PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, September 08, 2010

Ramadhan yang terakhir ? Malam yang sebak !

Ramadhan yang terakhir ? Malam yang sebak !

12:02 AM Posted by radens albanjari

1 comments

Ramadhan ini sekadar hanya tinggal 2 hari saja lagi untuk dirai. Ramadhan kian di penghujung. Ruang lantai masjid mula jadi sepi. Jika diawal dan pertengahan Ramadhan, 5 sof penuh bersesak-sesak. Tetapi di minggu akhir 2 sof pun belum tentu penuh. Nak buat macamana, sekarang semua dok mabuk buat 'witir' di supermarket dan bazaar Raya.

 

Malam ini juga malam yang banyak mengundang sebak. Malam ini juga malam penutup kepada meriahnya rakan-rakan bertadarrus. Sejak awal Ramadhan, masjid ini menjadi saksi betapa majlis tadarrus itu dirai sebaiknya oleh rakan dan sahabat. Seusai solat terawih tadi, Pengerusi mengumumkan bahawa majlis tadarrus Ramadhan ini ditutup. Apa pun jika mahu melanjutkannya, pintu masjid ini terus terbuka 24 jam.

 

Sedikit sumbangan diberikan kepada rakan dan sahabat yang banyak mengorbankan masa dan tenaga kepada program masjid di sepanjang tahun ini. Alhamdulillah..! Imam, bilal dan siak terus dibela. Biarpun sumbangan dari wang tabung masjid untuk mereka-mereka yang gigih itu tidak lah sebesar komisen kapal selam yang tak mahu tenggelam, tetapi cukup buat mereka itu gembira.

 

Sejak berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan masjid ini, banyak yang telah berubah. Baik dari sudut program harian, minggu dan bulanan, masjid ini tidak lagi sepi sesepi ketika Umno menguasainya dahulu. Zaman Umno menutup pintu kepada majlis ilmu telah lama berakhir. Kini program ilmu dan tazkirahnya benar-benar mengimarahkan jemaah yang ramai menghadirkan diri. Beberapa imam PAS dan bilal yang terbilang ilmunya menyuntik segar setiap jemaah yg hadir bersolat disini. Alhamdulillah..! Syukur kepada Allah swt.

 

Mulai malam ini juga wak kembali dapat semula menulis dengan sedikit ruang yg selesa. Amanah dan tugasan yang digalas sejak awal Ramadhan kepada siri-siri program masjid sudah berakhir. Puas ! Cuma apakah usaha ikhlas ini dapat lagi terus disumbangkan pada Ramadhan akan datang? Hanya Tuhan yang tahu. Ada umur jumpa kita semua di Ramadhan akan datang. Andainya ajal yang datang dahulu, hanya inilah Ramadhan terakhir buat kita.

 

Kini sisa Ramadhan sekadar tinggal 2 hari sahaja lagi. Berlalu sudah 1 bulan yang penuh barakah dan hebat ganjaran buat hambanya yang sabar berpuasa untuk Tuhan yang Esa. Sesungguhnya puasa Ramadhan ini milik mutlak Allah swt. Allahu Akbar !! Maha Suci Allah..

 

(*) Seusai solat terawih malam tadi, seorang sahabat(imam) bertanya kepada wak, semalam iftar bersama pemimpin ramai orang media dari Sinar Harian, juga rakan dari akhbar cina dan India dirai oleh pimpinan, dan masing2 dihadiahkan 'ole-ole' raya sebagai menghargai sumbangan media, blogger tak dapat sama ker? Kebetulan imam itu juga berada dimajlis itu, dengar2 juga kot ada beberapa blogger kut namanya turut disebut..rupanya tiada ! Pasai apa?

 

Hahaha...! Maaf sedikit kuat wak ketawa. Imam itu juga turut ketawa. Lalu wak sambut ketawanya dengan berkata, 'siapa blogger untuk menerima ole-ole ? Atau duit raya ? Janggal sungguh bunyinya jika ada pemimpin atau orang besar parti atau parti nak bagi kat blogger. Blogger itu siapa? Tak ada pun takpa, ada pun buat serabut saja..! Blogger hanya diperlukan ketika pilihanraya saja. Lepas tu mampuih pi la kat hangpa ! Lagipun blogger bukan bekerja untuk kejar duit raya atau kemasyhuran. Hah ! ambik hang..terus diam imam tu dengan jawapan tu !

 

(*) Wak buka sampul raya, sumbangan ikhlas dari Masjid XXXXXXXX, berjumlah RM80. Alhamdulillah..! Nampaknya tahun ini wak dapat duit raya dari pengurusan masjid jamek qariah ini. Biarpun tidak besar macamana kakitangan kerajaan terima tetapi itu pun dah syukur sangat2 kepada Allah swt. atas rezekinya ini. 

 

 

Selesai melunaskan wang fitrah atas diri dan keluarga kepada Amil(Tn. Hj. Hamzah) dimasjid tadi, bakinya itu esok wak nak cari sehelai kain pelikat baru untuk buat pakai di pagi raya. Baju melayu tak perlu lah kot..pakai yg lama pun takpa. Sekurang2nya ada kain baru pun sudah cukup..ambil pahala sunat dari sunnah Nabi.

 

(*) Ohya..sebelum terlupa, disini juga wak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang tidak tahu siapa yang menghantar mesej ringkas kerana menghargai bloggers macam wak ini diatas sumbangan raya kepada wak, yang berjumlah RM150. Wak terima pagi tadi secara online. Terima kasih dan semoga tuan diberi kemurahan dan limpahan rezeki oleh Allah swt. Amin.

 

Jua kepada saudara Zulkarnaen Abdullah (bigpower2U.com), saudara Norazmi Abas dari Pangkor.com, yang terus memperbaharui iklan di blog wak untuk tempoh setahun lagi. Terima kasih tuan dan Selamat Hari Raya aidil fitri.

 

No comments: