PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, September 26, 2010

Surcaj air,orang putih kata "The way to go" guan Eng!

Surcaj air,orang putih kata "The way to go" guan Eng!
Posted on Saturday, September 25 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


E-Mel PembacaOleh: cucupakkasim

"
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memulakan langkah bijak untuk menjimatkan penggunaan air oleh 30 % pengguna-pengguna domestik di negeri ini dengan mengenakan surcaj sebanyak 24 sen setiap 1,000 liter yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter setiap bulan yang akan bermula pada 1 November nanti

Biarpun mendapat banyak tentangan daripada berbagai pihak, bukan kerana PBA mahu mengenakan surcaj itu, tetapi disebabkab surcaj yang dicadangkan itu terlalu rendah, dan dikatakan tidak akan begitu efektif dalam usaha untuk mendisiplinkan rakyat atau pengguna air domestik dinegeri ini, dimana majoriti penduduknya adalah dari kumpulan pertengahan yang berkemampuan.

Ini kerana ada pula mana punya 'mangkok hayun' yang telah buat kira-kira untuk menentang surcaj yang dikatakan murah sangat ini. Namun Lim Guan Eng bukanlah seorang yang kejam dan tidak berhati perut. Dia berfikir guna 'kepala otak' bukan guna 'kepala lutut' jadi Guan Eng telah menolak bantahan ini dimana dia kata yang air adalah anugerah Allah SWT untuk rakyat.

 

Ini cadangan yang 'kurang ajar' dari mangkok hayun yang mengatakan surcaj itu murah sangat.

 

Mangkok ini sudah kata, kalau satu family guna 100,000 liter air satu bulan, surcaj yang dikenakan hanyalah sebanyak RM15.60. Amaun ini tidak akan memberi kesan yang dalam kepada pengguna domestik biarpun pengguna tersebut hanya berpendapatan RM 1,000 satu bulan kerana pengguna ini hanya menggunakan 1.56% dari pendapatannya.

 

Tambah 'musibat' ini lagi, kalau betul kerajaan Pakatan Rakyat serius mahu rakyat negeri ini menjimatkan air, surcaj yang perlu dikenakan mestilah sebanyak RM 1 untuk setiap 1,000 liter air dan pengguna ini akan terpaksa membayar sebanyak RM65. Baru lah pengguna-pengguna ini akan menggunakan akal mereka sepenuhnya untuk berjimat cermat ketika menggunakan air.

 

'Musibat' ini juga telah menghangatkan lagi hati gurkah-gurkah politik di'port' yang merupakan pengguna-pengguna air dinegeri ini dengan membandingkan purata penggunaan telefon setiap satu keluarga lebih kurang RM300. Kalau boleh bayar RM300 untuk bercakap, RM65 adalah 'sab-sab-sui' laa...

 

Gurkah-gurkah politik di'port' telah mengkaji sendiri penggunaan air oleh kebanyakan keluarga dimana setiap satu keluarga 4 atau 5 orang tidak mungkin menggunakan lebih daripada 35,000 liter satu bulan, dan kepada keluarga yang suka membazir saja, yang menggunakan lebih dari 35,000 liter air ini saja yang akan mendapat kesan.

 

Setelah dikira, campur, tolak, darab dan bahagi maka gurkah-gurkah politik di'port' telah merumuskan yang surcaj yang bakal dikenakan ini amatlah berpatutan dan satu langkah tepat untuk 'sekolah'kan rakyat-rakyat dinegeri ini supaya menghargai air.

 

'Way To Go Guan Eng!'

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com


dollah yankee-IR Jasni,PBA. Bila lagi depa nak bagi Dato'?

 

Sekolah Hamil Menjadi Kenyataan

Posted on Saturday, September 25 @ 20:30:47 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih 

 

 Oleh AlKundangi,

 

Ura-ura Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar wanita yang mengandung di luar nikah akhirnya menjadi kenyataan. Beberapa orang pelajar hamil telah mendaftar sejak dibuka Jumaat lalu, dan akhbar melaporkan ramai lagi ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka. Sebelum ini pro dan kontra mengenai pendapat mewujudkan sekolah ini agak panjang termasuk beberapa orang ulama PAS.2. Wajar atau tidak sekolah ini diwujudkan, ia telah pun menjadi kenyataan. Hasrat KM Melaka itu baik, iaitu untuk membantu pelajar-pelajar hamil luar nikah, sekaligus mengurangkan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa itu. 3. Islam memandang berat kes hamil luar nikah ini, dan pelakunya boleh dikenakan hukuman hudud. Di zaman Rasulallah, ada seorang mengaku berzina sehingga melahirkan seorang bayi. Perempuan berkenaan meminta Nabi menjatuhkan hukuman had. Namun Nabi SAW menasihatkan agar perempuan itu membesarkan dahulu anaknya itu. Akhirnya setelah beberapa kali ia meminta Nabi SAW menjatuhkan hukuman had, dan anaknya pun sudah selesai menyusu, akhirnya Nabi SAW bersetuju menjalankan hukuman had ke atas wanita itu. Beliau menjalani hukuman rejam hingga mati, kerana tidak rela menanggung azab di akhirat nanti. Kes ini tercatat dalam sejarah Islam yang unggul dengan keadilan itu. 4. Namun tindakan Ali Rustam mewujudkan Sekolah Hamil dan membela pelaku-pelaku zina serta melindunginya amat bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulallah SAW dalam menangani kes ini. Rasulallah SAW menjalankan hukuman dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan sumbang itu. Sementara itu Ali Rustam mendidik masyarakat agar meneruskan kerja-kerja maksiat tersebut, dan mereka dilindungi oleh undang-undang. Apakah tindakan Ali Rustam itu jauh lebih baik dari tindakan Rasulallah SAW dalam menangani kes yang sama? 5. Sesungguhnya tindakan Ali Rustam adalah bertentangan 100% dengan Kanun Jenayah Syariah Islam dan akan menggalakkan lagi kehamilan di luar nikah yang sememangnya sedang membarah dalam masyarakat kita kini. Ali Rustam boleh memperbaikki niat baiknya itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang hamil di luar nikah selepas anak mereka besar, lepas dari waktu menyusu, dan ada orang lain yang sanggup membesarkan kana-kanak berkenaan, atau pun Jabatan Kebajikan boleh mengambil tindakan tertentu demi meneruskan kelangsungan hidup kanak-kanak yang lahir dari nafsu yang tidak terkawal itu, serta keadaan sekeliling serta suasananya yang menggalakkan kehamilan luar nikah. Pencegahan adalah lebih baik dari menguruskan kehamilan yang sudah berlaku dan tidak dikehendaki itu. Apa yang Ali Rustam lakukan jauh dan amat berbeza dengan apa yang Nabi SAW laksanakan. Apakah Ali Rustam jauh lebih baik dari Nabi SAW dalam menangani gejala sosial seperti ini?

 

AlKundangi,

20.9.2010

 

Kenapa kami bantah sekolah hamil?

Posted on Saturday, September 25 @ 10:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 

 Oleh: pasgongpauh

 

"Assalamualaikum,

Berikutan bantahan yang kami bangkitkan kepada sekolah hamil, kami telah dikutuk dengan beberapa kutukan seperti tidak berlimu, metal block, menulis tanpa kajian dan sebagainya,Kami telah cuba menjelaskan bahawa panduan yang ada dalam Islam sudah mencukupi untuk menangani kes anak zina tetapi ada pula pula soalan yang bertanya apakah setelah semua tarbiyah atau semua suruhan agama ini diikuti, maka tiada lagi anak zina dilahirkan?Begitu juga soalan yang mengatakan mana ada satu negarapun di dunia ini bebas dari anak zina.Soalan soalan ini tidak mampu kami jawab tetapi kami yakin dengan ketentuan ALLAH dan kami yakin dengan kisah kesejahteraan di zaman Khalifah Omar Abdul Aziz sehingga serigala tak makan kambing itu benar, bukan sekadar dongengan.Malah kami yakin ianya merupakan barakah yang ALLAH janjikan kepada hamba hambanya yang bertaqwa.Untuk itu suka kami jelaskan bahawa sekolah hamil dalam situasi semasa ibarat membina beranda rumah tanpa rumah yang tidak menyelesaikan atau mengurangkan masalah tetapi bakal membebankan lagi permasalahan. Kami suka menarik perhatian semua bahawa untuk membina beranda rumah mesti ada rumah yang tersedia.Dalam hal ini sistem hidup atau carahidup diibaratkan sebagai rumah oleh itu untuk membuat beranda rumah yang bercirikan carahidup Islam mesti memerlukan rumah yang mempunyai ciri yang sama.Ini bermakna carahidup Islam perlu dibangunkan dulu sebelum disarankan keujudan sekolah hamil yang berkorikulam Islam.Tanpa carahidup Islam maka sekolah hamil samada dibuat dirumah yang tidak bercirikan Islam atau hanya dibuat beranda sahaja kalau ianya dibina dengan asas Islam.Hal ini mudah difahami dan sekiranya ianya bertujuan menjadi tempat berlindung maka akan sesak dan tidak selesalah sesiapa yang berlindung di beranda rumah yang tanpa rumah.Tetapi kalau beranda rumah ini dibina dirumah yang jelas kelihatan tidak bercirikan Islam maka perlindungan yang disediakan didalamnya juga mudah difahami tidak Islam juga.Jadi kenapa ditekankan kajian yang mendalam mengenai korikulamnya sedang dengan jelas dilihat asasnya yang tidak Islam sebab persoalan yang dibincangkan hanyalah persoalan beranda rumah.Kalau rumah sudah dijadikan rumah Islam maka kami dan ramai lagi yang sependapat dengan kami pasti tidak akan membangkang cadangan sekolah hamil ini.Kami tidak bercadang untuk memanjangkan perumpamaan rumah dan beranda rumah ini tetapi kami berharapkan agar semua pembaca bijak menggunakan kemampuan memahami apa yang kami utarakan ini untuk memahami kenapa kami membantah sekolah hamil dan kenapa kami menyarankan kerajaan ditukar untuk mengatasi masalah zina dan anak zina BERSAMA SAMA MASALAH SOSIAL YANG LAIN.Kami juga ingin mengulas sedikit tuduh mental block dan tidak berilmu yang dilemparkan kepada kami.Mental block kononnya kerana kami rancak membangkang tetapi tiada cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah.Dalam hal ini banyak kali kami menjelaskan KEMBALI KEPADA CARAHIDUP ISLAM dan penjelasan kami ini sebenarnya cadangan yang seolah dipandang sepi oleh mereka yang menuduh.Untuk kembali kepada carahidup Islam kita perlukan ILMU, bukan sekadar cadangan yang ditulis di mana mana.Kami mengaku memang kami tidak berilmu tetapi kami komited untuk terus belajar dan kami berharap kami akan dapat mencurahkan apa yang kami belajar apabila kerajaan mula berminat untuk mendengar.kami ingin bertanya  kepada yang menuduh kami apakah kerajaan sekarang berminat untuk mendengar cadangan kami?Sekali lagi kami tidak mahu memanjangkan persoalan ini tetapi kami mengharapkan agar pihak yang menuduh dapat menggunakan akal yang dikurniakan ALLAH secara bijak dan adil dalam menilai apa yang kami nyatakan sesuai pula dengan dakwaan mereka sebagai golongan interlek.Kami sekali lagi mengakui bahawa kami memang tidak berlimu dan sedang mencari ilmu untuk memahami bagaimana adanya lagi anak zina selepas sistem hidup Islam dilaksanakan tetapi kami yakin dengan janji pertolongan ALLAh.Kami juga ingin bertanya apakah orang orang yang bertanyakan list perkara yang dilarang Islam itu BERILMU?

 

 

 

Blog PAS Gong Pauh

 

 

No comments: