PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, October 22, 2010

Rakyat kini sudah pulih dari wabak penyakit BN-YB Khalil Idham Lim

Rakyat kini sudah pulih dari wabak penyakit BN-YB Khalil Idham Lim

 

Posted by Cikgu Din at 10/16/2010 06:59:00 PM 16 October 2010

fikir-fikirkan

PARIT BUNTAR, 15 Okt. :- Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyatakan, pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, rakyat pastinya ternanti-nanti kehadirannya, seperti menanti menjelangnya hari raya, sudah pasti PRU 13 suatu yang amat ditunggu-tunggu, bagitulah bahang pilihanraya, satu perkata penting bagi seluruh rakyat Malaysia , ujar beliau ketika ditemu ramah disini.

 

Menurut beliau, kerajaan sedia ada sudah pasti ingin mempertahankan kuasa pemerintahan mereka dengan segala langkah dan tindakan yang mencabuli demokrasi yang sedia ada. Kenyataan rampasan kuasa yang berlaku di Perak menurutnya adalah contoh yang paling nyata.

 

Bila ditanya mengenai matlamat utama Pakatan Rakyat dengan adanya kuasa memerintah,Jelasnya dengan kuasa itu amat mudahlah Pakatan Rakyat menentukan Polisi Negara dan negeri yang lebih mesra rakyat dan lebih berkebajikan yang selama ini diabaikan selama 50 tahin lebih oleh BN.

 

Ujarnya, UMNO Barisan Nasional telah melakukan sesuatu yang memberi petanda awal bahawa Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir, langkah awal BN ialah dengan menangguhkan usul pelaksanan GST dan pembentangan bujet 2011 dijangkakan untuk pilihan raya.

 

Tambahnya lagi, penangguhan pelaksanaan GST adalah usaha BN mengambil kira hati dan kemahuan rakyat buat sementara waktu dan berkepentingan politik.

 

Dalam sesi temu ramah dipejabatnya, Drs. Khalil juga menyatakan bahawa tindakan kerajaan menangguh bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sidang Parlimen pada 14 Oktober 2010 dengan alasan bagi membolehkannya untuk berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu. Ini membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional, kerana jika GST dilaksanakan mungkin mengundang kemarahan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

 

Penagguhan GST antara lain kemungkinan mengambil kira faktor pilihanraya di Sarawak yang boleh berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Faktor DUN Galas boleh memberi kesan kempen kepada BN sekiranya BN meneruskan GST itu, tegasnya lagi.

 

Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak,bila ditanya mengenai pembohongan yang disebarkan oleh media pro BN menegaskan “jumlah rakyat yang tidak bermaklumat semakin hari semakin berkurangan, dan rakyat kini sudah beransur pulih dari “wabak” penyakit yang disebar biak oleh BN iaitu kurang maklumat semasa, perkara ini menjadikan BN semakin “takut”."

 

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

 

Drs. Khalil menjelaskan inilah contoh ucapan pemimpin BN yang terus menerus ingin menyesatkan rakyat dengan fahaman bahawa BN sahaja yang layak membangun dan menjaga kebajikan rakyat. Bila kita menang di 5 negeri dalam PRU ke 12 ternyata dakyah ini palsu dan telah dibuktikan oleh Kelantan sejak tahun 1990 lagi.

 

Baginya cubaan BN yang cuba mengelirukan rakyat tidak akan berhasil bila rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kerana itu PR mestilah berusaha gigih memberi penerangan dalam segala bentuk ceramah dan bahan cetak bagi memastikan rakyat tidak ditipu oleh BN.

 

"Saya amat yakin, dengan usaha yang gigih dari seluruh jentera Pakatan Rakyat dan komponen partinya dari PAS, PKR dan DAP, PR sudah amat hampir ke Putrajaya insyaallah ”.

sumber Hafizi Fauzi.

 

 

Apabila soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di tolak seperti ada yang tak kena?

 

Posted by Cikgu Din at 10/11/2010 05:09:00 AM 11 October 2010

fikir-fikirkan

Sidang parlimen kali dijangka panas.Dengan Ahli Parlimen Pas telah mengadakan permukiman selama tiga hari.Mutu perbahasan Ahli Parlimen Parti Islam Se Malaysia sudah tentu berkualiti dan penuh dengan fakta.

 

 

Tetapi kita difahamkan sebanyak 17 Ahli Parlimen ditolak soalan mereka.Purata soalan yang ditolak antara 1- 4 soalan.

 

 

Soalan mereka yang ditolak terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (BEBAS-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan).

 

 

Ustaz Nasharuddin Mat Isa,Wakil Rakyat Bachok,Timbalan Presiden PAS ditolak soalan berkaitan Bahasa Kebangsaan.Soalan itu isu nasional bukannya isu PERKAUMAN.

 

 

YB Ustaz Nasharuddin kecewa dengan persidangan awal parlimen ini,soalan yang melibatkan kepentingan awam ditolak.

 

 

Kita mengharapkan YB Speaker Pandikar Amin bersikap positif menerima teguran Ahli Parlimen,kerana kita memilih mereka.

 

 

Dr Zulkefli dipilih penuhi hasrat penduduk Galas

14 Zulkaedah 1431 H

Oleh : Mohd Nor Yahya

 

GUA MUSANG, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemilihan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dun Galas amat bertepatan dengan permintaan penduduk setempat.

 

Tambahan pula, Dr Zulkefli merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang juga memangku tugas Yang Dipertua berikutan kematian Chek Hashim Sulaima.

 

Menurutnya, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim.

 

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Melayu di Dun Galas akan memberi sokongan padu dan berganding bahu dengan kaum Tionghua, India dan Orang Asli bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.

 

Bagi Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, pemilihan Zulkefli Mohamad adalah bertepatan dengan kejayaan beliau yang telah memenangi undi bagi parlimen Gua Musang di Dun Galas dalam pilihan raya umum ke-12 dulu.

 

“Kami di pihak DAP mengucapkan tahniah di atas pemilihan beliau dan jentera DAP akan bergerak sebaik mungkin terutamanya dalam memberi penjelasan terhadap kewibawaan calon ini,” ujar beliau.

 

Ngeh juga berkata sebelum ini masyarakat Tionghua begitu takut untuk mengundi calon dari PAS kerana mereka telah termakan hasutan Umno yang mengatakan PAS sebuah parti yang menindas kaum lain.

 

“Kita akan mengambil pendekatan menjelaskan terhadap perkembangan di Perak semasa di bawah Pakatan Rakyat dulu yang mana Menteri Besarnya ialah dari orang PAS, tetapi kehidupan masyarakat lain terus mendapat pembelaan, lagi pun PAS di Kelantan sudah memasuki tahun ke dua puluh dan tiada pun kita dengan masyarakat lain ditindas atau dipinggirkan di sini,” katanya lagi.

 

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Dr Zulkefli telahpun dikenali ramai kerana sebelum ini pernah bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Gua Musang dalam PRU 12.

 

Melalui tinjauan yang dibuat sebelum ini, ramai dari akar umbi bersetuju untuk menerima beliau sebagai calon.

 

“Pengisyitharan malam ini sebenarnya tidaklah mengejutkan pengundi di sini, kerana mereka telah menjangka dari segi jawatan dalam partipun beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan,” ujar beliau.

 

Tuan Ibrahim juga berkata, dengan pengorbanan dan kesungguhan beliau bekerja untuk parti semasa Allahyarham Chek Hashim menjadi wakil rakyat telah terbukti.

 

“Jentera parti PAS akan meneruskan amanah ini dengan memperkemaskan setiap pelosok dan peti undi.

 

“Kita juga mengharapkan dengan sokongan masyarakat Tionghua, India dan Orang Asli dan dokongan orang Melayu akan berlaku perubahan besar dengan meningkatkan majoriti undi dan pengisytiharan malam ini juga adalah bersempena sambutan 20 tahun pentadbiran PAS di Kelantan,” katanya lagi.

 

Bagi Parti Keadilan Rakyat, kesepakatan dalam Pakatan Rakyat akan diterjemahkan dengan menggerakkan jentera pilihan raya kecil di Dun Galas.

 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun PKR kini sedang sibuk dalam urusan pemilihan parti, namun ia tidak menghalang usaha membantu calon yang telah mendapat mandat dari pimpinan Pakatan Rakyat.

 

“Insya Allah dengan jentera yang kita ada, kita akan membantu sebaik mungkin rakan-rakan kita yang lain seperti PAS dan DAP dalam usaha memberi penjelasan kepada masyarakat di sini dan usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa,” ujar beliau.

 

Bagi Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, jentera Pemuda PAS sudah lama bersiap untuk bergerak membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

 

Menurut beliau lagi, Pemuda PAS telah berikrar untuk menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih walaupun ia bukan dari kalangan pemuda.

 

“Bagi kita dalam Pemuda PAS, setiap apa yang diputuskan oleh pimpinan parti itu jugalah keputusan kita dan jentera pemuda bersama dengan ulamak dan muslimat telah bersepakat untuk berjuang habis-habisan di sini bagi memastikan kemenangan dengan majoriti lebih selesa,” kata beliau lagi.

 

Harakahdaily/-

No comments: