PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, March 23, 2010

4 kali meeting MAIPP.. 3 repot polis.. 3 hari di Langkawi.. 4 kali masuk gereja.. banyak kali present paper dan ceramah.. Apakah aku sedang beramal ?


Salam...

Sesekali rasa kepenatan .. dilihat .. aktiviti harian aku.. tak dan nak rest langsung .. Adakah aku boleh istiqamah dengan apa yang aku sedang lakukan ini?? Harap2 Allah sentiasa memberi kekuatan kepadaku dalam kerja buatku di atas dunia ini dalam memasarkan Islam melalui `tingkah laku` ini.. Atau apa yang kita faham sebagai Lisanul Hal....

Aku melibatkan kerja buat melalui wadah politik ini adalah kerana aku benci dan teramat benci kepada politik `ghairu solehah` yang wujud sekarang ini di Malaysia.. Ianya adalah penjajahan yang telah berkarat di dalam minda rakyat Malaysia terutamanya .. yang sebangsa dengan aku.. yang dikenali sebagai MELAYU....

Aku tak suka perkataan melayu dijaja dijaja dijaja merata rata tempat di segenap pelusuk bumi Malaysia ini ... Bagi ku ia merugikan setiap detik yang berlalu apabila kita hanya beramal dan berkisar dalam hal ehwal yang berkaitan dengan bangsa ini... Terasa ruginya aku kalau aku berfikiran sebegini ditambah pulak tindakan aku hanya kerana bangsa sahaja...

Oleh kerana itulah aku memberanikan diri ini menjejaki hajat keluargaku yang begitu kuat dengan pegangan agamanya untuk berjuang merealisasikan agama dalam kehidupan di atas dunia ini... Bukan setakat itu.. perjuangan ikhlas ini adalah warisan peninggalan Nabi SAW yang perlu diteruskan dalam apa jua kekangan yang terpaksa aku tempuhi...

Aku nak bawa agama dalam kehidupan ...
Aku nak zahirkan akhlak sebagai wasilah dakwah terbaik..
Aku nak masyarakat serius dengan amalan agama..
Aku nak Agama diletakkan di atas segala-galanya..

Jom sama-sama kita bekerja secara berjamaah..... Wassalam...


No comments: