PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 19, 2010

kenapa aset Petronas mula dijual satu per satu?

Saya ingin tahu, kenapa aset Petronas mula dijual satu per satu?
Posted on Monday, October 18 @ 21:44:07 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh: wanistelroy

"Seperti mana yang kita tahu, Petronas adalah anak syarikat milik kerajaan Malaysia yang menjalankan perniagaan yang berasaskan minyak, gas dan petrokimia. Selain dari itu, syarikat ini juga mempunyai cabang perniagaan di bidang perkapalan, hartanah dan lain-lain.

Malang buat rakyat Malaysia, walaupun syarikat ini milik rakyat Malaysia, tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana kewangan syarikat ini diurus.

Apa yang rakyat tahu, setiap suku tahun dan akhir tahun, Petronas akan membuat pengumuman tentang laporan kewangan mereka sahaja.

Seperti mana yang kita ketahui juga, pengurusan Petronas sudah berubah apabila Presiden & Ketua Pegawai Eksukutif (CEO), Tan Sri Mohd Hassan Marican telah bertukar tangan kepada Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Tindakan tidak menyambung kontrak Tan Sri Hassan pada saya lebih kepada tindakan dan tekanan ahli-ahli politik.

Malah, kemasukan Omar Ong ke dalam Lembaga Pengarah Petronas pada saya dilihat sebagai titik mula kemasukan pengaruh politik ke dalam Petronas. Walaupun pada mulanya Lembaga Pengarah Petronas menolak kemasukan Omar Ong, tetapi Perdana Menteri, Dato Seri Najib mempunyi kuasa mutlak untuk melangkaui segala keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk menerima Omar Ong.

Omar Ong juga merupakan bekas pembantu Dato Seri Najib semasa di Kementerian Pertahanan dulu.

Agak mengecewakan setelah perlantikan Datuk Shamsul Azhar menggantikan Tan Sri Hassan, beliau secara sinis menyindir Tan Sri Hassan sebagai one man showsewaktu mengandalikan Petronas dulu. Sedangkan kita tahu betapa besarnya jasa Tan Seri Hassan kepada Petronas dan negara.

Sekarang, Tan Sri Hassan Merican telah menjadi awang import kepada konglomerat Singapura, Sembcorp Industries sebagai Pengarah Bebas sejak Jun tahun ini.

Kini, setelah meneliti beberapa berita dalam dan luar negara, sejak akhir-akhir ini seperti ada trend kepada Petronas untuk menjual aset-aset mereka di luar negara.

Jikalau diperhatikan kepada laporan kewangan tahunan Petronas tahun-tahun sebelum ini, Tan Sri Hassan seperti ingin memperkasakan operasi Petronas di luar negara memandangkan simpanan minyak dan gas dalam negara semakin berkurang.

Setakat ini, aset-aset Petronas di luar negara yang diberitakan akan dijual ialah diAustraliaIndia dan Ethiopia.

Apa sebenarnya yang sudah terjadi? Adakah ada tekanan-tekanan politik keatas Presiden Petronas untuk menjual aset-aset syarikat ini?

Petronas yang seperti kita tahu merupakan syarikat yang menjadi kantung kepada Perbendaharaan negara untuk menampung kebanyakkan perbelanjaan negara.

Mungkin pemimpin negara memerlukan instant cash untuk menampung pelbagai program transformasi ekonomi, bajet dan mini bajet seperti sebelum ini.

Semoga Petronas tidak menjadi seperti MAS yang hanya untung dari penjualan aset, bukan dari keuntungan operasi mereka.

Artikel Asal 

"

 

Memo Taubat : Bapa Borek.. Anak Rintik..
Posted on Monday, October 18 @ 21:41:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh: AnakSgDerhaka

"Sabtu lalu, dihari penaman Calon bagi pemilihan MPP PKR lidah rasmi UMNO (Utusan) telah menyiarkan sebuah berita yang menyatakan Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar 'memorandum taubat' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.

Menurut lidah rasmi UMNO itu ,Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru telah menjadi wakil kumpulan 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah bagi mendesak Anwar bertaubat segera berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.

Anwar BERTAUBAT segera??


Bagaimana Nor Hilmi Ismail begitu yakin mengatakan Anwar telah melakukan kesalahan hinggakan beliau mendesak Anwar untuk bertaubat segera? Sedangkan mahkamah sendiri belum memutuskan adakah Anwar akan didapati bersalah atau tidak..


Adakah beliau juga seorang yang rapat dengan Anwar? Rapat sebagaimana rapatnya Saiful dengan Anwar atau rapat sebagaimana Dato Zahrain yang mendakwa beliau adalah kawan rapat Anwar?

Menurut Ketua AMK Pulau Pinang Saudara Amir Ghazali, Nor Hilmi Ismail bukanlah seorang ahli AMK, beliau tidak pernah menjadi ahli AMK seperti yang didakwanya.

Jika begitu Nor Hilmi Ismail orang yang berada di luar PKR, yang tidak mengenali siapa DS Anwar Ibrahim yang sebenar, mungkin beliau mengenali DS Anwar Ibrahim melalui cerita yang disampaikan oleh ayahnya Ismail Ali.

Ketika heboh di Pulau Pinang bilamana beberapa orang pemimpin UMNO menjalankan kempen mengumpulkan semula wang ehsan pemberian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM100 seorang kepada setiap warga emas kerana menurut mereka wang itu adalah dari sumber judi, Ismail Ali juga turut memulangkan wang yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang telah menerima sumbangan RM1000.00 melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun. Berita sepenuhnya sila baca di SINI.

Ismail Mohd Ali @ Mail Kerang adalah pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang telah keluar PKR Februari lalu. Beliau telah dipecat dari PKR keran turut melompat bersama Zahrain.

Biarpun bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri, sepenuhnya sila baca di SINI

Namun kerana sakit hati dan dendamnya terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan juga demi untuk memalukan kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau memulangkan juga wang tersebut.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Sudahkah Ezam Periksa Najib Luar dan Dalam?
Posted on Monday, October 18 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh
MSO

[kemaskini] SELEPAS dilantik menjadi senator boy, Ezam Mohamad Noor (foto) secara automatik mengambil alih tugas bekas Perdana Menteri ke 4, untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim sampai lumat dan berterusan. Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk meneruskan kerja tidak habis Mahathir tersebut.

Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Melborne, Australia kerana dijangkiti kuman. Kejadian itu berlaku selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas atas anjuran sebuah NGO.

Mereka yang selama ini tahi telinganya tidak pernah cair mendengar Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan (baca Umno) secara rasmi. Itulah yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu dan beliau berjaya memainkan peranannya. Ezam semacam menanggung pesaka pelesit Mahathir dalam membelasah Anwar.

Seorang penganalisa dari menara ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkah dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk kebaikan ummah sebagai seorang anggota senat.

Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Elaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 sebulan itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di program ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Tujuan Ezam cabar Pas, biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya, Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan memital fitnah.

Saya bersetujuan dengan pandangan bakal MB Selangor itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dalam mempertahankan hal ini tanpa merasai tindakannya menzalimi dan menganiayaan mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator? Apakah sebelum ini ketika beliau mengecam dan menyula Mahathir dan juga Najib dengan pidatonya beliau sudah berdiri atas prinsip keadilan dan kebenaran? Apakah waktu itu Ezam tidak bermain politik?

Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah Ismail yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka satu persatu?

Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan yang dia telah menemuramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah atau tersebut dalam mahkamah yang beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini.

Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemuramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang, Selangor? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau bukan saja menemuramah atau sebaliknya membuat dummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya lantaran sedikit janji manis?

Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemuramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu, tidak.

Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas beliau harus berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggupan beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena 'mengobek' dan melihatnya. Mungkin dia sudah melaksanakan kerja maha penting itu maka itu beliau percayai apa yang didakwa. Jangan-jangan Ezam turut mencium kok?

Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi, Ezam seolah tidak memahami rentak atau bahasa politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang "Islam" seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.

Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankah persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah ketika bersahabat dengan Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidaksamaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar. Kalau Ezam boleh bersekongkol dengan Nalakarupan (Hindu) kenapa tidak pula untuk Pas? Rasanya bersikap menjaga sejadah orang agar tidak senget baik, tetapi jangan pula sejadah kita langsung tersalah kiblat.

Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.

Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada kritikan-kritikan dan hemburan beracun beliau terhadap Najib selama ini? Atau semuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator? Kalau itu sikap dan pendirian Ezam ianya sangat rapuh dan sama dengan 10 budak hitam dalam PKR yang pelahap dan lapar yang merayau-rayau di kawasan longgokan sampah masa kini.

Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya secara jujur? Atas sisa penghormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini. [wm.kl. 11:00 am 17/10/10]Bingkisan Ahad

 

 

UMNO Berbohong untuk kekal berkuasa?
Posted on Monday, October 18 @ 15:05:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh anaqsabah


Oleh : Hamzah Abdullah

APABILA berjanji dia mungkiri; diberi amanah dia khianati. Itulah antara sifat orang munafik. Balasan dosa bagi orang munafik ialah dia dihumban jauh ke dalam neraka paling bawah.

Itulah antara isi ceramah yang selalu kita dengar di mana-mana saluran, sama ada radio, tv, surat khabar, di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat ataupun dalam kuliah-kuliah pada waktu maghrib dan subuh.

 

Ciri-ciri pemimpin munafik atau yang disifatkan sebagai pemimpin lidah bercabang ini sudah mula menyerlah kembali menjelang hampirnya musim pilihanraya. Bukti yang terpampang di hadapan mata rakyat Sabah beberapa tahun dahulu sehingga kini ialah hak pribumi Sabah untuk mendiami kampung halaman dengan selesa yang ala kadar; menduduki rumah kediaman sekadar untuk berteduh dari panas dan hujan dan sebagai ruang untuk merehatkan badan pada waktu malam bersama ahli keluarga, dimusnahkan oleh UMNO/BN Sabah.

Selepas selesai pilihanraya yang menyaksikan rakyat dibohongi dan dikhianati lagi selepas diperdaya dengan pelbagai janji manis yang ditabur semasa kempen dijalankan, kini Pemimpin UMNO/BN menabur janji malah ada yang sanggup bersumpah untuk kononnya mahu mempertahankan hak pribumi dan rakyat Sabah.

Lebih menjijikan lagi ada pemimpin yang melaungkan slogan 'Sabah For Sabahans', tetapi semua harta kekayaan Sabah dibolot untuk diri dan kroni-kroni mereka! Bukannya untuk rakyat Sabah! Tetapi disebabkan sifat munafik yang lama membudaya dalam diri para pemimpin UMNO/BN, kampung halaman yang didiami rakyat pribumi di Kg. Bakau, Kg Tengisan, Kg. Lembaga Padi, Kg. Wakap, Kg Labuan, Kg. Lupak Meluas, Kg. Landau, Kg Koyah; dimusnahkan dalam sekelip mata dan tanah-tanah adat milik mereka di Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Beluran, Tambisan, etc., dirampas untuk diberikan kepada taukeh yang memiliki Sijil Anak Negeri Palsu yang menjadi kroni UMNO.

Mereka inilah yang menyuapkan nasi ke dalam mulut para pemimpin UMNO/BN, mengisi kantong mereka dengan fulus, menyediakan kemudahan bermain golf dan menghadiahkan Ninja King di atas jasa-jasa mereka mengkhianati penduduk pribumi!

Belum lagi kita bercakap soal rumah-rumah masyarakat pribumi yang didirikan dalam kawasan Forest Reserve yang telah dibakar. Datuk Sam Mannan sendiri mengesahkan bahawa rumah-rumah ini terpaksa dibakar bagi mempastikan agar pemiliknya tidak kembali mendiami rumah tersebut!

Kini pemimpin munafik ini bermain wayang lagi dengan janji-janji manis, "Umno Ikhlas Untuk Membantu Rakyat Sabah!" Setelah Datuk Sam Mannan mengesahkan rumah-rumah dibakar, pemimpin munafik ini dengan rasa tidak malu membuat kenyataan bahawa kononnya 'State Land' akan ditukar status supaya boleh diberi hakmilik 'communal title'.

Alasannya, supaya geran ini tidak boleh dijual. Bagi saya, ini suatu cerita dongeng zaman moden yang bertujuan memperbodohkan rakyat pribumi. Logiknya mudah, tukar status kononnya untuk 'communal title' tetapi secara diam-diam 'communal title' tidak diwujudkan dan jadikan 'individual title' lalu berikan kepada kroni UMNO.

Selepas itu buat kenyataan bahawa Jabatan Tanah membuat kesilapan. Ini semua cerita auta yang skripnya sudah tersedia untuk dijadikan drama.

Saya katakan kepada ahli-ahli UMNO yang saya temui; mereka juga memang sudah meluat melihat gelagat pemimpin lidah bercabang ini, bahawa pemimpin UMNO sebenarnya ikhlas untuk melihat masyarakat pribumi menjadi papa kedana dan kekal menjadi masyarakat setinggan yang boleh diusir pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

UMNO terus mengharapkan masyarakat pribumi hidup merempat kerana dengan cara itu sahaja UMNO akan terus kekal berkuasa. Yang diharapkan oleh masyarakat yang merempat ini ialah 10 keping zing, 10 batang beruti, 1 kampit beras, 10 tin ikan sardin, wang tunai RM50.00 dan generator pada setiap kali pilihanraya diadakan.

UMNO mampu untuk memberikan semua ini kepada mereka. Maka, akan selamanya begitulah nasib masyarakat pribumi selagi UMNO/BN berkuasa. Bayangkan, di mana kedudukan masyarakat pribumi dalam tempoh 5 tahun akan datang jika masih terus mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Bayangkan di mana kedudukan masyarakat Cina yang mengungguli hampir semua sektor, baik ekonomi dan pendidikan dan cuba buat kajian kaum manakah di bumi Sabah ini yang memiliki jumlah keluasan tanah yang paling besar. Berapa ribu hektar tanah berstatus NT telah dirompak oleh pemilik Sijil Anak Negeri Palsu? Berapa ribu hektar pula tanah NT telah ditukar menjadi geran besar berstatus CL? Kenapa boleh berlaku? Siapa dalangnya?

 

 



Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'

 

Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

"Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

"Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

"Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi.

Ahmad Maslan dalam responsnya bagaimanapun mengajak Mahfuz berjumpa di luar dewan termasuk di Galas untuk selesaikan pertelingkahan tersebut.

Sementara itu, bercakap dalam sidang medi di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz menggesa Felda diletakkan di bawah Parlimen dan mesti menghantar laporan terperinci mengenai permasalahan Felda dan peneroka.

"Saya minta supaya satu laporan terperinci tentang permasalahan hubungan antara Felda dan peneroka dibentangkan di Parlimen. Ini sangat penting untuk kepentingan peneroka," katanya.

Ahmad Maslan turut dijemput ke sidang media tersebut, bagaimanapun beliau menolak dan mahu mengadakan sidang media berasingan.

Pada sidang media sama, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menggesa Felda mengakui kekalahan mereka dan menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada peneroka seperti yang diputuskan mahkamah.

"Bila Felda kalah ertinya kalahlah. Bukan kerana kes peguam tak datang. Dalam rayuan, saya yakin peguam Felda sudah memberikan segala hujah tapi kalah juga. Tapi tak mengaku kalah.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula menggesa Ahmad tidak memutar belit fakta sebenar berkaitan kedua-dua kes melibatkan Felda.

Yang dipertikaikan sekarang ini lawyer itu layak buat tuntutan atau tidak. Mahkamah kata layak tapi di Parlimen dikatakan seolah-olah tak ada isu. Kalau semua dah setuju kenapa nak bawa ke mahkamah.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mengarahkan agar Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebanyak RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit.

Manakala dalam kes Sungai Koyan, Felda diarahkan membayar RM17 ribu kepada peneroka sebagai wang tanam semula.

 

 



Umno dekati rakyat setelah kalah

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 19 Okt: PAS berpendapat  saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah mengalami kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu.

Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, kelmarin beliau berkata, jentera  Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.

"Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila mereka kalah. Sewaktu mereka berada di puncak kuasa, mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN, sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat.

Menurutnya, ketika mereka kalah macam-macam program  yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat.

"Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat," ujarnya.

Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT.

 

 

 

 

Konsert Lambert: Haram yang dihalalkan

Edwin Michael Okt 8, 10 3:45pm

 

Kongsi 128

Tertarik sungguh otak pemikiran saya dengan kenyataan Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang meminta kerajaan mengharamkan konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober ini dan sekaligus meminta rakyat Malaysia menolak budaya 'gay'.

Persoalannya, bagaimana hendak kita menolak budaya 'gay' sedangkan sistem sosial kita kini adalah sebahagian daripada budaya tersebut?

Kita sedang berdepan dengan krisis identiti yang melibatkan golongan yang memiliki perlakuan tidak normal, diluar tabii dan dari konteks agama nyata haram!

Namun, mengapa apabila si Lambert hendak ke sini baru kita mula 'terhegeh-hegeh' memekik menjerit meminta masyarakat kita menolak budaya songsang ini sedangkan percambahan benih budaya ini di kalangan anak-anak kita sendiri semakin parah dan menakutkan.

Bohonglah jika ahli-ahli politik yang amat dihormati ini mengatakan bahawa isu homoseksual, lesbian, transgender di Malaysia adalah isu terpencil sedangkan hakikatnya bilangan golongan ini bukan lagi sedikit sebaliknya mempunyai kemampuan untuk membentuk undi majoriti dalam pilihan raya.

Masalah kita ialah, apabila para ahli akademik tampil dengan cadangan serta langkah berpaksikan hak asasi manusia untuk membantu golongan-golongan songsang yang terdiri daripada anak-anak belasan umur ini, ahli akademik itu pula akan dipandang sebagai anasir yang menyokong budaya songsang ini sekaligus dihentam kromo tanpa mengambil peduli pendekatan ilmiah yang digunapakai dalam menangani krisis identiti ini.

Jadi, membatalkan konsert Lambert dan menolak budaya 'gay' maka apakah itu bermakna negara islam ini benar-benar bebas daripada tempias budaya tersebut?

Otak pemikiran kita yang waras bertambah keliru apabila Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) membenarkan konsert artis songsang ini dan juga sebelum ini turut membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini. Apakah justifikasi kepada semua ini?

Dalam kekeliruan ini, otak waras terus bertambah sakit apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menyatakan bahawa Dasar Sosial Negara sudah mula di gubal dan kini kementerian sedang dalam proses untuk merangka Model Baru Sosial seperti yang disyorkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di satu pihak kita perlu menolak budaya 'gay' tanpa sebarang pendekatan alternatif yang pragmatik dalam menanganinya. Di satu pihak lain pula, kerajaan membenarkan artis-artis barat yang rendah moralnya untuk mengadakan konsert dan pada masa yang sama menggubal Dasar Sosial Negara dalam usaha menyelamatkan anak-anak kita daripada terjebak dalam kancah sosial yang pengaruhnya datang daripada individu-individu seperti Adam Lambert dan Pitbull. Pening!

Dan lebih daripada semua ini, apakah ini petanda bahawa tidak lama lagi rakyat Malaysia akan dihiburkan dengan konsert Lady Gaga?

 


Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus PERAK.

 

 

 

Mahathir: Diktator pun boleh buat baik

 

Aidila Razak
Okt 18, 10
6:53pm

 

Kongsi 182

Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.

Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:

"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."

"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.

Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.

"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir menyentuh tentang peranan media yang didakwanya telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi masih boleh ditangani dengan cara tertentu.

Pilihan raya untuk editor

"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.

"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.

"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.

"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

 

 

 

No comments: