PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, September 08, 2010

PERUTUSAN AIDIL FITRI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KEPALA BATAS

08 September 2010
PERUTUSAN AIDIL FITRI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KEPALA BATAS
 
Perutusan Aidil Fitri 1431 Hijrah
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
 
Saudara/Saudari yang dirahmati Allah
 
Puasa Ramadan sebulan mengajar kita menjadi orang yang bertaqwa. hanya mereka yang bertaqwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang membawa keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat
 
Ingatlah firman Allah di dalam Al Qur'an surah Taha ayat 124-126- Maksudnya: Sesiapa yang berpaling (tidak mengambil petunjuk dan ajarannya) dari peringatanku maka baginya kehidupan yang sempit (sulit) dan kami himpunkan di hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata " wahai Tuhanku! Mengapa engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?" Allah Berfirman " Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami (keterangan Kami), lalu engkau melupainya (tidak beramal), oleh itu di hari ini engkau dilupakan".
 
Jadikanlah Ramadan yang ditinggalkan memberi pengajaran dan mendidik sehingga mengubah sikap dan akhlak kita dengan lahirnya sikap taqwa.
 
Marilah kita jadikan Hari Raya Aidil Fitri yang kita sambut ini, masa bersyukur dengan nikmat Islam memuji dan memuja Allah SWT. Jadikan hari raya ini untuk kita ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buangkan sikap dendam mendendam kerana sikap dendam mendendam itu membawa kepada perpecahan, kelemahan dan kehancuran.
 
Islam tidak membenarkan kita bergaduh dan bertelingkah melampaui batasan, sehingga bekerat rotan dan berpatah arang, ingatlah Sabda Rasulullah SAW " Janganlah kamu sekelian dengki mendengki, jangan kamu memutuskan silatur-rahim, jangan benci-membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu sekelian sebagai hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintah oleh Allah ke atas kamu."
 
Marilah kita mengambil ruh Ramadan dam Hari Raya ini dengan mengukuhkan perpaduan dalam Jamaah , maka setiap keputusan dan arahan pimpinan hendaklah dipatuhi, walaupun keputusan pimpinan itu dianggap tidak sewajarnya dibuat begitu. Ingatlah keputusan yang dibuat oleh pimpinan mempunyai pandangan tersendiri demi untuk kepentingan dan keharmonian dalam Jamaah.
 
Akhir kata, sempena 1 Syawal 1431 ini saya dan AJK PAS Kawasan Kepala Batas menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan andainya ada kesalahan dan kesilapan melalui tutur kata atau tindakan yang menyinggung perasaan saudara dan saudari sekelian. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kepala Batas serta rakan-rakan Pakatan Rakyat Kepala Batas iaitu PKR dan DAP semoga ikatan kita semakin kukuh.
 
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.
 
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar.Walillahilhamd.
 
Sekian, terima kasih. Wassalam
 

YDP PAS Kawasan Kepala Batas
(Ustz Rosidi Hussa)
 
 

No comments: