PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 14, 2010

Pembunuhan kejam di Morib : soalan bocor

Pembunuhan kejam di Morib : soalan bocor


Posted on Monday, September 13 @ 09:10:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori




Oleh: notan



"Assalamualaikum,,..

PAS mengganggap pembunuhan yang baru terjadi di 1Malaysia sebagai pembunuhan kedua kejam selepas pembunuhan Altantuya @ Aminah bt Abdullah.Pembunuhan ini juga merupakan pembunuhan 1Malaysia di mana yang membunuh adalah orang India dipercayai beragama Hindu yang mahir dengan pembakaran mayat dan yang dibunuh semuanya orang melayu Islam yang sedang berpuasa Ramadhan.Di samping itu,



kelibat VIP yang dikaitkan dengan pembunuhan masih belum diketahui namun soalan sudahpun bocor berkaitan keputusan akhir penyiasatan dan pendakwaan.Rata rata rakyat 1Malaysia meramalkan akan berlaku plot perbicaraan dan keputusan akhir perbicaraan yang sama dengan Altantuya, Norita dan wakil rakyat UMNO di Sabah dulu.Inilah soalan bocor yang sudah diketahui jawapannya oleh rakyat.

Keluhan agar PDRM bersikap telus dan adil dalam penyiasatan dan pendakwaan hanya ditertawakan oleh rakyat.Hasrat untuk melihat kebenaran dan keadilan ditegakkan hanya mimpi bagi kebanyakan rakyat.

Sebaliknya, rakyat cukup yakin dengan kambing hitam yang akan disembelih untuk menyelamatkan VIP yang terlibat.Itulah sifir dan cakap cakap yang boleh didengar di sana sini termasuk di beranda beranda masjid.

Soalan sudah bocor tetapi ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya.Tak siapa tahu apa yang bakal berlaku esok tetapi semuanya tetap di dalam Ilmu ALLAH, jadi sama samalah berdoa agar kezaliman dan kebathilan dihapuskan ALLAH dan kebenaran ditunjukkan.

"



WAJIB BACA!!!

Posted on Monday, September 13 @ 05:10:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori




Oleh: ashrain



"PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !! Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 3. Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu.

Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain? Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.





Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian Sosilawati

Posted on Sunday, September 12 @ 21:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih




BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.



Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 Sept melibatkan lima orang.



Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan manakala seorang lagi suspek ditahan Ahad.



Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.



Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.



Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.



Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.



Pada sidang akhbar itu, Mohd Bakri juga mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis Kuala Lumpur menyiasat kes tersebut kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.



Mengenai keluarga mangsa, beliau berkata mereka telahpun dimaklumkan dan polis menjelaskan kepada mereka bahawa pengesahan lanjut daripada pihak forensik dan Jabatan Kimia diperlukan untuk mengesahkan sepenuhnya tentang kematian kesemua mangsa.



"Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu," katanya.



Mengenai tahap siasatan, beliau berkata pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan namun kesemua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan setelah polis menerima laporan forensik dan kimia.



"Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik sahaja kami menerima kesemua laporan lanjut mengenai perkara ini," jelas beliau.



Mohd Bakri meminta semua pihak agar bersabar kerana pasukan forensik masih di peringkat awal mengumpul bukti di tempat kejadian dan hanya mengesahkan telah menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian.



Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat tulang ditemui di tempat kejadian.



Ditanya bagaimana mereka dibunuh, beliau berkata perkara tersebut masih di peringkat awal dan tidak boleh mengulas lanjut kerana boleh menganggu siasatan.



Dalam sidang media tersebut, Mohd Bakri berkata suspek juga membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam beberapa kejadian serupa.



"Mereka mengaku ada menggunakan modus operandi yang serupa dan kami kini menyiasat sekurang-kurangnya kehilangan empat orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu," jelas beliau.



Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada mereka terlibat dalam kejadian tersebut tanpa bukti forensik yang kukuh.



Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 19 dan 41 tahun, dua daripada mereka adalah wanita dan mereka kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Difahamkan polis telahpun memperoleh kebenaran untuk menahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes itu.



Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat kejadian, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, terdapat pokok kelapa sawit, serta beberapa kandang kambing serta bangsal lembu.



"Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok tersebut," jelas beliau.



Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat 'Datuk' itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram.



"Kita ada mendapat beberapa maklumat bahawa beliau telah memiliki beberapa hartanah secara tidah sah dan kita mahu menyiasat perkara tersebut," tegas beliau.



-- BERNAMA

No comments: