PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, March 01, 2010

PAS DAN POLITIK PULAU PINANG .. SATU PANDANGAN..


Politik


Pemikiran politik kebendaan.. politik hawa nafsu.. politik berasaskan kepada persepsi dan berita-berita fitnah lagi tidak sahih.. politik yang penuh dengan provokasi.. pembaziran.. pembohongan nyata.. penindasan.. politik kesombongan.. politik perkauman sempit.. politik yang tidak bertitik tolak daripada agama.. politik takut-takut dengan bayang sendiri.. politik emosi.. politik yang tidak mengambil kira ilmu.. maklumat dan hujah konkrit.. politik kepentingan peribadi mahu pun material serta kepentingan duniawi… MASIH RANCAK BERLAKU DAN AKTIF DALAM `MAINSTREAM` PEMIKIRAN DAN TINGKAH LAKU PEMIMPIN SECARA UMUMNYA…


Oleh itu.. dengan mengambil kira perkara-perkara yang di atas .. PAS perlu terus istiqamah dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam membawa agenda Islam dalam kepimpinan Negara dan lebih khususnya di negeri Pulau Pinang ini.. Penang Harmony..


TIADA ISTILAH .. playsafe leader dalam kamus mahu pun diari pemimpin PAS di semua peringkat.. begitu juga ahli-ahli PAS yang memahami konsep kepemimpinan dalam diri masing-masing.. cakap tak serupa bikin.. membangkitkan perkara remeh temeh.. tidak hormat kepada Syura.. diam tidak bersuara walau sepatah pun dalam siri-siri perbincangan dan mesyuarat parti serta agensi kerajaan negeri.. tapi melenting bagaikan `guruh di langit` di kedai-kedai kopi… surat layang.. menolak amanah yang diberi.. dibiarkan begitu sahaja `layang-layang` terputus talinya..


WALAUPUN BEGITU .. mungkin.. kita boleh bersetuju dengan pandangan antara kita bahawa PAS masih terkial-kial mencari rentak dalam beberapa isu dan perkara yang berlaku mahu pun gerak kerja di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat memerintah…


· Kita masih kekurangan dan kekeringan pemimpin yang betul-betul berkaliber yang boleh duduk dan berdiri sama rata dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain dari segi gerak kerja, berhujah, berfikir sebagai pemimpin yang berwawasan dalam suasana umat Islam Pulau Pinang yang masih di pihak minority.


· Kita masih dihantui dengan budaya atau sindrom `pembangkang` dan jauh sekali mempunyai `minda` pemerintah.


· Kita juga berhadapan dengan masalah dalaman parti-parti dalam Pakatan Rakyat samada di peringkat Pusat mahu pun Negeri yang banyak member kesan yang negative kepada persepsi mata rakyat.. (melihat kepada kepentingan parti segala-galanya melebihi kebolehan ,kemampuan dsbnya)


· Ke`tidak biasa`an memerintah.. memegang jawatan penting kerajaan.. berbilik hawa dingin yang betul-betul dingin.. ber`PA`.. bermesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan yang ber`neck tie` dengan hujah-hujah yang berani.. berpuluh-puluh jawatan penting kerajaan negeri disandang.. tidak mengetahui TOR dengan jelas.. menepati masa mesyuarat .. melakukan `research` yang mendalam mengenai satu-satu perkara atau urusan.. tidak serius.. tidak cukup maklumat .. menyebabkan kita dilihat terkapai-kapai mencari rentak..


Ketiadaan dan kekurangan pekerja parti sepenuh masa juga dilihat sebagai `nasi tambah` kepada masalah yang sedia ada..

bersambung......


3 comments:

Qorie Afifi said...

Politik mempunyai makna-makna tertentu bagi setiap individu. Oleh itu tergantung kepada seseorang itu menaksirkan erti politik dalam pemikiran mereka. Kekadang biarpun makna dan erti sebenar telah diperolehi namun erti politik yang sempit masih dipraktikan.

Pulau Pinang tertekan dengan jumlah / perarus melayu yang mampu mengundi. Melayu di Pulau Pinang dikatakan hanya sekitar 38%. Apakah peratus ini benar ?

Jika benar maka ianya menjadi mimpi ngeri bagi Politik di Pulau Pinang....

rosidi hussain said...

45% melayu di pp..

Qorie Afifi said...

Makaceh ...mujuq ada dlm peratus,,,

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.

Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:
• Cina: 635,500 (42.5%)
• Melayu: 612,300 (41.0%)
• India: 148,000 (9%)
• Lain-Lain:

Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Data ana lama punya da...