PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 19, 2010

Kerajaan gagal laksana gaji minimum kerana boros

 

Kerajaan gagal laksana gaji minimum kerana boros

 

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan gagal melaksanakan tuntutan gaji minimum di kalangan pekerja kerana amalan boros mereka.Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan."Bagaimana untuk pencapaian taraf negara maju kalau pekerjanya masih mengemis. Isu gaji minima baru di peringkat menubuhkan majlis konsultasi."Amalan boros masih diteruskan dengan pembiayaan projek mewah untuk kemegahan dan kepentingan segelintir manusia dan mengabaikan majoriti rakyat," kata beliau yang juga Presiden PAS.Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parliman, beliau menegaskan PAS tetap mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan gaji minimum seperti yang diamalkan oleh negara maju yang lain."PAS tetap mahu tuntutan gaji minima dilaksanakan kerana sudah banyak negara di dunia memberi gaji minima dan dianggap salah kalau tidak beri gaji minima untuk sara hidup rakyat," katanya.Menurutnya juga, masih banyak kakitangan sama ada awam atau swasta menerima gaji yang tidak mencukupi untuk menyara keluarga terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar.

"Masih banyak kakitangan awam dan swasta khususnya di ibu kota dapat gaji tak cukup pun untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya."Sepatutnya diambil kira kerana mereka ini jumah yang besar. Malanganya di saat kita tak selesaikan masalah ini, kita tonjolkan bangunan-bangunan yang tinggi yang memberikan keuntungan kepada kroni mereka sahaja," katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi turut menekankan bahawa orang awam juga harus diberi hak yang sama untuk memantau bajet kerana masyarakat awam adalah sasaran utama."Individu yang berkepakaran melalui NGO dan media juga berhak memantau perjalanan jentera kerajaan dan politik bagi menggunakan jumlah wang yang diamanahkan kerana kadang-kadang pendedahan pihak ini menyedarkan yang salah dan silap," katanya.Beliau yang juga Adun Rhu Rendang turut menegaskan bahawa Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah langkah yang sangat negatif kerana menghalang hak yang adil terhadap negara bagi kebaikan kerajaan dan rakyat.

"Undang-undang ini lebih bersifat menyembunyikan kesalahan dan kelemahan. kerajaan yang kuat dan teguh bersifat berani walaupun menghadapi tuduhan dan tohmahan."Tuduhan yang benar memberi kesempatan melakukan pembaikan dan pembetulan, tuduhan yang salah perlu dijawab, dan ada cara lain untuk bertindak terhadap penyebar fitnah.OSA, tegasnya hanya menjadikan kerajaan berlagak bersih sepanjang masa. dan mendakwa hanya mereka yang berjuang mengekalkan kuasa sahaja bersifat demikian.

Selain itu, Abdul Hadi turut berkata, pembangunan insan tidak terletak kepada pembinaan materialistik semata-mata tetapi juga bergantung kepada dasar pendidikan dan sistem yang merangkumi aspek naluri manusia.

"Persediaan pembangunan insan bukan sahaja bangunan pusat-pusat pendidikan di semua peringkat yang tersergam indah dan kakitangan yang bergaji lumayan, tetapi juga sangat bergantung dengan dasar pendidikan dan sistem yang merangkumi aspek naluri manusia," katanya.

 

 

Tamparan Hebat BN, Pemimpin Veteran Di Sabah Umum Keluar Parti Akibat Kegagalan UMNO Capai Objektif Untuk Bela Hak Serta Kebajikan Rakyat

 K.KINABALU, 18 Okt [10.41 pm] - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani (foto), mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin. Karim adalah antara bekas pemimpin USNO (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas USNO), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990an. USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO. Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini. "Saya telah keluar dari UMNO berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini. Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan UMNO untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah. Bekas Naib Presiden USNO itu menyertai kumpulan yang setia kepada USNO yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan USNO. Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin USNO merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

 

 

0 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas Bajet 2011: Lim Guan Eng Bela Kakitangan Awam Serta Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK Dan Pembinaan Projek Warisan Merdeka !!

 

 KUALA LUMPUR, 18 Okt [9.30 pm] - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini. Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri, katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia. Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut. Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini, katanya.

[Sungguh menarik tatkala melihat apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Biarpun beliau kini diasak dengan berbagai isu termasuk wang haram, namun keprihatinannya terhadap kakitangan awam amatlah dihargai. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama memberikan bonus kepada kakitangan awam di negeri itu. Maknanya Lim Guan Eng lebih mendahulukan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Soalnya sekarang, nama pergi pemimpin UMNO BN. Kenapa mereka semua menikus dan tidak mahu membela kakitangan kerajaan?. Apakah mereka takut untuk memperjuangkan isu ini memandangkan ia idea Perdana Menteri?. Ternyatalah pemimpin UMNO BN adalah jenis "pak turut" belaka biarpun mereka melaung-laungkan kononnya berkerja untuk membela rakyat itu sendiri].

 

2 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas

Akhirnya Konsert Rock Red On Black Di Kuantan Berjaya Capai Matlamat

 Bila Lebih 100 Pasangan Telah Di Tangkap Khalwat Pada Malam Tersebut

 

Susulan kegagalan kerajaan UMNO BN di Pahang untuk membatalkan sebuah konsert rock yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini (15 Okt), maka difahamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa lebih 100 pasangan remaja telah ditangkap khalwat pada malam itu. Soalnya kenapa ini berlaku?. Kerana kealpaan pihak yang meluluskan lesen penganjuran terebut biarpun ia diadakan secara tertutup. Konsert anjuran Red On Black Sdn Bhd itu khabarnya telah dihadiri oleh hampir lima ribu orang peminat rock dari seluruh negeri Pahang. Malah ada juga peminat yang datang dari luar seperti Terengganu, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Mereka sanggup datang dari jauh dan membeli tiket yang berharga RM57 semata-mata ingin menyaksikan Ratu Rock Ella, kumpulan Wings dan Search beraksi atas nama "Red On Black". Penonton telah berpusu-pusu memenuhi stadium sekitar jam 7.00 malam, biarpun konsert dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam. Pujian haru diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas iniseatif mereka mengedarkan risalah "Memo Bantahan Konsert Red On Black". Biarpun cuba dihalang oleh pihak polis atas alasan konsert berkenaan mempunyai permit dan tindakan PAS berkumpul itu tiada permit. Namun, mereka berjaya juga meneruskan agenda menyebarkan risalah berkenaan. Turut bersama dalam edaran tersebut ialah Ustaz Fadhli Ibrahim, Ustaz Nazri Ahmad dan Ustaz Fadzil Nor iaitu barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang. Soalnya sekarang, apakah hasilnya daripada konsert tersebut?. Akhirnya 100 pasangan berjaya ditangkap gara-gara berkhalwat selepas mereka terpaksa bermalam di hotel-hotel bajet sekitar bandar Kuantan. Majoriti mereka yang ditangkap adalah peminat rock yang telah menyaksikan konsert berkenaan. Maknanya, terbuktilah bahawa konsert berkenaan berbentuk maksiat dan mencemarkan maruah Agama Islam itu sendiri sebenarnya.

 

 

Pemimpin dan anak muda PAS yang hadir untuk edar risalah hari itu

Ustaz Fadli Ibrahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

memberikan taklimat sebelum edaran risalah bantah konsert dijalankan

[Inilah akibatnya bila ada pemimpin yang tidak mahu mendengar pesanan orang agama. Di bawanya konsert maksiat yang langsung tidak memberi manfaat kepada generasi muda terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Masalahnya, konsert rock diberikan permit tetapi bila ada pihak mahu adakan program agama mereka menghalang dengan berbagai cara. Apakah ini caranya untuk melahirkan generasi muda yang beriman, berakhlak dan berbudi pekerti yang tinggi. Konsert rock yang pada mulanya sekadar untuk hiburan akhirnya dijadikan "malam habuan" oleh anak muda yang sudah khayal dan mabuk dengan alunan muzik tersebut. Lantaran itulah mereka mencari "port hotel cap ayam" untuk melempiaskan hawa nafsu masing-masing. Siapa yang harus bertanggungjawab dengan dosa yang dilakukan itu. Sudah pastikah pihak penganjur, pihak yang meluluskan lesen dan pihak berkuasa yang membenarkan dan tidak menghalang ia diadakan. Jawablah nanti diakhirat kelak, siapa yang akan tanggung dosa kejahilan mereka itu agaknya].

 

1 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas

Tindakan Pemuda UMNO Membakar Akhbar Sinar Harian Adalah Satu

Perbuatan Bodoh Yang Paling Biadap Terhadap "Media Bebas" Itu Sebenarnya !!

 

Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu. Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan". Sebelum ini, kami pernah mengkritik dan mempertikaikan peranan salah seorang wartawan Sinar Harian Maran yang dikenali sebagai "Liza" yang banyak menyiarkan artikel yang "berat sebelah". Terguran kami berasaskan, beliau tidak layak menjadi wartawan Sinar kerana dalam masa yang sama terlibat sebagai "orang kuat" Puteri UMNO Bahagian Maran. Teguran tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan dan difahamkan beliau sudah mengundur diri bagi menyambung pelajarannya. Sangkaan kami, Sinar Harian Maran banyak berpihak kepada UMNO dalam penyiaran beritanya. Kini, sudah terbalik apabila timbul isu di Kampung Ulu Luit itu. Pemuda UMNO cawangan terbabit pula menuduh Sinar Harian "tali barut PKR". Soalnya sekarang, benarkah Sinar Harian itu tali barut parti-parti tertentu?. Atau memang ia neutral.

 

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Lebih Rasional

 Kami juga amat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat (foto) selepas itu. Antara lain katanya ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. "Tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian", katanya. Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan. Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul. Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional, katanya ketika diminta mengulas tentang perkara itu.

 

Tindakan Bakar Sinah Harian Agak Keterlaluan

 Tindakan Pemuda UMNO terbabit yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian yang nyata bersikap "neutral, telus dan adil" selama ini adalah keterlaluan sebenarnya. Pembangkang juga ada mengutuk dan mengkritik akhbar terbabit. Tetapi tidak pernah sampai membakar akhbar itu. Bahkan, Sinar Harian berfungsi sebagai wadah informasi hairan pemimpin kepada rakyat. Ia bukan akhbar yang didokong oleh UMNO mahupun PKR. Makanya, kenapa pemuda UMNO terbabit melatah dan tergamak berbuat demikian. Jika yang dibakar itu adalah akhbar lidah rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan atau Harakah, mungkin itu tidak menghairankan kita. Namun, jika Sinar Harian dilakukan sedemikian rupa maka ianya jelas sekali menghina media terbabit dan sewajarnya dikenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat. Sinar Harian boleh memboikot bahan berita dan maklumat pihak berkenaan daripada disiarkan kepada umum. Bukankah akhbar itu menjadi sumber berita terpenting buat rakyat sekarang ini jika dibandingkan dengan media arus perdana yang lain. Soalnya, apakah wajar Sinar Harian dipersalahkan kerana mengeluarkan berita panas seperti itu?. Mungkin jika akhbar pembangkang yang melaporkannya pasti dianggap sebagai satu fitnah. Namun bila Sinar Harian yang berbuat demikian, inilah yang menyebabkan mereka bagai "cacing kepanasan" dibuatnya. Sepatunya dicari jalan penyelesaian yang terbaik mungkin, bukannya membakar media yang melapaorkan berita itu. Justeru itu, kami ucapkan syabas kepada Sinar Harian kerana berani dan terus tabah menyebarkan bahan beritanya.

 

[Terkadang kita naik hairan dengan gelagat puak-puak UMNO ini. Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri akhirnya mereka sanggup membakar akhbar Sinar Harian yang selama ini menjadi wadah untuk memaparkan segala aktiviti mereka. Namun, bagus juga ada orang macam Abu Jimi Samat yang nampak lebih rasional dalam hal ini. Malah, beliau juga membantah tindakan Felda mewujudkan Felda Plantations dan pernah membantah perkara ini dulu. Jiwa dan semangatnya tinggi, namun apakah UMNO Pahang dapat mendengar kenyataannya itu. Sedangkan dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian ramai yang tidak sebulu dengannya dan sering mengatakan dia adalah "orang Khairy". Apapun, diharapkan agar tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian selepas ini. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi tauladan].

3 Komen, Sila Beri Pendapat Terhadap Artikel Di Atas

 

 

 

Monday, October 18, 2010

Cina Kumpul Duit Bantu Hashim Berubat Di China

 

GUA MUSANG, 18 Okt 10: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas.

Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti. Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat.

"Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya.

"Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi.

"Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai.

"Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya.

Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil. Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu.

"Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi.

Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau.

"Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China.

"Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya.

Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat.

"Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan.

Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus. Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon. Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu.

Sementara itu, diKuala Terengganu, dilaporkan calon yang akan mewakili PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah diputuskan dan akan diumum Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat. (AK)

 

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir..

 

 

 

 

 

, Oktober 18, 2010

Promo Khas >> Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" Rabu, 27 Okt 2010 -- 9.30 mlm di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar.

 

 

 

PAS Kawasan Batu akan menganjurkan Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" pada Rabu, 27 Okt 2010 jam 9.30 malam di perkarangan Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Figur jemputan khas pada malam itu bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ahli Parlimen (DAP) Serdang, Teo Hin Ching dan deklamasi puisi tajam akan ditampilkan oleh penyajak tersohor tanahair Sdra PYANHABIB Abdul Rahman.

 

Ketiga-tiga figur sudah menyatakan persetujuan kepada Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam untuk menggegarkan Taman Melawar. Program ini diadakan sehari selepas hari penamaan calon PRK Dun Galas di Gua Musang.

 

Pyanhabib akan mendeklamasikan puisi "Bapak ku Seorang YB" yang pernah didendangkan di hadapan lebih 500 hadirin pada Sambutan 150 Tahun Kg Bandar Dalam baru-baru ini. Beliau bersetuju untuk memeriahkan lagi majlis ceramah tersebut.

 

Orang ramai dijemput hadir dan uar-uarkan program ini kepada semua. Turut berucap Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Moderator seperti biasa, Tarmizi Mohd Jam, Naib Yang Dipertua PAS Batu. Sebarkan dengan SMS, copy paste maklumat ini kepada blog dan website anda dan luncurkannya menelusuri laman FB anda kepada semua rakan-rakan.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Isnin, Oktober 18, 2010  

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

1 ulasan:

 

Tanpa Nama berkata...

Enabling laws served to increase the amount of health insurance sold in states. http://insuranceinstates.com/california/Downey/SRV%20Insurance%20&%20Investment%20Inc/90241/

2010 Oktober 18 16:04 

Catat Ulasan

Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Sesi Cakap-Cakap Bersama Presiden PAS

 

Mengendalikan sesi ini untuk eksklusif Harakah bagi membolehkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjawab beberapa isu semasa yang panas diperkatakan.

 

Selepas mewawancara dua menteri penuh Kerajaan Maldives di Putik, sempena Muktamar PAS ke-56

 

Dr. Husin Rashid (kiri), Presiden Partai Adalah merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Maldives dan Dr. Abdul Majid Abdul Bari (kanan), Presiden Majlis Ulama merangkap Menteri Hal Ehwal Agama Maldives.

 

XPDC Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kerajaan Kelantan

 

Menemui YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi MB, JKR 10 menyerahkan memorandum PAS Batu

 

Deligasi Dakwah PAS Batu terjah KM Pulau Pinang

 

Di Pej KM P Pinang: YAB LIm Guan Eng (kiri); Pjaya PAS P Pinang, YB Ust Salleh Man bersama 40 pimpinan & aktivis PAS Batu

 

Mendekati Sasterawan Negara, Pak Samad Said lebih dekat bermula kempen mansuhkan PPSMI

 

Kiri sekali almarhum Ust Hassan Shukri; bekas SU Agung PRM, Ishak Surin; dan Pak Samad selepas berceramah di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar

 

PROFIL BLOGGER

 

Lihat profil lengkap saya

 

PELAWAT MUKTAHIR

No comments: