PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 05, 2010

Pulangkan wang bantuan Pulau Pinang tindakan dangkal, tidak faham hukum?

 


Pulangkan wang bantuan Pulau Pinang tindakan dangkal, tidak faham hukum?

 

 

ArtikelOleh detdet

"
Ketika artikel ini ditulis, bharian.com.my melaporkan kira-kira 100 rakyat Pulau Pinang berdemo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) sebaik Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba dari luar negara, malam ini.

Mereka membantah tindakan kerajaan negeri itu menggunakan wang judi untuk program penghargaan warga tua dan pembasmian miskin tegar.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa penduduk negeri itu memulangkan kepada kerajaan Pualu Pinang wang bantuan atas alasan ia wang haram dari sumber judi, tidak bersih dan tidak boleh diterima.

Lim Guan Eng

Apa ketetapan hukum Islam dalam soal ini? Zaharuddin.net dalam posting terbaharunya menegaskan begini:

“Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika tindakan itu dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat.

“Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram berkenaan.

“Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas berkenaan dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas itu adalah salah  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam.

“Ini kerana dari sudut hukum, fakir dan miskin harus menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang haram.”

Berdasarkan hujah itu, ternyata mereka yang membantah dan memulangkan wang bantuan Kerajaan Pulau Pinang memang tidak memahami hukum atau fikiran mereka sudah ‘diselewengkan’!

Zaharuddin.net dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, termasuk sebagai panel syariah di pelbagai organisasi. Web ini menjadi rujukan popular dalam pelbagai bidang, termasuk fikah dan muamalat.

Mari kita teliti lagi hujah Zaharuddin.net untuk menguatkan pemahaman mengenai duduk sebenar isu ini.

Menurut web terbabit, selagi sumber perolehan adalah bercampur, selagi itu harus untuk kita menerima gaji atau upah atau apa juga dari mereka (kerajaan).

“Maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti fakir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas keharusannya.

“Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya, ” catat web berkenaan.

Bagaimana pula jika ia benar-benar sahih datang dari sumber langsung wang judi, riba dan rasuah?

Zaharuddin.net menegaskan begini:

“Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi harus diterima oleh fakir miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya.”

Adakah hujah ini sekadar pendapat atau omong kosong bagi menegakkan ‘benang basah’?

Sama sekali tidak! Menurut zaharuddin.net, ia adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari, termasuklah Majlis Fiqh Antarabangsa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir, Al-Lajnah Al-Daimah Arab Saudi dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa dan Syeikh Faisal Al-Maulawi.

Malah dalam hal ini, ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali seperti berikut:

“Jika wang haram itu diberikan kepada fakir miskin, ia tidaklah haram ke atas fakir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka.” ( rujuk Al-Majmu’ , 9/428)

Syeikh al-Qaradawi pula, dalam membicarakan hal pengagihan wang haram, berkata:

“Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syarak sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk mengambilnya dan disedekahkan kepada fakir miskin atau didermakan kepada projek kebaikan (untuk maslahat umum).” (rujuk Fatawa Mu’asiroh, 1/606)

Justeru, inimajalah.com mengajak semua pihak tanpa mengira kecenderungan politik; marilah kita ambil yang jernih dan jangan kelirukan mereka yang sudah sedia keliru! Allah melihat apa kita sedang buat. – inimajalah.com.

Posted on Monday, October 04 @ 21:29:41 PDT by Reformis

 

 

Wang judi Idea yang kantoi........
Posted on Monday, October 04 @ 04:19:40 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Analisis IsuOleh: ning

"
Assalamualaikum,,..

Pada hari khamis lalu, 30/9/2010, ana terpandang gambar dalam utusan meloya yang menunjukkan sekumpulan warga emas berketayap dan fakir miskin(menurut lapuran di bawahnya) memasukan wang RM100 ke dalam sebuah tabung simbolik kepada pemulangan wang sumbangan kerajaan Penang kepada warga emas dan fakir miskin kerana wang tersebut didakwa dari sumber hasil judi lumba kuda.

Menurut seorang pemimpin UMNO negeri, Azhar Ibrahim, wang yang dikumpul itu akan dipulangkan kepada kerajaan PR negeri.Itu kata penganjur yang jelas dari UMNO tetapi sama ada wang itu akan dipulangkan atau tidak tak tahulah pulak.Cuma bangangnya idea ini ialah melibatkan sekumpulan warga tua yang mungkin tidak tahu apa apa mengenai wang bantuan tersebut.Kantoinya idea ini ialah kerana UMNO seolah olah pekak badak dengan penjelasan LGE dan pendedahan hasil judi yang dikutip oleh kerajaan BN persekutuan dan negeri negeri lain yang turut digunakan untuk membayar gaji kakitangan, membayar harga kontrak, membina masjid dan memberi bantuan seperti bantuan Jabatan kebajikan masyarakat dan wang raya serta duit ehsan atau dana khas.

Itu belum lagi dikira sumbangan syarikat judi gergasi negara kepada dana pilihanraya BN selama 50 tahun yang lepas.Tetapi lebih pelik apabila ana terbaca komen seorang pencacai UMNO yang mengatakan golongan yang memulangkan wang ini adalah golongan warga emas yang tak perlukan wang bantuan itu.Hebat benar golongan warga emas di Kepala Batas sehingga tidak memerlukan bantuan dan kalau lah benar kerajaan PR Penang mungkin tersilap beri, oleh itu wajarlah wang itu dipulangkan semula.Sekaligus ianya menjelaskan bahawa wang itu dipulangkan bukan kerana ianya hasil judi tetapi kerana ianya tidak diperlukan.Apa ke jadahnya ini semua?

Idea yang kantoi diteruskan oleh UMNO dalam keadaan yang cukup terdesak.Berita yang didedahkan oleh blog pisau,net kemudian dikutip oleh Rezal dan disusuli oleh tindakan Azhar Ibrahim mengumpulkan sekumpulan warga emas untuk diambil gambar dan disiarkan oleh utusan meloya.

Kita tunggu berita dari kerajaan PR Penang samaada wang itu dipulangkan atau tidak.Kalau tidak dipulangkan ada kemungkinan plot lakonan itu digubah dengan wang yang disediakan UMNO serta sudah tentu ada ganjaran tertentu yang diberikan kepada warga emas yang terbabit.Dan siapa tahu kalau wang yang digunakan untuk membuat drama ini merupakan sumbangan dari Vincent Tan atau Ananda Krisnan. 

Tunggu idea kantoi UMNO yang seterusnya..................

"

 

 

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Posted on Monday, October 04 @ 04:17:41 PDT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh: AnakSungaiDerhaka

 

"Kasihan mereka.. berterusan diperbodohkan pemimpin UMNO

 

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum.

 

 

Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

 

DARI SUDUT HUKUM

 

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

 

Fakta berikut perlu difahami:

 

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

 

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

 

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

 

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

 

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

 

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

 

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

 

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

 

 

Sila sambung bacaan anda di SINI

 

"

 

 

Apalah Dosa Seorang Lim Guan Eng ?

Posted on Monday, October 04 @ 18:15:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh: edyesdotcom

 

"

Banyak jugak masa dihabiskan di depan laptop ini. Belum tulis apa-apa lagi cuma ralit sana dan ralit sini memikirkan apakah ayat yang membolehkan semua faham dengan solid bahawasanya, Lim Guang Eng dah cuba sedaya upaya untuk mengagihkan sedikit keuntungan dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan telus dan penuh tanggungjawab.

 

Termenung jauh bila memikirkan, apalah dosa Lim Guan Eng apabila memilih untuk meraikan warga emas Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak 10.7juta daripada jumlah RM20juta yang diperuntukkan.

 

 

 

Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memilih untuk melambakkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke arah memperkukuh dan memperkuatkan cengkaman kuasa DAP di Pulau Pinang. Tetapi pemimpin yang menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ini memilih untuk berkongsi keuntungan dengan semua warga emas di Pulau Pinang yang mendaftar sebagai penerima.

 

YAB Guan Eng juga boleh memilih untuk menggelapkan segala keuntungan yang diperoleh kerana jumlah wang yang terlebih-lebih ini tidak wujud di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Jika tidak, mungkin Guan Eng juga akan mempunyai sebuah istana yang berharga puluhan juta sepertimana yang dipunyai oleh bekas Menteri Besar Selangor.

 

Merujuk kepada apa yang dipaparkan dalam berita utama di buletin utama edisi 3 Oktober 2010, difahamkan sebanyak RM5500 telah dikumpulkan dalam satu majlis penyerahan kembali wang ehsan warga emas Pulau Pinang. Tiada apa yang saya harapkan dari berita seumpama ini melainkan untuk benar-benar pasti wang yang dipulangkan kepada UMNO itu harus terus diserahkan kepada pejabat perbendeharaan negeri P.Pinang bersama senarai warga emas yang memulangkan wang tersebut.

 

Adalah bukan satu masalah sekiranya warga-warga emas yang terpedaya dengan permainan UMNO ini memulangkan wang yang telah mereka daftar dan terima itu. Tetapi pastikan pemulangan wang tersebut perlu dikepilkan dengan senarai nama beserta tanda tangannya sekali. Tujuan untuk mendapat detail dan pengesahan mereka yang memulangkan wang ini adalah untuk diusul periksa kesahihan pemulang wang tersebut dan menyenarai hitam dari menerima sebarang manfaat dari kerajaan negeri pada masa akan datang. Ia memandangkan terdapat segelintir melayu Pulau Pinang yang meragui hasil perolehan cukai kerajaan negeri tetapi tidak mempertikan hasil kerajaan pusat melalui Perdana Menterinya - cucu kepada pengasas Genting.

 

Saudara dan saudari, tahukah bagaimana wang RM100 ini dilayakkan ke atas seseorang?

 

Setiap seorang yang telah mencecah umur 60 tahun adalah layak sebagai penerima wang ehsan kerajaan P.Pinang dengan syarat, perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai tanda ingin mengambil bahagian sebagai penerima. Ini bermakna, mereka yang memulangkan wang tersebut adalah mereka yang telah meminta kemudian memulangkannya.

 

Justeru, permulangan wang ehsan tersebut walaupun tidak sepatutnya berlaku (kerana ia dimohon oleh warga emas tersebut), dan kerajaan Pulau Pinang perlu lebih tegas menyenarai hitam pemulang wang ehsan supaya pada masa akan datang, tidak ada lagi wang ehsan yang dipulangkan semula (kerana ia dimohon, bukan terus diberi oleh kerajaan negeri)

 

Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.

 

“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”

Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?

 

Di sini kita bukan mahu bicara akan halal dan haram duit cukai yang diperolehi, kerana sudah tentunya haram kalau tidak mengikut hukum fekah. Apa yang mahu kita bicara, dan wajib setiap di antara kita menyampaikan kepada warga emas yang kurang faham (atau buat-buat tak paham) betapa wang yang dihulur oleh kerajaan di atas nama saluran bantuan adalah harus diterima dan halal dibuat belanja.

 

Sekali lagi saya nasihatkan kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng agar janganlah patah semangat untuk terus memberi bantuan kepada warga emas walaupun segelintir dari mereka memaling muka di sebalik tangan yang menadah. Seratus orang yang memulangkan berbanding 100ribu yang menerima adalah menunjukkan ia adalah satu usaha jahat UMNO memperkudakan warga emas yang menurut arahan.

 

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, serangan bertali arus puak-puak gerobolan ini harus ditentang bersama-sama. Mobilisasikan satu pasukan untuk menyampaikan maksud sebenar pemberian wang ehsan ini dan pastikan setiap penerimanya faham, mengapa mereka tidak wajar memulangkan wang ehsan ini. Di manakah Hasan Ali bagi menjawab tohmahan tidak bertanggungjawab ini? Di manakah suara pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Di manakah Dr Mansor yang sepatutnya selalu berada di sisi Guan Eng dan mempertahankan bos nya ?

 

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng digesa untuk menjadi lebih imune setelah beberapa tahun di asak oleh melayu yang tidak berapa melayu di Pulau Pinang, selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berada dalam landasan yang tepat bagi memartabatkan nasib rakyat.

 

Semakin Lim Guan Eng membantu rakyat, semakin kerajaan Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat, semakin itulah puak gerombolan tidak lekang membuat onar bagi menjatuhkan semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutamanya kerajaan DAP Pulau Pinang kerana modal perkauman paling besar berada di Pulau Pinang.

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

 

 

"

 

Reezal dan Azhar Itu Sahibul Samahahkah?

Posted on Monday, October 04 @ 18:16:24 PDT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh: ruhan

 

"UMNO ialah sebuah parti kebangsaan yang sekular dan rasis. Parti ini tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Islam sebagai asas perjuangan. Namun demikian, tindak-tanduk para pemimpin mereka sejak akhir-akhir ini telah melangkaui bidang kuasa guru agama, kadi, mufti, dan Majlis Agama Islam Negeri.

 

Dengan gelaran Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat, Reezal mengharamkan pemberian wang RM100.00 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada warga emas. Dengan gelaran Yang Berhormat Penaga, Azhar Ibrahim menyokong pandangan itu dan dengan riang hati mengutip balik wang yang diserahkan kembali oleh sebahagian warga emas yang termakan dengan "fatwa" tersebut.

 

Kejadian aneh ini dilaporkan secara meluas oleh tv dan akhbar tanpa sedikit pun merujuk golongan yang ahli. Pada masa yang sama, golongan yang ahli ini membiarkan saja kejadian itu berlaku secara berleluasa walaupun mereka tahu kedudukan dan hakikat yang berkaitan dengan pertikaian itu.

 

Pertama, memang benar Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang diberi wang oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Kedua, memang benar duit itu dibelanjakan untuk membantu golongan miskin bukan Islam. Ketiga, tidak benar wang itu digunakan untuk membantu warga emas yang beragama Islam. Keempat, Dr. Asri (Bekas Mufti Perlis) mengatakan bahawa jika sekalipun wang yang diberi kepada warga emas itu hasil judi, tidak haram hukumnya. Kelima, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa wang yang diberikan kepada warga emas itu diambil daripada wang yang berjaya dijimatkan oleh kerajaan negeri.

 

Oleh sebab itu, mengapakah pihak berkuasa agama membiarkan Reezal Merican menjadi Sahibul Samahah dalam perkara ini? Mengapakah pihak berkuasa agama membiarkan Azhar Ibrahim turut sama menjadi Sahibul Samahah dalam perkara yang sama? Seluruh rakyat Malaysia mengurut dada melihat kejadian yang aneh dan bebal ini.

 

Tolonglah kembalikan yang hak ke tempatnya. Tolonglah singkirkan kebatilan daripada menjadi amalan umat Islam. Janganlah biarkan Islam dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO. Pihak berkuasa agama perlu menginsafi diri dan keluar dari kepompong ketakutan kepada penguasa!!!

http://bilahrotan.blogspot.com

 

 

Khir Toyo gesa kerajaan hapus Saman Ekor tertunggak

Posted on Monday, October 04 @ 18:11:49 PDT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh: amkns

 

"Utusan Malaysia 4 Oktober 2010, Saman ekor: Hapuskan saman tertunggak

 

ISU 'saman ekor' senyap seketika setelah berantakan begitu hebat beberapa bulan lalu. Surutnya kepanasan isu ini bukanlah bermakna ia telah selesai sepenuhnya. Ia hanya seperti api dalam sekam yang akan muncul lagi pada bulan Februari 2011 nanti. Ini berikutan tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik sehingga Februari 2011.

 

 

Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

 

Difahamkan saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan jalan raya. Sebahagian besar saman ekor tertumpu kepada kenderaan yang melebihi had laju.

 

Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguat kuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian. Kita percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya.

 

Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan mereka yang disaman.  Ramai yang marah kerana mereka tidak berupaya mempertahankan diri apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul saman atas kesalahan yang kononnya berlaku berbulan malah ada yang bertahun lalu.

 

Ramai yang mempunyai saman tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit akibat saman terkumpul sejak bertahun-tahun yang lalu. Hasilnya mereka disenaraihitamkan secara tiba-tiba.  Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereka yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai.

 

Banyak kes mereka yang tidak bersalah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

 

Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut. 

 

Salah seorang pengunjung blog saya dikenakan saman ekor membabitkan motosikalnya. Apabila beliau meminta bukti bergambar didapati kesalahan tersebut dilakukan oleh sebuah lori yang menggunakan nombor plat motosikalnya. Apakah tiada sistem dalam penguat kuasa untuk menyiasat terlebih dahulu sama ada nombor plat tersebut selari dengan jenis kenderaan yang didaftarkan?

 

Memanglah kes tersebut diselesaikan dengan baik, namun bayangkan kesulitan dan kesusahan mereka yang teraniaya ini memperuntukkan masa dan wang ringgit untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh kerana pihak berkuasa mengambil masa yang begitu lama untuk menyerahkan saman ekor ini ia menyebabkan proses mempertahankan diri sukar dilakukan.

 

Tiada siapa lagi dapat mengingat perkara yang berlaku berbulan atau bertahun lalu, apatah lagi untuk menyediakan bukti. Untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. 

 

Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguat kuasa saman ekor mempunyai kerja yang senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

 

Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin merayu agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak. 

 

Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. 

 

Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang.

 

Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan. Memang tidak dinafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan yang memandu terlalu laju.

 

Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat sehingga 50 km sejam lebih dari had laju yang ditetapkan.  Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

 

Kerajaan harus melakukan perubahan dan penstrukturan semula yang radikal dalam isu saman ekor ini. Perubahan ini harus dimulai dengan penghapusan saman ekor tertunggak, mewujudkan kaedah pelaksanaan saman ekor yang telus, penentuan jumlah kompaun yang lebih realistik dan kajian semula ke atas had laju di setiap jalan raya di negara ini.

 

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah melupuskan semua saman ekor tertunggak sebelum ini yang gagal diserahkan kepada pesalah dalam masa lebih setahun. Ini sangat wajar kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini sehingga mereka yang disaman rasa teraniaya dan menjadi benci kepada kerajaan.

 

 DR. MOHAMAD KHIR TOYO

 

Presiden Gabungan Rakyat Malaysia Prihatin (Malaysia Prihatin) dan ADUN Sungai Panjang, Selangor.

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

 

 

 

UMNO dan Melayu Dibengapkan oleh Mufti?

Posted on Monday, October 04 @ 18:09:58 PDT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh: ruhan

 

"Melayu-UMNO Pulau Pinang terus memperbodohkan warga emas Melayu Pulau Pinang. Oleh sebab itu, semua makcik dan pakcik yang menyerahkan semula wang RM100.00 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menunjukkan wajah sedih mereka kerana kesal termakan "wang judi" yang haram itu di hadapan kamera tv.

 

Mereka berjaya jadi selebriti kerana kebodohan. Mereka berjaya jadi selebriti kerana dibodohkan oleh pemimpin UMNO yang bodoh. TV dan akhbar pun berlumba-lemba menunjukkan orang Melayu yang bodoh kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Dengan demikian, tahulah orang Cina, orang India, dan lain-lain kaum betapa bodohnya orang UMNO dan orang Melayu Pulau Pinang. Sebab itulah mereka terus miskin walaupun kononnya telah banyak "pertolongan" diberi oleh UMNO-BN. Hendak membezakan wang haram dengan dengan wang halal pun tidak tahu. Sudahlah miskin, hukum-hakam Islam pun tidak tahu. Betulkah mereka Islam atau mereka hanya sedang menyelam?

 

Kata Dr. Asri duit yang diterima oleh warga emas Pulau Pinang itu halal jika sekalipun asalnya duit judi. Hakikatnya, pemberian itu bukan daripada hasil judi. Hanya pemimpin UMNO yang bengap saja menganggapnya haram kerana mereka mahu orang Melayu marah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang terlalu banyak memberi bantuan kepada rakyat, terutama orang-orang Melayu. Mereka bukan ahli agama pun. Apabila sikap mereka tidak disanggah oleh sesiapa pun, mereka menjadi semakin mua. Siapa yang bersalah dalam hal ini?

 

Hal tentang hukum-hakam dalam Islam tentulah berada dalam tangan mufti. Sejauh ini, tiada seorang mufti pun yang membuka mulut. Itu tandanya mereka bersubahat dengan pemimpin UMNO. Mereka mengiyakan tindakan pemimpin UMNO. Mereka kata tindakan UMNO betul. Sebab itu Azhar dan Reezal meneruskan tindakan gila mereka.

 

Sudahlah begitu, mereka juga tidak sangkal apa-apa yang terkeluar dari mulut Dr. Asri. Maknanya Dr. Asri betul. Kalau Dr. Asri betul, tentulah Azhar dan Reezal salah. Mengapa mereka tidak dihalang? Tahukah mufti-mufti kesan sikap membisu mereka?

 

Kebisuan mufti dalam hal ini akan menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada kemurnian agama Islam. Perkara sekecil itu pun tidak dapat diatasi. Mereka akan memperkecilkan Islam. Padahal yang bengong dalam soal ini ialah orang Islam sendiri.

 

Wahai para mufti, berkata benarlah walaupun pahit. Allah hanya menerima Islam sebagai benar hingga kiamat. Mengapa takut? Adakah pilihan lain bagi umat Islam? Jawapannya tentulah tiada. Buka mulutlah. Berhentilah jadi bisu.

http://bilahrotan.blogspot.com

 

"

 

Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah?

Posted on Monday, October 04 @ 06:00:05 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh Md Zulaimi Kazin

 

Negeri Kelantan, Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan telah dizalimi atau ditindas selama 20 tahun  secara terang oleh kerajaan pusat dalam bentuk peruntukan perkapita yamg kurang dari sepatutnya bagi pembangunan negeri Kelantan.  Beberapa tahun terkahir ini, Kelantan telah dinafikan hak ROYALTI minyak hampir 1 Billion setahun seperti mana hak yang telah diberi kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu.

 

 

Apakah kerana parti yang sealiran dengan kerajaan pusat telah ditolak oleh rakyat Kelantan maka kerajaan pusat berhak mendera kami rakyat Kelantan dari menikmati hak kami yang telah ditetapkan dalam kontrak PETRONAS dengan kerajaan negeri.

 

Kami rakyat Kelantan dan anak kelahiran Kelantan dengan didokong oleh ulama-ulama (Tok Guru Pondok) seluruh Kelantan hari ini bangkit menyokong usaha kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menuntut hak rakyat Kelantan agar diberikan hak royalti minyak.

 

Walaupun dengan sinis YB Zulkifli Nordin (dari kumpulan PAR; Pengkhianat Amanah Rakyat) menyatakan dalam blognya dan disunting dalam Utusan Malaysia;

 

"Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop”.

 

Tapi kami ingin mengingatkan YB berkenaan dan mereka yang sewaktu denganya bahawa kami sedikitpun  tidak akan undur kebelakang malah dengan sokongan para ulama (sudah jadi kebiasaan orang Kelantan memuliakan ulama dari Tuanku Sultan sampai kepada rakyat jelata) hak kami diperjuangkan sampai mencapai kemenangan dan kalau pemimpin di Putrajaya tetap berdegil, kami akan pastikan dalam PRU ke 13 nanti kita menguasai Putrajaya.

 

Untuk pengetahuan YB Zulkifli Nordin yang menjadi pengkritik hebat kepada golongan ustaz yang digelar “Pak Janggut”, walaupun kerajaan tidak diberikan peruntukan perkapita yang mencukupi sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan, berkat pemerintahan oleh “Pak Janggut” yang amanah ini, Kerajaan Kelantan berjaya membayar hutang yang dibuat oleh Kerajaan BN sepanjang memerintah Kelantan dulu.

 

Seperti yang YB Zulkifli Nordin sendiri sedia maklum, Kerajaan Kelantan melalui YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyerahkan surat rasmi tuntutan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia tapi tiada jawapan dan dalam bulan Ramadhan lepas YAB Tuan Guru telah memfailkan saman kepada PETRONAS.

 

Maka kami rakyat Kelantan menubuhkan Urusetia Misi Munajat ini tanpa disuruh atau ditunjuk oleh mana-mana pemimpin negeri. Kami tubuhkan urusetia ini atas kesedaran kami bahawa kami perlu bangkit membantu Kerajaan Kelantan dalam menuntut hak negeri kami.

 

BULAN NOVEMBER 2010 nanti, Ulama (Tok Guru) akan mulakan munajat ini bersama anak-anak murid mereka dipondok masing-masing selama 40 hari dan pada Januari 2011, kami rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan akan menaja 40 Ulama (Tok Guru) dari Kelantan bermunajat sepanjang 40 waktu di depan Baitullah.

 

Munajat ini memohon agar Allah membuka hati semua mereka yang terlibat samada Pengurusan PETRONAS, Perdana Menteri, Dato Mustapha Mohamed, Dato Dr Awang Adek Hussein dan pemimpin kerajaan pusat dan juga Hakim Mahkamah terlibat supaya bersikap adil terhadap Kelantan, kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan dan sekiranya mereka terus kekal dengan kezaliman ini maka kita minta agar Allah kembalikan kezaliman ini kepada mereka.

 

Kami rakyat Kelantan beruntung kerana Ulama (Tok Guru) di Kelantan tidak pernah memisahkan agama dengan politik maka kebangkitan Tok Guru ini adalah kebangkitan yang bertunjangkan ilmu agama mereka yang mendalam bukan sepeti yang digambarkan oleh YB Zulkifli Nordin yang disunting oleh Utusan Malaysia yang amat berkarat dengan anti Kepimpinan Islam.

 

Oleh itu,  marilah kita Rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan berganding bahu tidak kira apa fahaman politik memberi sumbangan kewangan menaja pembiayaan MISI Munajat 40 Ulama Kelantan di Baitullah Dalam Menunutut Hak Royati PETRONAS.

 

Betapa negeri yang kita cintai Kelantan tersisih jauh dari negeri lain dari sudut pembangunan Infrastruktur seperti jalanraya dan bekalan air mentah. Setiap kali hari perayaan betapa sukarnya perjalanan akibat kesesakan lalulintas yang semakin tahun semakin menyesakkan.

 

Walaupun dalam serba kedhaifan ini, anak-anak kita atau adik-adik kita yang belajar disekolah agama terus mencipta nama menongkah kejayaan dan kalaulah limpahan duit royalti yang kita tuntut ini diperolehi sudah tentu pelajar kita akan terus menjadi juara dikalangan juara dan kita akan mampu menampilkan bahawa pendidikan agama itu akan melahirkan generasi yang cemerlang dari segi pelajaran dan sahsiah.

 

Jalanraya boleh dibesarkan, bekalan air bersih dan pendidikan terus dibangunkan.  Malam harinya jalan diterangi dengan limpahan lampu jalan, aktiviti mendidik dan membangunkan masyarakat dapat digandakan agar gejala social dapat dikurangkan. Masjid dengan kelengkapan ala “”budget hotel” untuk kemudahan pelancung dapat diperbanyakkan serta Latihan kemahiran samada sector industri mahupun pertanian untuk para belia dapat ditingkatkan. 

 

Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Guru Alim Ulama kerana berlapang dada menjayakan MISI ini . Kepada seluruh rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan, kalaulah ada sekumit rasa cinta dan kasih pada tanah kelahiran kita Kelantan Cik Siti Wan Kembang, ayuh bangkitlah dan ringankan tangan hulurkan sumbangan tajaan MISI ini agar sumbangan kita ini menghasilkan kejayaan dalam menuntut HAK ROYALTI Petroleum.

 

MISI Munajat 40 ini memerlukan perbelanjaan keseluruhan RM400,000.00 yang akan ditaja sepenuhnya oleh RAKYAT KELANTAN.

 

Mari kita buktikan bahawa kita RAKYAT KELANTAN BERMARTABAT dan akan terus mempertahankan HAK dan MARUAH  negeri KELANTAN yang kita cintai ini. AllahuAkbar!!!

 

Sumbangan Derma ke Akaun Bank Islam ;  03102010000093 (TETUAN MISI MUNAJAT ROYALTI)

 

Md Zulaimi Kazin (017 5353007) zulaimi@gmail.com

Pengarah

Urusetia Misi Munajat Ulama Kelantan di Baitullah Bagi Menuntut Hak Royalti Petroleum

 

Web: http://www.munajatroyalti.com

 

 

 

 

No comments: