PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, October 01, 2010

ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka Kepada Kerajaan N

ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka Kepada Kerajaan N

Posted on Thursday, September 30 @ 23:59:39 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh Sekretariat Pemuda Pakatan

 

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato' Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

 

 

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar 'hentam keromo'. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

 

Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

 

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;

 

 

1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

 

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

 

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai 'Pembela Agama, Bangsa & Negara' agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang 'halal' dari Kerajaan Negeri.

 

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi 'peluru' terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang. Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup 'terpukul' dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat.

 

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah 'Pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

 

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;

 

 

SYED MIKAEL RIZAL AIDID

Setiausaha,

Angkatan Muda KEADILAN

Pulau Pinang (AMKPP)

 

YB NG WEI AIK

Setiausaha,

Pemuda Sosialis DAP

(DAPSY) Pulau Pinang

 

MOHD. NOR B. HARUN

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang

 

 

 

 

 

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

Posted on Thursday, September 30 @ 23:46:20 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh  Zaharuddin.net

 

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

 

Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

 

 

DARI SUDUT HUKUM

 

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

 

Fakta berikut perlu difahami:

 

1.  Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

 

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

 

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

 

2.   Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

 

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

 

3.  Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

 

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

 

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

 

Ulama hanafi menyebut :-

 

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

 

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

 

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

 

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

 

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

 

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

 

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

 

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

 

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

 

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

 

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

 

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

 

RINGKASAN DALIL

 

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

 

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

 

هذا سحت فتصدق به

 

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

 

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

 

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

 

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

 

KESIMPULAN

 

Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.

Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini

Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

 

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/

 

 

 

Mahathir Momokkan Orang Melayu Kerana Umnoputra Takut Hilang Kuasa

Posted on Thursday, September 30 @ 13:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 

 Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 30 Sept - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memomok-momokkan kononnya masyarakat Melayu akan kehilangan kuasa jika Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat sebenarnya menyerlahkan ketakutan golongan elit Umnoputra kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang.

 

 

 

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail yang menyanggah dakwaan Dr Mahathir itu berkata kenyataan beliau amat tidak tepat dan malah berunsur ugutan kerana yang mengkhianati umat Melayu dan Islam adalah Umno itu sendiri.

"Ini terbukti dalam kes Perlembagaan membabitkan Raja-Raja Melayu dan penarikan bantuan sekolah-sekolah agama.

 

"Ia juga terbukti dalam pengagihan peluang perniagaan, permit AP dan saham yang hanya tertumpu kepada golongan elit pemerintah Umno sahaja dan bukan rakyat terbanyak," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

 

Tambahnya lagi, ini berpunca daripada kegagalan Umno untuk mengekalkan kerjasama baik di antara kaum yang akhirnya melemahkan tapak sokongan  Melayu.

 

"Tohmahan beliau ini adalah tohmahan daripada seorang yang mempunyai hati yang sangat busuk, berbaur kebencian yang tidak terubat bila melihat kejayaan KEADILAN dan PAS khususnya dalam mendekati masyarakat Melayu," ujar Saifuddin lagi.

 

Minggu lalu, Dr Mahathir mengingatkan orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini.

 

Bekas Perdana Menteri itu turut menuduh PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

 

Dr Mahathir juga menuduh KEADILAN bukannya untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

 

Mahathir Momokkan Orang Melayu Kerana Umnoputra Takut Hilang Kuasa

 

 

 

Suami Mati Setelah Ambil Wang Ehsan P.Pinang ?

Posted on Thursday, September 30 @ 04:31:19 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh: edyesdotcom

 

"Artikel edyesdotcom adalah di bawah, selepas berita dari blog sengal pencacai UMNO ini;

 

Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ??

 

 

- Dari blog pencacai

 

 

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

 

 

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

 

 

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

 

 

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.

 

***************************************************************

 

 

Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ??

 

 

Kalau diikutkan kebodohan ini, semua penjawat awam harus memulangkan semua gaji yang telah mereka terima kerana duit yang mereka terima itu sumbernya telah bercampur dengan cukai dari perniagaan judi. Kepada penerima wang ehsan dari  Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh memulangkan semula wang yang telah diberi oleh kerajaan pusat, dan bayar balik bagi wang yang telah dihabiskan sebelum ini.

 

Harus diingat, walaupun kerajaan mengasingkan hasil cukai judi dari Genting, Toto, Magnum dan juga dari bursa saham umpamanya, tetapi dari sudut keseluruhannya kerajaan tetap mempunyai duit haram dalam poketnya. Duit yang disimpan dalam poket itu tetap duit haram, duit yang disimpan di bawah bantal itu juga asalkan ia adalah hasil judi maka ia tetaplah haram walaupun diasingkan.

Saya berikan satu contoh. Seorang kaki judi yang kaya dengan hasil judi tetapi tidak pernah membeli makanan dari sumber judi, tidak pernah membeli minuman dari duit judi yang diasingkan - Adakah kaki judi ini dikirakan suci dan tiada yang haram dalam darah dagingnya?

 

 

Judi? Hasil judi ?

 

 

Pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

 

 

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri KOMTAR Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas.

 

 

Justeru itu, di manakah rasionalnya duit yang seratus ringgit itu harus dipulangkan? Ini adalah gimmik politik yang paling busuk! Jika anda perhatikan gambar di atas, semua duit yg dipulangkan seolah-oleh baru dikeluarkan dari mesin ATM, semua warga emas tersebut memegang wang baru yang tiada cacat celanya(tidak komot). Adakah duit ini dari poket UMNO sendiri? atau dari Reezal Merican ?

 

 

Seperkara yang begitu menyedihkan apabila ada seorang makcik yang menangisi pemergian suaminya beberapa hari setelah mengambil wang ehsan Pulau Pinang. Apa yang sedih bukan mengenai kematian suaminya, tetapi yang sedih ialah bila makcik ini menyalahkan duit wang ehsan sebagai punca ajal suaminya. Sedih apabila makcik ini tidak mempercayai qadak dan qadar, mujur dia tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai punca suaminya meninggal dunia.

 

 

Untuk pengetahuan semua, daripada peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri, hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan dan telah diagihkan kepada 107,720 warga emas. Adalah menjadi satu musibah yang besar sekiranya semua 107,720 warga emas itu meninggal secara tiba-tiba kerana telah menerima wang ehsan Pulau Pinang.

 

 

Kepada makcik yang kehilangan suami tersayang, janganlah tambah penderitaan anda dengan memesongkan akidah sendiri. Kita memahami perasaan kehilangan suami, tetapi janganlah perasaan sedih itu ditafsirkan dengan pemikiran yang sempit kerana mungkin 107,719 orang warga emas penerima wang ehsan negeri pulau masih hidup.

 

 

Sebenarnya saya merasa agak sebak apabila memikirkan, keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh LGE menawarkan RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas negeri P.Pinang telah dihina dan disabotaj sedemikian rupa, kerana takutnya kerajaan pusat terhadap potensi LGE sebagai pejuang rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menonjolkan resamnya yang tidak langsung boleh diubah iaitu sentiasa ingin melihat kesusahan rakyat supaya kesusahan itu memaksa rakyat meminta-minta dari mereka (BN) sedangkan kerajaan P.Pinang hari ini memberi apa yang mereka (BN) tiada !

 

 

Hasrat untuk mengagihkan hasil keuntungan yang diperolehi dari pentadbiran yang telus dan tidak bocor, telah dijadikan sebagai sumber politik sempit pihak yang cemburu terhadap pencapaian negeri pembangkang, di mana ia tidak pernah dilakukan selama Barisan Nasional memerintah - Memulangkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat !

 

 

Oleh itu, saya mencadangkan agar nama 40 orang tarbus yang memulangkan dan tidak mahu menerima wang ehsan (tetapi sanggup menerima rasuah UMNO?) agar di'blacklist'kan nama mereka dari senarai penerima tahun hadapan. Bayangkan, sekiranya mereka hidup 30 tahun lagi, maka mereka akan rugi RM3ribu duit ikhlas sebuah kerajaan yang survive di atas penjimatan yang bijak.

 

 

Kepada sesiapa warga emas yang tidak mahu menerima wang ehsan, sila jangan mendaftar sebagai penerima tahun hadapan. Hari ini mungkin jumlah yang diberi adalah RM100, siapa tahu jika kerajaan P.Pinang memperolehi lebih banyak penjimatan pada masa akan datang, jumlahnya boleh jadi RM500 setahun? maka meloponglah orang bodoh piang yang menolak rezeki.

 

 

Moral of the story, orang yang bodoh selalu rugi !

 

 

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

 

 

Galas : Perlantikan Razaleigh Umpama Kata Dua, Beri Kemenangan Pertama Kepada PA

Posted on Friday, October 01 @ 00:04:38 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh Ustaz Idris Ahmad

 

Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan. Jelas ianya tindakan terdesak Umno.

 

Ternyata Umno begitu bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula DUN berkenaan walaupun tahu, Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

 

 

Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal ditangan PAS. Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas walaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri dan Menteri Umno yang banyak menafikan hak royalti Kelantan..

 

 

DUN Galas dikawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu Tengku Razaleigh dimana Umno menumpang pengaruh beliau untuk mengibarkan bendera mereka, bakal menjadi medan ujian buat Umno dan Tengku Razaleigh sendiri.

 

 

Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam Pilihanraya yang lepas Allahyarham Che Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

 

 

Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat BN.

 

 

Bagi PAS perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah pilihanraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas Pilihanraya 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan Kerajaan PAS Kelantan bagi menuntut royalti dari Kerajaan Persekutuan dibawah BN.

 

 

Malah beliau yang juga mantan Pengerusi Petronas menawarkan diri menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan Kerajaan kelantan kepada Petronas. Beliau menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan MT Umno yang duduk dalam kabinet demi membela nasib rakyat.

 

 

PAS yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno.

 

 

PAS yakin, Tengku Razaleigh tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan. PAS tiada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

 

 

Jika dalam PRK nanti isu Royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti.

 

 

PAS menyeru agar Tengku Razaleigh istihar keluar Umno dan menyertai PAS jika benar beliau berjuangan untuk rakyat Kelantan.

 

 

Ust Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

 

 

 

No comments: