PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, April 27, 2010

SEBULAN AKU TAK MENULIS.. la ni aku anak tulis apa yang aku ingat...


Salammm... Du`at sekelian..

Lama sungguh aku tak menulis ni... lain macam aje bila nak mula balik ni... hai .. tak dak idea ni.. Artikel terakhir aku sebelum ni... minta semua pembaca sekelian supaya jangan dok lepak ajeee... jangan dok menung aje... buat kerja buat kerja buat kerja ... bagi menang dalam PRU 13 nanti... tup..tup.. tengok2 kalah dalan PRK 094 Hulu Selangor... tak apelah yang penting kita usaha ....

Aku .. dalam tempoh sebulan ni .. banyak benda yang aku nak cerita pada kalian semua .. Aku mula dengan yang terkini sampai tarikh 25hb Mac, tarikh terakhir tulis dalam blog ni...

Hari ni 27hb April 2010... Aku bawa pegawai JKM ke Pulau Cina Guar Kepah.. kerana ada sebuah rumah ..bumbung rumah dia diterbangkan angin kuat tengahari tadi.. Pagi tadi aku bawa seorang pengundi baru daftar .. Pi komtar jumpa MIss Yap .. dok tengah arrange ..jemput Mr CM ke Penaga pada pertengahan bulan Mei ni...

26hb April 2010.. Aku pi Komtar ..hantar surat pada Mr Anuar ..pasal tapak warisan 200 tahun di Permatang Bendahari.. kuliah maghrib di Permatang Rawa, kemudian aku tak dapat hadir usrah di Kg Tok Bedu tp aku sempat hadir di Sg Duri, Sg Bakap.. bagi penerangan mengenai pengundi fokus..

25hb April 2010.. Mesyuarat Agung Kawasan PAS Kepala Batas kali ke 32... berjalan dengan lancar.. ditamatkan lebih kurang pukul 4 ptg dengan limpahan hujan lebat tanda rahmat daripada Allah `Azzawajalla..

24hb April 2010.. Bersama rakan2 TBI melalui Lajnah Kebajikan menziarahi 3 rumah Dhu`afak di kg Permatang Rawa, Penaga, Bakau Tua dan Permatang Saga, Pinang Tunggal dalam satu program yang diberi nama `Jom Jelajah Kampung`.. memberi bantuan berupa sedikit keperluan harian dan wang tunai kepada Pak Hassan, En Idris dan Mak Long.

22hb April 2010.. Mesyuarat Penyelaras DUN di Komtar sampai tengahari...

2020.04.10 ~ Bermesyuarat dengan pengerusi JKKK dan setiausaha kawasan DUN Penaga.. Berikut beberapa keputusan penting :

i) Pusat Khidmat Penyelaras/JKKK Dun Penaga akan diwujudkan di Permatang Bendahari, Penaga.

ii) Pusat ini akan beroperasi pada 01.05.10 dengan seorang pembantu/kerani sepenuh masa.

iii) Peralatan pejabat dan talian telefon akan dimasukkan bermula 24.04.10 Sabtu ini.

iv) Gotong royong membersih pejabat ini telah ditetapkan pada 8 dan 9 Mei ini.

v) Diputuskan juga perasmian Pusat ini oleh YAB Tuan Lim Guan Eng dalam satu program bersama rakyat Penaga pada tarikh yg sesuai, pertengahan Mei ini. Di antara aktiviti pada hari tersebut ialah .. perasmian Pusat Khidmat.. melawat tapak arkeologi Guar Kepah yang berusia 6000 tahun.. melawat tapak warisan sejarah Kuala Muda berusia 200 tahun.. bersantai dengan rakyat di Kuala Muda sambil makan mee udang bersama pimpinan masyarakat.. dan sebelah malamnya YAB akan berceramah perdana bersama dengan Sdr Mohamad Sabu..

1. 19.04.10 ~ Hadir di rumah pasangan ini.. Hassan dan Halijah.. mengambil maklumat lebih detail drpd mereka.. memberi sedikit sumbangan peribadi.. terdapat sebidang tanah sebelah Halijah.. tetapi tiada kewangan yang mencukupi untuk didirikan sebuah rumah.. memohon bantuan drpd YB BN tetapi dikatakan bukan ahli UMNO oleh pembantu2 YB maka sehingga hari ini masih tiada jawapan..

bb18.04.10 ~ Berjumpa dengan Pengerusi JKKK Bakau Tua dan Pasir Gebu di Permatang Keriang.. dapatkan maklumat lengkap mengenai keluarga tersebut.. Telah menziarahi .. tinggal menumpang di atas orang sejak 55 tahun lalu .. 5 anak .. 1 anak OKU.. suami bernama Hassan seorang nelayan dan isteri membantu saraan hidup dengan memproses ikan bilis.. terdapat juga beberapa pokok kelapa yang condong hampir tumbang ke arah rumah pasangan tersebut .. tidak dibenarkan pokok ditebang oleh tuan tanah.. rumah reput dimakan anai-anai.. bila hujan .. rumah bocor.. Rasmi mesyuarat Agung BM.. Bagi ucapan semasa penutup sukan PASTI Kepala Batas.. kemudian ke Bayan Baru, rasmi mesyuarat agung caw2 Bayan Baru..

ha 17.04.10 ~ Berada di Kuala Kubu Baru .. penamaan calon PRK 094 Hulu Selangor.. malam tu dengar ceramah Anwar Ibrahim dengan Md Akhir.. dan malam tu jugak balik ke Penang...

1. 16.04.10 ~ Terima laporan mengatakan seorang warga emas Penaga tinggal menetap di rumah yang hampir reput .. published dalam Harian Metro.. Terus menyiasat melalui JKKK Bakau Tua dan Pasir Gebu.. memberi kuliah di Sri Kembangan, Selangor.

fff 15.04.10 ~ Hadir mengadap Yang Di Pertua Agung .. menerima watikah perlantikan sebagai Ahli MAIPP di istana negara.. memberi kuliah haraki di Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

jj 14.04.10 ~ Bertolak ke KL dengan flight bersama2 dengan ustaz Elias.. Us Salleh tertinggal kapal terbang...

Yang lain aku tak ingat dah ... dua minggu sebelum tu aku rasa aku dok tumpu pada operasi pengundi fikus di DUN2 target... Insya allah .. PAS boleh menang.. tapi tak tegha mana lagi ni....

W Wassalam.. Sori la no .. tak tau nak tulis apa..last sekali.. tulis apa yang aku buat.. just nak muhasabah...


No comments: