PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 05, 2010

Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah

 

05 October 2010

Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.

Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.

 

"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Alor Setar, semalam.

Azizan mengulas kenyataan ketua pembangkang Kedah yang juga bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid Ahald lalu bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lalu.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar berkenaan, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

 

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.

Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.


- Bernama

 

 

05 October 2010

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri

SENARIO


Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

.
Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

.
Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah 'merampas secara halus' hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

.
Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini menswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

.
Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.


Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:


i) Sumber air – Kerajaan Negeri
ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan

.
Pindaan ini melibatkan antara lain:


1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:

.
a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.

.
b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

.
c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.

.
d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.
.
2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.


Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoprat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.

3. Justifikasi penubuhan SADA


Pada 1/1/09, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa :

Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk 'penjajahan/pencerobohan' Kerajaan Pusat ke atas 'kedaulatan' Kerajaan Negeri.

Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)

a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:

.
i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).

.
ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.

b) Sumber kewangan PAB.


i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.

.
ii) Pasaran kewangan antarabangsa.

c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

.
d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:

.
i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.

.
ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.

.
iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB

.
iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.
.
Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB


Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut: .

.
i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.

Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.

.
• Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.

.
• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.

.
• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.

.
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.

.
• SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.

SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.

• SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.

Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.


• SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.

Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui SPAN

• Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang 'selesa' bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.

.
• Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.


Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri


• Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.

.
• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.

.
• Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.

.
• Paip-paip di Kedah member pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.

Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.

i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020. Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.
.
ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW kepringkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.

Kedua-dua perjanjian ini tidak ada 'exit clause', dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah 'sengsara'.

iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.


iv) Peningkatan kos bahan kimia.

Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.


Setelah 'kehilangan' sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan. Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus member sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, soaial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!
.

Esok: Yang tersirat di sebalik kenaikan tarif air...

Sekian.

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB

 

 

05 October 2010

Bila pimpinan kita di hina.. ini sepatutnya kita buat.!!

Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf

BESUT, 4 Okt: PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru 'gilo' (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk 'DAP Anti Islam' di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu 'gilo' berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa'amah yang dianggap biadap.

"Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah (bawah) yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

"Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru 'gilo' (gila) dan diulang berkali-kali," katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

 

 

 



Selangor beri buku teks agama percuma

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

(Gambar: Dr Hassan bersama tetamu veteran pada Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya, kelmarin.)

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.

 

No comments: