PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 12, 2010

Punca sebenar kemalangan ngeri bas ekspres di Melaka ? Sihir ? EVO ?

Ini semua salah menteri
Posted on Monday, October 11 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper


PendapatOleh: cucupakkasim

"
Sehingga semalam, angka korban sudah meningkat 15 orang dan dijangka akan ada lagi tiga atau empat orang yang sedang menunggu masa, yang amat kritikal pada masa ini.Memang lah ajal dan maut ditangan tuhan, tetapi kematian beramai-ramai yang paling baru di lebuhraya, yang disebabkan oleh kelajuan, dimana bas ekpres itu didakwa telah dipandu dengan laju, jelas menunjukan yang Kementerian Pengangkutan dan KERAjaan yang sedang diperintah oleh BN telah gagal sama sekali untuk menghapuskan perangai dan sikap ini diatas jalan raya.

Seorang gurkah politik di'port' yang bertanggung jawab dan peka kepada keadaan ini telah berpuluh kali menulis dan mengadu kepada Kementerian Pengangkutan, JPJ dan pihak-pihak yang berwajib yang lain sejak dari tahun 2008 lagi, memberitahu mereka bahawa cara yang paling berkesan untuk 'stop' kan benda-benda macam ini dari berlaku ialah dengan memasang alat mencegah had laju pada SEMUA bas-bas ekpress yang tidak pernah ada satu pun S.O.P atau pun 'Standard operating Procedures'.

Tak kan kita sentiasa nak harapkan pihak JPJ dan Polis Trafik nak tolong jaga keselamatan kita diatas bas 24 jam sehari??

Setahu gurkah-gurkah politik di'port', semenjak dari zaman Ling Liong Sik kepada Chan Kong Choy, sampailah pula pada tangan Ong Tee Keat dan Kong Cho Ha, mereka ini asyik berbincang, asyik meeting..meeting..dan bila pun meeting (lepas meeting pekena karipap, pekena teh tarik), asyik buat kajian dan asyik berjanji (kelmarin janji, tahun lepas janji, tahun depan pun janji) akan melihat dan akan mengambil tindakan dan akan melaksakan pemasangan alat had laju. Ayat standard yang selalu kita dengar ialah, "tolong bagi kita sedikit masa".

Akibat terlalu banyak berfikir tentang politik dan terlalu banyak cari jalan bagaimana mahu menghalang Pakatan Rakyat (PR) dari berkuasa, hari-hari mereka sudah perbodohkan kita semua dengan isu-isu keselamatan jalan raya dan isu penting bagaimana mahu menyelamatkan nyawa rakyat-rakyat marhain diatas lebuh raya untuk menghalang dari berulangnya tragedi seperti kelmarin mereka buat tak kisah dan tak ambil 'pot'.

Sekiranya KERAjaan BN ada telor dan telah melaksanakan pemasangan alat cegah had laju, sudah tentu kematian beramai-ramai pada ahad lepas dapat dielak, dan 15 nyawa ini dapat diselamatkan. - dari blog: http//dollahyankee.blogspot.com


dollah yankee -
Ada seorang gurkah politik di'port' kata, kemalangan kelmarin jadi waktu senja semasa orang sedang azan maghrib, dan ketika mendengar azan itu segala hantu ini semua lari sampai terkentut-kentut dan ketika lah telah terlanggar bas ini ... "

 

 

Punca sebenar kemalangan ngeri bas ekspres di Melaka ? Sihir ? EVO ?
Posted on Monday, October 11 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


PendapatOleh: rozmal

"
Image Hosted by ImageShack.usApakah punca sebenar kemalangan ngeri bas ekspres di sempadan Melaka-Negeri Sembilan berhampiran Tol Simpang Empat ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang pasti ianya adalah takdir Allah yang Maha Kuasa. Ajal maut yang ditentukan Allah tidak cepat sedetik, tidak lewat sedetik. Basnya bas baru. Baru juga diperiksa Puspakom bulan 5 tahun ni. Pemandunya pula umur 52 tahun, dengan memandu yang bersih.

Kejadian pula berlaku disiang hari, bukan tengah malam, waktu senja jam 6:40 petang. 

Walau apa pun, siasatan harus dilakukan dari semua aspek, baik dari segi aspek teknikal, sains, fizikal, mahupun dimensi dunia lain, seperti yang berlaku di Jertih , Terengganu.

 

Minggu lalu , seekor ular sawa sepanjang 7 kaki telah menyebabkan kemalangan maut berhampiran Tol Port Dickson , ceritanya pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/10/ular-sawa-punca-kemalangan-maut-di-tol.html

 

Bulan sudah pula Objek Hitam didakwa sebabkan kemalangan maut berhampiran Tol Pedas, ceritanya pula pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-sebabkan-kemalangan-di-jalanraya.html

 

Yang penting bagi umat Islam apabila memulakan perjalanan bacalah Bismillah dan Doa Perjalanan dan yakin ajal maut itu pasti akan datang juga, dan sentiasalah membuat persiapan bekalan sesudah mati.

 

Hidup di dunia hanya sementara, hidup akhirat kekal selama-lamanya sampai bilo-bilo.

 

Nak komen sikit PDRM, supaya ikut cara JPJ nak didik pengguna jalanraya memandu ikut had laju. Masa musim raya baru ni saya memandu di Rembau, tiba-tiba ada kereta Proton lama potong dengan laju. Tak lama lepas tu Pajero JPJ kejar dan tahan kereta tadi, terus kereta lain lepas tu bawa ikut had laju. Jadi kepada PDRM, kurangkanlah saman ekor, lepas 2-3 bulan, 2-3 tahun baru dapat saman, gunalah EVO tu kejar Bas Ekspres dan terus tahan yang lebih bawa had laju. Kalau selalu buat macam ni siang malam, pasti bas ekspres, kenderaan plet Singapura akan bawa ikut had laju.

WUJUDKAN AKTA JENAYAH SIHIR BAGI JAGA AKIDAH UMAT ISLAM

11/10/2010 6:24pm 

KUANTAN 11 Okt. - Akta Jenayah Sihir perlu digubal bagi membanteras kegiatan tersebut yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan membawa kematian terhadap mangsa terbabit. Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, walaupun jenayah tersebut masih belum membimbangkan tetapi langkah perlu diambil supaya pengamal ilmu tersebut dibawa ke muka pengadilan. – Utusan 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

"

No comments: