PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, May 18, 2010

MELAYU PENANG ZAMAN 2020?? ANGKARA SIAPA??



BN perintah Pulau Pinang, apa Melayu dapat?
Oleh Sofi Wahab

Pulau Pinang diperintah oleh BN lebih dari 50 tahun. Apa yang orang Melayu dapat hasil dari pemerintahan BN dalam masa yang lama itu.

Kini PR baru sahaja perintah Pulau Pinang selama tidak sampai 2 tahun, sibuk juak-juak Umno membuat kacau memfitnah dan melakukan tohmah.

Hari ini sekali lagi juak-juak Umno berdemonstrasi kononnya untuk membela orang Melayu yang ditindas oleh DAP dan PR di Pulau Pinang sekarang.

Namun sedarkan wahai juak-juak Umno apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang 50 tahun BN
memerintah:-

1) Tanah orang Melayu semakin kecil saiznya
2) Orang Melayu ramai yang berhijrah ke Kedah kerana pelbagai masalah
3) Banyak kawasan perkampungan Melayu di sebelah Pulau ghaib ditelan pembangunan antaranya di
Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong dan lain-lain.
4) Yang kaya hanyalah orang Melayu Umno dan kroni-kroni mereka
5) Orang Melayu merempat di Tanahair sendiri.
6) Dan macam-macam lagi

Semua itu bukan angkara DAP dan PR tetapi angkara dan sikap BN yang berlepas tangan walaupun Umno
mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang pada zaman pemerintahan BN dahulu.

Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun
sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan
Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5
juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan
dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor
bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah
kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek
sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak
berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin
tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni
BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR
tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.

DOWNLOAD.. PRINT.. & SEBARKAN…
Dari http://KedahLanie.Blogspot.com

DAH 2 TAHUN .. LENA LAGI.. TAK KIRA TEMPAT.. MACAM MANA PAS NAK KUAT??



`` Betui tu byk beza antara PAS kuat and orang kuat PAS...byk org kuat PAS tapi kuat sembang ja..sembang deraih...tapi kena ada gak org macam ni..saling lengkap melengkapi...saya dok ikut bapak saya dari awai tahun 80-an lagi...zaman tajdid hadhari, fikrah maddiyah etc...dari dulu almarhum Yusof Rawa dok kata benda ni...ust fadzil pun cakap benda yg sama...macam manapun PAS melalui proses evolusi politik...slowly but steadily gaining momentum...``

            Saya mulakan tulisan saya ini dengan mengambil beberapa petikan ucapan rakan-rakan seperjuangan yang kini berada di luar negara, yang berjuang bersama-sama dengan kita di sini.. . Walaupun mereka berada di `oversea` di seberang laut tetapi mereka berjuang bersama-sama dengan kita di sini dalam satu Jamaah, dalam erti kata  ` wa tujahiduna fi sabilillahi bi amwalikum ` … yang berjuang menggunakan harta.

            Harta, yang dimaksudkan oleh saya selain daripada kebiasaan yang difahami oleh kita semua,.. ialah.. buah fikiran . Buah fikiran ini merupakan satu bentuk harta yang mesti digunakan dan di manfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua dalam kita  berjihad fi sabilillah ini. Kita di sini berjuang menggunakan kudrat `ghiang` kita sendiri (anfusikum) ditambah dengan buah fikiran (amwalikum) , dihimpun bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan sefikrah dengan kita lalu terbentuklah satu pasukan yang bergerak secara jamaie dan haraki yang dikenali sebagai PAS.

SIBU : BUKTI JELAS BN SUDAH TIDAK RELEVAN..

KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS yakin kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu boleh dijadikan petunjuk jelas penolakan rakyat terhadap parti pemerintah Umno BN.

Biarpun BN boleh dikatakan turun ke gelanggang serba serbi lengkap dari sudut jentera kerajaannya,

propaganda medianya, wang dan peruntukan yang ditabur, namun kekalahan yang diterima mereka sangat memalukan.

Ianya juga membuktikan bahawa masyarakat Sibu bukan boleh dipermainkan dengan gula-gula pilihan raya oleh Umno BN, malah mereka telah membuat penilaian bijak dengan menolak parti perkauman itu.

Bagi Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman, penolakan rakyat Sibu

itu memberi petanda BN bakal melalui jalan sukar pada pilihan raya umum negeri itu

tidak lama nanti.


Ianya juga manifestasi penolakan terhadap Ketua Menteri Sarawak pada waktu ini,

Tan Sri Taib Mahmud.

"Kejayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi Sibu ini menjadi satu tamparan hebat

kepada BN yang akan menghadapi Pilihanraya umum negeri dalam masa terdekat ini dan penolakan ini

juga menggambarkan pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud telah tidak relevan," katanya.

Selain itu menurut Abdul latif, kemenangan Pakatan Rakyat ini juga membuktikan kerjasama antara parti

dalam Pakatan Rakyat sangat padu sehingga mampu menafikan jentera BN.

Pada piliharaya kecil Sibu semalam, calon DAP Wong Ho Leng mengalahkan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi mengatasi calon BN 18,447 undi, manakala calon bebas, Narawi

Harun hilang wang pertaruhan apabila hanya memperolehi 232 undi sahaja.

Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula, kemenangan di Sibu memberi petanda bahawa Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Menurutnya, jika gelombang perubahan itu melanda Sabah dan Sarawak, bermakna jalan menuju ke Putrajaya bagi Pakatan Rakyat, semakin mudah.

"Kemenangan Wong Ho Leng satu petanda bahawa angin perubahan sudah kencang di Sarawak dan pastinya akan melanda Sabah tidak lama lagi.

"Di semenanjung angin berkenaan sudah tinggi dan mengharap angin di dua negeri itu sahaja untuk kita mendaki Putrajaya, " jelasnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain pula berpandangan, kekalahan

BN di Sibu membuktikan parti pemerintah itu hanya berkelebihan dari sudut jentera dan

wang ringgit, namun gagal mendapat sokongan rakyat.

Maka jelasnya, tidak mustahil untuk BN kalah dan Pakatan Rakyat yang kini sedang

diterima rakyat tampil menggantikan BN.

"Ini juga jelas memperlihatkan kekalahan BN ini adalah sesuatu yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketika.Dalam lain ertikata PR mampu untuk membawa sinar baru dalam era politik baru di negara ini."

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali pula berkata kemenangan PR di Sibu ini menjelaskan segala dakwaan dan tohmahan yang dimainkan oleh BN selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor tidak berkesan.

"Ini juga adalah satu tamparan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib yang sering menuduh dan memperlekkehkan PR dengan tohmahan, dakwaan dan fitnah jahat yang sering dilemparkan bagi mengaburi mata rakyat kononnya BN diterima oleh rakyat negara ini secara total," katanya.

SIBU : SENJATA MAKAN TUAN

Undi Pos : Senjata Makan Tuan Kepada BN

Oleh Suhaizan Kayat

Sejak daripada pilihanraya Kecil Bagan Pinang team undi pos telah dibentuk oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat petugas, ruang-ruang manipulasi yang berlaku didalam undi pos. Maka kami bergerak daripada Bagan Pinang, Hulu Selangor dan terakhir di Sibu Serawak.

Bukan mudah mengendalikan undi pos. Ia terlalu teknikal untuk difahami. Memakan masa dan tenaga yang banyak. Undang-undang undi pos terlalu banyak ruang manipulasi. Maka kami turun di Sibu dengan niat untuk mengurangkan risiko manipulasi yang ada pada undi pos sambil memberi kefahaman kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat khususnya DAP. Di Bagan Pinang Pemuda PAS terlibat, di Hulu Selangor team PKR Kuantan dan di Sibu tiba masanya DAP. Semua bangsa, agama dan komponen PR terlibat dalam team undi pos Sibu termasuk isteri calon Puan Irin.

Keputusan PRK Sibu adalah :

PR 18,845 undi

BN 18,447 undi

Bebas 232 undi

Mejoriti 398

Undi pos pula :

Undi pos yang dikeluarkan 2,827

Undi pos yang dikembalikan 2,637

BN telah memperolehi 2,323

PR telah memperolehi 70 undi

Bebas memperolehi 36 undi

BN telah menguasai 82.17% undi pos. PR hanya memperolehi 2.47%. Jika tampa undi pos(undi awam) PR akan menang 18,775 dan BN memperolehi 16,124 orang. Mejoriti PR tampa undi pos adalah 2,651. Tetapi dengan kewujudan undi pos PR menang tipis 398.

Sepanjang 6 hari bertugas dlm team undi pos kami berjaya :

1. Menolak 208 undi pos kerana sebab-sebab teknikal.

2. Mengekang 190 undi pos dari kalangan petugas SPR

Usaha ini membuahkan hasil penolakkan sebanyak 398.

Kejayaan manis team ini adalah DAP daripada PR berjaya dengan mejoriti yang sama iaitu 398. Ini bermaksud jika team undi pos berkeuzuran di Sibu mungkin keputusannya adalah seri 18,845 dengan mejoriti 0. Saya percaya mejoriti pelik seumpama ini akan berpihak kepada BN.

Saya berpendapat angka 398 buka suatu kebetulan. Ia adalah suatu petunjuk daripada Allah kepada masyarakat Malaysia betapa undi pos perlu diberi perhatian untuk di tolak dalam pilihanraya akan datang dan ditukar dengan sistem yang lebih telus. Selama ini undi poslah yang menyelamatkan BN. Tetapi di Sibu talian hayat ini walaupun mendapat 82.17% undi pos menyokong BN tetapi kekangan team undi pos berjaya mengagalkan usaha mereka. Undi pos sudah menjadi senjata makan tuan kepada BN di Sibu.

Walaubagaimana pun saya tetap bertegas menang atau kalah PR, undi pos tetap mempunyai ruang yang luas untuk dimanipulasi. Undi pos mesti di ubah.

Itulah hadiah buat team undi POS. Tahniah kepada Sdr. Mohzaid, Jesopin, Irin, Hatta, Zaidi, rakan-rakan DAP dan ramai lagi. Tahniah kepada semua. Terima Kasih

Saturday, May 08, 2010

Pelantikan Ezam bakal hancurkan Umno

Pelantikan Ezam bakal hancurkan Umno
Ali Hashim

JERAI, 7 Mei: Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai ahli Dewan Negara bukan sahaja menjadi keraguan dan kesangsian kepada kepimpinan Umno khususnya tetapi juga dianggap sebagai satu laluan ke arah kehancuran bagi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelantikan Ezam itu telah berjaya mempamerkan sikap tidak setia kawan dan menghormati suara rakyat.

"Jika Ketua Pemuda Umno yang menang telah dikesampingkan, manakala yang kalah pula dilantik menganggotai kabinet dan kini Ezam yang dulunya melabelkan Umno dan BN itu sebagai perasuah besar serta penuh dengan penindasan dan kezaliman tiba-tiba dilantik sebagai Senator membuktikan parti itu semakin hampir dengan kehancuran.

"Umno dan BN sudah tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa sehingga Datuk Seri Najib terpaksa membawa seorang yang tidak mempunyai jasa besar kepada partinya serta yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kental dilantik sebagai Senator semata-mata untuk menentang kewibawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Tambahnya lagi, Umno dan BN hanya mengharapkan ahli Parlimen yang lompat parti dan mereka yang tidak mempunyai prinsip untuk berkokok bagi pihak mereka.

"Namun begitu rakyat jangan gusar dan bimbang kerana Ezam yang kita kenali sekarang ini bukannya yang kita kenali dahulu semasa berkokok tentang kejahatan, penyelewengan, korupsi dan ketidakadilan yang diamalkan oleh Umno dan BN.

"Ia juga tidak ubah sebagai seorang upahan untuk melaksanakan misi Najib bagi mematahkan kekuatan dan kekentalan yang ada pada Anwar sebagai seorang tokoh yang ternyata mempunyai karisma dalam perjuangan dan kepimpinan selama ini," ujarnya lagi.

Di PERMATANG PAUH, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, tindakan Najib melantik Ezam itu sebagai satu usaha bagi mempertahankan survival politik beliau bagi menentang kemaraan Anwar yang semakin terserlah.

Katanya, pelantikan itu bukan saja jelas membuktikan bahawa Najib telah memperlekehkan serta menyisihkan pemimpin Umno yang senior, sebaliknya ia juga telah memperlihatkan dengan jelas sikap Presiden Umno yang mahukan ahlinya patuh dan akur dengan apa saja tindakan beliau.

Ini juga, ujarnya membuktikan Najib memberikan tempat kepada pemimpin yang kecewa untuk mempertahankannya dari serangan yang sudah tidak mampu ditangkisnya lagi.

Tambahnya, tindakan itu merupakan salah satu strategi halus bagi mengenepikan sebahagian besar daripada kepimpinan Umno yang pro timbalannya bagi memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dalam jangka masa yang akan datang.

"Namun begitu saya yakin mereka yang berada dalam Umno sendiri sudah dapat membezakan bentuk dan stail kepimpinan presiden mereka apabila dengan mudah menolak tokoh-tokoh Pemuda yang ada sehingga Ezam diberi tempat walaupun perjuangan beliau tidak sehebat mana.

“Kemungkinan juga ia hebat kepada Najib kerana isu rasuah dan korupsi yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh Ezam sudah kelu dan kaku," katanya lagi.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain berkata, pelantikan itu menunjukkan betapa rapuh dan lemahnya kepimpinan Umno sehinggakan tiada seorang pun calon yang layak dilantik sebagai Senator walaupun telah memenangi kerusi dalam parti sendiri.

"Sekiranya tiada bantahan dalam kepimpinan Umno sendiri sudah jelas membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti ‘pak turut' yang sentiasa mengikut apa saja keputusan pemimpin walaupun ia membelakangi kebenaran dan keadilan yang sepatutnya dilaksanakan," katanya.