PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 11, 2010

PRK N45 : Mengalas Jihad di Galas, kuburkan Umno !

.cons/

PRK N45 : Mengalas Jihad di Galas, kuburkan Umno !

0 comments

Pilihan raya kecil Galas bakal dilangsungkan, para pemimpin dalam setiap parti sedang sibuk menyediakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini.Tidak dilupakan juga rakyat yang sedang berkira-kira dan mencongak-congak, siapakah yang layak untuk 'dipangkah'. 

 

Dalam kita ghairah dan bersemangat untuk bertanding dan memangkah,seharusnya kita meneliti dan mengimbau kembali apakah peranan dan tangungjawab yang harus ada para pemimpin dan orang yang dipimpin. Menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin, masing-masing mempunyai peranan dan tangungjawab yang tersendiri yang seharusnya diketahui.

 

Peranan dan tangungjawab untuk pemimpin dan orang yang dipimpin,telah Allah sebutkan dalam al-Quran,surah al-Nisa' ayat 59 dan 59. Kata Allah:

 

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat(58). Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu(59)."

 

Menurut Yusuf al-Qardhawi,ayat pertama (ayat ke 58) itu ditujukan kepada para pemerintah, agar sentiasa amanah dan menetapkan hukum Allah secara adil. Menyia-nyiakan amanah yang diberi oleh rakyat dan tidak bersikap adil merupakan satu bala dan mendatangkan kemurkaan Allah.

 

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan imam Bukhari, baginda Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya. " Setelah mendengar kata-kata ini, ada sahabat yang bertanya, "bagaimana menyia-nyiakannya?". Kemudian baginda menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancurannya."

 

Manakalah ayat yang kedua (ayat ke 59) ditujukan khas kepada rakyat yang mukmin,bahawa mereka harus taat kepada "Ulil Amri" (para pemerintah). Namun begitu, ketaatan itu mempunyai syarat dan kondisi yang tertentu. Ketaatan terhadap para pemerintah haruslah berlaku apabila para pemerintah itu sendiri taat kepada Allah dan Rasul.

 

INGAT !! Tiada tempat bagimu. Rakyat seharusnya sedar, bahawa Islam tidak mengiktiraf pemimpin yang tidak komitment terhadap Islam. 

 

Pemimpin yang tidak mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap keputusan dan tindakan, haruslah ditolak dan tidak ada kewajiban kepada kita untuk memilihnya sebagai pemimpin. 

 

Bagi saya kenyataan al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam hal ini patut ditengahkan dalam artikel kali ini. Al-Imam dengan lantang dan serius mengatakan bahawa :

 

"HARAM berbai'ah kepada pemimpin yang tidak komitmen terhadap Islam. Bai'ah yang membebaskan dari dosa adalah bai'ah kepada pemimpin yang berpegang dengan apa yang diturunkan oleh Allah. 

 

Jika tidak ada,maka semua orang muslim berdosa hingga ada penerapan hukum Islam dalam negara. Orang Islam tidak terkecuali dari dosa ini sehinggalah mereka melakukan dua perkara ini:

 

Mengingkari pemimpin yang tidak berpegang kepada hukum Allah. Pengingkaran ini hanyalah layak dilakukan ketika tidak ada kemampuan lagi untuk menentang. Usaha secara berterusan membangkitkan kehidupan Islam yang lurus menurut landasan Allah dan Rasul. 

 

Usaha ini haruslah dilakukan secara berjamaah kerana orang mukmin dengan seorang mukmin adalah seperti sebuah banggunan yang kukuh. Yang pasti orang-orang yang dipilih menjadi pemimpi haruslah, orang yang kuat dan dipercayai, berpengetahuan agama dan sentiasa memikirkan rakyatnya. 

 

Seperti mana Abu Bakar as-sidiq berkata, "Andaikata ada tali unta yang hilang dariku,tentu aku akan mendapat hukumannya di dalam kitab Allah." (sumber : iluv-Islam)

 

 

 

Wednesday, September 29, 2010

BUKAN SENANG NAK BUAT BAIK

 

Teman kadang – kadang kasihan juga nasib yang menimpa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ini. Calang – calang orang belum mampu bertahan dengan serangan bertubi – tubi dari musuh politik umNO terhadapnya. Silap – silap kalau bukan dia mungkin ada yang terjun bangunan KOMTAR  ataupun jambatan Pulau Pinang tu.

Dulu masa DS Nizar jadi MB rakyat subuh, pagi , tengahari, petang dan malam malah pusingan jam pun naik pening umNO menyerang beliau sampai tak cukup hari dibuatnya. Semua tak betul….pendekata kalau DS Nizar kalau ` terbatuk dan tersedak` apatah terkentut lagi le….dalam ucapan pun dianggap satu kesalahan negeri.  UmNO umNO.

Kesian juga teman tengok kat DS Nizar…nak buat baik pun orang kata boneka cina….anti melayu…tapi yang nampak ` me`rhoko dinding ` atau kelam kabutnya umNO bukannya bangsa berkulit kuning langsat dan  kulit manggis tu.

Kalau kita ` ceroye ` atau perhatikan di Perak ni yang kalah teruk ialah MCA dan MIC dalam PRU 12 yang lalu, tapi mereka buat bodoh semacam taka de yang berlaku ribut dalam kelambu mereka….tapi mereka nampak tenang.... yang suka berpoya akan berpoya le, yang suka main judi lumba kuda – taruh kuda le….pendekata boleh lagi ` yamsing ` minum ramai – ramai dalam majlis mereka. Tapi umNO sampai DS Nizar dah terpelanting jadi MB pun beliau diserang dari muka surat ke muka surat. Tak tahu le teman….kalau teman ditempatnya silap – silap boleh terterjun Sungei Kangsor kat Pulau Caabit kat Kuala Kangsar tu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

 

Kesimpulan Hadis:

 

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

 

Kini umNO kembali buat sangka ribut di Pulau Mutiara yang terkenal cunnya anak maminya. Bahkata kawan teman Anak Sengat tu….UMNO hang toksah nak kalut dan ` buat ramei ` dan ` halwa kundoq ` kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan melayu pun... darah melayu tak sampai sesudu pun dalam badan tapi sembang ngalah melayu parpu.

 

Teman  bukan apa.. Kesian sungguh teman tengok kat Guan Eng anak Lim tu... kiri kanan kena. Pendekata dan panjangkata nak buat projek bersama dengan isterinya pun terbayang wajah - wajah jahat yang menganggu pentadbiranya.

 

Tapi aku pikiaq balik memang dungu sungguh puak – puak ` para pencinta keris  kerana `             sepanjang ayor ` diperkudakan oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng - geng Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa?.

 

Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan umNO dok tabur FITNAH... Kahkahkah…elok le tu di Perak jadi balaci MCA di Penang jadi balaci  GERAKAN.

 

Teman jadi balaci Allah taala tak mengapa malah bangga…kerana teman tahu biar kita nampak bodoh di dunia tapi cerdik disisi tuhanNya….jangan jadi macam umNO mereka mencari redha manusia didalam kebencian Allah, samada mereka sedar, tidak atau sengaja buat – buat tak sedar ianya didalam kemurkaan Allah.

 

 Teman nasihatkan  diri dan  ketukkan hati teman dan mereka – mereka yang berjuang.

Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah 2 : 155]

 

Kita belajar dari al-Quran bahawa perjuangan diiringi ujian. Segala musibah yang menguji adalah bukti kezaliman kaum durhaka yang dihadapi, dan mengangkat darjat pejuang yang diuji.

 

Dibuang kerja…Diugut dan diancam…Dipenjara…Dibunuh…

Lalu kita menyeru manusia dengan bahasa berani. Bahawa keengganan menyahut panggilan perjuangan, mesti kerana TAKUT kepada ujian-ujian itu tadi.

Dunia dunia....nak buat baik bukan senang tapi nak buat jahat terbentang luas  laksana pemandangan sawah yang sayup mata memandang di negara yang bernama Malaysia ini.

dengantenang

 

 

MANUSIA LAYAK DIUJI

 

 

HIDUP di dunia ini penuh dengan kenikmatan. Allah Subhanahu Wata'ala telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hamba-Nya agar bersyukur. Namun ada manusia mahupun umat Islam yang cuba menafikan nikmat-nikmat yang telah dikecapi. Mereka seringkali lupa bahawa mereka adalah hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan ramai juga yang tidak pandai untuk bersyukur kepada Allah malah leka dengan kemewahan dan kesenangan yang sudah diperolehi.

 

`Tuan lembu bertanya kepada lembunya bahawa….ada pelangannya hendak membeli anaknya  untuk dijadikan kenduri sempena meraikan majlis perkahwinan puterinya yang dikasihinya….ibu lembu itu terpinga – pinga. Perlukah si tuan lembu meminta izin untuk menjualnya lembu yang juga miliknya.

 

Hakikatnya ibu lembu…ayah lembu….anak lembu dan seisi keluarganya adalah milik  tuannya. Maka mahu diambil si anak, adalah kuasa mutlak ada padanya.

 

Namun begitu kerana ihsan yang ada pada diri….penternak lembu sentiasa mengambil si lembu dewasa untuk jualan dan sembelihan. Maka selamatlah sianak lembu tadi. Manusia yang memberikan makan minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si lembu itu untuk hidup yang lebih sejahtera.

 

Begitu juga yang ada pada posisi manusia selagi bernama hamba kepada penciptaNya.

 

Tapi manusia lupa siapakah diri mereka. Layakkah mereka bercakap yang bahawa kita berkongsi pandai untuk bercakap orang lain bodoh….ataupun kita juga bukannya kaya untuk bercakap orang lain pula miskin.

 

Dunia kini tidak adil dan selamat kerana manusia lupa siapa diri mereka sebenarnya. Siapakah mereka untuk mempertikaikan hukum – hukum Allah. Layakkah mereka meletakkan daulat selain daripada TuhanNya.

 

Disana sini kehancuran dan kefasadan berlaku, malah perkara yang bukan berharga dikaca mata manusia telah mulai hilang kerana sifat amanah sudah tiada lagi.

 

Bukan sahaja besi – besi yang dulu tiada nilai dan harga sudah menjadi satu habuan kecurian yang kerap berlaku, malah selipar buruk juga dianggap barang yang kecurian yang merungsingkan tuan pemakainya.

 

Dunia sudah tidak selamat lagi. Tapi manusia bangga dengan undang – undang ciptaan manusia yang penuh tipudaya asalkan mereka boleh berada dipersada tampuk kuasa dalam  negara. Malah mereka yang bertemakan dalam profesion mereka ` jangan rasuah ` pada stikers yang dipamirkan di kenderaan mereka....mereka juga diantara juaranya.

 

Teman teringat kisah seorang kawan teman yang kecintaannya kepada kucing dan didapatinya kucingnya mati dan dibungkuskannya lalu diletakkan diraga motornya dan singgah sebentar membeli rokok….tiba – tiba bungkusan itu dicuri orang  yang dianggapnya makanan mungkin….tapi yang ditemui si penjahat ialah seekor kucing yang mati….itulah manusia sentiasa mencari kelemahan orang lain untuk hidup berlandaskan hawa nafsu yang jijik dan kotor.

Rasa ego yang bertapak di dalam hati itu bukan mudah untuk diungkai dengan begitu sahaja. Kadang-kadang rasa besar diri inilah yang menyebabkan manusia mudah lupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah yang banyak, apatah lagi kalau mereka menganggap pemberian dari Allah itu cuma sedikit.

Selalunya manusia merasakan setiap kejayaan ataupun apa sahaja yang dimiliki itu adalah datang dari usaha-usaha yang telah mereka lakukan. Mereka tidak tahu kalau Allah tidak mengizinkan perkara itu berlaku, ianya tidak akan berlaku. Di situlah nampak bahawasanya kebesaran Allah dalam mengurniakan segala nikmat yang telah diberikan. Udara yang kita hirup selalu ini umpama nikmat yang teramat agung. Tanpa udara yang dibekalkan oleh Allah, manusia tidak akan dapat hidup.

Di kalangan manusia yang hidup di dunia ini terlalu ramai di antaranya yang tidak tahu bagaimana untuk bersyukur kepada Allah. Apalagi untuk bersyukur dengan apa yang ada pada setiap diri masing-masing. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Saba' ayat 13 tafsirnya: "Sedikit sekali hamba-hamba-Ku yang bersyukur." Begitulah yang Allah telah kategorikan kepada manusia ini. Ramai yang kufur dengan kenikmatan Allah. Mengapakah kebanyakan manusia bersikap begitu? Ini adalah manusia tidak mudah merasa puas dan selalu membandingkan apa yang diperolehi oleh orang lain dengan dirinya.

Nikmat-nikmat Allah itu memang banyak sekali. Andainya hendak menghitung nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan, memang sama sekali tidak akan terhitung banyaknya. Sekecil-kecilnya, lihatlah pemberian Allah yang setiap kali kita gunakan iaitu pancaindera kita. Tangan, kaki, telinga, mulut, mata, hidung dan sebagainya. Ayat-ayat Allah mengingatkan kepada kita walau bagaimanapun keadaan, kesusahan, kemisikinan kita hadapi, pasti ada nikmat Allah yang banyak telah kita kecapi selama hidup ini.

Al-Fudhail bin Iyadh berkata: "Haruslah kamu selalu bersyukur kepada nikmat! Maka sedikitlah nikmat yang hilang dari suatu kaum lalu nikmat itu kembali kepada mereka." Lihat bagaimana keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam meningkatkan diri untuk bersyukur kepada Allah. Bersyukur bersama tangisan yang telah menjadi lumrah dalam kehidupan Baginda. Baginda adalah 'role model' yang terbaik untuk dijadikan contoh kepada diri-diri kita. Firman Allah di dalam Surah Al Ahzab ayat 21 tafsirnya: "Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah contoh yang baik."

Meskipun Baginda telah dijamin terlepas dari Neraka Jahanam, Baginda tetap mengakui dirinya hamba kepada Allah. Sentiasa terus melahirkan rasa syukurnya dengan mengabdikan kehidupan dengan Sembahyang Sunat Tahajjud kepada Allah. Itulah contoh yang terbaik untuk kita jadikan contoh dan ikutan di dalam kehidupan kita.

Tidakkah kita sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Habiskan sisa-sisa umur ini dengan bersyukur kepada Allah. Janji Allah: "Siapa yang bersyukur akan aku tambahkan lagi nikmat- nikmat-Ku ini." Akan tetapi ingatkah juga tentang peringatan dari Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 tafsirnya: "Dan barang siapa kufur maka ingatlah bahawa azab-Ku amat pedih."

Begitulah peringatan Allah kepada orang-orang yang tidak bersyukur. Janganlah kita mengikuti orang-orang yang terdahulu. Mereka yang tidak bersyukur seperti Bal'am bin Bau'ro, Firaun dan lain-lainnya. Cukuplah mereka menjadi ikhtibar kepada kita. Agar kita tidak menjadi seperti mereka. Semoga jadilah kita orang-orang yang bersyukur.

Imam Ghazali berkata: "Sesungguhnya yang bersyukur itu suka bersabar. Begitu pula orang yang sabar, pada hakikatnya suka bersyukur. Sabar dan syukur itu bersamaan, tidak terpisah. Orang yang bersyukur terhadap ujian-ujian yang disabarinya, mendapat nikmat didunia. Ia pasti menghadapi bencana tetapi tidak pula berkeluh- kesah."

Syukur itu ertinya mengagungkan kepada Pemberi Nikmat dan menghalang dari membuat maksiat kepada Allah. Orang yang sabar itu tidak sunyi dari nikmat. Seandainya dia bersabar, itulah tanda dari berkeluh-kesah kerana mengagungkan Allah. Itulah disebutkan dengan syukur. Syukur itu adalah mengagungkan. Menghalanginya dari berbuat maksiat. Orang yang bersyukur itu bererti pula menjaga dirinya dari kekufuran iaitu tidak mensyukuri nikmat.

Dia bersabar menahan nafsunya, tidak melakukan maksiat dan memerintah dirinya untuk bersyukur. Sabar dalam melakukan taat. Hakikatnya adalah bersabar. Ertinya bersyukur itu tentu bersama dengan bersabar. Cara yang demikian menunjukkan dia telah bersyukur kepada Allah. Batin yang memerintahkan sabar dan syukur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Justeru itu bolehlah dikatakan bahawa syukur dan sabar itu tidak terpisah. Oleh itu adalah menjadi kewajipan manusia untuk mencapai taraf bersyukur ini. Yang mana urusannya mudah, untungnya banyak. Unsurnya mulia dan agung.

Pada anggapan orang- orang kafir bahawa nikmat yang agung dan mulia itu hanya diberikan kepada orang-orang kaya dan kepada orang-orang atasan sahaja. Mereka adalah salah sama sekali. Sesunggunhya Allah memberikan nikmat itu hanyalah kepada orang yang mengetahui akan kadarnya. Orang- orang yang mengetahui akan kadarnya nikmat itu ialah orang-orang yang menghadapkan diri dan hatinya untuk memilih nikmat-nikmat itu dan meninggalkan yang lainnya.

Tidak menghiraukan kesusahan-kesusahan yang dideritainya. Tidak berhenti dari berdiri di pintu kerajaan Tuhan, bersyukur kepada Tuhan atas nikmat-nikmat pemberianNya. Mengetahui akan kadar nikmat dan mampu mensyukurinya. Jadi mereka inilah lebih utama menerima nikmat-nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Setiap manusia yang boleh berfikir ke dalam diri nescaya memperolehi akan dirinya. Begitulah nikmat yang Allah berikan kepada hamba-hamba yang menjadi pilihan-Nya.

Buangkanlah fikiran yang mengatakan nikmat itu hanya merupakan kesenangan, kemewahan hidup di dunia ini sahaja. Nikmat yang terbesar ialah nikmat iman dan Islam. Jika ia dibandingkan dengan segala isi-isi dunia yang ada ini, ia lebih tinggi daripada yang ada. Perlulah kita umat manusia merenung dan menyedari tentang hakikat ini kerana ianya tidak akan mendatangkan kerugian, malahan kesenangan dan kebahagiaan akan dikecapi di dunia mahupun di akhirat.

dengantenang

 

 

GALAS OH GALAS

 

 

 

Dulu ada kajian dibuat dan di dedahkan tingkah laku pelajar – pelajar sekolah rendah menGALASkan bag yang berat untuk ke sekolah.

 

Beratnya bag sekolah mereka…. lagak mereka seperti satu kompeni tentera ke operasi yang penting negara ataupun sesi latihan ketenteraan sahaja.

 

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini…. cikgu atau sikap murid itu yang tidak mematuhi jadual persekolahannya….ataupun makbapak mereka jenis atau spesis yang tak ambil tahu langsung tentang pembelajaran anak – anaknya….kerana yang penting ` duit masyukkk` hari – hari….

 

Kita di Malaysia ni bukan jalan ke depan, tapi jalan ke belakang. Lagi teruk dari zaman Jepun agak nye.


Patut makin maju, makin 'paperless' , tapi tak, makin maju makin berat beg budak sekolah. Kalau di Terengganu pula pelajarnya mungkin beg berat pun kena bawa, komputer e-book pun kena bawa. Ini bukan teman kata….tapi merujuk sebagai yang dikata dalam sebuah akhbar dulu.


Bayangkan, budak bawa beg sekolah satu pertiga dari berat badan.


SEMAKIN RAMAI BUDAK SEKOLAH SAKIT TULANG BELAKANG (SCOLIOSIS) PAK MENTERI KENA AMBIL TAHU. INI KATA PAKAR, BUKAN KATA ORANG POLITIK.

 
Dulu dikatakan bahawa  akhbar NST berani membicarakan isu beg sekolah berat ini. Akhbar Melayu masih meneruskan dengan iklan judi mereka dan berita sengit sebelah politik murahan mereka.

 

Ada seorang pemain bola namanya Gallas ataupun nama penuhnya William Gallas….walaupun spelling namanya ada double L tapi sebutannya masih GALAS.



Ini cerita  kisah GALAS bukan GALLANG dalam drama Indonesia ` Cinta Kirana ` tu....maklum le....sekarang kaum - kaum ibu sibuk kejor drama ini dari kejor waktu maghribnya.

Gallas punya cerita lain sikit dengan kisah bebudak sekolah yang mengalaskan bag yang berat kesekolah tadi.

 

Seorang offisial timnas Prancis mengungkapkan empat nama yang disinyalir menjadi pemicu dari kekecohahan di tubuh Les Bleus. Siapa saja mereka?

Cerita kontrovesi  panas ini berkisah semasa Piala Dunia di Afrika Selatan tempohari yang mana pasukan pilihan ini terpelanting awal dalam kumpulannya gara – gara sikap pemain yang tak ngam dengan jurulatih dan pengurusan pasukan yang bermaskot ` ayam ` jantan tu.

Kini nama-nama para pengkhianat tersebut mencuat ke permukaan. Ofisial Prancis Henri Monteil mengatakan ada tiga hingga empat pemain yang menjadi otak dari kekacauan ini.

"Tiga-empat pemain itu adalah pemimpin (dari kekacauan ini). Para pemimpin itu adalah pemain yang tak pernah bermain di Piala Dunia lagi. Siapa mereka? Mereka adalah William Gallas, Eric Abidal, dan Thierry Henry, yang merupakan kawan dari Nicolas Anelka``.

  Pihak wartawan mengungkapkan masih ada pemain yang berdiri di belakang Domenech. "Beberapa pergi menemui Domenech. Mereka menangis, menyesali apa yang terjadi. Mereka adalah para pemain muda."


Ungkapan ini memang belum terbukti dan baru klaim. Tetapi jika benar para senior itu merupakan dalang bagi kekacauan ini, maka kondisi timnas Prancis memang benar-benar tragis.

 

Kesian….pasukan Perancis ini….gara – gara pemain ` kuda tua ` dalam pasukan itu menyebabkan nama dan wibawa tercalar teruk hingga hari ini. Itu juga gara – gara GALLAS tadi.

Kini nama yang juga GALAS tiba – tiba muncul di pantai Timur….dimana wakil rakyatnya yang meninggalkan dunia akibat sering dilanda sakit daripada sihatnya….itu semua kehendak Allah SWT.

Top of Form

Kini budaya bohong atau janji – janji palsu kembali datang lagi.Perkataan bohong ini sama ertinya dengan menipu,dusta atau dalam loghat Peraknya` bedeaah ` ataupun ` ngechik `.

 

Ada orang berbohong untuk dapat kuasa.Ada juga orang  berbohong untuk menjatuhkan kuasa .Kalau disekolah sesorang murid boleh berbohong kepada Guru Displin diatas  kelewatannya datang ke sekolah atau melanggar etika displin sekolahnya dari mendapat hukuman.Kerapkali dalam permainan bolasepak sesorang boleh berbohong terjatuh dipintu gol lawan untuk mempergaruhi pengadil dapatkan penalti dan sebagainya.

 

Fenomena bohong ini sebenarnya telah ujud hasil politik didikan barat tanpa merujuk wahyu Ilahi yang disana ada kaitannya dosa dan pahala.



Menjelang Pilihanraya Kecil  GALAS yang semakin panas ini disana sini kita akan dengar dan lihat janji – janji projek,janji – janji balairaya,janji – janji rumah ibadat, janji – janji sekolah dan aneka janji – janji dan akhirnya tinggal janji – janji.Ini juga merupakan kategori bohong yang keterlaluan demi kemenangan kuasa.

 

Suruhanjaya Pilihanraya [ SPR ] juga boleh diiktirafkan sebagai ` mangkok ayun ` kerana tidak membenarkan kempen dimulakan kerana gong pilihanraya belum lagi diketuknya.Diwaktu yang sama membiarkan kempen janji – janji BN di media dan tv terus mengumandang di bumi GALAS tanpa membantah apatah lagi menghalangnya. Malah Tok Guru yang memimpin negeri itu di fitnah dan hentam teruk  seolah – olah tiada harga dirinya.

 

Rakyat dikawasan berkenaan jangan mudah terpedaya dengan janji – janji manis pemimpin korupsi ini.Terkadang – kadang senyuman mereka memang manis sampai ketelinga dan akhirnya rakyat mengigit jari ditipu hidup – hidup apabila berakhirnya mana – mana pilihanraya.Sampai bila rakyat dan pengundi diperbodoh dari dulu,kini dan mungkin selamanya.

 

Dalam Negara kita bila sampai masanya memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW atau Maal Hijrah,maka slogan retorik memuji Nabi menjadi tema sepanduk dan sign board disana – sini sebagai tanda kasihnya mereka kepada Nabi.Slogan retorik ini sebenarnya adalah jadian daripada ciri – ciri pembohongan kerana dasar mulia Nabi tidak menjadi panduan dalam negara.

 

Saat ini, terutama di kala waktu berkempen pilihanraya semua menunjukkan merekalah pemimpin berjiwa rakyat,pemimpin turun ke bawah menyelami masalah rakyat.Untuk merealisasikan kepekaan masing – masing,maka  banyak orang yang membuat pendekatan  untuk berdusta/berbohong hanya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan lawannya. Padahal berdusta itu besar dosanya di mata Allah. Contohnya ada yang berkata hutang berkurang padahal kenyataannya bertambah atau sebaliknya.

 

Memang di dalam keadaan tertentu, berbohong itu diizinkan.

Rasulullah SAW membolehkan dusta dalam tiga perkara, iaitu dalam peperangan, dalam rangka mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad)

 

Tapi itu pun pada saat yang luar biasa dan Nabi sendiri tetap menghindari untuk tidak berbohong. Sebagai contoh, ketika ada seseorang mencari musuhnya dengan niat berkelahi dan bertanya apakah Nabi melihat ada orang lalu di situ, sebelum menjawab Nabi perhatikan tempat berdirinya, baru berkata. "Sejak saya berdiri di sini, saya belum pernah melihat orang lain selain kamu." Dan memang sejak Nabi berdiri di tempat yang baru dia belum melihat orang lain selain orang yang bertanya.

 

Tapi hal seperti itu pun jarang dilakukan oleh Nabi sehingga Nabi digelar sebagai Al Amin atau yang dipercaya. Jika Nabi menyuruh para sahabat untuk pergi ke arah utara, kemudian setelah jauh berbalik ke selatan itu tidak  dikatakan bohong kecuali strategi/taktik peperangan. Itu pun ditujukan pada orang-orang kafir dan mata-matanya.

Terhadap para sahabat dan orang-orang yang beriman, Nabi boleh dikata senantiasa berkata jujur. Bahkan orang-orang kafir pun mengakui kejujuran Nabi yang tidak pernah berkata bohong.

 

Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:

 

"Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta" [QS Adz Dzaariyaat:10]

Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." [Al Baqarah:10]

 

"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa" [Al Jaatsiyah:7]

Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:

 

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)

 

Dusta adalah satu ciri orang Munafik:

 

Wahai umNO jika kamu riuh katakan ahli anda jutaan orang, sokongan anda tinggi,media dan ajensi kerajaan bersama anda ,maka marilah kita berjuang sempena dengan Pilihanraya Kecil GALAS ini dengan telus dan adil,tidak perlu janji – janji manis tanpa rasuah tadi  dan tunjukkan skill masing – masing kerana rakyat yang mampu menilaikannya.

 

Ingat....petugas pilihanraya ini biar menGALASkan tenaga....tapi jangan MALAS dan CULAS.

dengantenang

 

 

 

 


From: Azlisham Said
Sent: Friday, October 08, 2010 10:53 AM
To: Azlisham Said; 'Zahareen'; Mohd Rethudden; Mohd Helmizam; Mohd Razaidi; Mohd Anif; Mohd Fitri Othman; Fadzil Ahmad; Nasrun Ghani; Muhamad Fadhli; Aminoor Rashidin Hashim; MohdZaini Ayub; Syed Mulyadi SyedAbdullah; Khairul Faizi; Kamarunizam Hashim; Saiful Adli Ghazali; Mohammad Fitri; Amirul Ridzauan; Mohd Arissajali; Azman Abdullah; Naqsyabandi Jamaludin; Muhamad Ridzuan; Muhammad Rusdi Ahmad; Muhd Mazmin; Mohd Shahir; Mohd Razif; Mohd Helmizam; MohdZaini Ayub; Amran Hamzah; Mohd Anif; Mohd Helmizam; Hairi Nizam; Hapizi AbdHalim; Ramzul Haniff; Zulkifli AbuTalib; Mohd Azizul; Muhamad Najib; Muhamad Fadhli; Nurul Khairina Abdul Rahim; Asma Ahmad; Ismail Mohd; Izaruzana Ahmad; Fadzil Ahmad; Mohd Anif; Mohd Anif; Mohd Rethudden; Mohd Razaidi; Mohd Helmizam; Zulkifli AbuTalib; Aminoor Rashidin Hashim; Amran Hamzah; Asma Ahmad; Fadzil Ahmad; Hairi Nizam; Hapizi AbdHalim; Izaruzana Ahmad; Mohd Anif; Mohd Asyraf Azmi; Mohd Fitri Othman; Mohd Helmizam; Mohd Razaidi; Mohd Rethudden; MohdZaini Ayub; Muhamad Fadhli; Nur Marisa Isnaini; Nurul Khairina Abdul Rahim; Nurzaima Ismail; Ramzul Haniff; Mohd Sofian; Bunyamin Sabran; Mohd Azizul; Muhamad Ridzuan; Muhamad Najib; Mohd Sofian; Mohd Shahir; Helmy Zainal Abidin; Nazri Shafie; Norzamlan KamaralZaman; Noraida Daud; Muhamad Najib; Nasrun Ghani; Norhuffairos Hussin; Zulkifli AbuTalib; Sabri Hamid; Mohd Sofian; Sarizan Musa; Subri Noh; Sukri Othman; Syed Mulyadi SyedAbdullah; 'bob_azad88@yahoo.com'; 'rosyizam.abdulrahim@tm.com.my'; 'rosidihussein'; 'appledeent@gmail.com'; 'Azizan Shariff'; 'mohd azizon'; 'mahjubhanafi@yahoo.com.my'; 'hafiz ketua pemuda kb'; 'hafiz kb'; 'nordin - software engineer, Motorola / PAS Branch Secretary'; 'Azri Noor PNG TA2/TA3'; 'abdul-aziz_bin-othman@non.agilent.com'; 'ahmadazizi-yusof@fujielectric.com.my'; Azmi Kasim; 'hafiz kb'; 'hafiz kb'; 'hafiz ketua pemuda kb'; Hapizi AbdHalim; Mohd Razaidi; Mohd Rethudden; Mohd Fitri Othman; Mohd Helmizam; Amran Hamzah; Asma Ahmad; Nazril Hamzah; Mohd Azril; Ahmad Farizan; Izaruzana Ahmad; Ismail Mohd; Naqsyabandi Jamaludin; Khairul Faizi; Khairil Anuar; Shahrul Nizam AbuBakar; 'Shamsudin, Zainol'; 'Md Zahari Idrus'
Cc: 'Man, Mustafa'; 'bang chaq'; 'mimi'; 'ismi.azizan@teleplan.com'; 'Saad, Ishak'; 'Azha, Hashim'; Fadzli Zulkiflee; 'azlisham said'; 'Bob Bob'; 'appledeent@gmail.com'
Subject: PAS Kepala Batas bantu mangsa ribut

 

PAS Kepala Batas bantu mangsa ribut

 

Ali Hashim   

KEPALA BATAS, 8 Okt: Enam belas buah rumah dari tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga, Kepala Batas rosak dilanda ribut, petang kelmarin.

Angin kencang yang bermula pada waktu Maghrib itu dengan sekelip mata sahaja menerbangkan kebanyakan bumbung rumah.

Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Hussain bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta PAS Kawasan Kepala Batas segera turun padang bagi meninjau kawasan yang ditimpa bencana tersebut.

Semasa tinjauan dibuat sebanyak 12 buah rumah mengalami kerosakan teruk di Lahar Minyak, 3 di Permatang Tok Brain dan 1 di Permatang Tok Labu.

Menurut Rosidi, sumbangan segera yang berupakan bantuan wang tunai telah disalurkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat dan orang perseorangan turut memberi bantuan segera bagi membantu kebanyakan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

"Setelah ribut melanda, hujan pula turun dengan lebat sehingga mengakibatkan ramai terpaksa berlari untuk mendapatkan perlindungan, " katanya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS kawasan  telah mengadakan perbincangan segera dengan Unit Amal bagi membantu untuk memperbaiki sebahagian besar rumah yang terlibat dengan bencana tersebut.

Katanya lagi, bantuan dari segi kepakaran dalam membaiki rumah yang ada pada sebahagian besar Unit Amal dan JKKK serta penduduk kampung akan dimanfaatkan segera bagi membantu semua mangsa yang memerlukan bantuan.

Selain dari bantuan yang diberikan untuk memperbaiki rumah, lain-lain keperluan akan diusahakan segera bagi memberi keselesaan kepada mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.

Rosidi juga berkata, tanggungjawab itu adalah sebagai salah satu komitmen yang perlu diberi perhatian oleh semua golongan masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.

 

 

 

Latheefa Koya menjawab fitnah Rahimi Osman
Posted on Thursday, October 07 @ 16:22:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


Kenyataan MediaOleh Latheefa Koya

Saya sekeras-kerasnya ingin menyatakan bahawa saya pada bila-bila masa pun, tidak pernah menggunakan sebarang bentuk paksaan atau pengaruh yang tidak sepatutnya ke atas Rahimi Osman, dalam hubungannya terhadap akuan bersumpah yang ditandatanganinya.

Pada waktu-waktu yang tersebut, saya merupakan salah seorang peguam yang ditugaskan untuk menyediakan keterangan saksi dari beberapa orang saksi-saksi berpotensi, suatu amalan yang menjadi lumrah dalam mana-mana pembelaan perundangan. Dalam beberapa pertemuan saya dengan Rahimi, saya ditemani oleh seorang lagi peguam, Radzlan Jalaluddin bagi mengambil kenyataannya di ibupejabat parti di Tropicana. Kami menyediakan akuan bersumpah beberapa orang saksi termasuklah Rahimi yang menjadi amalan biasa pembelaan serta untuk kegunaan perlindungan saksi juga.

 

Akuan bersumpah ini disediakan kerana dalam kes-kes tertentu (seperti kes sekarang ini), terdapat kemungkinan para saksi atas apa jua sebab menukar keterangan mereka dan akuan bersumpah ini boleh digunakan sebagai hujah pembelaan terhadap kebarangkalian penukaran kenyataan saksi. Misalnya, dalam kes-kes terdahulu terhadap DSAI, beberapa orang yang terkait dengan DSAI di tahan secara tidak sah oleh pihak polis dan dikenakan deraan serta siksaan, maka akhirnya mereka membuat "pengakuan" dan memberi keterangan terhadap DSAI. Lihatlah kes Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees dan Meor. Dalam kes-kes sebegini, akuan bersumpah ini boleh juga digunakan sebagai suatu bentuk perlindungan untuk saksi sekiranya berlaku kejadian yang menyalahi undang-undang itu.

 

Tuduhan Rahimi bahawa akuan bersumpahnya dipinda untuk memasukkan nama Dato Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor tanpa persetujuan dirinya merupakan suatu kenyataan yang tidak benar serta tidak berkredibiliti sama sekali. Ini kerana dalam kenyataannya sendiri kepada pihak polis di IPK pada tengahari 23.7.2008, dia mengesahkan bahawa dia tahu Saiful telah bertemu Najib dan Rosmah. Dia juga memberitahu polis, bahawa dirinya sendiri diambil oleh Mumtaz Jaafar, rakan karib Rosmah, bagi bertemu Rosmah dan Najib. Rahimi berkongsi maklumat ini dengan kami selepas diambil keterangan oleh pihak polis. Dia juga memberitahu polis tentang pertemuan Ezam Md Noor dan SAC Rodwan.

 

Selanjutnya penglibatan orang-orang tersebut dalam kes ini telah disahkan oleh keterangan Saiful Bukhari di mahkamah. Ezam Md Noor dan Mumtaz Jaafar telah dipanggil untuk pengecaman oleh Saiful. Najib juga telah mengakui kepada pihak media bahawa dia pernah bertemu Saiful saat dia datang ke rumahnya.

 

Dakwaan bahawa kami mengurungnya di Hotel Quality adalah sangat tidak benar dan amat mustahil sama sekali. Dia berada di sana atas kerelaan dirinya sendiri pada setiap masa dan secara sukarelanya memberi kami maklumat bagi membantu kes DSAI.

 

Akuan bersumpah tersebut yang dengan secara sukarela ditandatanganinya merupakan sebahagian daripada hasil pertemuan kami dengannya dalam tempoh masa beberapa bulan, sewaktu persediaan sebelum perbicaraan, yang mana dia dipanggil untuk memperjelas atau membantu dalam hal berkaitan fakta-fakta sepanjang pengetahuannya.

 

Pada waktu-waktu tersebut, dia secara sukarela bekerjasama dan bertemu dengan para peguam bilamana dia diminta membantu. Meskipun dia sudah tidak lagi secara rasmi bekerja di pejabat DSAI, namun dia terus datang ke ibu pejabat parti atas berbagai tujuan dan kemudiannya dia juga ikut kempen parti dalam pilihanraya kecil.

 

Saya dengan sekeras-kerasnya ingin menegaskan bahawa pada setiap masa, perlakuan kami sebagai peguam adalah profesional dan Rahimi tidak pernah dipaksa atau ditekan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti yang didakwa dirinya. Saya merasa amat hairan, secara tiba-tiba, setelah lebih dua tahun setengah, pada ketika ini baru dia mahu mendakwa ia dibuat secara terpaksa. Akuan bersumpah tersebut juga tidak pernah digunakan di mahkamah dan sepatutnya tidak harus dibuat isu (a non issue).

 

Dakwaan Rahimi ini merupakan suatu fitnah dan berniat jahat serta merupakan gangguan terhadap parti dan para peguam DSAI. Saya sedang berunding dengan para peguam saya dan akan memelihara hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahimi.

 

Latheefa Koya

...

http://milosuam.blogspot.com/2010/

 

 

 



Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

 

Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.

"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.

"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.

Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.

Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.

 

No comments: