PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011

Duit Rakyat Dibazir Lagi Bina Bangunan RM5 Billion

Posted on Sunday, October 17 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori



Sumber TvSelangor

KUALA LUMPUR 17 OKT: Belumpun kering cat di Menara Berkembar Petronas, Kerajaan Umno-Barisan Nasional sudah pun merancang untuk membina satu lagi projek mega. Kali ini melibatkan pembinaan bangunan 100 tingkat yang dinamakan sebagai 'Warisan Merdeka'. Bagi Wan Saiful Wan Jan, dari Insititut For Democracy and Economic Affair menjelaskan projek mega ini sebagai tidak perlu kerana ia melibatkan duit rakyat yang banyak.Katanya, apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan asyik bercakap untuk memajukan ekonomi dengan melibatkan sektor swasta tetapi dalam pembinaan mega seperti ini ia hanya melibatkan kerajaan. "Di sini terdapat perbezaan dengan apa yang diuar-uarkan dengan tindakan yang dilakukan kerajaan. Bagi saya kalau kita benar-benar mahu sektor swasta memacu ekonomi negara tidak perlu menggunakan dana kerajaan kerana ini adalah duit rakyat untuk membina projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang saya tak pasti sama ada ia perlu ataupun tidak," ujarnya sambil menambah jika ada permintaan untuk ruang-ruang bagi pejabat baru dan sebagainya akan ada syarikat swasta yang akan membina bangunan-bangunan ini. Soalnya lagi, berkenaan pembinaan ini bukan soal praktikal atau pun tidak. Putrajaya yang hutan dulupun kini dipenuhi bangunan. Tetapi persoalan yang sebenarnya ialah apakah ia benar-benar diperlukan. Adakah kita benar-benar memerlukan pembinaan bangunan 100 tingkat ini. Secara umumnya kata Wan Saiful, bajet pada kali ini ada kontradiksi sedikit dengan agenda kerajaan yang sebelum ini cuba mengalakkan sektor swasta mendepani ekonomi negara."Bajet kali ini lebih besar berbanding tahun lalu tetapi ia melibatkan kos yang besar dalam aspek pengurusan. Bermaksud dalam kos dalam membiayai kerja-kerja kerajaan adalah tinggi. Pada saya tidak ada usaha untuk memperkecilkan saiz kerajaan supaya sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam merancakkan ekonomi di negara ini," tegasnya.Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata, kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 bilion sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja.
“Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta iaitu dalam lingkungan 3.6 peratus dari projek Warisan Merdeka.“Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 bilion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN,” kata beliau dalam satu kenyataan media.Hadi menambah, agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini kerana pimpinan Umno-BN sebenarnya “bermimpikan projek” lantas “memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat.”


Duit Rakyat Dibazir Lagi Bina Bangunan RM5 Billion





Wang Rakyat Disembelih dalam Bajet 2011
Posted on Sunday, October 17 @ 06:11:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh: ruhan

"Najib kata dia tidak mahu beri RM3.1 bilion sebagai bonus satu bulan kepada kakitangan kerajaan kerana perbelanjaan akan melebihi pendapatan. Sebab itulah digantikan dengan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah. Sungguh rasional alasan yang diberikan.
Dia tidak pula menyatakan siapa yang akan menanggung kenaikan 1% cukai perkhidmatan. Rakyatlah yang akan terpaksa bayar lebih untuk menyara kerajaan. Adilkah semua perkiraan yang telah dinyatakan itu?
Dia pun tidak beritahu kita kesan kadar tol tidak dinaikkan. UMNO, MCA,MIC, dan semua parti lain dalam BN tidak akan terlibat. Yang akan diambil ialah wang rakyat untuk membayar pampasan kepada syarikat yang tidak diberi kebenaran menaikkan tol itu. Wang rakyat lagi yang akan dikorbankan.Wang siapa yang akan dikorbankan untuk membina bangunan 100 tingkat yang tidak berapa diperlukan itu? Tentulah wang rakyat.Anda kiralah sendiri jumlah wang diberi kepada rakyat dengan jumlah wang yang disembelih daripada rakyat. Selepas itu, anda akan tahu siapa mereka.

http://bilahrotan.blogspot.com





Bajet 2011 : Najib mahu jadikan Malaysia hak keluarganya
Posted on Sunday, October 17 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ning

"Assalamualaikum,,....

Pembentangan baget 2011 oleh Najib membawa negara ke dalam fasa pemilikan keluarga PM.Pengeculian cukai,peruntukan kepada PERMATA serta beberapa cadangan lain termasuk penambahan elaun pemimpin masyarakat serta kerjasama dengan NGO terpilih menampakkan haluan kearah menjadikan Malaysia sebagai hak keluarga Najib dengan sokongan UMNO dan BN. Pengecualian cukai yang didakwa barang keperluan harian membinggungkan dan merupakan satu cubaan menipu rakyat.Keperluan harian yang termasuk seluar dalam, kelambu dan beg tangan nampak benar menjurus kepada kegemaran harian Rosmah yang semakin menyerupai kegemaran Imelda Marcos di zaman kuku besi Marcos di Filipina.Najib mahu menipu rakyat dengan ungkapan barang keperluan harian sedangkan barang barang keperluan harian yang diperlukan rakyat seperti beras, gula dan minyak langsung tidak disentuh.Begitu juga alasan untuk menggalakkan pelancungan dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi murah untuk membeli seluar dalam berjemana,beg tangan berjenama serta kelambu berjenama langsung tidak munasabah.Bukannya barangan keluaran tempatan yang mahu digalakkan seiring dengan promosi pelancungan tetapi barang barang impot yang boleh didapati di negara pengeluar.Jadi untuk apa pelancung datang ke Malaysia semata mata untuk membeli seluar dalam sedangkan mereka boleh terus ke negara pengeluar untuk mendapatkannya?
Timbul persoalan mengenai keikhlasan kerajaan dengan penghapusan cukai ini.Mahfuz Omar boleh dipersetujui apabila mengatakan pengecualian ini hanyalah kerana Rosmah dan untuk Rosmah bukan untuk rakyat.Bukan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi tetapi mahu menjadikan Rosmah berpendapatan tinggi sekaligus membuka ruang yang lebih luas kepadanya untuk mengaut lebih banyak harta rakyat.PERMATA yang dinaungi Rosmah mendapat peruntukan besar malah lebih besar dari peruntukan kepada SAR.PERMATA pada dasarnya tidak perlu ditubuhkan kerana sudah banyak badan badan pendidikan anak anak yang ada di negara termasuk badan badan swasta yang ada di segenap pelusuk negara,Jadi Najib kalau benar ingin melihat kesejahteraan rakyat dan melihat pendidikan anak anak diberi keutamaan seperti didakwanya ketika membentangkan bajet tidak perlu memberi keistimewaan kepada PERMATA sebaliknya perlu membantu badan badan pendidikan swasta yang ternyata berkesan dalam memberikan pendidikan berguna kepada anak anak warganegara.Tetapi kenapa PERMATA yang dinaungi oleh isteri tercinta juga dipilih sehingga peruntukan sebegitu besar dari wang rakyat diberikan kepadanya?Apakah mandat dan kedudukan Rosmah dalam sistem pemerintahan negara?Begitu juga usaha sama dengan NGO terpilih untuk menangani keruntuhan akhlak remaja mempunyai laluan yang sama.Kenapa mesti NGO terpilih?kenapa tidak semua NGO yang berkhidmatan untuk tujuan yang sama?Sama samalah kita tunggu NGO mana yang akan dipilih nanti.Dalam usaha menjadikan negara sebagai milik keluarganya, Najib juga membuat beberapa pengumuman yang bersemangat ketika membentang bajet.Kenaikan elaun pemimpin masyarakat dan imam bilal termasuk pengerusi JKKK dan JKKKP kepada RM800 diumumkan begitu bersemangat sekali dan disambut dengan tepukan meja oleh penyokong kerajaan.JKKK dan JKKP yang selama hari ini bertindak untuk mengasingkan penyokong dan pembangkang kerajaan di akar umbi diiktiraf sebagai pemimpin masyarakat dan kenaikan ini seolah olah dinanti nantikan.tetapi berapakan sangat nilai RM800-00 itu berbanding hadian Najib kepada Rosmah?Selama hari ni, pengerusi JKKK Tidak mengharapkan kepada elaun tetapi lebih jauh dari itu, kebanyakan pengerusi JKKK menantikan peluang membuat duit dari projek projek kerajaan dan sudah tentu peruntukkan besar kepada PERMATA serta sektor sektor tertentu dinantikan oleh pengerusi JKKK untuk sama sama menikmati dana rakyat nanti.Oleh itu kenaikan elauan yang tidak seberapa ini bukanlah satu kebaikan kepada rakyat.Begitu juga nilai Imam dan bilal tidak diberi nilai yang sebenar kepada sumbangan mereka mengajak rakyat bersolat jemaah.Ianya sekadar melepas batuk di tangga dan tidak perlu dibanggakan oleh para imam dan bilal serta rakyat keseluruhannya.Kakitangan kerajaan pula digulakan dengan bantuan sebanyak RM500-00 sedangkan bonus yang dituntut tidak langsung diendahkan kerajaan kerana mahu memperuntukkan sejumlah wang yang dirampas dari bonus kakitangan kepada Rosmah dan keluarga tersayang.
Najib nampaknya menggunakan konsep "mengkeluargakan dana rakyat dan menidurkan penyokong kerajaan" untuk 1Malaysia meneruskan kelangsungan pada tahun 2011 yang mungkin juga menandakan PRU ke 13 akan tiba.




Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum."Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh."Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun."Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib."Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya."Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.









No comments: