PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 21, 2010

Mahukah kita jadikan Malaysia tanah yang dipenuhi anak zina?

 

Mahukah kita jadikan Malaysia tanah yang dipenuhi anak zina?
Posted on Tuesday, September 21 @ 01:53:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


Analisis IsuOleh: pasgongpauh

"
Assalamualaikum Sekolah HAMIL dilapurkan sudah dibuka dan mula menerima pelajar yang hamil. Sedih dengan berita ini kerana ianya melibatkan orang Islam yang sepatutnya bebas hamil, bebas zina dan bebas maksiat.

Lebih malang lagi apabila ada segelintir umat Islam yang sanggup menjadi pembela maksiat dengan alasan mengatasi gejala sosial di kalangan remaja, sedangkan kita tahu mereka jugalah yang menjadi penggalak kepada gejala ini.

Tak ubah seperti dajjal yang kononnya datang untuk menjadi penyelamat tetapi sedarkah kita kalau gelaja hamil di luar nikah ini berterusan, akan terlimpahlah di bumi Malaysia dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang anak anak zina dan kemungkinan merekalah yang akan menjadi pemimpin negara seperti sudah berlaku di negara barat.Mahukah kita menjadikan Malaysia negara sebegitu?

Kalau jawabnya tidak, maka sudah sampai masanya UMNO dan BN ditolak keluar dari terus memerintah.Sudah sampai masanya Islam perlu dimartabatkan semula.Sudah sampai masanya umat perlu bangkit bersolat hajat memanjatkan doa agar segala kemungkaran dan kebathilan serta penganjurnya dihapuskan di bumi bertuah ini.Ayuhlah umat, bersatulah di bawah kalimah syahadah untuk menolak semua perkara mungkar dan maksiat yang dilarang ALLAH.Jangan ada sedetik rasa simpati kepada penganjur maksiat dan mungkar sekalipun mereka mendakwa seagama dengan kita kerana tempoh lebih 50 tahun sudah cukup lama untuk memberi peringatan kepada mereka.Kini masa memohon balasan ALLAH kepada semua penganjur maksiat dan kemungkaran.

Katakan tidak kepada ZINA, katakan tidak kepada mungkar, katakan tidak kepada maksiat. Kepada penganjur dan penyokong yang bersubahat dengan mereka, jangan salahkan sesiapa  seandainya musibah dan bala ALLAH tiba mengenai anda sekelian.Anda boleh terus bongkah sombong dalam hidup ini tetapi anda tidak boleh lari dari kematian.ITU PASTI dan kami akan terus mendoakan kesejahteraan kepada zuriat keturunan kami serta akan mendoakan agar kemungkaran dan kemaksiatan serta penganjur  serta penyokongnya dihapuskan ALLAH.

PAS GONG PAUH

 

No comments: