PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 07, 2010

MALAYSIA KENA KEMBALI KEPADA ISLAM, BUKAN INI CARANYA

Thursday, August 12, 2010

MALAYSIA KENA KEMBALI KEPADA ISLAM, BUKAN INI CARANYA

Remaja bijak buat keputusan isu seks

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

 

Aminah Abdul Rahman (empat dari kanan) bersama para tetamu dan selebriti menunjukkan isyarat genggaman tangan sebagai simbol kepada Ya Saya Boleh pada pelancaran kempen Yes I Can di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

 

MENJADI-jadi!!! Itu mungkin satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi kes pembuangan bayi di negara ini sehingga mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata menatap laporan dan gambar menyayat hati kes berkenaan yang saban hari disiarkan media.

Statistik milik Bayer Schering Pharma Malaysia menunjukkan seramai 80 juta wanita seluruh dunia hamil tanpa dirancang atau tanpa disengajakan setiap tahun.

Manakala daripada 28 juta kehamilan di negara-negara industri, hampir separuh adalah tidak dirancang.

Rekod di Malaysia pula menunjukkan sejak 2005, bilangan kes bayi ditinggalkan mencecah 407 kes dan dari Januari hingga April tahun ini saja, seramai 111 remaja wanita di Malaysia mendapatkan bantuan berhubung kehamilan mereka.

Di manakah silapnya sehingga hampir setiap hari, sebuah negara Islam seperti Malaysia yang mana rakyatnya teguh berpegang kepada amalan agama, dipaparkan dengan berita mayat bayi ditemui di tepi jalan, dalam longkang, tong sampah, sungai, masjid dan lorong.

Rasanya, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) cukup prihatin dalam menangani kes pembuangan bayi ini dan giat menjalankan pelbagai usaha serta kempen kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat.

Bertindak secara proaktif, Bayer Schering Pharma Malaysia bermula bulan ini akan menganjurkan kempen Ya Saya Boleh (Yes I Can) bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada kaum wanita terutama golongan remaja untuk bijak membuat keputusan berhubung isu seks dan proses reproduksi mereka.

Duta kempen Yes I Can, pengacara dan selebriti tempatan, Julie Woon berkata, langkah Bayer Schering Pharma Malaysia menganjurkan kempen ini adalah amat baik kerana ia dilihat satu tapak ke hadapan untuk membantu masalah kehamilan yang tidak dijangka.

"Sepanjang kempen selama tiga bulan yang akan berakhir November ini, ia akan mensasarkan golongan belia dari umur 18 tahun di beberapa universiti dan kolej tempatan.

"Antaranya adalah Universiti Monash yang akan dikunjungi pada 10 Ogos, Inti Subang (11 Ogos), Segi Subang (17 Ogos), Taylors Lakeside (1 September), Taylors Hartamas (24 September) dan Kolej Sunway (27 September).

"Sempena kempen itu, satu seminar akan diadakan di setiap lokasi yang menampilkan beberapa pakar berkaitan untuk bersama-sama mengulas, berkongsi pengalaman, memberi pengetahuan, mendidik dan menjawab sebarang persoalan berhubung kehamilan di luar jangkaan," katanya pada acara pengenalan kempen Yes I Can di pusat membeli-belah Sunway Piramid, Bandar Sunway, baru-baru ini.

Kempen itu dianjurkan dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persekutuan Persatuan Kesihatan Pembiakan (FRHAM), Persatuan Obstetrikal dan Ginaekologikal (OGSM) serta Majlis Asia Pasifik untuk Pencegahan dan Kehamilan.

Selain Julie, dua duta lain yang dilantik Bayer Schnering Pharma Malaysia untuk menyokong dan mempromosi kempen itu adalah model terkenal, Deborah Henry dan blogger pelancongan, Nicole Tan.

Melalui kempen ini, peserta turut akan diberi pendidikan dan pengetahuan terperinci mengenai pelbagai kaedah pencegahan termasuk dari segi penggunaan pil, suntikan, implan, tampalan, lingkaran vagina dan kondom.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, kementerian menyambut baik usaha yang dijalankan Bayer Schering Pharma Malaysia kerana langkah itu mampu menggalakkan kesedaran di kalangan penduduk negara ini terutama golongan muda mengenai isu seks.

"Ia sekali gus mampu mengurangkan risiko pembuangan bayi apabila seseorang wanita itu mengambil langkah lebih selamat untuk tidak mengandung jika tidak bersedia.

"Dengan kempen ini, ia memberi peluang kepada peserta mendengar ilmu baru yang mungkin tidak diketahui mereka secara mendalam dan membantu mereka berkongsi persoalan atau keraguan dengan pakar secara terbuka.

"Kementerian sememangnya menggalakkan dan menyokong kempen atau program seumpama ini demi nama baik negara dan kebaikan rakyat," ujarnya.

KP - Ini bukan caranya.. dipendekkan cerita takkan kempen nak tuju kepada org dah kawin, sure untuk anak dara , kalau anak dara sure x kawin lagi, so apa maksud kerajaan ni , mengalakkan zina tapi jangan mengandung... apa citer nie.

No comments: