PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 07, 2010

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

 

Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka… Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899

 

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari'at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

 

Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari'atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

 

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

 

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh 'Abdullah al-Bassam:

 

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

 

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi'i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

 

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 

 

 

Afdal puasa qada dahulu baru puasa enam

Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal

Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman

 

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)

 

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.


Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

 

Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

 

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

 

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

 

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."


Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

 

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

 

Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

 

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."

 

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

 

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

 

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

 

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

 

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

 

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 

RAYA SELEPAS PUASA ENAM

Raya selepas Puasa Enam (8 Syawal)

Oleh Khairol Amin

http://kaminms.blogspot.com/

 

 

Hari Eid al-Fitr atau Hari Raya Eidul Fitri yang kedua menandakan bermulanya Puasa enam bagi setengah-tengah orang Islam. Pelbagai alasan yang memotivasikan mereka untuk memulakan puasa pada hari keDua Syawwal. Diantaranya adalah :

 

a. masih berada didalam mood puasa, lagi pun baru sehari break, elok sahaja diteruskan berpuasa.

 

b. takut melambat-lambatkan Puasa Enam nanti langsung Syawwal berlalu

 

c. berpakat sesama kawan-kawan untuk ramai-ramai berpuasa enam.

 

Alasan (c) ini akan membawa setengah-tengah mereka dikalangan kariah masjid atau surau menyambut apa yang dinamakan Hari Raya selepas puasa enam yang jatuh pada hari 8 Syawwal. Amalan ini juga dikenali oleh masyarakat Timur Tengah sebagai Eid al-Abrar, Kita dapati ada dikalangan anggota kariah akan memasak ketupat dan ada yang mula membakar lemang. Ada dikalangan anak-anak kecil yang bertanya,

 

"Buat apa tu?"

 

Jawab si-Ibu : "Ini haa...Bapak engkau nak sambut Raya lepas habis puasa enam! Ini yang Mak masakkan rendang untuk dia".

 

Menyambut Raya selepas tamat puasa enam ini agak popular juga dikalangan Umat Islam seluruh dunia. Ia merupakan satu fenomena sejagat.Jika dijejaki, sejarahnya pasti lama sebelum zaman Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh lagi, kerana beliau sendiri pernah berfatwa mengenai perbuatan tersebut didalam Kitab Majmu' Fataawanya. Kenapa mereka begitu ghairah sekali menyambut Eid al-Abrar, atau Raya selepas puasa enam? Mungkin dua faktor yang dapat difikirkan buat masa ini...

 

1. Memahami bahawa hadith berikut :-

 

من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر

 

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawwal maka seolah-oleh disudah berpuasa sepanjang tahun". [hadith Sahih Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tirmudzi]

 

Dengan berpuasa 6 hari didalam bulan Syawwal ganjarannya adalah seperti berpuasa 1 tahun, dan ini bermakna sudah tentu beraya pada hari ke lapan Syawwal bagi mereka yang tamat puasa enam lebih bagus lagi.

 

2. Perayaan ini sudah menjadi satu fadhilat turun temurun dikalangan sebahagian kecil umat Islam.

 

Ini merupakan amalan warisan yang kelihatan seolah-olah satu sunnah besar yang perlu diikuti.

 

Apakah hukum menyambut Eid al-Abar ini?

 

Didalam Kitab al-Sunnan (ms 166) ada menyebut : "Perayaan untuk Eid ini bagi setengah-tengah masjid adalah masyhur, dimana lelaki dan wanita bercampur lalu berjabat tangan sampai menyebut lafaz-lafaz Jahiliyah, kemudian mereka akan menyediakan berapa hidangan makanan khas bagi perayaan ini". Berkata Ibn Taimiyah rh : "Bagi mereka yang menyambut perayaan yang tidak ada didalam syariah, seperti beberapa malam pada bulan Rabi al-Awal dengan mengatakan, sesungguhnya ini adalah Malam Maulud, atau beberapa malam didalam bulan Rejab, atau 18 Zulhijjah, atau Jumaat pertama didalam bulan Rejab, atau 8 Syawwal yang kenali namanya sebagai Eid al-Abrar : sesungguhnya ianya adalah bid'ah yang tidak disukai oleh Salaf, dan mereka tidak beramal dengannya" [Majmu' Fataawa, 25/298].

 

Jelas disini bahawa umat Islam dilarang menyambut Eid al-Abrar kerana ia merupakan satu perayaan yang diada-adakan. Tidak ada larangan bagi mereka yang ingin berpuasa seawal 2 Syawwal, kerana yang diharamkan hanyalah berpuasa pada 1 Syawwal sebagai hadith Abu Saed ra. riwayat Imam Bukhari. Bagi umat Islam hanyalah terdapat hanya 2 perayaan sahaja, iaitu Eid al-Fitr dan Eid al-Adha.

 

Barangkali kita kena fikirkan juga mengapa Imam Malik rh mengatakan puasa Enam itu makruh hukumnya, walaupun puasa Enam ini datang dari hadith yang sahih. Beliau khawthir akan mungkin ada yang mengatakan puasa Enam ini hukumnya wajib. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi rh menganggap kata-kata Imam Malik ini sebagai langkah berhati-hati dan bukan melarang.

 

Mungkin kita juga boleh usulkan agar puasa Enam tersebut tidak dilakukan pada awal Syawwal bagi meraikan kedatangan sahabat handai yang menziarahi mereka.Puasa enam merupakan amalan kesinambungan madrasah Ramadhan yang telah tamat apabila bermulanya Syawwal. Ini bukan merupakan puasa untuk menyambut 8 Syawwal, atau Hari Raya selepas puasa Enam yang jelas bid'ah hukumnya. Apa yang jelas ialah puasa ini boleh dilaku pada bila-bila masa didalam bulan Syawwal.

 

Sekian, wassalam.

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 

 

No comments: