PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 07, 2010

RE: TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI PULAU PINANG

 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak akan pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga

 

Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu

 

sendiri.Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita

 

melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum

 

-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran

 

tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Ramadhan kali ini banyak meninggalkan kesan dan kenangan kepada kita semua. Dalam kesempatan yang ada ini, saya juga ingin merakamkan Selamat Hariraya, Maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca blog saya ini. Saya turut menyarankan supaya berhati-hati dijalanraya. Semoga kita selamat sampai ke kampong halaman masing-masing.Berakhirnya Ramadhan bermakna, bermulanya Syawal. Tahun ini Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Jumaat. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

 

Ikhlas,

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

 

Pada Ramadhan kali ini banyak isu-isu dimainkan oleh UMNO antaranya:-

1.Isu Khutbah -Pakatan Rakyat memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan oleh pimpinan UMNO untuk menyemarakkan api kebencian dengan mendakwa Ketua Menteri LIM GUAN ENG digunakan dalam doa khutbah kedua solat jumaat bagi mengantikan nama Yang di-Pertua Agong.

2.Dibawah kerajaan Pakatan Rakyat -dililuskan apa yang tidak pernah dibuat oleh BN.

   Peruntukan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam ditambah 100% RM12.5juta(2008);RM20.5juta(2009);RM24.3juta(2010)

   Sumbangan Ihya Ramadhan -Julung kali diberi -RM231,000 setiap tahun kepada 206 masjid.

   Bantuan kepada sekolah Agama Rakyat(SAR) -RM1.5juta(2009);RM1.75juta(2010)

   Haramkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maa'ruf nahi mungkar.

3. Merujuk kepada penyebaran gambar superimpose Ketua Menteri Pulau Pinang menyembelih lembu korban, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan buruk semakin ketara ditonjolkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, fitnah yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan saja menggambarkan imej buruk parti tersebut tetapi juga menjatuhkan moral kepimpinan mereka.

4. Kehadiran wakil rakyat bukan Islam di masjid dan surau, dan khutbah di masjid Pulau Pinang adalah antara isu yang dibangkitkan sebelum ini.Dalam isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid ia bukanlah satu perkara baru. Perkara ini sudah lama menjadi lumrah untuk mendekati masyarakat Islam.Oleh kerana Umno dan BN sudah tidak lagi mempunyai isu dan modal politik, maka perkara ini mereka sensasikan sedangkan pada hakikatnya ada antara mereka sendiri yang mencemari institusi agama tersebut

5.Anwar dihalang Tazkirah di P.Pinang-kejayaan pihak pembangkang di Pulau Pinang, berjaya melobi MAIPP mengeluarkan surat arahan supaya Khatib jemputan di larang di Masjid-masjid seluruh Pulau Pinang.Kebanyakkan Pengerusi Khariah di seluruh Pulau Pinang terdiri dari UMNO, yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh Yb Shabudin Yahya, sebelum beliau tamat tempuh khidmat tahun lalu.Dengan kejayaan mereka melobi MAIPP , mereka mula 'Naik Tocang'.Mereka mula merasa masih ada sisa-sisa kuasa yang boleh mereka gunakan, dan mula bertindak menghalang pihak kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja bertemu rakyat dan meyampaikan penerangan diMasjid.

Luaskan Fungsi Masjid

Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi centre for Islamic Informationyang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!

Sebenarnya Umno nak alih perhatian kerana marah kerajaan negeri:

# Haramkan judi bola

# Bagi sumbangan RM100 kepada warga Emas dan RM1,000 kepada waris warga emas untuk pengurusan jenazah.

# program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas hari raya Aidilfitri sebanyak RM400.00 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri.

 

TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN

 

24 Ramadan 1431 H | 3 September 2010
RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa
Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

 


OPS SAYANGI REMAJA MALAM AMBANG MERDEKA

 Kenyataan Akhbar

 

Di Malaysia rakyat pada umumnya merasa bersyukur kerana kesejahteraan dan nasib mereka umumnya lebih baik berbanding negara umat Islam lainnya. Namun apabila dilihat dengan lebih mendalam, apa yang sebenarnya perlu ditekankan di sini ialah perlunya masyarakat memahami kemerdekaan dalam konteks yang luas dan bukan hanya bermakna bebasnya sesuatu bangsa daripada penjajahan kuasa asing sahaja.

 

Terdapat kecenderungan masyarakat, atau lebih tepat lagi golongan muda, hari ini yang tidak memahami erti kemerdekaan sebenar. Mereka kemudian meletakkan beban memperjuangkan nasib negara ini di bahu hanya segelintir orang sahaja. Malahan dalam banyak laporan dimedia cetak dan elektronik, Malam Merdeka dianggap oleh muda-mudi kita tidak lebih daripada sebuah pesta bagi mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Andai tidak dibendung ,percaya lah dalam tahun, hari dan masa yang akan datang nescaya nilai kemerdekaan itu hanya keseronokan bermandi percikan mercun, dan malam peragaan siapa lebih ‘daring’ semata-mata bagi anak muda kita yang diharap-harapkan dapat menyambung hayat bangsa Malaysia. Ini menunjukkan semangat patriotisme semakin terhakis. Ia juga menunjukkan bahawa semangat hedonisma dan materialisme jauh lebih besar daripada kecintaan terhadap tanah air.

 

Penyakit suka berpesta tanpa erti ini juga sudah terjangkit kepada 3 tarikh perayaan yang dominan menyumbang kepada permasalahan sosial iaitu 14 februari, 31 ogos dan 1 jamuari. Justeru itu Ops Sayangi Remaja telah digerakkan sejak 2 tahun lepas oleh UNGGAS dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang untuk turun ke lapangan dan berdepan secara lansung dengan anak muda ini pada malam-malam perayaan tersebut.

 

Malam kemerdekaan kali ini, operasi menasihat dan kaunseling (bukan penguatkuasaan) telah melibatkan 100 sukarelawan di Queensbay dan 200 sukarelawan di RnR BORR Pantai Bersih. Operasi kali ini melibatkan aktiviti pengedaran risalah untuk ibubapa iaitu Risalah Dimana Anak Anda Menjelang 12 Tengah Malam, dan risalah untuk remaja iaitu risalah Jauhi Zina. Turut diadakan adalah tayangan wayang pacak video-video kesedaran dan ceramah dan juga sesi kaunseling khusus. Penemuan-penemuan berkaitan permasalahan sosial kali ini tidak jauh bezanya dengan malam kemerdekaan tahun-tahun sudah. Pasangan kekasih bercengkerama, remaja di bawah umur keluar lewat malam, kumpulan-kumpulan subculture seperti Punk, Gothcik, Mat Rempit dan Skinhead menunjukkan citra warna mereka yang masih terjajah. Tidak terlepas kanak-kanak berbasikal beragam yang merempit cara mereka. Turut ditemui botol-botol alkhohol yang bertaburan di sepanjang Pantai Bersih dan Pantai Queensbay. Kemuliaan bulan Ramadhan pada tahun ini telah dicemari dengan teruk apabila terdapat sebuah ‘funfare’ yang beroperasi di Queensbay dangan hiburan yang tidak sesuai dengan semangat Ramadhan.

Justeru, Urusetian Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), Jawatankuasa Generasi Pewaris Majlis Agama Islam P.Pinang dan NGO Muslim dengan ini memberi solusi bahawa:

 

a) Budaya menyambut detik kemerdekaan ala pesta pada 12 tengah malam oleh kerajaan mahupun individu dihentikan kerana Tunku Abdul Rahman sendiri menyambut Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Ini kerana sudah terbukti, terlalu banyak kerosakan yang berlaku pada pesta waktu malam berbanding sambutan pada waktu pagi yang lebih patriotik.

 

b) Pihak-pihak berkuasa bertindak lebih proaktif khususnya malam kemerdekaan dengan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pesalah moral dan juga mereka yang melanggar peraturan .

 

c) Ibu bapa harus memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak selepas jam 12 tengah malam.

 

d) Masyarakat perlu lebih sensitif dan peka dengan permasalahan sosial di tempat masing-masing.

 

Dengan ini UNGGAS dan NGO-NGO Islam melancarkan Majlis Tindakan Gejala Sosial Penang (TEGAS). Majlis ini akan bertindak sebagai badan yang akan memantau permasalahan sosial peringkat negeri Pulau Pinang.

 

Ukhwah dan Hak-Hak Muslim

 

Terdapat banyak juga hadis yang menyeru umat Islam supaya bersatu. Di dalam satu hadis yang direkod oleh Imam Muslim:

‘Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan.’

Pengajaran:


Agama Islam adalah agama yang harmoni dan sangat mementingkan keamanan dan perpaduan sesame umat Islam. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil secara terus dari hadis ini.

1. Jangan saling berdengki.

2. Jangan saling menipu.

3. Jangan saling membenci.

4. Jangan saling membelakangi.

5. Jangan menjual di atas penjualan orang lain.

Perkara-perkara yang dinasihati Nabi s.a.w. tersebut semuanya berkaitan dengan hak-hak seorang Muslim. Seorang Muslim mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh Muslim yang lain. Perkara-perkara yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan antara penyakit hati yang sangat mudah untuk berlaku di dalam kehidupan seharian kita di mana jua. Justeru, biarpun kelihatan perkara kecil, Rasulullah mengingatkan umat Islam untuk menjaga perkara-perkara ini sebagai hak seorang Muslim.

Rasulullah s.a.w. menyambung nasihat baginda dengan bersabda:

‘Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara’

Hendaklah umat Islam saling bergaul dan memperlakukan orang lain seperti saudara dalam kecintaan, kasih sayang, keramahan, kelembutan dan tolong-menolong dalam kebaikan dengan hati ikhlas dan jujur dalam segala hal.

Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, mendustanya dan menghinanya.

Inilah indahnya ajaran Islam. Rasulullah menekankan bahawa seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Agama Islam mempersaudarakan umatnya atas talian aqidah yang suci. Dan inilah dia talian yang diiktiraf oleh Allah di dalam al-quran.

Betapa Islam sangat menghargai harga dan nilai seorang Muslim. Menelantarkan di sini bermaksud tidak member bantuan dan pertolongan. Maksudnya, jika ia meminta tolong untuk melawan kezaliman, maka menjadi keharusan saudaranya sesame Muslim untuk menolongnya jika mampu dan tidak ada halangan syar’i.

Taqwa


Akhir sekali, setelah baginda mengingatkan tentang hak-hak dan adab-adab seorang Muslim, Rasulullah mengaitkan pula kesemua perkara ini dengan taqwa. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bahawa perkara yang membezakan seseorang dari seorang yang lain ialah taqwa. Orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah, meskipun dipandang rendah oleh orang lain.

Nilai seorang Muslim

Harga seorang Muslim sangat tinggi dan tidak boleh diperkotak-katikkan orang lain. Setiap Muslim mempunyai hak dan wajib dihormati dan dijaga haknya. Islam sangat melarang seorang Muslim untuk merendah-rendahkan seorang Muslim yang lain.

Subhanallah.. Indahnya agama Islam...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: