PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, October 15, 2010

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

 



PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

 

Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat.

"Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC); iaitu memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan awam dan pesara serta memperkenalkan polisi gaji minimum RM900 sebulan dalam semua sektor.

"Kerana nak tarik pelabur asing (FDI) dan beri jaminan untung kepada mereka di dalam negara, kerajaan sanggup tidak perkenalkan Akta Gaji Minimum, longgarkan akta berkaitan pekerja serta ambil buruh asing dengan gaji yang rendah.

"Akhirnya, kerajaan hanya umum pemberian RM500 bonus kepada kakitangan awam dan pesara ketika mengumumkan Bajet 2010," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengharapkan Najib mengumumkan penyerahan semula wang royalti minyak Kelantan kepada kerajaan negeri.

"PAS harap bajet kali ini akan memulihkan konsep federalisme seperti serah kembali royalti minyak kepada akaun kerajaan negeri, bukannya pusat memberi wang ehsan," ujarnya.

Tambahnya lagi, Najib turut dijangka akan mencadangkan tarif air dan elektrik di peringkat kerajaan negeri dinaikkan selaras dengan cadangan tarif elektrik dan air yang dinasihatkan oleh Pusat.

Bernama semalam melaporkan, Najib dijangka meneruskan formula liberalisasi ekonomi di beberapa subsektor kerajaaan demi menggalakkan persaingan dalam pelaburan.

Subsektor yang dimaksudkan seperti borong dan runcit, telekomunikasi, perniagaan dan perkhidmatan kewangan.

Pun begitu, dikatakan Bajet kali ini akan memperlihatkan komitmen pentadbiran Najib dalam mengurangkan beban rakyat sebagaimana pengumuman kerajaan semalam, iaitu menangguhkan pelaksanaan polisi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Ini kerana, perbentangan Bajet 2011 dilihat untuk memujuk rakyat supaya tidak menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang dijangka berlangsung secara mengejut tidak lama lagi.

 

 

 

 



Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan

 

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.

PAC seterusnya telah meminta secara rasmi SPRM menjalankan siasatan rasuah ke atas pembelian tren elektrik tersebut.

Kong memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan  LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc  Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Dzulkefly turut mengingatkan kerajaan mengenai satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin diesel dari Sepanyol untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan.

"Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan  Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut.

"Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

 

 

 

PM mula bentang Bajet 2011 di Dewan Rakyat

Oct 15, 10 4:14pm

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

 

 

 

Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara
Posted on Wednesday, October 13 @ 23:35:00 MYT by aljohori


Minda Anwar IbrahimPERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat. 

"Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.

Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku 'miracle' seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan 'persepsi baik' terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.

Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.

Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk 'deliver' kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato' Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato' Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

 

Sumber:anwaribrahimblog

 

 

Isu duit warga emas - Azhar diberi 7 hari minta maaf atau disaman
Posted on Thursday, October 14 @ 07:31:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BeritaAdun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga ke semua warga emas.

Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah. YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Ketua parti Keadilan, PAS dan DAP juga turut hadir bersama.

 

 

No comments: