PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, March 12, 2010

SABAR ... ISTIQAMAHLAH... BUAT KERJA... SECARA BERJAMAAH...


Salam ..Du`at sekelian...

Aku baru balik daripada kuliah di Taman Sri Janggus, Bukit Mertajam... Lepas Isya.. aku diminta merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan....

Dalam kuliah aku hari ni ..aku bawa satu ayat Al Quran Surah Al An`am : 153.. menceritakan ...perlu dan amat perlu difahami oleh semua kita bahawa kita sebenarnya sedang berada di atas Jalan Dakwah.. Toriquddakwah... Inilah jalan yang lurus yang diminta oleh Allah swt kepada kita semua supaya diikutinya jalan ini ... Dan janganlah kita mengikuti jalan-jalan lain....

Dalam perasmian mesyuarat selepas itu ... aku bawa satu lagi ayat drpd surah Al Fussilat.. yang berkaitan dengan ..perlunya kita istiqamah apabila kita telah memahami bahawa kita semua berada di atas landasan dakwah ini....

Apa yang aku nak kongsi dengan pembaca sekelian kali ini ialah.... dalam suasana hari ini... kita diserang atas bawah kiri kanan luag dalam oleh UMNO dan BN terutamanya oleh juak juak mereka yang bernama `media masa mainstream` ini... kadang-kadang kita sendiri terasa kepanasan dan sekali sekala ada jugak di kalangan ahli PAS yang dok kelupog sorang-sorang.. terpengaruh dan terpedaya dengan pembohongan provokasi perkauman sempit oleh musuh musuh Islam ini....

Jadi.. oleh itu... elok sekiranya kita balik kepada asal semula ... siapakah kita .. Pas ditubuhkan untuk apa... dalam Pas ada apa.. tujuan Pas untuk apa.. apa dasar perjuangan Pas.. untuk kebendaankah... perjuangan berteraskan kepada `asabiyah ke.. perjuangan Pas adalah untuk melayukah....
Jangan lupa semua ini.... agenda kita adalah Islam ... Mardhatillah.. kita berkawan dengan Dap dan Pkr adalah kerana Allah.. dalam ruang lingkup dakwah ilallah... Kita sedang berada di atas Jalan Dakwah... bukan kerana sebab sebab yang tertentu...

Kita perlu istiqamah.... Sabar ... jangan gopoh... jangan gelojoh... buat kerja... secara berjamaah... Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.... TAKBIR.....

Wassalam....

1 comment:

Qorie Afifi said...

PAS harus memberi info yang benar tentang Politik Islam kepada semua kaum.

Umno sebenarnya faham apakah sebab PAS ditubuhkan tetapi paling malang sekiranya orang Pas sendiri tidak faham kenapa PAS ditubuhkan.

Salah satu sebab kenapa PAS ditubuhkan ialah untuk menjadi pembimbing kepada Umno itu sendiri...

Kita tahu ramai orang pintar tidak akan berjaya tanpa dibimbing maka dengan sebab itulah salah satu TUJUAN PAS DITUBUHKAN adalah untuk membimbing Umno itu sendiri....

Katakan hal ini apabila berdepan dgn Umno....katakan bahawa PAS ditubuhkan adalah untuk membimbing Umno.....dan lihatlah aksi mereka.