PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, September 30, 2010

Bagaimana Transaksi Wang Haram? Bantuan Wang Haram?

Bagaimana Transaksi Wang Haram? Bantuan Wang Haram?
Posted on Wednesday, September 29 @ 19:19:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper


Oleh
Ustaz Nasrudin Hasan At-Tantawi

Hukum menerima bantuan dari wang yang haram.

Muqaddimah

Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار

Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu, 

Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

 

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram


Pendapat pertama


Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.


Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]


"Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ]  dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan


Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana,  harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu. 


Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

       

I.               Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya

     

II.                Harta haram [Harta riba' yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba'. Perbuatan ini juga adalah haram

     

III.               Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara'.  Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya'.

 

 IV.           Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.


Al-Imam al-Ghazali rhm


Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya
[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.


Sheikh Atiyyah Saqor
[3]


"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).


Imam Ibnu Qayyim
[4]


Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah


Dalil yang membenarkan


فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه 


وسلم: "أطعموها الأساري"

Mafhum hadith


Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].

Rasional hadith


Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.


al-Athar Saidina Hasan ra


وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)، 
فقال: يتصدَّق به.

Mafhum athar


Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.


Rasional athar


Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.


Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak 
boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.


Qiyas


Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan.
Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.


Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.


Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan
[6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah " bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram "[7].


Pendapat kedua


Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]


Dalil bagi pendapat kedua adalah

1.     
 
Firman Allah swt di  dalam Surah al-Baqarah 


Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji "

2.     
  Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ra[9]


ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"


Rasional dalil


Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.


Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]


Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.


Pendapat ketiga


Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-'Iyyadh


Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.

وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!


Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram


Pendapat pertama


Digunakan untuk maslahah
[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm


Pendapat kedua


Digunakan dengan memberi sedekah secara umum
[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi'e


Pendapat ketiga


Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi
[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait


Pendapat keempat


Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah

_______________________________________________________
Pencerahan [ Nota Tambahan ]


Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram

Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba' dan dia mendapat keuntungan melalui riba'. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba' tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba' bukan kerana duit tersebut haram.

Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik


Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.


Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;

1.     
  Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

 

2.       Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

 

3.       Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.

__________________________________________________________________
Mulaahazah [ Perhatian ]


Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt.  Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat .


Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .


Ringkasnya , bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .


Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka ..... 


saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .


Wallahualam bissowab .


Nasrudin bin Hassan At tantawi


________________________________________________________

[1] Laman web Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi (www.qaradawi.net) di dalam : فتاوى و أحكام

إنفاق المال المكتسب من حرام

[2] Ini kerana setiap barang yang diperolehi dari sumber yang haram bukanlah menjadi milik bagi orang yang memperolehinya

[3] Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa (2/65)

[4] Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251

[6] Sheikh 'Athiyyah Saqar ; Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa

[7] Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi ; Bab 1 Halal dan Haram

[8] Kitab لفتاوى الكبرى (4/210-213)

[9] Imam Ahmad di dalam Kitab المسند (1/387)

[10] Kitab إحياء علوم الدين (5/83)

[11] Maslahah umum di sini bermaksud adalah digunakan untuk kegunaan ramai bukan seorang individu

[12] Keadaan yang kedua ini adalah lebih menyeluruh kerana termasuk kepadanya diberikan kepada faqir miskin

[13] Lihat : مجموع فتاوى اللجنة الدائمة (13/354)

[14] Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi

 

 

Warga emas Islam pulangkan 'wang haram'

Sep 30, 10 10:33am

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal."Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di  akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan  negeri."Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan  gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat  macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di Kepala Batas berkata semua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat  memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga.Sementara itu Azhar yang juga ADUN Penaga berkata Umno menganjurkan majlis ini  selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan."Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya  mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari  sumber haram," katanya.Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada ketua menteri Lim Guan Eng.Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ehsan kepada warga emas negeri itu.Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung  baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar, bukan untuk penghargaan warga emas.

   

- Bernama

 

UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula

Dari Blog pro umno

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.

 

Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat. Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu.

 

Isu Wang Judi Umno Terlupa Dia Bapa Judi
Posted on Wednesday, September 29 @ 04:33:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


Kenyataan MediaOleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh  Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

  PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa "bapa judi" ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah Kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana  berhadas besar kalau  Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB Kamalanathan ahli parlimen Hulu Selangor.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

 

Wang judi dipulangkan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
pengarang@utusan.com.my

SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


 

 

KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.''Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.''Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama," katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.''Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian," tegasnya.

'Kami rasa cukup terhina'

KEPALA BATAS 29 Sept. - ''Kami rasa cukup terhina. Kalau tahu, satu sen pun kami tak nak."

Itu antara luahan sekumpulan warga emas dan fakir miskin yang bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan rasa marah dan kesal berikutan pengakuan kerajaan negeri menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan di negeri ini.

Menurut mereka, walaupun kerajaan negeri menegaskan wang perjudian yang diterima sudah diasing-asingkan termasuk bagi bantuan wang ihsan RM100 kepada warga emas, ia tidak mampu menghilangkan rasa keraguan berhubung sumber sebenar wang bantuan itu.

Imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, berkata, dia sangat terkejut berikutan pengakuan kerajaan negeri itu kerana sebelum ini menyangka bantuan tersebut diagihkan atas dasar keikhlasan membantu warga emas sepertinya.

''Selepas mengetahui perkara ini, saya tertanya-tanya sama ada orang tua seperti saya ini terlalu hina untuk diberikan wang bersumberkan judi.

''Kalau pun diasing-asingkan dana perjudian itu, tidak mengapalah kerana saya mahu pulangkan juga kerana hanya dengan cara itu saja saya berasa lega. Tidak mengapalah, saya boleh mendapat duit dengan cara halal," katanya.

Saidin merupakan antara 40 warga emas dan fakir miskin yang memulangkan semula wang bantuan kerajaan negeri pada satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Bagi Rosnani Mohd. Rashid, 54, pula, dia berhasrat memulangkan wang tersebut sebaik sahaja mengetahui bantuan membasmi kemiskinan yang disalurkan kerajaan negeri menggunakan dana daripada kelab berkenaan.

Menurutnya, dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat memulangkan wang berkenaan bersama-sama arwah suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia beberapa hari selepas menerima bantuan berkenaan pada Jun lalu.

''Mak cik yakin, kalau arwah suami masih ada, dia adalah antara yang terawal bersama-sama memulangkan wang ini. Kami rasa cukup terhina, cukuplah sekali ini," katanya dengan nada teresak-esak.

Warga emas, Md. Saad Mat Jaafar, 70, pula berkata, dia berasa amat lega selepas memulangkan duit berkenaan kerana tidak sanggup bersubahat untuk menerima bantuan yang diragui sumbernya.

''Ketika mula-mula mendapat wang ini, saya sangat seronok dan rasa begitu dihargai. Tetapi selepas diberitahu oleh anak saya mengenai perkara ini, saya rasa lebih baik pulangkan wang itu kerana tidak mahu bersubahat," jelasnya.

Bagi Che Embun Mohamad, 60, dia rela untuk hidup susah daripada menerima wang yang tidak diketahui sumbernya lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan perjudian.

''Janganlah anggap orang susah akan terima saja wang bantuan tanpa diketahui asal-usul sumbernya. Kalau halal kita bersyukur tetapi kalau sumber judi, tidak mengapalah kerana saya masih ada anak-anak yang boleh memberi makan untuk hidup," ujarnya sebak.

 

 

 

 

PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang

Oleh Ali Hashim

KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambil alih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam."Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50."Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan."Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, "ujarnya lagi.Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri."Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar."Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, " tegasnya lagi.Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

 

 

di Rabu, September 29, 2010 2 ulasan  

 

Jemputan ke Rumah Terbuka PAS Kawasan Kepala Batas P.Pinang

 

Salam Perjuangan khas buat rakan2 seperjuangan.

 

PAS KAWASAN KEPALA BATAS Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menjemput semua rakan

pimpinan PAS,AMK & Pakatan Rakyat, Media & Bloggers ke Program Rumah

Terbuka Aidilfiti PAS Kawasan Kepala Batas P.Pinang  seperti berikut;

 

TARIKH: Sabtu, 3 Oktober 2010

TEMPAT : Di perkarangan Stadium Mini Bertam,MPSP.Kepala Batas

MASA: 2000pm - 0500pm

 

Pelbagai jamuan raya & acara menarik telah diatur pada malam tersebut,

dan rakan2 dijemput sama memeriahkan rumah terbuka kami.

 

Sekian Terima Kasih,

 

 

 

No comments: