PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, October 08, 2010

PAS Kepala Batas bantu mangsa ribut

PAS Kepala Batas bantu mangsa ribut

 

Ali Hashim   

KEPALA BATAS, 8 Okt: Enam belas buah rumah dari tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga, Kepala Batas rosak dilanda ribut, petang kelmarin.

Angin kencang yang bermula pada waktu Maghrib itu dengan sekelip mata sahaja menerbangkan kebanyakan bumbung rumah.

Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Hussain bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta PAS Kawasan Kepala Batas segera turun padang bagi meninjau kawasan yang ditimpa bencana tersebut.

Semasa tinjauan dibuat sebanyak 12 buah rumah mengalami kerosakan teruk di Lahar Minyak, 3 di Permatang Tok Brain dan 1 di Permatang Tok Labu.

Menurut Rosidi, sumbangan segera yang berupakan bantuan wang tunai telah disalurkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat dan orang perseorangan turut memberi bantuan segera bagi membantu kebanyakan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan barangan mereka.

"Setelah ribut melanda, hujan pula turun dengan lebat sehingga mengakibatkan ramai terpaksa berlari untuk mendapatkan perlindungan, " katanya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS kawasan  telah mengadakan perbincangan segera dengan Unit Amal bagi membantu untuk memperbaiki sebahagian besar rumah yang terlibat dengan bencana tersebut.

Katanya lagi, bantuan dari segi kepakaran dalam membaiki rumah yang ada pada sebahagian besar Unit Amal dan JKKK serta penduduk kampung akan dimanfaatkan segera bagi membantu semua mangsa yang memerlukan bantuan.

Selain dari bantuan yang diberikan untuk memperbaiki rumah, lain-lain keperluan akan diusahakan segera bagi memberi keselesaan kepada mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.

Rosidi juga berkata, tanggungjawab itu adalah sebagai salah satu komitmen yang perlu diberi perhatian oleh semua golongan masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.

 

 

 

Latheefa Koya menjawab fitnah Rahimi Osman
Posted on Thursday, October 07 @ 16:22:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


Kenyataan MediaOleh Latheefa Koya

Saya sekeras-kerasnya ingin menyatakan bahawa saya pada bila-bila masa pun, tidak pernah menggunakan sebarang bentuk paksaan atau pengaruh yang tidak sepatutnya ke atas Rahimi Osman, dalam hubungannya terhadap akuan bersumpah yang ditandatanganinya.

Pada waktu-waktu yang tersebut, saya merupakan salah seorang peguam yang ditugaskan untuk menyediakan keterangan saksi dari beberapa orang saksi-saksi berpotensi, suatu amalan yang menjadi lumrah dalam mana-mana pembelaan perundangan. Dalam beberapa pertemuan saya dengan Rahimi, saya ditemani oleh seorang lagi peguam, Radzlan Jalaluddin bagi mengambil kenyataannya di ibupejabat parti di Tropicana. Kami menyediakan akuan bersumpah beberapa orang saksi termasuklah Rahimi yang menjadi amalan biasa pembelaan serta untuk kegunaan perlindungan saksi juga.

 

Akuan bersumpah ini disediakan kerana dalam kes-kes tertentu (seperti kes sekarang ini), terdapat kemungkinan para saksi atas apa jua sebab menukar keterangan mereka dan akuan bersumpah ini boleh digunakan sebagai hujah pembelaan terhadap kebarangkalian penukaran kenyataan saksi. Misalnya, dalam kes-kes terdahulu terhadap DSAI, beberapa orang yang terkait dengan DSAI di tahan secara tidak sah oleh pihak polis dan dikenakan deraan serta siksaan, maka akhirnya mereka membuat "pengakuan" dan memberi keterangan terhadap DSAI. Lihatlah kes Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees dan Meor. Dalam kes-kes sebegini, akuan bersumpah ini boleh juga digunakan sebagai suatu bentuk perlindungan untuk saksi sekiranya berlaku kejadian yang menyalahi undang-undang itu.

 

Tuduhan Rahimi bahawa akuan bersumpahnya dipinda untuk memasukkan nama Dato Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor tanpa persetujuan dirinya merupakan suatu kenyataan yang tidak benar serta tidak berkredibiliti sama sekali. Ini kerana dalam kenyataannya sendiri kepada pihak polis di IPK pada tengahari 23.7.2008, dia mengesahkan bahawa dia tahu Saiful telah bertemu Najib dan Rosmah. Dia juga memberitahu polis, bahawa dirinya sendiri diambil oleh Mumtaz Jaafar, rakan karib Rosmah, bagi bertemu Rosmah dan Najib. Rahimi berkongsi maklumat ini dengan kami selepas diambil keterangan oleh pihak polis. Dia juga memberitahu polis tentang pertemuan Ezam Md Noor dan SAC Rodwan.

 

Selanjutnya penglibatan orang-orang tersebut dalam kes ini telah disahkan oleh keterangan Saiful Bukhari di mahkamah. Ezam Md Noor dan Mumtaz Jaafar telah dipanggil untuk pengecaman oleh Saiful. Najib juga telah mengakui kepada pihak media bahawa dia pernah bertemu Saiful saat dia datang ke rumahnya.

 

Dakwaan bahawa kami mengurungnya di Hotel Quality adalah sangat tidak benar dan amat mustahil sama sekali. Dia berada di sana atas kerelaan dirinya sendiri pada setiap masa dan secara sukarelanya memberi kami maklumat bagi membantu kes DSAI.

 

Akuan bersumpah tersebut yang dengan secara sukarela ditandatanganinya merupakan sebahagian daripada hasil pertemuan kami dengannya dalam tempoh masa beberapa bulan, sewaktu persediaan sebelum perbicaraan, yang mana dia dipanggil untuk memperjelas atau membantu dalam hal berkaitan fakta-fakta sepanjang pengetahuannya.

 

Pada waktu-waktu tersebut, dia secara sukarela bekerjasama dan bertemu dengan para peguam bilamana dia diminta membantu. Meskipun dia sudah tidak lagi secara rasmi bekerja di pejabat DSAI, namun dia terus datang ke ibu pejabat parti atas berbagai tujuan dan kemudiannya dia juga ikut kempen parti dalam pilihanraya kecil.

 

Saya dengan sekeras-kerasnya ingin menegaskan bahawa pada setiap masa, perlakuan kami sebagai peguam adalah profesional dan Rahimi tidak pernah dipaksa atau ditekan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti yang didakwa dirinya. Saya merasa amat hairan, secara tiba-tiba, setelah lebih dua tahun setengah, pada ketika ini baru dia mahu mendakwa ia dibuat secara terpaksa. Akuan bersumpah tersebut juga tidak pernah digunakan di mahkamah dan sepatutnya tidak harus dibuat isu (a non issue).

 

Dakwaan Rahimi ini merupakan suatu fitnah dan berniat jahat serta merupakan gangguan terhadap parti dan para peguam DSAI. Saya sedang berunding dengan para peguam saya dan akan memelihara hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahimi.

 

Latheefa Koya

...

http://milosuam.blogspot.com/2010/

 

 

 



Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

 

Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.

"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.

"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.

Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.

Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.

 

No comments: