PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 12, 2010

Ayuh umat bermunajatlah demi kesejahteraan

Sebelum Sampai Ke Putrajaya

Posted on Monday, October 11 @ 23:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 

 Oleh: BayangDiAir

 

"Asas tasawuf  terletak kepada hati. Islam, Iman dan Ihsan bercahaya di hati apabila sirna segala rasa sombong, besar diri, ego dan seangkatan dengannya. Gerombolan penyakit hati ini memungkinkan manusia tidak ikhlas dan nyah istiqamah dalam perjuangan. Betapa ramai orang berjuang untuk Islam beriringan dengan matlamat hendak mendapat sesuatu sama ada nama, pangkat, peluang dan kebendaan. Mungkin keinginan untuk mendapat ganjaran dunia itu tidak kelihatan semasa Islam berada dalam keadaan tertindas. Namun apabila Islam menang, barulah umpama campak yang timbul ketika berhadapan dengan ghanimah itu.

 

Pada sudut lain pula, kedapatan pejuang yang meninggalkan medan kerana tersingkir dari perebutan. Berlakulah kemiskinan jiwa seperti marah lalu merajuk, dengki lalu mengutuk. Hati masih ingin melihat Islam menang tetapi benci pada saudara seperjuangan. Tak senang apabila rakan mendapat peluang sedangkan peluang itu telah dinafikan sekian lama oleh pemerintah yang tidak berlaku adil dalam agihan bantuan, peluang pekerjaan dan projek pembangunan.

Kedua-dua golongan ini membawa implikasi yang tidak baik kepada diri sendiri dan perjuangan Islam. Kesannya ialah, Islam akan dipandang rendah oleh musuh-musuhnya. Musuh-musuh pula mudah memporak-perandakan benteng dan kubu pejuang Islam. Akhirnya, perjuangan batil terangkat semula kerana keretakan dalam gerakan. . Bilakah perjuangan Islam akan bangkit kembali? Ya, perjuangan akan bangkit kembali tetapi dilambat-lambatkan oleh sikap dua kelompok tadi. Kemenangan Islam akan tertangguh  selagi tiadanya kesatuan dan keikhlasan dalam perjungan.

 

Justeru, ilmu tasawuf amat penting untuk diikuti dan diamali. Penulis bukanlah pakar tasawuf namun izinkanlah penulis  berkongsi  ilmu yang kalau disukat tak dalam, kalau diukur tak panjang ini. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang antara maksudnya, di dalam dada kita ada seketul daging, kalau baik, baiklah diri seluruhnya dan kalau buruk, buruklah diri seluruhnya. Daging itu ialah hati. Boleh dikatakan semua ahli gerakan Islam mengetahui hadis ini.

 

Ya, hati. Hati ini bersih dari mengejar jawatan dan kebendaan ketika peluang tiada di hadapan, tetapi hati yang tidak terasuh oleh ilmu tasawuf tiba-tiba menjadi tergoda kepada peluang dan ganjaran apabila kuasa ada dalam genggaman. Inilah anehnya penyakit hati. Pandai sungguh tamak, takabur, dengki, riak bersembunyi di sebalik lapisan hati. Pejuang Uhud bukan berperang untuk mendapat ghanimah tetapi apabila ghanimah terhidang di depan mata, masing-masing meninggalkan kubu.

 

Ya, hati juga mudah mengambil jalan mengundur apabila dipinggirkan atau rasa terpinggir. Mula ada rajukan. Mula berkecil hati. Lalu mengasingkan diri dari medan juang. Ketika duduk di luar perjuangan, hati tak kurang mencintai Islam tetapi bersarang rasa benci dan iri kepada saudara yang berjawatan di dalam.

 

Maka terjadilah pejuang Islam yang berada pada tiga kondisi. Kondisi pertama, pejuang yang masih bersama gerakan dan terus istiqamah dengan perjuangan. Kondisi  kedua, pejuang yang  mula bermain di atas pagar dan kondisi  ketiga, pejuang yang masuk ke dalam kem musuh dengan pelbagai alasan. Natijahnya, perjuangan mendaulatkan Islam tidak lagi mantap. Kemenangannya pula menjadi lambat kerana situasi ini. Semakin lambat  selagi itulah perjuangan yang batil  mengambil peluang dan menduduki singgahsana.

 

Semua ini berlaku kerana ahli gerakan Islam mengkesampingkan tasawuf daripada perjuangan. Kalau tawasuf dibawa bersama, insya-Allah hati bersih dan benar ikhlasnya. Tiadalah ego dan sombong. Terlempar angkuh terbenam nafsu kebendaan. Hati terasa lapang mudah pula berlapang dada. Insya-Allah tiadalah lagi meminggir perjuangan, tiada rasa kecil hari apalagi iri hati. Semuanya redha kepada Allah.

 

Penulis mendapat pengajaran  dari seorang sahabat yang aktif berjuang sebelum PAS menang di Terengganu pada tahun 1999. Sepanjang PAS memerintah Terengganu sahabat ini tidak merebut  jawatan dan tidak pula mencari peluang niaga, bantuan dan tanah percuma. Tidak pula dia iri dan memandang serong kepada sahabat-sahabatnya yang mula diangkat dalam kerajaan PAS. Dia tidak cemburu kepada sahabat-sahabatnya yang mendapat peluang ekonomi dan tanah sebidang. Dia kelihatan ketinggalan. Namun dia tidak pula meninggalkan perjuangan. Apabila PAS kalah pada tahun 2004, sahabatku terus berkerja untuk Islam hinggalah sekarang. Beliau kelihatan lebih gigih. Penulis melihat benar hatinya bekerja untuk Islam, bukan untuk orang atau barang.

 

Sepatah katanya yang penulis kagumi, “memang layak sahabatku dapat projek. Selama ini kroni UMNO yang sapu.” Itulah kata-katanya ketika ada orang lain mula mempertikaikan beberapa pemimpin PAS cawangan dan kawasan mula nampak agak senang sedikit.

 

Kesimpulannya, sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah yang diajar dalam ilmu tasawuf hendaklah dikenali dalam diri sendiri. Apabila cantik di hati, barulah datang pertolongan Allah seperti peristiwa kemenangan Badar yang berkesinambungan kepada pembukaan Mekah  dan melebarkan sayapnya sehingga runtuh Rom dan Parsi. Maka penulis menyeru ahli gerakan Islam menekuni kelas-kelas pengajian tasawuf dan menelaah kitab-kitab berkaitan. Malah program tarbiyyah PAS hendaklah mengutamakan ilmu tasawuf ini sebagai satu perisai jatidiri pejuang Islam.

 

"

 

 

 

Ayuh umat bermunajatlah demi kesejahteraan

Posted on Monday, October 11 @ 19:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper 

 

 Oleh: pasgongpauh

 

"Assalamualikum,

Negara dilanda kebathilan yang tidak kunjung padam.Umat ditimpa dengan musibah yang berpanjangan.Sampai bila lagi Islam akan dijunjung dan dimartabatkan sebagai carahidup?Sedangkan alquran dengan jelas memberitahu kita bahawa sekiranya sesuatu kaum itu bertaqwa maka akan ditambah nikmak, dilepaskan dari segala kesusahan dan musibah.Alquran merupakan kalam ALLAH yang dibacakan sekali kepadamu(wahai Muhammad) dan  kamu tidak akan lupa kecuali dengan kehendak ALLAH merupakan panduan kepada setiap manusia yang mengaku Islam yang mukmin.

 

 

Begitu juga Alquran mengajar kita supaya meminta pertolongan untuk melepaskan diri dari sebarang kesusahan apatah lagi ketika umat dilanda kebatilan dan kezaliman yang berpanjangan.Inilah masa untuk bermuhasabah diri ke arah mencari jawaban apakah kita sudah cukup meminta pertolongan ALLAH menerusi cara cara yang ditunjukkan oleh Alquran dan Alhadis?

 

Kini negara sedang dilanda kemarau keimanan dengan berbagai bagai unsur bathil diketengahkan sebagai benar dan kebenaran diketengahkan sebagai bathil.Usaha akal untuk meruntuhkan tembok kebathilan ini sudah hampir tidak mampu berbuat demikian, jadi kita tidak punyai pilihan lain selain memohon pertolongan ALLAH.

 

Ayuhlah wahai umat, pohonlah pertolongan ALLAH agar kebathilan dihapuskan dan kebenaran ditegakkan di bumi bertuah ini.Sudah tentu permohonan ini ada keadah dan prosedurnya.Untuk itu, marilah sama sama kita pertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan mematuhi segala perintah dan meninggalkan larangan secara individu, keluarga dan jemaah.Bermunajatlah kita secara istiqamah untuk pertolongan ALLAH yang diperlukan.

 

Apatah lagi kita baru sahaja keluar dari madrasah Ramadan dan bakal memasuki bulan haji tidak lama lagi.Masa untuk berkorban wajar dimenafaatkan dengan munajat yang bersungguh sungguh agar pertolongan ALLAH bakal tiba.

 

Ingatlah genarasi hari ini bertanggungjawab dalam pembentukan generasi akan datang.Zuriat keturunan tidak harus ditinggalkan untuk hidup dalam kebathilan dan musibah.

 

PAS GONG PAUH

 

kuli mengGALAS tugas PAS

Posted on Monday, October 11 @ 15:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 

 Oleh: budakjolobu

 

"Panas miang Umno/BN khususnya di Kelantan bagaikan tiada kunjung padam. Umno/BN tak pernah duduk diam sentiasa mencari setiap ruang dan peluang untuk memenangi hati rakyat Kelantan. Pimpinan PAS negeri diserang tanpa henti. Fitnah, nista, adu domba terus menerus. Tangan kanan Umno/BN  menghulur salam perpaduan, namun tangan kiri genggam tak tiris. Bersalut dendam kesumat. Rakyat Kelantan dimangsakan turun temurun. Satu ketika dahulu pernah bangkit seorang anak raja.

 

Beliau berasa murka dengan tingkahlaku kotor UMNO lalu bersama kawan-kawan yang lain menubuhkan parti Melayu Asal kerana partinya yang lama mati tidak berdaftar. Anak raja ini mengetuai kawan-kawan mencela mencerca perbuatan jijik jahat Umno Baru yang hilang arah tanpa kawalan, rakus menjarah harta rakyat. Umno Baru semakin berani sehinggakan cuba menghapuskan kuasa raja-raja melayu.

Tetapi anak raja dan kawan-kawannya sedar mereka tidak mampu melawan kuasa rakus sang pemerintah seorang diri. Maka, ringkasnya tertubuhlah Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat bersama PAS dan DAP. Meredah onak duri hutan belukar demi sayangnya kepada rakyat dan raja. Dipendekkan cerita semuanya sudah berlalu. Kawan-kawannya lari entah ke mana membawa bersama cerita dongeng mereka, kononnya berjuang sehingga mati demi rakyat dan raja. Anak raja ini juga seolah-olah serik. Ditinggal dan dipinggirkan. Kuasanya terbatas di sekitar gua sahaja. Sehinggalah akhir-akhir ini beliau dilihat kembali bersuara, itupun bersama sahabat lamanya, PAS menjelajah Kelantan menerangkan perihal sebenar isu royalti minyak Kelantan yang dirompak.

 

Kini Galas datang pula. Cerita anak raja ini menarik perhatian semua. Sorong tarik antara parti barunya Umno Baru yang beliau sendiri sedia maklum telah turun temurun menjarah khazanah rakyat, derhaka kepada raja, dan sahabat lama PAS. Belum pun sempat beliau membuka mulut, Umno/BN sudah riuh rendah mengatakan anak raja ini setuju dan mahu menjadi pendekar di Galas. Tambah lagi kononya beliau berminat turun padang berpencak sebagai calon. PAS mula mencongak strategi. Anak raja ini aset baru PAS dalam isu royalti minyak. Beliau tahu segala rahsia minyak Malaysia. Lantaran itu ujudlah pelbagai cerita dan spekulasi.

 

Kiranya begini. Andai anak raja ini bersetuju dengan tawaran Umno/BN sebagai penggerak dan calon Galas, biarkan saja, apakata PAS lupakan hasrat untuk mempertahankan Galas. Menang atau kalah bukanlah persoalan besar. Tidaklah menjadi barah kepada PAS. PAS boleh terus menumpukan usaha-usaha untuk mendapatkan kembali royalti minyak. Jangan buang masa melayan kerenah pihak lawan. Pedulikan. Umno/BN memang berhempas pulas untuk mengambil Galas bagi mencari penanda aras pengaruh di Kelantan, jika tidak masakan anak raja ini dipertaruhkan atau mungkin dipergunakan untuk menjerat leher beliau lansung memerangkap PAS, barangkali.

 

Dan jika PAS melawan tatkala anak raja menjadi galang gantinnya. Hubungan baik antara PAS dan anak raja ini sudah pasti sedikit berkudis. Tidak banyak pasti ada parutnya. Semua ini akan menjejaskan perjalanan cerita royalti minyak Kelantan. Ini menjadikan Umno/BN sedikit lega dan kembalik ketawa.

 

Nah! sekarang peluang sudah terhidang. Andainya anak raja ini dizahirkan untuk memimpin Galas, suaranya akan berkumandang di DUN Kelantan. Aura anak raja ini belum hilang. Bila suaranya berkumandang sudah pasti juak-juak Umno Baru lain tunduk hormat padanya. Isu minyak semakin terang dan jelas kerana sememangnya PAS bekerja untuk rakyat sehingga berkorban memberi laluan mudah kepada anak raja ini. Sememangnya percaturan ini nampak gila atau memang gila tapi dalam politik apa saja boleh berlaku, apatah lagi untuk kebaikan. Mudah-mudahan rakyat Kelantan dan Malaysia semakin faham betapa PAS sememangnya sebuah parti yang matang dan boleh diharap untuk memimpin melangkah ke Putrajaya.

 

Namun seandainya anak raja ini menolak umpanan Umno/BN, PAS bergeraklah seperti biasa.

 

Kejujuran mengatasi segalanya….jangan biarkan anak raja ini keseorangan lagi.

No comments: