PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, March 25, 2010

TAK KAN NAK LEPAK AJE.. NAK RELAX AJE.. DOK MENUNG AJE.. BUAT KERJA BUAT KERJA BUAT KERJA BARU BOLEH MENANG .. DALAM PRU 13 NANTI...





Wednesday, March 24, 2010

Hoooooiiii... Tak kan dok nganga lagi kot... dah 2 tahun dah ni.. berapa ramai dah pengundi baru hampa daftar???




IMAN SEMUT vs IMAN MANUSIA


IMAN SEMUT..


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??


Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA
DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".


Wallahu 'alam...

Tuesday, March 23, 2010

4 kali meeting MAIPP.. 3 repot polis.. 3 hari di Langkawi.. 4 kali masuk gereja.. banyak kali present paper dan ceramah.. Apakah aku sedang beramal ?


Salam...

Sesekali rasa kepenatan .. dilihat .. aktiviti harian aku.. tak dan nak rest langsung .. Adakah aku boleh istiqamah dengan apa yang aku sedang lakukan ini?? Harap2 Allah sentiasa memberi kekuatan kepadaku dalam kerja buatku di atas dunia ini dalam memasarkan Islam melalui `tingkah laku` ini.. Atau apa yang kita faham sebagai Lisanul Hal....

Aku melibatkan kerja buat melalui wadah politik ini adalah kerana aku benci dan teramat benci kepada politik `ghairu solehah` yang wujud sekarang ini di Malaysia.. Ianya adalah penjajahan yang telah berkarat di dalam minda rakyat Malaysia terutamanya .. yang sebangsa dengan aku.. yang dikenali sebagai MELAYU....

Aku tak suka perkataan melayu dijaja dijaja dijaja merata rata tempat di segenap pelusuk bumi Malaysia ini ... Bagi ku ia merugikan setiap detik yang berlalu apabila kita hanya beramal dan berkisar dalam hal ehwal yang berkaitan dengan bangsa ini... Terasa ruginya aku kalau aku berfikiran sebegini ditambah pulak tindakan aku hanya kerana bangsa sahaja...

Oleh kerana itulah aku memberanikan diri ini menjejaki hajat keluargaku yang begitu kuat dengan pegangan agamanya untuk berjuang merealisasikan agama dalam kehidupan di atas dunia ini... Bukan setakat itu.. perjuangan ikhlas ini adalah warisan peninggalan Nabi SAW yang perlu diteruskan dalam apa jua kekangan yang terpaksa aku tempuhi...

Aku nak bawa agama dalam kehidupan ...
Aku nak zahirkan akhlak sebagai wasilah dakwah terbaik..
Aku nak masyarakat serius dengan amalan agama..
Aku nak Agama diletakkan di atas segala-galanya..

Jom sama-sama kita bekerja secara berjamaah..... Wassalam...


Sunday, March 14, 2010

PEMIMPIN PAS PERLU MEMPUNYAI WAWASAN YANG JELAS


PEMIMPIN HARUS MENGAWAL SUASANA DAN JANGAN BIARKAN SUASANA MENGAWAL PEMIMPIN.

MENDAPATKAN SESUATU ITU MUDAH TETAPI MEMELIHARANYA YANG PAYAH.

PEMIMPIN HARUS PUNYA FIKIRAN 10 TAHUN YANG AKAN DATANG BUKAN BERFIKIRAN SEPERTI 10 TAHUN YANG LAMPAU.

BERAKIT-RAKIT KE HULU , BERENANG-RENANG KE TEPIAN.SAKIT DAH RASA DAH DARI DULU ...TAPI BAB MENANG TAK JUGA KUNJUNG DATANG HEHEHEHE

TAKBIR!!!

TUJUAN PAS DITUBUHKAN.....


PAS harus memberi info yang benar tentang Politik Islam kepada semua kaum.

Umno sebenarnya faham apakah sebab PAS ditubuhkan tetapi paling malang sekiranya orang Pas sendiri tidak faham kenapa PAS ditubuhkan.

Salah satu sebab kenapa PAS ditubuhkan ialah untuk menjadi pembimbing kepada Umno itu sendiri...

Kita tahu ramai orang pintar tidak akan berjaya tanpa dibimbing maka dengan sebab itulah salah satu TUJUAN PAS DITUBUHKAN adalah untuk membimbing Umno itu sendiri....

Katakan hal ini apabila berdepan dgn Umno....katakan bahawa PAS ditubuhkan adalah untuk membimbing Umno.....dan lihatlah aksi mereka.


Friday, March 12, 2010

SABAR ... ISTIQAMAHLAH... BUAT KERJA... SECARA BERJAMAAH...


Salam ..Du`at sekelian...

Aku baru balik daripada kuliah di Taman Sri Janggus, Bukit Mertajam... Lepas Isya.. aku diminta merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan....

Dalam kuliah aku hari ni ..aku bawa satu ayat Al Quran Surah Al An`am : 153.. menceritakan ...perlu dan amat perlu difahami oleh semua kita bahawa kita sebenarnya sedang berada di atas Jalan Dakwah.. Toriquddakwah... Inilah jalan yang lurus yang diminta oleh Allah swt kepada kita semua supaya diikutinya jalan ini ... Dan janganlah kita mengikuti jalan-jalan lain....

Dalam perasmian mesyuarat selepas itu ... aku bawa satu lagi ayat drpd surah Al Fussilat.. yang berkaitan dengan ..perlunya kita istiqamah apabila kita telah memahami bahawa kita semua berada di atas landasan dakwah ini....

Apa yang aku nak kongsi dengan pembaca sekelian kali ini ialah.... dalam suasana hari ini... kita diserang atas bawah kiri kanan luag dalam oleh UMNO dan BN terutamanya oleh juak juak mereka yang bernama `media masa mainstream` ini... kadang-kadang kita sendiri terasa kepanasan dan sekali sekala ada jugak di kalangan ahli PAS yang dok kelupog sorang-sorang.. terpengaruh dan terpedaya dengan pembohongan provokasi perkauman sempit oleh musuh musuh Islam ini....

Jadi.. oleh itu... elok sekiranya kita balik kepada asal semula ... siapakah kita .. Pas ditubuhkan untuk apa... dalam Pas ada apa.. tujuan Pas untuk apa.. apa dasar perjuangan Pas.. untuk kebendaankah... perjuangan berteraskan kepada `asabiyah ke.. perjuangan Pas adalah untuk melayukah....
Jangan lupa semua ini.... agenda kita adalah Islam ... Mardhatillah.. kita berkawan dengan Dap dan Pkr adalah kerana Allah.. dalam ruang lingkup dakwah ilallah... Kita sedang berada di atas Jalan Dakwah... bukan kerana sebab sebab yang tertentu...

Kita perlu istiqamah.... Sabar ... jangan gopoh... jangan gelojoh... buat kerja... secara berjamaah... Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.... TAKBIR.....

Wassalam....

Thursday, March 11, 2010

Semalam bersama dengan Karpal Singh PAS.. Hari ni aku berjumpa dengan realnya punya Karpal Singh



Salam ... Du`at sekelian....

Dah 3 hari aku mengikuti perbicaraan Bang Mad Sabu di Mahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan... Sakan .. aku tengok.. sdr Hanipa Maidin.. senior aku di UIA dulu... Dia memang hebat.. Bagiku bila dia boleh bertengking dengan sakan dengan DPP... boleh mencabar saksi dan memarahi saksi... perli DPP dengan ungkapan2 yang bersahaja dalam mahkamah... dengan pertanyaan pertanyaan yang begitu memukau para kliennya dan amat menakutkan saksi-saksi di mahkamah... aku rasa dia layak dipanggil KARPAL SINGH PAS.. Aku yang jugak seorang loyar jugak amat mengagumi beliau.. Dia memang hebat... hebat... hebat...

Hari ni pulak ... dok tak dok .. aku dipertemukan dengan KARPAL SINGH real punya ... Aku pun tak tau dia nak mai dalam program penutup sambutan ulang tahun ke 2 Pakatan Rakyat Pulau Pinang... Dulu orang gelar dia harimau Jelutong.. Aku rasa cara dia bagi ucapan bahasa Melayu telo telo olang Putih tu .. Aku rasa dia punya bisa .. masih ada lagi... Dia boleh dan masih mencabar pemuda UMNO dengan perkataan celaka... rentetan peristiwa serangan pemuda UMNO kepadanya di bangunan Parlimen pada tahun lepas....

Aku rasa dua dua loyar ni memang hebat.. Hanipa pun apa kurangnya ... boleh tengking kat polis bila dia soal lain jawab lain...... Hebat.. hebat...



Tuesday, March 09, 2010

ESOK ... SAMBUNG BICARA ..KES MAD SABU DI MAHKAMAH JAWI..


Salam.... Semua pendakwah sekelian...

JANGAN LUPA ESOK .... RAMAI..RAMAI... KITA PI TENGOK ... BAGI SUPPORT ..KAT ABANG MAD KITA... DI MAHKAMAH JAWI ... PUKUL 10 PAGI.. KES SAMBUNG BICARA... KES... BANG MAD DAN 8 YANG LAIN DITUDUH MENGHALANG POLIS JALANKAN TUGAS... RUGI... KALAU TAK PI.. KITA BOLEH TENGOK HANIPA MAIDIN.. KARPAL SINGH PAS BERTUJAI DENGAI POLIS... SIIOOOOKKKKKKKK...

Wassalammmmmmm.....


TAK SANGKA ... DAH BANYAK REPOT POLIS PASAI AKU...


Salam... Du`at sekelian...

Aku baru aje keluar dari balai polis kepala batas... polis dok panggil aku dah lama dah .. seminggu lepas lagi ..tapi aku tak dan nak pi... bukan apa... batuk teruk sangat ... dah dua minggu dah batuk.. kuliah pun ada yang aku kansel...

Aku pi bagi `statement`.. tak tau la pasai apa... yang pelik tu ada juga `mangkaq` mana pun tak tau... dikatakan orang awam yang buat laporan polis pasai ucapan aku dalam satu ceramah... Aku pun tak berapa ingat dah .. kat mana ceramah.. bila tarikh... apa yang aku cakap.. Jadi aku jawab semuanya tak ingat...

Jadi just nak bagi tau kat hampa semua ... bila kena tangkap... disiasat... tanya dulu siasat bawah seksyen mana... chehhh... macam lah kita ni pandai sangat pasai undang-undang.. kalau bawah seksyen 112... hampa tak cakap apa pun tak apa... tak mau jawab pun tak apa.. Jawapan yang paling sesuai... TAK INGAT.. TAK MAU JAWAB.. TAK TAHU..

Tapi yang paling aku tak sangka tadi... aku diberitahu... banyak repot polis yang dibuat ke atas aku... Pelik no ... Aku bukannya famous mana pun .. Orang bukannya kenai pun aku ni sapa ... anak sapa.. dok kat mana... kerja apa...

So biag pi kat depa lah... poolis dengan kerja depa .. kita dengan kerja kita ... Yang paling penting ... UMNO dapat dinyahkan daripada muka bomi Malaysia ni...

Wassalam...

Friday, March 05, 2010

Lu PKR la sendiri...

POLITIK GHAIRU SOLEHAH..

Salam...


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya, yang mahukan si anak berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh… ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami, ayah dan ibu memperhatikan keperluanmu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh membantu kamu memahami apa itu politik.”

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia mendapati adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, dia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, dia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya si anak kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi hari berikutnya, sebelum berangkat ke sekolah, si anak itu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasan itu ayat yang berikut : “Politik adalah satu perkara, di mana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan.”



Thursday, March 04, 2010

PEMIMPIN PERLU MEMIMPIN DAN MEMBENTUK ARUS BUKAN MENGIKUT ARUS

SEMAKIN HARI SEMAKIN PANAS.. POLITIK `TAK MALU` MASIH BERLELUASA ..




Salam ... Du`at sekelian...

Semakin hari semakin panas ... aku jugak rasa lain macam aje .. 2-3 hari ni... suara aku hilang ..serak-serak basah ..kejap ada kejap tak ada.. dah 3 malam aku tangguh kuliah aku.. sebab nak jaga suara..

Tapi malam ni aku kena keluag jugak ..bagi ceramah di kawasan aku .. ceramah Malidurrasul .. di kawasan Penaga.. Lepas tu rasmi mesyuarat agung cawangan Bakau Tua..

Bukan setakat cuaca aje panas... politik Malaysia pun panas jugak disebabkan pelakon2nya masih berminda zaman batu berminda kebendaan berminda duniawi dan tidak tahan daulat dengan provokasi tak matang daripada UMNO dan BN melalui media yang tidak mengenal erti penat menabur fitnah dan adu domba...

PANAS....PANAS.... PANAS.... PANAS... PANAS..

Aku pun kadang2 rasa nak termuntah dengan perangai-perangai pelakon2 yang sering lompat melompat parti ni menyebabkan rakyat malaysia kadang2 naik `give up` dan `frust` dengan situasi `tak malu` seperti ini..

Bagi ku ... perangkap Najib kian mengena.. dan rakyat terus diperbodohkan dengan suasana politik `TAK MALU` ini... bagi Najib .. rakyat bodoh lagi bagus untuknya mengekalkan kuasa ...

Perlu ada seorang Tuan Guru di Pulau Pinang

KELUAR PARTI : TAFSIRAN AKHBAR CINA


WEDNESDAY, MARCH 3, 2010

Keluar parti: Tafsiran akhbar Cina


Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.

Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina.

Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.

"Musuh dalam selimut" musuh



Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".

Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR. Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.

Seandainya ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN?

"Sesungguhnya tiada kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.

Strategi UMNO-BN



Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.

"Untuk mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148 orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana," tulis Lim Sue Goan.

Cheah See Kian, penganalisa politik ketika ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila UMNO memilih Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim Guan Eng bermakna menyerang Anwar. Lim diserang atas tuduhan meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti, tetapi motif politik," katanya.

Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya menimbulkan "riak". Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini.

Cheah See Kian juga menganggap bahawa tindakan UMNO akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan UMNO selepas PRU ke-12, agar UMNO tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, UMNO kini semakin berkuasa!

Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

PKR menjadi sasaran

Walau bagaimanapun, PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Dalam analisa Lum Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik".

Lum Chih Feng menganggap PKR kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak, Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya tidak memihak kepada Anwar.

Monday, March 01, 2010

PAS DAN POLITIK PULAU PINANG .. SATU PANDANGAN..


Politik


Pemikiran politik kebendaan.. politik hawa nafsu.. politik berasaskan kepada persepsi dan berita-berita fitnah lagi tidak sahih.. politik yang penuh dengan provokasi.. pembaziran.. pembohongan nyata.. penindasan.. politik kesombongan.. politik perkauman sempit.. politik yang tidak bertitik tolak daripada agama.. politik takut-takut dengan bayang sendiri.. politik emosi.. politik yang tidak mengambil kira ilmu.. maklumat dan hujah konkrit.. politik kepentingan peribadi mahu pun material serta kepentingan duniawi… MASIH RANCAK BERLAKU DAN AKTIF DALAM `MAINSTREAM` PEMIKIRAN DAN TINGKAH LAKU PEMIMPIN SECARA UMUMNYA…


Oleh itu.. dengan mengambil kira perkara-perkara yang di atas .. PAS perlu terus istiqamah dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam membawa agenda Islam dalam kepimpinan Negara dan lebih khususnya di negeri Pulau Pinang ini.. Penang Harmony..


TIADA ISTILAH .. playsafe leader dalam kamus mahu pun diari pemimpin PAS di semua peringkat.. begitu juga ahli-ahli PAS yang memahami konsep kepemimpinan dalam diri masing-masing.. cakap tak serupa bikin.. membangkitkan perkara remeh temeh.. tidak hormat kepada Syura.. diam tidak bersuara walau sepatah pun dalam siri-siri perbincangan dan mesyuarat parti serta agensi kerajaan negeri.. tapi melenting bagaikan `guruh di langit` di kedai-kedai kopi… surat layang.. menolak amanah yang diberi.. dibiarkan begitu sahaja `layang-layang` terputus talinya..


WALAUPUN BEGITU .. mungkin.. kita boleh bersetuju dengan pandangan antara kita bahawa PAS masih terkial-kial mencari rentak dalam beberapa isu dan perkara yang berlaku mahu pun gerak kerja di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat memerintah…


· Kita masih kekurangan dan kekeringan pemimpin yang betul-betul berkaliber yang boleh duduk dan berdiri sama rata dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain dari segi gerak kerja, berhujah, berfikir sebagai pemimpin yang berwawasan dalam suasana umat Islam Pulau Pinang yang masih di pihak minority.


· Kita masih dihantui dengan budaya atau sindrom `pembangkang` dan jauh sekali mempunyai `minda` pemerintah.


· Kita juga berhadapan dengan masalah dalaman parti-parti dalam Pakatan Rakyat samada di peringkat Pusat mahu pun Negeri yang banyak member kesan yang negative kepada persepsi mata rakyat.. (melihat kepada kepentingan parti segala-galanya melebihi kebolehan ,kemampuan dsbnya)


· Ke`tidak biasa`an memerintah.. memegang jawatan penting kerajaan.. berbilik hawa dingin yang betul-betul dingin.. ber`PA`.. bermesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan yang ber`neck tie` dengan hujah-hujah yang berani.. berpuluh-puluh jawatan penting kerajaan negeri disandang.. tidak mengetahui TOR dengan jelas.. menepati masa mesyuarat .. melakukan `research` yang mendalam mengenai satu-satu perkara atau urusan.. tidak serius.. tidak cukup maklumat .. menyebabkan kita dilihat terkapai-kapai mencari rentak..


Ketiadaan dan kekurangan pekerja parti sepenuh masa juga dilihat sebagai `nasi tambah` kepada masalah yang sedia ada..

bersambung......