PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, October 28, 2010

ETP Bakal Hancurkan Generasi Muda

ETP Bakal Hancurkan Generasi Muda
Posted on Wednesday, October 27 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Kenyataan MediaOleh FADHIL OSMAN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan. Tindakan ini menurut Datuk Seri Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Langkah kerajaan ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

Dalam hal ini DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana. Apakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi. Isu pembuangan bayi, remaja mengandung tanpa nikah, seks bebas masih belum selesai Perdana Menteri mahu menambah koleksi dosa terhadap rakyat Malaysia.

Kerajaan juga seakan tidak sensitif tentang isu halal dan haram dengan menggunakan hasil pendapatan dari kelab malam yang dikatakan akan meraih sebanyak RM 0.7 billion pada tahun 2020 dan menggajikan 5,614 pekerja. Kerajaan seakan sudah buntu bagaimana untuk meraih pendapatan negara serta menarik pelancong ke Malaysia, justeru terpaksa merancakkan penubuhan kelab-kelab malam.

Selain itu, DPPWP merasa skeptikel dengan langkah kerajaan yang mahu melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Dengan beberapa syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu, menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsan, ia menambah keraguan siapakah artis yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Rakyat sudah serik dengan penampilan artis simbol seks seperti Avril Lavigne, Rihanna serta Adam Lambert ikon gay yang membuat persembahan baru-baru ini. Ingatlah bahawa populariti artis tidak menjamin kebaikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda.
Akhir sekali DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara. Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan. DPPWP juag memberi amaran bahawa tindakan ini bakal menyemarakkan sentimen kebencian rakyat kepada UMNO-BN dan jangan sampai rakyat menghukum kerajaan UMNO-BN dalam PRU ke 13.

Disediakan oleh;

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

ETP: Tiada lagi pasar malam, Bazaar Makan ganti gerai

Aidila Razak
Okt 27, 10
4:34pm

 

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Kongsi 425

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

 

 

 

Seorang Tokoh Umno Kelantan,Siap Untuk Meninggalkan Parti

 

 

Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar

NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

 

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti

http://msomelayu.blogspot.com/

 

Posted on Wednesday, October 27 @ 16:12:57 PDT by tokdalang

 

No comments: