PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, September 07, 2010

(akhir) - Mimpi Umno tawan Kelantan

(akhir) - Mimpi Umno tawan Kelantan

9:15 AM Posted by radens albanjari

"..Masa depan politik Ibrahim Ali yang gelap. Jika Umno cukup pandai dan sedar kedudukan mereka di negeri itu yang semakin jauh kehilangan penyokong, meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon mereka adalah satu liabiliti dan kesilapan besar. Umno tidak wajar mengambil risiko semudah itu untuk kalah lagi di negeri itu lebih-lebih lagi untuk kalah lebih teruk lagi.."

 

Kembali kepada isu tuntutan royalti, yang menarik ialah tiadanya Datuk Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu bagi menyokong aspirasi kerajaan negeri itu. Jika Ibrahim cuba melihatkan dirinya sebagai berdiri di atas pagar, beliau mestilah bersama-sama dengan kerajaan negeri dan tidak memilih bulu jika mahu berkhidmat kepada rakyat.

 

Malah, beliau sebagai anak jati negeri itu memilih untuk bersetuju dengan konsep wang ehsan tetapi lebih suka berkokok atas platform Perkasa untuk membela nasib orang Melayu di tempat-tempat lain. Tempat-tempat itu yang membolehkannya melakukan kelakuan penuh hipokrit itu ialah di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) terutamanya untuk orang Melayu di Pulau Pinang yang didakwanya sebagai ditindas oleh kerajaan negeri DAP.

 

Masa hadapan Ibrahim dalam Parlimen adalah malap sekali. Secara terus-terang boleh dikatakan Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas itu atas dasar tindakan ’ehsan’ Nik Aziz sendiri. Oleh kerana dipujuk rayu oleh Ibrahim Ali, Nik Aziz yang lemah lembut hatinya telah menasihatkan PAS Bahagian Pasir Mas untuk memberi laluan kepada Ibrahim Ali walaupun banyak ahli PAS yang menolaknya pada awalnya. Namun begitu, atas dasar persaudaraan dan hormat kepada pemimpin, PAS bahagian telah memberikan laluan untuknya bertanding atas tiket PAS.

 

Agaknya mungkin kerana ’ehsan’ Nik Aziz dan PAS Pasir Maslah yang membuatkan Ibrahim menyokong wang ’ehsan’ itu. Namun begitu, sebaik sahaja memenangi kerusi itu dan mengistiharkan dirinya sebagai ahli Parlimen berstatus ’Bebas’, segala tindak-tanduknya dilihat mirip menyokong penuh Umno dan Barisan Nasional serta bertindak bagaikan anjing yang menggigit jari tuannya apabila sentiasa memperlekehkan kerajaan PAS dan komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat.

 

Sebagai usaha bagi mengembalikan sinar relevan dirinya dalam persada politik Melayu di negara ini, beliau telah menubuhkan Perkasa. Ramai yang percaya, dengan sikapnya yang ’lompat pendirian’ dan berbaur politik penipuan dan tikam belakang itu, Ibrahim Ali bakal tersungkur jika bertanding semula semasa pilihanraya akan datang nanti walaupun bertanding atas tiket Umno.

 

Jika anda ingat dahulu semasa dalam pilihanraya umum Mac 2004,Ibrahim Ali mendapat 6,198 undi untuk kerusi parlimen Pasir Mas berbanding dengan calon PAS Ismail Noh yang memperolehi 17,526 undi dan calon Umno-BN, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pula mendapat 16,275 undi. Ketika itu, jumlah undinya sebagai calon Bebas dilihat oleh pihak Umno dan PAS sebagai pengacau besar. Oleh itu, strategi Ibrahim selepas itu jika dapat mewakili PAS pada PRU 2008, pastinya semua undi PAS dapat membantunya menjadi ahli Parlimen. Saya yakin kali ini PAS tidak akan tertipu lagi dengan strategi sebegini dan saya juga yakin Umno sendiri tidak akan membenarkan Ibrahim Ali mewakili mereka nanti.

 

Saya berpandangan demikian kerana jika Umno cukup pandai dan sedar kedudukan mereka di negeri itu yang semakin jauh kehilangan penyokong, meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon mereka adalah satu liabiliti dan kesilapan besar. Umno tidak wajar mengambil risiko semudah itu untuk kalah lagi di negeri itu lebih-lebih lagi untuk kalah lebih teruk lagi. Penglibatan dan dasar Perkasa yang diperjuangkan oleh Ibrahim Ali itu bakal menggigit tangan Umno dan BN di negeri itu.

 

Senario politik hari ini tidak memberi ruang lagi kepada Ibrahim Ali untuk kembali ke masa lampau beliau suatu ketika dahulu. Mungkin beliau mempunyai kuasa melalui Perkasa tetapi jika Perkasa berubah menjadi parti politik Melayu, mereka yang menyokong Perkasa hari ini pasti akan meninggalkannya. Lagipun, menjadikan Perkasa sebuah lagi parti Melayu tidak menjamin kemenangannya. Saya yakin Ibrahim Ali tetap akan bertanding tetapi mungkin akan dimalukan dengan kekalahannya.

 

Ibrahim Ali tidak cukup dengan mendapat sokongan Datuk Mustapha Mohamad (Tok Pa) dan Dato’ Dr. Awang Adek Hussin untuk talian hayatnya untuk kembali diterima ke dalam Umno. Sokongan Ku Li sendiri kepada Ibrahim selepas penubuhan Perkasa dilihat menurun. Ku Li dilihat tidak sefahaman dengan Ibrahim Ali dalam isu perjuangan Perkasa. Oleh kerana itulah Ibrahim kembali kepada Tun Mahathir untuk menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai penaungnya.

 

Apatah lagi seandainya Ku Li tidak akan bertanding lagi mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang semasa pilihanraya umum akan datang. Bukan sahaja memberi kesan kepada Ibrahim Ali tetapi juga kepada Umno Kelantan. Jika trend sokongan awam kepada usaha kerajaan negeri dalam memperjuangkan wang royalti mereka, pastinya Umno tidak mudah mencari calon mewakilinya untuk mengekalkan dengan mudah kerusi Parlimen Gua Musang itu dan juga kerusi-kerusi DUN di dalamnya.

 

Hakikatnya di Gua Musang, sebab utama mengapa majoriti undi masih menjadi milik Umno adalah kerana prestasi dan kedudukan Ku Li yang istimewa bagi penduduk di kawasan itu. Penduduk Gua Musang memilih calon dan bukannya parti yang diwakilinya. Bagi Umno sendiri, bagaikan ’diluah mati emak, ditelan mati bapa’, tidak tahu bagaimana ingin menangani Ku Li. Jika difikirkan faktor kemenangan selesa sekurang-kurangnya di Gua Musang, sewajarnya dikekalkan Ku Li tetapi jika difikirkan ancaman Ku Li kepada Umno yang dilihat cenderung kepada parti lawan dan lawan taukeh, Umno mungkin terfikir Ku Li sewajarnya digugurkan.

 

Jika dalam PRU yang lepas, Pakatan Rakyat mendahului BN dengan 39 kerusi DUN manakala BN dengan 6 kerusi, BN pastinya dalam pilihanraya akan datang akan menghadapi kesulitan besar dengan trend ketika ini yang masih tidak berubah sejak PRU 2008. Keputusan-keputusan penting oleh pemimpin Umno pusat dan negeri seperti tuntutan royalti petroleum Kelantan, usaha membawa masuk Ibrahim Ali semula ke dalam Umno dan kedudukan Ku Li semasa PRU akan datang adalah penentuan kepada kemenangan mereka bagi merampas negeri itu.

 

Akhir kata, rangkuman minggu ini diakhiri dengan ingatan kepada sahabat-sahabat Muslim yang akan merayakan hari raya Aidilfitri supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke rumah yang tersayang. Moga selamat sampai dan selamat jiwa. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN.

 

[note ::] Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

 


Klik kiri gambar ke juskismis.com, sebelah kanan ke muslimahshop.com.my

Bila Yasmin sudah tiada

Labels: Sosial

Setakat saya tengok tadi, 10,802 orang menyertai kempen "Kami membantah promo iklan Raya Aidilfitri TV3 2010" di laman Facebook. Banyak juga blog yang saya tengok membantah iklan tersebut (video iklan tersebut boleh dilihat di situ).

Dalam berita bertajuk "Iklan Raya: TV3 mohon maaf", Utusan Malaysia melaporkan (paparan muka depannya mengenai berita itu di bawah):

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam Sabtu lalu selepas lima kali disiarkan.

Saya bukan apa, tiba-tiba teringat pula perbualan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika saya menumpang meja dia minum di Restoran Thaqwa, Taman Melewar. Tak ingat la pulak bila. Tetapi kami sama-sama setuju, sejak Allahyarham Yasmin Ahmad tidak ada lagi bersama-sama kita, tidak ada juga iklan-iklan Hari Raya yang memorable dan menyentuh jiwa.

Walaupun banyak pemikiran dan pendirian Yasmin yang tidak sealiran dengan Salahuddin mahupun saya, tetapi kami bersetuju bahawa sentuhan ajaib pengarah yang sangat kreatif itu, seperti yang terbukti dalam begitu banyak iklan-iklan Hari Raya, ternyata mengugah emosi dan rindu kita kepada ayah bonda, keluarga serta kampung halaman. Kalaupun bukan mengenai, ayah bonda, keluarga serta kampung halaman, garapan Yasmin di dalam iklan-iklan tersebut sangat dekat dengan kehidupan yang real.

Mudah-mudahan Allah, yang kepada-Nya kita merayu keampunan dan belas kasihan, mengampuni Yasmin dan kita semua.

(Takziah tidak terhingga kepada keluarga Allahyarham Datuk Yusof Chong yang meninggal dunia semalam. Ah, tiba-tiba teringat pula apa yang dilakukan terhadapnya ketika dia menyampaikan persembahan sempena rumah terbuka Hari Raya Haji Phahrolrazi Zawawi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak...)

Berkaitan:
Iklan kontroversi: Kementerian Penerangan patut dipersalahkan (Harakahdaily 6/9/10)

 

No comments: