasa padat dengan kelantangan aktivis mahasiswa yang sentiasa optimis untuk membela rakyat. Mahasiswa juga tidak akan meolak jika diberi peluang untuk tampil kehadapan sebagai calon alternatif kepada rakyat di Galas. Jika mahasiswa pernah tampil beberapa tahun dahulu dengan mengemukakan manifesto yang cukup telus kepada rakyat, saya kira semangat itu masih ada dalam jiwa mahasiswa hari ini. Parti Mahasiswa Negara mungkin sudah terkubur, tetapi ruh perjuangan mahasiswa untuk membela rakyat masih subur. Selaku Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, saya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak akan walaupun sekali melangkah ke belakang bagi memastikan ruh perjuangan membela rakyat terus hidup biar apa juga halangan yang bakal didepani.Saya menyeru kepada seluruh sahabat mahasiswa untuk turun ke medan Pilihanraya Kecil Galas sebagai agen tidak rasmi kepada sistem demokrasi Negara. Kita nilai, imbang, dan kita siapkan resolusi untuk masa depan demokrasi Malaysia melalui pemerhatian kita di Galas. Kita tidak turun untuk PAS, mahupun UMNO, tetapi kita turun ke Galas untuk rakyat dan masa depan Negara. Kita hormati mereka yang berada di pentas politik kerana mereka juga elemen yang menjayakan sistem demokrasi Malaysia. Namun kita sebagai mahasiswa boleh membantu rakyat untuk menentukan siapa yang lebih sesuai untuk memimpin mereka.

 

Sdr. Syukri Ab Razab

Pengerusi Majlis Politik Nasional

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia




mca dan umno terus bergolak

Hubungan antara UMNO dengan MCA tidak akan dapat dikukuhkan sekiranya Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terus membangkitkan isu mengenai penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau hairan mengapa Soi Lek masih berdegil untuk membangkitkan isu berkenaan sedangkan kaum bumiputera terutamanya orang Melayu tidak pernah mengambil apa-apa hak kaum Cina di negara ini.Jelas Khairy, jika benar Presiden MCA itu prihatin dengan nasib orang Melayu, beliau seharusnya menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor swasta dan bukannya mengkritik mengenai isu ekuiti bumiputera itu."Saya rasa perkara seperti ini tidak wajar dibangkitkan lagi kerana ia telah dipersetujui bersama sebelum ini."Dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak berniat untuk membalas kritikan tersebut sebaliknya berharap agar Presiden MCA itu sedar apa yang telah dilakukannya itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Semalam, Soi Lek mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.Menurut Soi Lek, ia adalah selaras dengan program transformasi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan pendirian Soi Lek dan menyifatkan Presiden MCA itu masih menyimpan sikap prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu di negara ini.Katanya, kuota 30 peratus itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini yang masih jauh ketinggalan dalam sektor berkenaan."Orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak-ansur dan berkorban supaya kemakmuran ini dapat dikecapi bersama oleh bukan Melayu atas semangat perpaduan dan kepentingan negara."Justeru, apa salahnya jika bukan Melayu membiarkan kuota tersebut dikekalkan yang mana bakinya telah berjaya mereka kuasai tanpa ada sedikitpun halangan daripada kerajaan," katanya.Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid pula berpendapat, Soi Lek tidak menghayati kesepakatan yang telah dibina oleh generasi terdahulu sebelum ini."Mereka (MCA) perlu sedar bahawa walaupun memiliki ekuiti sebanyak 30 peratus, tahap pencapaian orang Melayu sebenarnya masih jauh berbanding orang Cina di negara ini."Jika beliau (Soi Lek) tidak berpuas hati dengan apa jua isu, eloklah duduk berbincang dengan pihak yang berkenaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

 

Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 ulasan

Gerakan sudah berkubur di P.Pinang

GEORGE TOWN: Seperti pepatah Melayu "biduk lalu, kiambang bertaut", begitulah juga harapan anggota parti Gerakan di Pulau Pinang agar mereka kembali bersatu setelah mesyuarat agung luar biasa semalam menolak usul tidak percaya terhadap pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan. Bagi pemerhati politik, keputusan itu seharusnya diterima secara terbuka dan anggota parti yang mahukan perubahan kepimpinan perlulah bersabar dan menyokong kepimpinan sedia ada.Seorang veteran parti yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, walaupun terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Teng, mereka wajib memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.Katanya apa yang lebih penting ialah Gerakan harus bangkit dan bergerak untuk merampas semula semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang sebelum ini dikuasainya selama lebih 30 tahun."Tidak dapat dinafikan begitu ramai yang kecewa dengan kekalahan teruk Gerakan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 tetapi kita harus menerima hakikat bahawa antara faktor kekalahan sehingga tumbangnya Barisan Nasional di Pulau Pinang adalah perpecahan sesama sendiri," kata beliau.Lim berkata jika perpecahan itu berterusan dan anggota parti melepaskan dendam pada pilihan raya umum ke-13 akan datang,harapan BN untuk merampas semula kerajaan negeri akan hanya tinggal harapan.Dalam EGM semalam, seramai 174 anggota perwakilan mengundi untuk menolak usul berkenaan manakala 145 lagi mahu Teng digugurkan dan satu lagi undi rosak.Turut mengundi ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang sebelum itu dilaporkan tidak akan menghadirinya.EGM itu diusahakan oleh sekumpulan anggota parti yang menggelarkan diri mereka sebagai "Suara Akar Umbi" yang tidak mahu Teng terus menerajui parti itu di Pulau Pinang.

Sebenarnya, krisis kepimpinan Gerakan dikatakan bermula dengan perebutan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Koh melepaskan teraju kepimpinan negeri itu untuk bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.

Menurut seorang lagi bekas pemimpin kanan parti yang tidak mahu dikenali, terdapat tiga calon yang disebut-sebut layak menjadi ketua menteri ketika itu iaitu Teng, Datuk Seri Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow.

"Ketiga-tiga mereka ini berminat untuk menjadi ketua menteri dan masing- masing mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti tetapi kepimpinan parti tidak membuat sebarang keputusan dan akhirnya ia mengundang kepada perpecahan. Akibatnya semua calon Gerakan tewas dalam pilihan raya umum lepas," kata beliau.

Pulau Pinang adalah kubu Gerakan dan merupakan satu-satunya negeri yang dikuasai oleh parti itu, namun ia kini menjadi kenangan sahaja kerana kesemua calon wakil rakyatnya termasuk Koh kecundang.

Seorang bekas calon wakil rakyat Gerakan yang enggan namanya disebut berkata terdapat budaya "bunuh membunuh" menjelang pilihan raya lepas kerana mereka tidak mahu calon-calon tertentu menang.

"Saya tak tahu bagaimana hendak menggambarkan kekecewaan saya ketika berkempen pada pilihan raya lepas kerana ada penyokong parti lain dalam BN mahu kurangkan pengaruh Gerakan dan tidak mengundi calon dari parti Gerakan, begitu juga sebaliknya ada penyokong dalam parti yang sama tidak mengundi kita kerana tidak mahu kita naik, mereka mahu kita kalah, tetapi akhirnya semua kalah," kata beliau.

Katanya mereka yang "membunuh calon" itu lupa bahawa kekuatan BN bukannya terletak kepada satu parti sahaja. Di Pulau Pinang terutamanya, Gerakan, MCA dan Umno perlu menang untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata krisis dalaman Gerakan dan MCA juga telah menyebabkan Umno kini terpaksa menjadi pembangkang kerana kehilangan rakan untuk membentuk kerajaan negeri walaupun mereka hanya tewas empat kerusi DUN.

"Krisis Gerakan sekarang adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat memulihkan kedudukan BN, terdapat anggota parti-parti dari BN yang sedang bercakaran sesama sendiri," kata beliau.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian, berkata sejak pilihan raya umum 2008, Gerakan tidak memainkan peranannya sebagai pembangkang di Pulau Pinang akibat dibelenggu masalah dalaman.

"Ini sepatutnya membuka mata semua pihak dalam parti itu, yang masih terlibat dengan perbalahan dalaman.

"Mereka perlu menyusun semula strategi tentang bagaimana untuk menjadi pembangkang dan bukan bergaduh tentang siapa yang patut mengetuai peperangan," katanya.

Sivamurugan berkata pangkalan Gerakan masih di Pulau Pinang dan parti itu tidak boleh berpindah dari negeri itu walaupun ketika ini ia kelihatan lebih kuat di Johor dan Sabah.

Menurut pemerhati, krisis dalam Gerakan sebenarnya telah membuka ruang kepada dua musuh parti itu, yang pertama ialah lawannya daripada pakatan pembangkang dan yang kedua daripada kalangan bekas anggota parti yang kecewa dengan kepimpinannya.

"Untuk kembali kuat, tidak ada jalan lain kecuali anggota Gerakan bertaut semula," kata seorang pemerhati. - BERNAMA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 ulasan

Isnin, Oktober 11, 2010

Wawancara Khas Buletin Rakyat bersama Sharpshooter

Ini adalah berita dari Buletin Rakyat keluaran Oktober. Sensasi 5 soalan telah ditanya kepada sharpshooter.

1) Dr Mahathir sering mempersoalkan kenapa kes liwat 2 Anwar kerapkali ditangguhkan oleh mahkamah. Apa komen saudara.

2) Nurul Izzah didakwa oleh sesetengah pihak sebagai pengkhianat kerana membocorkan rahsia pertahanan negara kepada akhbar Indonesia?

3) Kita difahamkan sesetengah pemimpin BN yang memunggah harta masing-masing untuk disimpan di luar negara sebelum menjelangnya PRU 13 kerana bimbang parti itu akan kalah dalam pilihanraya tersebut. Bagaimana isu ini?

4) Isu doa dalam khutbah Jumaat di P.Pinang dan Wakil Rakyat DAP memberikan tazkirah di dalam masjid menjadi satu perkara besar yang hangat diperkatakan pemimpin umno baru-baru ini. Apa pandangan saudara dalam hal ini?

5) Bagaimana pula dengan tindakan sesetengah pemimpin umno yang menggunakan masjid untuk memohon kemenangan calon BN bukan Islam P.Kamalanathan dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor?

Semua persoalan telah sharpshooter jawab dan sila klik pada gambar untuk membaca jawapannya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 ulasan

Mai..jangan tak mai...


Wanita Keadilan Cabang Batu Kawan akan menganjurkan satu majlis “Perjumpaan Calon-Calon Majlis Pimpinan Pusat Bersama Angota-Angota Parti” dengan kerjasama AMK Pulau Pinang dan Wanita Keadilan Cabang Tanjong. Berikut adalah butiran lanjut majlis tersebut:

Tarikh: 17 Oktober 2010 (Ahad)
Jam: 8.30 malam – 12.00 malam
Tempat: Bilik Pearl 1, Tingkat 7, Hotel Pearl View, 2933 Jalan Baru, Perai


Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput angota-angota parti Keadilan hadir bersama-sama menjayakan majlis ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 ulasan

Nyawa umno 1 Malaysia bergantung pada 1 lubang dubur...

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

Buktikan liwat tanpa tusukan?

Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

Politik menabur dendam

Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

Bebas dari politik dubur

Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 ulasan

Sharpshooter dan Zulkifli dipanggil Polis Bukit Aman untuk siasatan kes Rahimi


11 Oktober 2010 - jam 11:20 pagi, Sharpshooter menerima panggilan dari Supritendan Meor dari Polis Bukit Aman yang tak pernah aman untuk melengkapkan siasatan berhubung isu Rahimi.

Selepas Rahimi membuat laporan polis pada 6 Oktober 2010 di Balai Polis Klang, dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa dan Saiful Izham Ramli, nama sharpshooter dan Zulikifli Ibrahim juga disebut kerana kami berdualah yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam.

Pada mulanya Supritendan Meor mahu berjumpa di IPD Perda Bukit Mertajam pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 jam 10 pagi tetapi oleh kerana kami berdua akan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut maka akhirnya kami berdua akan dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit Perdana sekitar jam 5 petang.

Kelmarin peguam Anwar puan Latheefa telah mengubungi sharpshooter dan katanya beliau dan Saiful Izham Ramli telah dipanggil oleh Polis Bukit Aman pada hari Selasa (12 Oktober 2010) untuk beri keterangan.

Pihak peguam Anwar juga sedang menyiapkan saman terhadap Rahimi dan akan umum dalam masa terdekat. Sebab itu sharpshooter tangguh sementara kisah sebenar tentang Rahimi sebab kami berdua akan menjadi saksi dalam kes saman terhadap Rahimi di Mahkamah

Sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim kedua-duanya adalah Exco Amk Pusat dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit Perdana jam 5 petang pada hari Rabu ini.

Berani kerana benar....kami tahu Rahimi sebenarnya berbohong dan berusaha membersihkan nama Najib dan Rosmah dan dalang sebenar dalam isu Rahimi adalah senatak Raja Sesumpah.

 

No comments: