PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 17, 2010

Pejabat Adun Permatang Berangan nak kena lelong????


Shabudin diarah kosongkan pusat khidmat ADUN


Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan pusat khidmat ADUN Permatang Berangan, dekat Kepala Batas, Shabudin Yahaya dikosongkan 23 Februari ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat.

Menurutnya, beliau menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan itu, bulan lepas.

Tindakan itu tidak rasional kerana pejabat itu yang terletak bersebelahan Dewan Muhammad Haji Muhd Taib, Tasek Gelugor, adalah pejabat ADUN dan bukannya
Pejabat Umno.

Beliau yang juga bekas yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, premis itu dijadikan pejabat ADUN Permatang Berangan pada 2004 dengan kebenaran Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara dan jawatankuasa dewan terbabit.

Shabudin berkata pejabat dan dewan berkenaan dibina oleh kerajaan BN atas tanah milik kerajaan persekutuan dan disebabkan status tanah itu tidak jelas, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri.

"Keadaan dewan sebelum tahun 2004 sangat teruk dan ditinggalkan usang tanpa kelengkapan seperti bekalan air dan elektrik.

"Sejak kita masuk ke pejabat itu, kita turut membaik pulih keadaan dewan dan membayar bil air dan elektrik dewan yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai aktiviti itu," katanya.

Walaupun akur dengan arahan kerajaan negeri, Shabudin bagaimanapun berharap dewan itu diselenggara dengan baik untuk kepentingan masyarakat setempat.


1 comment:

Qorie Afifi said...

Shabudin berkata pejabat dan dewan berkenaan dibina oleh kerajaan BN atas tanah milik kerajaan persekutuan dan disebabkan status tanah itu tidak jelas, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri.

Merujuk kepada penulisan diatas ingin saya tekankan : apakah maksud STATUS TANAH TIDAK JELAS?

Apakah rang undang-undang tanah di Malaysia terlalu lemah sehingga tidak dapat menjelaskan status tanah yang telah dibina bangunan diatasnya?

Jika status tidak jelas dapat juga membawa maksud hak milik bangunan juga tidak jelas.

Bila nak lelong? Teringin juga nak masuk tender......

Yang baik bagi rakyat adalah ADUN bukannya PEJABAT ADUN hehehe. Ada pejabat tak dak ADUN nak buat apa baik jadi ADUN yg tak dak pejabat tapi sentiasa ada........