PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, September 26, 2010

Analisa sejarah politik moden 16 September

Analisa sejarah politik moden 16 September
Posted on Saturday, September 25 @ 20:07:40 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


ArtikelOleh Shaharul Shafie

Pada tahun ini, tarikh 16 September mulai melakar sejarahnya kerana menjadi cuti umum seluruh negara yang pertamanya tahun ini bagi meraikan pembentukan Malaysia yang wujud sejak tahun 1963 dengan penggabungan negeri-negeri baru Sarawak, Sabah dan Singapura.

Mungkin sudah hampir seminggu kita menyambut Hari Malaysia, artikel saya kali ini sekadar meninjau semula signifikan akan tarikh itu dengan iklim politik perdana yang akhirnya tarikh ini diiktiraf sebagai hari cuti kebangsaan tahun ini seluruh negara.

Malaysia yang juga dibentuk atas keperluan bekas penjajah British yang tidak mampu mengawal jajahan mereka di sebelah rantau sini dan juga ancaman komunis menyaksikan Singapura telah diminta meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 di atas beberapa sebab. Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj terpaksa menerima hakikat tersebut bagi menjaga ketenteraman kaum dan kontrak sosial ketika itu. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa antara sebab utama pemisahan tersebut adalah bagi menjaga nisbah kaum di dalam negara ketika itu kerana jumlah penduduk kaum Cina ketika itu dikatakan hampir menyamai jumlah penduduk bangsa Melayu.

Bukan hanya bersebabkan nisbah itu sahaja dan propaganda komunis, tetapi keadaan selepas itu telah menyebabkan pihak tertentu di Singapura dan bandar-bandar besar mengambil kesempatan yang cuba mengapi-apikan perkauman dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Walaupun Singapura meninggalkan kita pada tahun 1965, klimak daripada sikap dan perasaan itu yang terbawa-bawa telah akhirnya membawa kepada tragedi 13 Mei 1969 sebaik sahaja pilihanraya umum.

Cuti pada hari Khamis lepas tidak dinafikan sebagai satu contoh kejayaan Pakatan Rakyat (PR) di dalam mendesak kerajaan pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengiktiraf hari tersebut sebagai hari penting dalam negara. Untuk sampai ke saat ia mendapat taraf cuti umum seluruh negara, amat sukar sekali bagi PR untuk laluinya walaupun terpaksa melalui satu insiden politik yang dimulakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja negara memilih kerajaan baru pada bulan Mac 2008. Memang ramai menganggapnya ianya berakhiran sebagai penipuan tetapi bagi saya, ia merupakan peristiwa penting yang berkaitan rapat dengan semangat 16 September ini.

Saya berkira pembaca masih ingat lagi apa yang saya maksudkan di atas. Ketika itu apabila Anwar menghangatkan suasana politik tanah air beberapa bulan selepas PRU tersebut dengan mendakwa akan ada antara 20-30 orang ahli Parlimen BN yang dijangkakan akan menyertai parti-parti komponen PR yang secara tidak langsungnya akan membentuk kerajaan pusat secara majoriti mudah menjelang tarikh keramat 16 September 2008. Walaupun begitu, usaha tersebut tidak menjadi tetapi impak semasa countdown ke tarikh itu sejak sebulan sebelum itu amat memeritkan bukan sahaja bagi pemimpin-pemimpin PR tetapi juga BN. Lebih-lebih BN, yang baru terduduk dengan tsunami politik yang pertama pastinya tidak mahu lagi ombak kedua melanda.

Ketika itu, dilaporkan BN berada dalam keadaan bersiap sedia kerana timbulnya perasaan dalam hati masing-masing ahli Parlimen BN yang tunggu dan lihat seolah-olah dakwaan Anwar itu satu ancaman yang besar. Tetapi di dalam media massa nasional, pemimpin BN terpaksa menunjukkan hipokrit dengan menunjukkan rupa luaran mereka bagi menyakinkan rakyat bahawa dakwaan Anwar itu tidak benar sama sekali. Ahli-ahli Parlimen BN ketika itu ada masanya berada dalam suasana tidak percaya-mempercayai sesama mereka kerana bimbang rakan yang sebentar tadi ahli Parlimen BN yang makan tengah hari dengannya akhirnya mungkin makan pagi di meja yang lain kononnya.

Walaupun akhirnya dakwaan dan usaha Anwar itu terus membuntu selepas 16 September 2008 tetapi kita tidak dapat menolak bahawa gara-gara Anwar berkata demikian dengan disanggupi oleh rakan-rakannya dalam PR yang lain, suasana tegang di kalangan pemimpin BN sebelum tarikh janji Anwar itu turut terbawa-bawa selepas tarikh itu. Pemimpin kanan melakukan yang terbaik bagi mengawal kerosakan imej di media-media nasional.

Sesungguhnya juga tarikh 16 September ini juga yang telah diiktiraf sebagai cuti umum bukan sahaja mengenai mengenang pembentukan Malaysia tetapi juga boleh dikatakan bagi mengenang satu keadaan politik yang tertekan gara-gara dakwaan Anwar tersebut secara sinisnya. Rakyat marhaen tidak akan lupa akan tarikh itu kerana ketika itulah ahli-ahli Parlimen BN berada pada tahap ketegangan yang paling menggerunkan dalam sejarah sejak kali terakhirnya ketika Umno diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988 oleh Hakim Allahyarham Tan Sri Harun Hashim gara-gara konflik dua kumpulan bertelagah di dalam Umno itu sendiri.

Melihat kepada pengisytiharan 16 September sebagai cuti umum juga, kerajaan pusat kini akhirnya akur dengan desakan pemimpin PR. Hasil ini diibaratkan sebagai satu contoh bahawa perlunya pasukan pembangkang yang kuat di dalam Dewan Rakyat dan tidak perlunya parti pemerintah terdesak mendapatkan 2/3 jumlah kerusi di dalamnya. Biar riuh-rendah Dewan Rakyat, asalkan apa-apa usul dibicarakan dan dibincangkan dengan sebaik yang mungkin bagi yang terbaik untuk rakyat akhirnya. Dewan tidak perlu lagi seperti dahulu menjadi cop bagi melaksanakan apa yang diinginkan kerajaan tetapi tidak dimahukan rakyat.

Ingatlah! Jangan lupa akan apa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang acapkali menasihati kepada rakan-rakannya dalam BN dengan berkata ‘Zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah pun berakhir'. Biarlah bertekak dan riuh-rendah dalam dewan sampai tengah malam sekali pun, asalkan jangan sampai ada kerusi yang terbang, cedera dan berbunuh-bunuhan, cukuplah. Kalaupun paip-paip baru yang dipasang atas bumbung Dewan pecah dan mengalir airnya kerana kehangatan perbahasan, biarkanlah, itulah tandanya wakil rakyat kita yang sudah sedari jawatan mereka bukannya kerja tetap tetapi tanggungjawab kepada rakyat.

Kembali kepada kisah-kisah lampau sebelum tarikh ini diisytihar cuti umum, kita masih ingat lagi apabila media-media nasional dan pemimpin-pemimpin kerajaan pusat yang pernah menolak inistiatif kerajaan PR bulat-bulat bagi menjadikan tarikh tersebut cuti umum. Antaranya ialah kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek di dalam Utusan Malaysia pada 3 September 2008 yang menuduh PAS sebagai hipokrit kerana menyokong cuti umum itu sebagai memperbaiki kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang didakwa Shabery menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu supaya dapat dilupakan begitu sahaja.

Untuk makluman pembaca, kenyataan itu dilakukan oleh Shabery sehari selepas Anwar mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum pada negeri masing-masing ketika berucap semasa majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya.

Manakala pada hari yang sama juga, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Noraini Ahmad menyifatkan cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. Bukan itu sahaja, Noraini mendakwa pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja.

Pada 4 September 2008 juga, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong mendakwa Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya. Selain itu, lidah pengarang Utusan Malaysia sehari sebelum itu pula secara sinisnya mendakwa Anwar sangat teruja dengan tarikh itu supaya rakyat mengingati tarikh tersebut kerana kononnya Anwar bakal merampas kuasa pada tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, akhirnya tarikh bersejarah ini telah disepakati untuk dijadikan cuti umum Malaysia yang baru oleh kerajaan pimpinan Najib. Seperti yang saya nyatakan tadi, bagi rakyat Malaysia, tarikh itu bukan sahaja mengenai pembentukan Malaysia tetapi juga mengingati satu harapan baru oleh Anwar yang mendakwa mempunyai cukup ahli Parlimen bagi menakluk Putrajaya yang akhirnya terpaksa dilupakan. Yang baiknya mengenai 'cita-cita' Anwar itu ialah ia memberi satu gambaran bahawa apa sahaja boleh berlaku dan perubahan boleh berlaku dan yang buruk mengenainya ialah akhirnya cita-cita itu berakhir dengan kegagalan bagi menakluk Putrajaya di kalangan pemimpin PR. Bagi kerajaan BN, jika masih berkuasa beberapa tahun akan datang, setiap kali tarikh 16 September tiba, pastinya kegerunan ancaman kehilangan kuasa pasti akan teringat juga. Dan bagi Anwar dan rakan-rakannya, ingatilah tarikh itu sebagai satu pengajaran yang berguna untuk tidak diulangi lagi di masa akan datang.

......
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Anwar: Masa Depan Melayu-Bumiputera Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat
Posted on Saturday, September 25 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Kenyataan MediaOleh Dzulkarnain Taib

Image Hosted by ImageShack.usPORT DICKSON 25 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hanya di bawah pentadbiran pusat Pakatan Rakyat nasib masyarakat Melayu dan Bumiputera terbela dan masa depan mereka terjamin.Mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat, Anwar berkata motif kenyataan tersebut hanya mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional.

"Kenyataan Mahathir tidak langsung menusabah. Ia merupakan satu pandangan jumud yang sudah usang, ia bertujuan khusus untuk menutup kelemahan Umno dan terus menerus memenjarakan pemikiran masyarakat Melayu.

"Kita melihat sebahagian besar kekayaan negara ini tergadai di tangan peniaga Cina dan India yang menjadi sekutu dan kroni Mahathir pada zaman pemerintahan beliau dahulu," kata Anwar ketika menghadiri majlis jamuan rumah terbuka Parlimen Teluk Kemang hari ini. 

Malah kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukanlah menjadi rahsial lagi bahawa amalan serta budaya kronisme bermaharajalela seerta dibiarkan berleluasa di mana hanya segelintir golongan elit Melayu yang rapat dengan pimpinan Umno-BN yang diberikan keutamaan dengan mengkesampingkan masyarakat Melayu majoriti.

"Kita dapat melihat kumpulan peniaga besar yang sentiasa mendapat kontrak kerajaan secara rundingan terus seperti Ananda Krishnan, Vincent Tan dan segelintir Melayu yang menjadi kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar," tegas beliau.

Ini berlainan dengan pendekatan yang diambil Pakatan Rakyat yang menitik beratkan konsep kesamarataan dalam pengagihan sumber kekayaan negara berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan.

Pakatan Rakyat kata Anwar tetap menyanjung dan mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.

"Ini yang dijadikan isu kononnya kita akan memberi kekayaan kepada kaum Cina sahaja, ini merupakan taktik kotor Umno di mana dia akan mencipta satu isu dan menggunakannya untuk menakutkan kaum Melayu. Di sini, Umno menakutkan kaum Melayu mengatakan hak mereka akan terhakis.

"Siapa yang memulakan isu mempertikaikan hak Melayu? Umno! Mereka akan mencipta isu sebegini dan akan mengesahkan bahawa warga Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan mereka," tegas Anwar lagi.

Masa Depan Melayu-Bumiputera Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat

 

 

 

No comments: