PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 12, 2010

RE: Jemaah Haji Malaysia Menggunakan

 

Jemaah Haji Malaysia Menggunakan

Vaksin Haram ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih.

Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-


Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

Keterangan/Hujah:

1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.

2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.

3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf  "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.

4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.

5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.

6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.


Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-

·                                 Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.

·                                 Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.

KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN

Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax, keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-

1.                               Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).

2.                               Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.

3.                               Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : "Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk)  dan juga pengesahannya di sini

4.                               Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.

Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, "salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya."

KESIMPULAN

Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari'ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut. Kaedah Fiqh menegaskan

لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان

Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)

Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Oktober 2010

Jemaah Haji Malaysia Menggunakan

Vaksin Haram ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

| More...

Comments  

0 #4 Salam ustaz....Al-Fadil 2010-10-10 00:43

Ustaz kan ramai kawan2 yang ada link secara langsung / tak langsung dengan majlis fatwa.... Dari bacaan saya, Dr.MAZA pun kawan ustaz jugakkan? Harap2 mereka kaji semula...

Quote

0 #3 Nak tanyaGoovy 2010-10-09 23:09

Salam ustadz,saya seorang antara penggemar baru blog ustadz ni,tapi saya nak tanya ustadz,mengapa saya tak selalu boleh buka blog ini? untuk pengetahuan ustadz,beberapa hari lepas saya tak boleh buka blog ini,sedangkan saya yakin internet connection saya tak ada masalah,sebab pada msa yang sama saya boleh buka blog DR MAZA dan lain2 website,dan saya telah mengalami ini beberapa kali sebelum ini.Dan macam mana cara untuk menghantar pertanyaan kepada ustadz,saya nak bertanya tentang permasalahan yang saya hadapi sekarang ini,dan saya mengharapkan pandangan dan nasihat2 ustadz untuk menentukan sikap saya dalam menghadapi masalah saya ini.


UZAR : server rosak beberapa hari lepas, ini baru sahaj atukar server lain. terima kasih atas lawatan. Moga mendapat manfaat.

Quote

+2 #2 MusykilNasir 2010-10-06 09:42

Salam Uzar, adakah barang-barang yang diperbuat dari kulit binatang yang tidak disembelih contohnya seperti dompet, tali pinggang dsb boleh dipakai ketika solat. Batalkah wudhuk jika tersentuh. Harap dapat penjelasan dari uzar, wslm.

Quote

0 #1 BabiAbu Zaid 2010-10-06 07:24

Salam Ustaz, boleh ustaz terangkan pengharaman [censored] itu secara detail? Apakah benar [censored] itu tidak boleh dimanafaatkan samasekali? Apakah mengkategorikan [censored] itu secara najis berat dan kaedah penyuciannya itu diterima secara umum oleh keseluruhan ummat ini. Harap response daru Ustaz dan ulama lainnya. Wslm


UZAR : Boleh buka teks fatwa Majlis Ulama Indonesia yang disertakan. Saya tidak memberi sebarang pendapat peribadi dalam hal ini, kecuali memaklumkan dan menggesa pihak Majlis Fatwa untuk melakukan review atas keputusan lama sahaja. Jika hasil reveiew mereka masih mendapati keharusan, then bolehlah orang ramai terus menggunakannya.

Quote

 

 

 

 

 

Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

 

Oleh

 

Zaharuddin Abd Rahman

 

www.zaharuddin.net

 

 

 

 

 

 

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

 

DARI SUDUT HUKUM

 

Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

 

Fakta berikut perlu difahami:

 

1.   Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

 

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

 

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

 

 

 

2.    Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

 

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

 

 

 

3.   Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

 

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

 

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

 

Ulama hanafi menyebut :-

 

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

 

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

 

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

 

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

 

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

 

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

 

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

 

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

 

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

 

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

 

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

 

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

 

RINGKASAN DALIL

 

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

 

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda : 

 

هذا سحت فتصدق به

 

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

 

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

 

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

 

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

 

KESIMPULAN

 

·        Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

 

·       Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

 

·        Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

 

·        Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

 

·        Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

 

 

 

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

 

www.zaharuddin.net

 

30 Sept 2010

 

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------------

 

[1] Boleh baca di link berikut http://www.shareah.com/index.php?/records/view/action/view/id/1021/

 

[2] Fatwa nombor 7631, bertarikh 14/10/1404 Hijrah

 

[3] Fatawa az-Zarqa

 

[4] Ahkam al-Mal al-Haram, Dr Abbas, Baz, hlm 402

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------------

Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

 | More...

Comments 

123

0 #84 mr — adzamed 2010-10-11 22:28

Quoting orang:

Sorry I don't understand, so to have JUDI in a country to used the money for the poor is OK. Yearly produce money to give for the poor if ok now ???? If the opposition party have taken over the state …. Why not take out JUDI all out like they say they can than support JUDI as it provide money for the poor ……. Please could someone explain.

 

Why don't you take your case to the federal govt first? Tax from gaming, liquor, tobacco & entertainment oulets are used to pay the federal govt servants' salary, including those muftis, imams, religious teachers...what say you?

Quote

0 #83 mr — adzamed 2010-10-11 22:20

Quoting Muhammad:

Walaupun hukumnya harus, tetapi ia dinyatakan secara jelas daripada sunber judi, bukannya 'consolidated fund'. mungkin warga emas ini was-was statusnya. jika was was elok dijauhkan. Sama juga makan belanja rakan yang menang ekor.kan was was tu.

 

Menarik tuh...boleh bagi sumber info yang menyatakan dengan jelas wang tersebut datang dari sumber judi? Jangan pulak tunjuk surat yang penuh dgn typing error tuh!!!

Quote

0 #82 Setuju — Jubah Wanita 2010-10-11 20:59

Salam.. sy setuju sgt dgn Ustaz mengenai hal ini. klau nak ckp sumbangan tu haram, maknanya ramai la rakyat malaysia ni yg mkn duit haram sbb kerajaan pun dpt hasil yg besar dr sumber yg haram.

 

[Jubah Wanita - Butik Online]

Quote

0 #81 was2 wisufi — kj 2010-10-11 11:49

ustaz, dalam FB ada menghina nabi muhammad s.a.w terang lagi bersuluh dgn lampu touchlight, boleh search FB draw muhammad day. adakah kita dikira bersubahat?

dan adakah millatfacebook alternatif selain FB.

 

confius.

Quote

0 #80 Bagaimana? — kj 2010-10-11 11:43

Salam, bleh tolong bagitau camney nak download pdf ?

saya try tak leh pun ? @ camney nak copy tanpa bleh di edit ?

 

yg kuraNG ILMU.

Quote

0 #79 Hasil judi — terus terang 2010-10-11 11:07

Kalau dah tahu wang hasil judi tak payah la ambik. LGE dah declare wang itu hasil judi. Tak payah di politik lah issue ini. Furthermore, recepients kpd wang ehsan ini adalah warga emas dan bukan semua nya faqir. Berpada2 lah menggunakan nas-nas utk politik kepartian.

Soalan kpd Usataz, apakah hukumnya hasil pendapatan/penggajian dari pekerjaan ditempat haram seperti kilang minuman keras, tempat judi atau tempat2 maksiat?.

Quote

0 #78 Baca dengan baik — apat 2010-10-11 10:35

Pelik juga ramai yang masih bash penerangan ustaz walaupun rasanya penerangan ustaz sudah cukup lengkap,

Isi yang penting

1. Harus terima jika anda fakir atau miskin, kalau kaya tak payahlah ambil - sedekah semula untuk maslahat umum

2. Judi bukannya diperbolehkan atau dihalalkan, sebab judi masih lagi haram, haruslah dicegah, dosa judi masih tertakluk kepada yang melakukannya

 

PS: ramai yang pergi beli nombor ekor pakai kopiah (apara...) buat malu agama jer

Quote

0 #77 setuju — mutaza 2010-10-11 00:50

sy setuju pandangan uzar atas dasar ilmiah. Keharusan itu ada, maka pergunakan keharusan itu untuk maslahah kita.

Quote

0 #76 maaf — Taheran 2010-10-09 19:47

Sekadar teguran...jgn cemarkan website UZAR dengan komen2 yg kurang membina.... Harap semua ikhlas nak menegakkan syiar Islam dan bukannya untuk menegakkan mana2 parti politik... Islam for all.....Maaf kalau tersiinggung.

 

UZAR : kami setuju, namun ada yang terlepas kerana terlalu banyak komen dan tidak semua sempat dibaca dan dipantau.

Quote

-1 #75 Encik — FARID TAJUDDIN 2010-10-06 10:45

Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,

Apakah halal atau haram pendapatan saya menggunakan perisian cetak rompak untuk melaksanakan kerja saya. Saya adalah seorang jurugambar yang menggunakan perisian adobe photoshop cetak rompak untuk menyunting gambar-gambar. Saya tidak mampu membeli perisian original kerana harga terlalu mahal iaitu RM 2,000.00 berbanding cetak rompak hanya RM 5.00 sahaja.

Quote

0 #74 Duit tambahan — Nasir 2010-10-06 10:09

Salam Uzar, Saya seorang juruteknik di sebuah IPTA, ada satu masa tu saya diberi kerja menjalankan sebuah mesin di tempat kerja saya untuk pelajar-pelajar dari sebuah univ. dari Indonesia. Saya diberi saguhati untuk kerja tersebut melalui cek dari peruntukan yang diberi dari pihak univ. pelajar2 indon itu dan diketahui oleh bos saya. Soalan saya, bolehkah saya ambil dan guna wang itu sedangkan saya melakukan perkara tersebut dalam waktu kerja yang saya menerima gaji tiap2 bulan. Saya harap sangat dapat penjelasan dari Uzar, terima kasih.

Quote

-9 #73 boleh kah ????? — orang 2010-10-06 09:19

So orang fakir miskin sekarang boeh pergi terus ke pusat pusat judi ... arak .... dan maksiat untuk ambil derma ..... tak payah lagi pungut duit derma kat mesjid lagi ...... lagi senang ambil terus ke pusat judi ...... lagi banyak boleh dapat ......... tolong perjelaskan

Quote

+2 #72 ADAB KOMEN — ikhlas 2010-10-05 22:44

Baca dgn ikhlas.. isyaallah paham. Beradab dlm memberi komen. Buang tabiat mengunakan bahasa kasar.

Quote

0 #71 - — nizam 2010-10-05 21:07

salam, utz ni adalah satu pengjelasan yang jelas n mudah nak di faham, lengkap dgn dalil sekali. tp boleh tak utz tlg jelaskan kat seorang hamba allah ni yg menulis di blog pisau.net yang tetus menerus menulis dalam keadaan x faham fakta yg sebenar.

Quote

0 #70 Mohon Share — eelobor 2010-10-05 19:10

minta kebenaran untuk berkongsi artikel di atas. Terima kasih

Quote

-3 #69 ????? — orang 2010-10-05 17:03

Sorry I don't understand, so to have JUDI in a country to used the money for the poor is OK. Yearly produce money to give for the poor if ok now ???? If the opposition party have taken over the state …. Why not take out JUDI all out like they say they can than support JUDI as it provide money for the poor ……. Please could someone explain.

Quote

0 #68 belapang dadalah pro-islam — remymerican 2010-10-05 09:07

Betukah ko ni pro-islam? Apa2 pun aku doakan ko menjadi orang islam yg sbenarnya...bukan pada nickname je...Wallahu A'lam

Quote

0 #67 jgn buat pndai — newb 2010-10-05 07:50

To Opai

xreti politik jgn sembang bab politik...surat khbr xpnh baca kira nak hntm pala org ja...

Quote

+1 #66 Wang Judi — azwanahmad 2010-10-05 06:37

Salam.. Terima kasih ustaz. Kebenaran perlu ditagakkan walaupun tidak selari dengan pihak tertantu. Perjelasan yang bersandarkan kepada Kefahaman Agama adalah yang paling selamat walaupun ianya menyinggung pihak tertentu. Terima Kasih atas penjelasan yang konkrit.

Quote

+1 #65 to muslim — sarjana 2010-10-05 05:06

ko skolah takat mana nie muslim....ko kalo nak ckp ttg agama biar ada ilmu...sbb org yg berilmu akan ketawa bila bc ko pnya hujah yg teruk dr sampah...he3...

Quote

-4 #64 wang judi — opai 2010-10-05 04:45

Salam ustaz. saya seperti rakan yang lain juga ingin menyatakan bahawa penerima ini adalah warga emas bukan fakir miskin.Apa yang saya ingin katakan akan mendabik dadalah LGE kononnya apa yang dilakukannya selari dengan pemerintahan Umar Abdul Aziz.Lebih lebih lagi kita yang islam ini menyokong tindakannya.LGE dengan beraninya menyatakan bahawang duit yang diberikan itu adalah duit hasil perjudian.Kalau ustaz akhiri tulisan ustaz dengan agenda politik pihak tertentu,mereka ini juga mempunyai agenda mereka sendiri.samalah kita fikirkan wahai melayu islam

Quote

0 #63 to muqarabin — sarjana 2010-10-05 04:27

muqarabin ko kalo xreti agama xyah la nk bangkang org yg ada ilmu...ko pnya komen lnsung xde ilmiah dan mem[censored] buta...dia orang berckp dgn brdasarkan fatwa dan dalil...ko komen berdasarkan jahil....sori yer... 

Quote

0 #62 Ingat Balasan Allah — Musafir 2010-10-05 00:53

Makan benda haram nak elak sangat tapi menghina ustaz tu apa tak rasa berdosa ke Muslim?

mohon maaflah kepada ustaz,mohon ampun pada Allah SWT..berkata-kata biarlah dengan ilmu bukan dengan nafsu yang melulu yang menampakkan diri seperti orang dungu.

Quote

+1 #61 Pendapat Majlis Fatwa — Ahmad 2010-10-04 22:50

Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya dapati memang selari dengan pandangan Majlis Fatwa. Kepada yang masih ragu2, boleh rujuk

e-fatwa.gov.my/.../...

Quote

0 #60 NERAKA PANAS TEMPATNYA — TO muslim 2010-10-04 21:35

si muslim... ante dah belajar ilmu agama sampai maner? Mandi Junub dah habis belajar ke belum? Istigfarlah bebanyak, jgn pakai akal nak berhujah dalam bab agama nis... neraka panas tempatnya.

Quote

0 #59 hati dah hitam — ismail 2010-10-04 20:05

inilah hasilnya banyak makan hasil haram. hati jadi hitam. sanggup menghina ustaz lagi. lain kali baca dengan hati yg ikhlas. ustaz dah jelaskan, ulasan ini tiada kaitan dgn politik pun..

Quote

0 #58 t — jais 2010-10-04 19:39

terimakasih uzar.penjelasan yang jelas lagi konkrit.Moga beroleh rahmat dr Allah SWT..

Quote

+1 #57 umno mmg camtu..busuk hingga ke usus — ami 2010-10-04 18:08

ala..org umno marah la tu..tektik gagal lagi..dah takde isu org umno ni.dgr la ckp ulama tu..ni dgr ckp org2 yg suke menipu.payah la.nak

Quote

+1 #56 wang hasil judi — Muhammad 2010-10-04 16:05

Walaupun hukumnya harus, tetapi ia dinyatakan secara jelas daripada sunber judi, bukannya 'consolidated fund'. mungkin warga emas ini was-was statusnya. jika was was elok dijauhkan. Sama juga makan belanja rakan yang menang ekor.kan was was tu.

Quote

0 #55 Dunia Akhir Zaman — adha ismail 2010-10-04 10:07

Terimakasih saudara uzar, memberi pandangan yang jelas, dan pandangan yang selari dengan Dr Asri,...sekarang saya faham, isu sengaja dipolitikkan dan masih menunggu Menteri @ mufti memberi faktwa, kerana isu begini mengelirukan rakyat, terutamanya melihat golongan tua menangis memulangkan wang derma'

Quote

Refresh comments list

RSS feed for comments to this post

Add comment

 Name (required)

 

Perlukah Memulangkan Wang

Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

gifts.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1.   Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

 

2.    Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya. 

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

 

3.   Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ). 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata: 

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :  

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN 

·        Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

·       Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

·        Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

·        Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

·        Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

 

 

 

Wednesday, 06 October 2010 03:48

Hits: 1961

·                                 E-mail

·                                 Print

·                                 PDF

965

·    

·                                 1

·                                 2

·                                 3

·                                 4

·                                 5

(6 votes, average 5.00 out of 5)

 

No comments: