PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, February 28, 2010

SOKONG DALAM TAKUT-TAKUT

Salam Du`at sekelian.......

Jika dikumpulkan semua ahli Pas dalam negara ini , nescaya Pas tidak akan dapat mencipta kejayaan. Dalam semua ahli Pas tetap juga terdapat ahli yang tidak aktif atau dinamakan ahli yang pasif maka bertambah payahlah Pas untuk menghasilkan kejayaan. Namun kenapa pada PRU - 12 yang lalu Pas mengegarkan dunia politik tanah air bila muncul sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah 3 buah negeri yang diletakan di bawah pakatan rakyat? 1 buah negeri iaitu Perak telah di tarik balik oleh FINANCE.

Ramai yang menyokong Pas tetapi tidak ramai yang mahu menjadi ahli. Apakah yang membuatkan mereka ini takut atau apakah mereka ini takut kepada PAS atau hanya mahu melihat keupayaan PAS terlebih dulu sebelum mahu memberi komitmen sepenuhnya.

Sebenarnya ramai yang tidak mahu menjadi ahli PAS bukanlah mereka takut dengan PAS tetapi mereka ini takut dengan Umno. Itulah hakikat yang menyokong Pas tetapi tidak mahu menyertai Pas.

Itulah Umno yang kadang-kadang lebih mengalahkan tentera Jepun .........dulu Umno takut dengan tentera Jepun tapi sekarang ni orang Jepun pula takut kat Umno. Inilah satu-satunya kejayaan Melayu di mata Jepun........

Friday, February 19, 2010

Bila bercakap biar berdalil.. jangan ikut emosi .. wahai UMNO Pulau Pinang

Salam...
Puak-puak UMNO berkata, pelbagai peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah mula menunjukkan wajah sebenar Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat dan memperjuangkan hak sama rata tanpa membezakan agama dan bangsa.

Depa kata lagi , tindak tanduk Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melukai hati dan mengguris perasaan orang Islam di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat itu.

Siapa yang terguris teruk ,melukai hati dan mengguris perasaan adalah golongan paksi UMNO/BN.....
Siapa lebih bagus kerajaan Barisan Nasional atau kerajaan Pakatan Rakyat dalam membela nasib Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang....Ngo Paksi Umno/Bn tolong jawab.....

Senaraikan sekolah-sekolah dan berapakah peruntukan 2009..

Saya dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang adalah anggota Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan agama (MMK) dibawah portfolio hal ehwal agama Islam Pulau Pinang... Baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir minggu lalu .. telah diluluskan pembahagian wang sebanyak RM 1.71 Juta kepada sekolah agama rakyat Pulau Pinang..

Maklumat adalah seperti berikut...

Bil. Jenis Sekolah Bilangan (buah) Peruntukan (RM)

1. Sekolah Agama Rakyat 17 1,500,000.00
Peruntukan yang diluluskan telah pun diagihkan kepada Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang.
BIL SEKOLAH PERUNTUKAN (RM)
(i) Maahad Al lhsaniah (Manhal) 55,000.00
(ii) Institut Pengajian Ar-Razi 55,000.00
(iii) SABK Khairiah Islamiah 27,000.00
(iv) SABK Al Masriah 23,000.00
(v) SABK Wah Jah 11,000.00
(vi) SABK Faqiyah Daimiah 13,000.00
(vii) SABK AL Ahmadiah Al Ijtimaiyyah 13,000.00
(viii) SABK Daeratul Maaratul Wataniah I 44,000.00
(ix) SABK Daeratul Maarifil Wataniah II 13,000.00
(x) SABK Al Mashoor Islami 15,000.00
(xi) SABK SRATI 13,000.00
(xii) SABK Al Iman An Nawawi 13,000.00
(xiii) Sek. Men Islam Ad Diniah 180,000.00
(xiv) Madrasah Manabiul Ulum 210,000.00
(xv) Madrasah Al Irsyad Al Asyraf Al Wataniah 210,000.00
(xvi) Sek. Tahfiz Al-Islah (STAIL) 125,000.00
(xvii) Madrasah Al Aminiah 480,000.00

Jadi tak timbul ... Kerajaan Negeri hari ini meminggirkan sekolah agama malah lebih banyak lagi peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun ini berbanding pada zaman BN dahulu...

So .. bercakap biar berdalil... Wassalam...

UMNO kena lelong lagi... rekod Maulidurrasul Pulau Pinang tanpa perarakan

Rekod Maulidur Rasul Tanpa Perarakan
Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.


Rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan di Pulau Pinang.

Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidak mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam satu ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan! Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir.

Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan menganjurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Shameil Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

Tarikh :
25 Feb 2010
Bacaan surah Yaa Sin Masjid Negeri P.Pinang
26 Feb 2010
Majlis Perhimpunan Ummah dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul.
27 Feb 2010
Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang
28 Feb 2010
Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang

Wednesday, February 17, 2010

Pejabat Adun Permatang Berangan nak kena lelong????


Shabudin diarah kosongkan pusat khidmat ADUN


Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan pusat khidmat ADUN Permatang Berangan, dekat Kepala Batas, Shabudin Yahaya dikosongkan 23 Februari ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat.

Menurutnya, beliau menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan itu, bulan lepas.

Tindakan itu tidak rasional kerana pejabat itu yang terletak bersebelahan Dewan Muhammad Haji Muhd Taib, Tasek Gelugor, adalah pejabat ADUN dan bukannya
Pejabat Umno.

Beliau yang juga bekas yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, premis itu dijadikan pejabat ADUN Permatang Berangan pada 2004 dengan kebenaran Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara dan jawatankuasa dewan terbabit.

Shabudin berkata pejabat dan dewan berkenaan dibina oleh kerajaan BN atas tanah milik kerajaan persekutuan dan disebabkan status tanah itu tidak jelas, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri.

"Keadaan dewan sebelum tahun 2004 sangat teruk dan ditinggalkan usang tanpa kelengkapan seperti bekalan air dan elektrik.

"Sejak kita masuk ke pejabat itu, kita turut membaik pulih keadaan dewan dan membayar bil air dan elektrik dewan yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai aktiviti itu," katanya.

Walaupun akur dengan arahan kerajaan negeri, Shabudin bagaimanapun berharap dewan itu diselenggara dengan baik untuk kepentingan masyarakat setempat.


UMNO akan dijual dengan harga sekupang aje... lebih teruk daripada ikan di bawah ni...


Salam .. Du`at sekelian...

Sori banyak-banyak dah seminggu tak up date blog ni... sejak sibuk dengan Penang Harmony carnival sampai la ni ... timbul bermacam-macam isu yang disengajakan timbul oleh UMNO yang tersepit... aku tak dan nak up date blog ni... balik malam-malam .. tak dan nak pikiag .. badan letih.. otak pun letih.. nak pikiag .. nak tulis ... last sekali ..terlena.. ghuyubul ghuyub...

Ok.. La ni Penang jadi tumpuan rakyat Malaysia.. bermula dengan gerai melayu dikatakan diroboh.. isu restoran atas pokok di Tanjung Tokong.. apa namanya ..ye.. Do Re Mi.. Tiga orang sahabat ..pandai menyannyi .. pandai mengorat .. apa lagi mengorat UMNO la... Lepas tu Zahrain hentam secara terbuka .. Guan Eng.. dikatakan chauvanist Cina ... komunis dan banyak lagi yang dia kata kat Guan Eng... Tup...Tup...Tup... keluar PKR...

Lepas tu mai pulak isu perhimpunan haram yang ditaja oleh UMNO di `kok ko` oleh si katak emas.. si Berahim made in Pasir Emas.. si katak emas.. Di celah-celah tu .. mai pulak isu `belaghak` maulidurrasul...

Aku pulak dok sebok bantu PJ YB Us Salleh Man di MAIPP... Masjidlah... Generasi Pewarislah.. buat working paperlah... isu tanah Jelutonglah... macam2 kena pikiag .. oklah tu... enjoy jugak... kadang2 tu tertinggal jugak kerja2 asas parti ni... Tapi sempat jugak .. peghabis pelancaran Jom Usrah di kawasan2.. baru2 ni di kawasan Bagan.. Yang tinggal ..yang tak lancar lagi adalah ... di kawasan Balik Pulau dan Bayan Baru... Yang lain semua dah settle..

Hebat... hebat... Penang... Umno silap besag... depa tak tau .. sebenagnya apa yang berlaku di Penang ni... adalah di bawah perancanganNYA ... Puak2 Umno bukannya tau nak kaitkan dengan Tuhan Pencipta Alam... Yang depa tau pecah pecah perintah perintah... devide and rule... ikut jejak langkah penjajah dulu...

Depa ni teruk betoi... gila talak sungguh .. nak perintah jugak2 Pulau Pinang ni.. kempunan sungguh.. Tak habih2 dengan provokasi perkauman sempit ..pembohongan.. salah guna kuasa.. adu domba melalui berita2 palsu dalam akhbar arus perdana.. sombong .. boleh belagak depan kamera aje.. benda kecik dan remeh temeh diperbesarkan... teknikal .. mikro dikatakan makro.. tak habih habih... perangai macam budak2 tak sekolah... tiap2 hari ..kira ... nak bohongi rakyat..

Sebenarnya... Tiada dalam agenda PR... kepentingan peribadi... kepentingan material.. perut.. temolok... sombong .. yang ada dalam PR adalah .. keikhlasan... kefahaman yang jelas mengenai perjuangan rakyat... bekerja besungguh2.. amanah.. ukhuwwah.. mahabbah.. dan banyak lagi...

Jadi aku rasa ..rakyat akan muak dengan perangai UMNO yang tak berubah-ubah sejak dahulu lagi... dan Umno mungkin tiada berharga langsung pada pandangan rakyat Malaysia dengan perangai dan pemikiran pimpinan mereka yang ketinggalan jauh daripada arus pemikiran kontemporari yang berdaya saing...

Wassalam.. setakat ni dulu...


Tuesday, February 02, 2010

Umno penyebab segala-galanya

Salam Du`at sekelian....

Umno menyebabkan orang melayu menjadi mundur ke belakang berbanding bangsa bangsa lain... Umno penyebab kepada pemikiran orang melayu menjurus kepada berfikir `politik segala-galanya` daripada berfikir mengenai kemajuan ummah yang sebenar.. Umno penyebab kepada .. jauhnya umat Islam kepada kefahaman Islam dan kehidupan beragama ...

Umnolah yang meyebabkan rata-rata remaja-remaja menentang ibu bapa mereka sendiri.. Umno yang menyebabkan Malaysia mundur dan tumpang berteduh dan ehsan daripada Singapura sedangkan Singapura sebelum ini adalah sebahagian daripada Malaysia.. Umnolah penyebab yang uamt melayu berfikir lebih kepada material dan fizikal sahaja melupakan kepada pembangunan spiritual...

Umno yang melahirkan umat melayu yang lemah dari segi `aqidah mereka kepada Allah.. hilang ikatan kepada Allah.... Umnolah yang suka mengapi-apikan semangat perkauman yang meluap-luap sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.. Umnolah penyebab kepada budaya `rasuah` secara terang-terangan berlaku dalam pentadbiran kerajaan sekarang ini... sehingga ada yang mengatakan Umno adalah parti untuk berniaga sahaja bukannya untuk berjuang ..

Umno lah yang menyebabkan pemikiran umat melayu khususnya menjadi tepu layu .. tidak berinovatif tidak kreatif tidak pro aktif.. Umnolah yang menyebabkan umat melayu hanya berfikir mengenai kehidupan dunia sahaja ... kepentingan akhirat hanya kesampingan sahaja..

Umno menyebabkan masjid menjadi lesu dan pengurusan dana masjid di Pulau Pinang dijadikan tempat pembahagian ghanimah dunia... Astaghfirullah Al `Azim.... Umnolah yang menyebabkan PAS dikatakan sebagai pelampau agama... Umnolah punya angkara sehingga hukum hakam Al Quran dipijak pijak atau dipandang sebelah mata sahaja....

Umnolah yang menyebabkan orang-orang agama menjadi penakut `pait` nak bersuara dan bercakap benar.... Umnolah yang cuba melindungi segala kemungkaran dan maksiat mahu pun penyelewengan yang telah mereka lakukan sebelum ini daripada pengetahuan rakyat...

Umno memerintah Malaysia seolah2 mereka hendak mentadbir dunia sehingga hari kiamat lalu mereka mengurus negara sesuka hati mereka .. tidak kira halal haram .. mungkar dan maksiat ..
kezaliman mahu pun penindasan .. pembohongan mahu pun rasuah.. negara mundur mahu pun malu di peringkat antarabangsa..

Yang kecil diperbesarkan oleh Umno ..Yang besar diperkecilkan oleh Umno....

Wassalam...