PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, October 27, 2010

Mahathir Paksa Mat Said MB Trg 'Derma' RM400juta Biayai Projek Terbaru PERWAJA

Mahathir Paksa Mat Said MB Trg ‘Derma’ RM400juta Biayai Projek Terbaru PERWAJA
Posted on Tuesday, October 26 @ 05:01:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KomentarOleh: ulitmayang

"
Menurut berita , yang perlu dipercayai , kerana sumbernya adalah lidah rasmi partii UMNO, iaitu

Perwaja labur RM400 juta bina kilang Perwaja Holdings Bhd. (Perwaja) bercadang membina kilang menghasilkan palet dan 'concentrate' besi di Kemaman, Terengganu dengan pelaburan sebanyak RM400 juta.Kilang tersebut akan dibangunkan dalam dua fasa. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, kilang tersebut merupakan kilang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.

Serupalah kisah dan ceritanya ketika mula2 PERWAJA di’operasi’kan oleh Mahathir tahun 80-an dulu , kononnya dengan teknologi DRI ketika itu , PERWAJA mempelopori teknologi termaju ‘direct reduction’ , yag lebih seronoknya ianya dibina di Terengganu .

 

Ketika itu , Wan Mokhtar seorang ulamak UMNO boleh ditipu hidup2 oleh Mahathir dengan memaksa kerajaan negeri menerusi dana Tabung Warisan hasil royalty minyak diperah bagi membiayai projek Mahathir yang bernafsu segala- galanya ‘TER’.

 

Hasilnya , seperti laporan ini  akhirnya PERWAJA dikatakan rugi pulohan billion ringgit , katanya 15 – 20 billion.

 

Yang menariknya kini dalam projek terbaru ‘cadangan’ dan cetusan idea Mahafiraun moden ini ialah kenyataan ini ....................

Perwaja turut mengundang kerajaan negeri Terengganu untuk bekerjasama dengan syarikat itu.

 

"Kami sudah menghantar kertas cadangan berhubung penubuhan syarikat usahasama di antara Perwaja dan kerajaan negeri, bagaimanapun masih tiada jawapan.

 

"Usahasama itu nanti akan melibatkan konsesi perlombongan bijih besi

 Begitulah jadi projek ini nanti. Betapa cerdiknya Mahathir di sepanjang hidupnya. Menipu tidak menjadi satu kesalahan.  

Berita sepenuhnya ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,  

Perwaja labur RM400 juta bina kilang 

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Perwaja Holdings Bhd. (Perwaja) bercadang membina kilang menghasilkan palet dan 'concentrate' besi di Kemaman, Terengganu dengan pelaburan sebanyak RM400 juta.

Kilang tersebut akan dibangunkan dalam dua fasa. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, kilang tersebut merupakan kilang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara.Abu Sahid berkata, syarikat pengeluar produk besi waja itu mampu mengurangkan sehingga 15 peratus daripada kos pengeluaran apabila kilang berkenaan mula beroperasi kelak.

Tambahnya, sebelum ini Perwaja dan kilang besi lain di negara ini mengimport palet bijih besi dari luar negara.

"Sebelum ini, Malaysia hanya mengeksport bijih besi mentah ke luar negara dengan harga yang murah kerana tiada nilai ditambah.

"Manakala sebagai pengeluar produk besi waja, kami membeli palet bijih daripada luar dengan harga yang mahal, sebab itu kilang ini nanti akan menambah nilai kepada bijih besi mentah dan boleh mengurangkan kos pengeluaran syarikat, " katanya.

Abu Sahid berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian di antara Perwaja dengan Sinosteel Equipment dan Engineering Co. Ltd (Sinosteel) yang dilantik sebagai firma kejuruteraan utama bagi projek berkenaan, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Perwaja diwakili Pengarah Urusannya, Tan Sri Pheng Yin Huah manakala Sinosteel diwakili oleh Pengarah Urusannya, Lu Peng Chen.Sinosteel dianugerahkan kontrak bernilai AS$65 juta (RM200.9 juta) bagi mereka bentuk, memasang, melakukan ujian prestasi ke atas mesin-mesin di kilang baru itu.

Majlis disaksikan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kerja-kerja fasa pertama untuk kilang itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan akan mula beroperasi pada hujung tahun 2012.Ia akan diikuti pula oleh fasa kedua sebaik sahaja fasa terdahulu siap.

Kilang tersebut akan mampu mengeluarkan 2.4 juta metrik tan palet besi setahun dan boleh menampung sehingga 90 peratus daripada keperluan syarikat.Menurut Abu Sahid,

Perwaja turut mengundang kerajaan negeri Terengganu untuk bekerjasama dengan syarikat itu."Kami sudah menghantar kertas cadangan berhubung penubuhan syarikat usahasama di antara Perwaja dan kerajaan negeri, bagaimanapun masih tiada jawapan.

"Usahasama itu nanti akan melibatkan konsesi perlombongan bijih besi, " jelasnya. SILA KLIK DI SINI 

Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

 

 

Lebih banyak Kelab Malam akan dibuka di Malaysia, TAKZIAH
Posted on Tuesday, October 26 @ 04:42:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BeritaOleh: amkns

"
ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Malaysiakini

Okt 26, 10 3:03pm   Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

 

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. 

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa.

Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'. Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini. 

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah: - Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa. Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa. 

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.  

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. 

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus. 

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.  Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.  

http://malaysiakini.com/news/146435

 

 


Cara Bagaimana Anak-anak anda  Boleh Meningkatkan Gred D ke A+
Katalog 25 Gajet Elekronik Berteknologi Rahsia

Ini Jawapan Seorang Ulama Dalam Mempertahankan Rosmah Mansor!!
Posted on Saturday, October 23 @ 05:04:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


BeritaOleh: edyesdotcom

"
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

 

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.

 

Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

 

Edyes wrote:

 

Cuba fikir baik-baik, siapa yang perlu menasihati siapa dalam konteks ini? Jika kita lihat selingan video festival busana di sini, maka dapat anda lihat antara yang hadir dalam festival ini ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu suami kepada Rosmah Mansur yang menjadi penaung festival tersebut. Jadi bukankah sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memberi nasihat atau berbuat sesuatu agar kesucian Islam tidak dikaitkan dalam festival yang menghina nama Muhammad S.A.W.

 

Ulamak muda UMNO mengatakan pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu festival busana ini, tetapi sedarkah wahai ulamak najis babi (gelaran yang diberikan oleh Pak Bakaq) bahawa festival itu bukan sahaja menghina Islam dengan pakaian-pakaian mendedahkan pangkal dada, bukan sahaja boleh memesongkan akidah anak muda-mudi Islam apabila menganggap pakaian-pakaian menonjol yang ditonjolkan itu adalah trend yang dibenarkan dalam Islam, festival itu telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad dengan menterbalikkan lambang nama Rasulullah SAW.

 

Masih kita ingat suatu ketika dahulu, seorang blogger telah ditangkap kerana kesalahan menterbalikkan bendera Malaysia. Hari ini, Rosmah mansur juga harus didakwa kerana menjadi penaung kepada Festival yang berkemungkinan dengan niat menjatuhkan maruah Islam apabila tulisan khat yang menjadi lambang nama Muhammad SAW diterbalikkan. Penganjur dan penaung harus sekurang-kurangnya memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran jahat ini.

 

Menjawab persoalan di antara tanggungjawab penganjur dan penaung, siapa yang lebih harus dipersalahkan? Saya mengambil jawapan yang paling tepat dari laman Pak Bakaq si penarik beca;

Saya teringat apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Oleh demikian, tidak kiralah samada Rosmah itu penaung atau penganjur, adalah jelas penglibatan Rosmah dalam program mewah yang secara terus menghina Islam dan Rasullullah SAW itu sendiri harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Apatah lagi suaminya berada bersama ketika majlis ini berlangsung. 

 

Justeru, saya ingin menasihati Ulama muda UMNO supaya tidak menjual nama baik Islam demi untuk sebuah kehidupan sementara di dunia ini. Kamu sebagai Ulama muda telah mengeluarkan kata-kata yang mengundang cacian terhadap diri sendiri dan sesungguhnya masih ada ruang untuk kesalahan itu diperbetulkan, berbanding mempertahankan yang bathil !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

 

 

Laporan Audit dedah Hopsital Tentera RM268 Juta Projek Sakit
Posted on Tuesday, October 26 @ 04:39:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BeritaOleh: amkns

"

Laporan Ketua Audit Negara 2009 sekali lagi menggemparkan. Tapi laporan Audit yang lalu pun banyak yang gempar pun kemudian senyap. Melayu Mudah Lupa. Kali ini kisah projek sakit Hospital Tentera dengan kos RM 268 Juta dan sandwich kosong tanpa sardin, tomato dan timun untuk murid sekolah.

 

MASUK ANGIN, KELUAR ASAP JE LAH ! 

'Sandwich tanpa sardin'
Berita Harian
2010/10/26

SANDWICH tanpa sardin, tomato, timun dan salad diberi kepada murid adalah antara kelemahan dikesan Ketua Audit Negara dalam laporannya berhubung Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.  

Laporan itu juga mendedahkan murid yang menyertai rancangan berkenaan turut diberikan mi segera dan bihun goreng kosong, serta tidak mematuhi menu ditetapkan Kementerian Pelajaran. Malah, makanan disediakan juga tawar atau masin, nasi keras, manakala minuman terlalu manis atau terlalu cair. 

“Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan,” kata laporan itu.  

Seramai 689,950 murid di 138 daerah di seluruh negara menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.  “Pemeriksaan audit juga mendapati ada makanan seperti kari daging lembu disimpan selama 18 jam, iaitu dimasak pada 16 Julai 2009 sebelum jam 1 tengah hari untuk dihidangkan kepada murid pada keesokannya jam 7.30 pagi,” kata Laporan Ketua Audit Negara 2009.  

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009. Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bokah, Lundu, Sarawak, ibu bapa terpaksa bergilir masak di stor yang tidak sesuai, berhabuk, kotor serta terbuka, manakala murid pula makan di kelas.  

Selain itu, kantin sedia ada di SK Pagar Besi, Kuala Terengganu, dirobohkan untuk membina bangunan baru bilik darjah, makanan terpaksa dimasak di kuarters dan murid makan di tempat letak kereta yang terdedah kepada habuk serta keadaan berbecak apabila hujan.  “Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan,” kata laporan itu.  

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sandwichtanpasardin_/Article

 

The Star

Tuesday October 26, 2010

RM268mil armed forces hospital is ‘sick’ 

MANY things are ailing the RM268mil armed forces (AF) hospital in Kuala Lumpur – from the reduction of its planned size without approval from the Finance Ministry (MOF), poor design and freezer rooms that did not work. According to the Auditor-General’s 2009 Report, the hospital – called “95 Hospital ATM” – which began operations in 2009 was not fully operational because of poor construction work and a delay in securing the allocation for linen. 

It said the hospital had 60% less medical equipment from the initial plan, was without air-conditioning along the corridors, had an intercom system implemented in 15 critical stations instead of the proposed 52 stations, and had lost 7,000sq m of built-up area from the original plan. 

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) was awarded the RM267.89mil design-and-build contract through direct negotiations, while QSC Projects Sdn Bhd (QSCP) was appointed the project management consultant. Although the contractor had asked for a revision on the scope of development, the report said there was no proof that MOF had approved the amendments. 

In its reply, the Defence Ministry (Mindef) said that QSCP had failed to notify MOF that the initial cost projection was inaccurate and that the scope of work would have to be reduced if the price of RM267.89mil was maintained. “MOF should have been informed that the estimated cost of RM267mil quoted by the project management consultant cannot be based on the contractor’s pre-bid documents during the price negotiations.” 

Mindef added that QSCP’s “unprofessional” services had been terminated on Aug 19, 2004. Mindef said it had appealed to MOF to consider a new price of RM341mil, which had been agreed to by it and PPHM. 

“However, on July 19, 2002, MOF insisted on maintaining the price of RM267.89mil, saying that if the negotiation price could not be agreed upon, the project would be re-tendered,” said Mindef. Since the contractor was unable to implement the full scope of the project, Mindef said a reduction was agreed upon to complete it. 

The report also noted that although the hospital started operations on Sept 28, 2009, only the specialist clinics, primary care department and dental department were operating as on Dec 10, 2009. According to the report, the project was marred by poor design – there were unsuitable baby bathtubs in the paediatric and maternity wards and a wall separated the nurses’ station and patients at the haemodialysis unit. 

Also, the cold and freezer rooms in the medical and dental depot were not working, the hospital was using old refrigerators to store medicine and the wards and operating theatre could not be utilised because the allocation for linen had not been applied for. 

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F26%2Fnation%2F7298260

"

No comments: