PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, October 10, 2010

10 Soalan Lisan MP Kuala Selangor

10 Soalan Lisan MP Kuala Selangor


September 21, 2010


by Dr. Dzul Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)…….






a.minta Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan dakwaan bahawa projek Hidro Elektrik Bakun yang telah menelan RM7.3 bilion akan menjadi ‘gajah-putih’ kerana tidak ada ketentuan di segi pembelinya tenaga 2,400 MW yang dijana (no takers). Apakah yang telah dipelajari oleh kerajaan dari pengurusan projek mega dari pengalaman kegagalan projek Hidro Bakun yang tidak wajar diulangi lagi?


b.meminta Menteri Kewangan mengesahkan apakah benar bahawa pada 21 Oktober 2003, Pentadbiran di bawah Tun Dr Mahathir telah menawarkan keseluruhan kontrak membina Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar dan Seremban-JB kepada syarikat MMC-Gamuda dengan harga RM14.448 bilion melalui kaedah ‘Swiss Challenge’. Mengapakah setelah projek ini dibatalkan oleh Pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada 17 Disember 2003, harga yang ditawarkan kepada tawaran MMC-Gamuda apabila projek diteruskan kembali pada 13 Disember 2007 untuk pakej Ipoh-Padang Besar sahaja adalah pada harga RM12.485 bilion?


c.meminta Menteri Kewangan menjelaskan apakah perhitungan kritikal yang menjadikan kerajaan kembali kepada regim mengizinkan Ringgit diniagakan di luar negara atau dengan izin ‘internationalisation of ringgit’ sementara kerajaan wajar sedar akan risiko ‘hotmoney’ serta ketidakstabilan (volatility) dan kesan-kesan negatif yang lain terhadap sektor pembuatan tempatan dan pelabur jangka panjang langsung (FDI) yang mementingkan kestabilan nilai matawang.


meminta Menteri Kewangan menjelaskan aspek pengurusan korporat dan tanggungjawab fudisiari kepada rakyat tentang hal kedudukan Dana 1-Malaysia Development Berhad (IMDB) yang didakwa mempunyai pelbagai ‘inconsistencies’ dalam Laporan Kewangan Tahunan berakhir Mac 2010 sehingga tidak mahu ditandatangani oleh pihak auditor.


meminta Menteri Kewangan menjelaskan pendirian kerajaan Pusat tentang pengenalan dinar dan dirham yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Kelantan Darul Naim?


d.meminta penjelasan Menteri Pengangkutan samada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari China South Locomotive yang memilikki Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd of China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.


e.meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep “1-Malaysia” meskipun masih dalam tahap “work in progress” seperti yang didakwa beliau kerana telah mencetuskan pelbagai pertentangan fahaman dan perbalahan seperti yang diutarakan oleh Perkasa dan mantan PM Tun Mahathir.


f.meminta penjelasan Perdana Menteri tentang langkah-langkah konkrit yang bakal diambil oleh kerajaan bagi menjana pelaburan swasta U$410 bilion (kemaskini U444 bilion) dalam 10 tahun bagi menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) memandang penurunan FDI negara sebanyak 81% dalam World Investment Report (WIR,2010) dan kejatuhan Malaysia sebanyak 2 tangga dalam “Global Competitive Report” (World Economic Forum).


meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan apakah langkah-langah konkrit yang kementerian perlu dilakukan bagi mengelakkan fenomena ‘property bubble’ khususnya di lokasi-lokasi ‘hotspot’ sementara berlaku adil dan mesra kepada pembeli rumah pertama yang ‘genuine’.


g.minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerangkan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan dan puncanya beberapa barang runcit, bawang putih, cili merah, ikan bilis, telur, ayam, 30%-80% sejak penarikan subsidi 5 barang asas yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini?


Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi



Harakahdaily


KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.
Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.
Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.
Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

No comments: