PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, October 11, 2010

Lari di Kota Si Puteh terpaksa berdepan Galas dan Batu Sapi

Lari di Kota Si Puteh terpaksa berdepan Galas dan Batu Sapi

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

 

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

 

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

 

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

 

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

 

Bn menggunakan semua jenteranya untuk lari dari berdepan PRK Kota Seputeh kerana perangai wakil rakyatnya yang kaki ponteng tapi takdir tuhan mereka terpaksa berdepan satu demi satu PRK.

 

Episode

Sebuah Perjuangan Samaada Menang atau Syahid . Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan ini .

Friday, 8 October 2010

Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .

3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .

6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?

7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .

8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar  segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .

9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .

10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 20:05  

 

 

 

10 Oktober 2010

?Kemalangan maut di Alor Gajah, 14 terbunuh

2 Zulkaidah 1431H.

 

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

 

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

 

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

 

Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

 

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

 

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

 

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

 

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

 

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

 

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

 

Harakahdaily/-

 

 

BENARKAH UMNO PEMBELA ISLAM ?

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 9, 2010

 

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain hari ini mempersoalkan benarkah dakwaan bahawasanya Umno sebagai pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia ini?

 

Beliau menjelaskan, jika dilihat kepada realiti yang dihadapi bahasa ibunda selama berada di bawah pemerintahan umno serta hasil dari keluh-kesah dan rintihan para pejuang bahasa sejak berdekad lalu, ianya menggambarkan kepada kita bahawa Umno ialah sebuah parti yang tidak mempedulikan nasib bahasa Melayu.

 

“ Buktinya kita melihat peristiwa demi peristiwa protes dan kecaman keras pejuang bahasa sering bersambungan sejak sekian lama. Demonstrasi Keranda 152 tanggal 3 Mac 1967 adalah contoh klasik protes rakyat terhadap sikap tidak bertanggungjawab Umno dalam isu bahasa.”

 

Para pejuang bahasa berarak ke kediaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan bantahan kepada Majlis Tertinggi Umno yang bersidang pada hari itu. Mereka mendesak Umno mempertahankan bahasa Melayu, ekoran perbahasan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 di Parlimen.”

 

“ Bagaimana pun peristiwa bersejarah itu nyata tidak mengubah sikap liberal Umno terhadap isu bahasa. Penodaan Dasar Bahasa Kebangsaan masih berterusan hingga kini, terutama oleh pemimpin Umno sendiri,” tegas beliau

 

Selain itu beliau juga menegaskan rakyat sudah tentu masih mengingati bagaimana pemimpin kerajaan menghina pendirian pejuang bahasa dengan memperkenalkan beberapa istilah yang amat dipertikaikan. Antaranya, tema Hari Kebangsaan ‘Budaya Penentu Kecapaian’ yang dipertikaikan tata bahasanya, tagline ‘Saluran Infotainmen Anda’ untuk RTM, istilah ‘boulevard’ dan ‘presint’ di Putrajaya yang sepatutnya memanfaatkan istilah bahasa Melayu.

 

Selain itu pengenalan dasar pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris (BI) dan mencabar kedaulatan bahasa Melayu, seperti dasar PPSMI, cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM, bahasa pengantar Bahasa Inggeris di universiti dan banyak lagi.

 

Bagi saya Umno kini tidak dapat lagi menipu rakyat dengan menggambarkan bahawa mereka adalah pembela bahasa melayu hal ini kerana rakyat Malaysia mengetahui rentetan sejarah pengkhianatan umno terhadap bahasa melayu, bagi saya jika dibiarkan umno terus berkuasa berkemungkinan besar bahasa melayu sudah tidak dapat dimartabatkan lagi di bumi Malaysia ini, tegas beliau

 

komen

Tugas kerajaan ialah memikirkan cara untuk membangunkan rakyat terutamanya Melayu yang masih ketinggalan. Kalau Melayu tak dapat nak menjayakan apa-apa dasar yang dilaksanakan, itulah nasib melayu. Orang bukan melayu, dasar apa pun, mereka tetap boleh mengikutinya. Maknanya bukan dasar sangat yang nak menetukan berjaya tidaknya sesuatu, tetapi sikap dan ciri-ciri yang ada pada kaum itu sendiri. Kalau kita lemah, ramai pun tiada gunanya. Ramai itu baik kalau kita bersatu. Islam agama yang syumul. Tetapi kalau manusia yang diberi amanah untuk melaksanakannya korup maka tiada gunanya. Tiada gunanya kita melaungkan hukum islam yang terbaik untuk mengatasi segala permasalahan manusia, seandainya manusia yang mendokongnya tidak mempunyai integriti dan keikhlasan untuk mencari keredhaan Allah.

 

Isu Wang Judi Umno Terlupa Dia Bapa Judi

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 1, 2010

 

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

 

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

 

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

 

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

 

 

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

 

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah Kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB Kamalanathan ahli parlimen Hulu Selangor.

 

Ustaz Idris Ahmad

 

Ketua Penerangan PAS Pusat

 

No comments: