PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, January 22, 2010

KHUTBAH `POWER RANGERS`

Aku ketika berumur 55 tahun nanti.. Insya Allah..

Salam... Du`at sekelian...

Alhamdulillah... Aku baru je sampai di rumah .. selepas berkhutbah di depan Tuan Yang Teramat Mulia.. gabenor Pulau Pinang di masjid Bumbung Lima.. Fuiiiyooo.. Sebenarnya bukan aku yang sepatutnya menyampaikan khutbah tu.. YB Us Salleh Man tapi oleh kerana YB ada hal mustahak di Komtar.. jadi diri inilah jadi pak sanggupnya.... khatib.. tak dak tauliah pulak tu.. he he he ...

Tak tau nak berkhutbah bab apa .. akhirnya aku ambik isi ucapan khutbahku daripada buku aku `ORANG MASJID KONTEMPORARI`.. Oleh kerana masuk zohor lewat sekarang ni.. aku baca laju lah sikit... macam `machine gun` sharpshooter (blogger din beramboi..diam cukup.. jangan cakap banyak.. bila kita dah jumpa gheja nak jumpa aje.. he he .. ).. laju laju pun aku rasa .. apa yang aku sampaikan dalam khutbah ini sampai kepada sasaran yang sebenarnya.. aku rasa ramai yang faham maksudku itu..

Lepas sahaja selesai solat Jumaat .. jadi imam pulak tu.. dibelakangku.. TUN.. TKM.. Datuk Azhar.. Datuk Lan Saidin.. Tuan DO.. Pegawai2 Jabatan Agama .. Ahli majlis MPSP ..3-4 orang OCPD Kepala Batas.. polis berlambak.. dan ramai lagi tetamu luar... orang yang pertama mai ucap tahniah kat aku adalah ...TUN sendiri.. Tun kata kat aku... tahniah .. khutbah sedap tadi.. ambik mana .. teks tu.. lepas TUN tanya lagi .. mengaji mana.. anak sapa ni eeehhhh... duduk mana.. Aku jawab.. asal BM duduk di Bertam dah 13 tahun.. Lepas tu TKM Yb Mansor mencelah .. TUN .. Us kita ni adalah ahli MAIPP yang menjadi tetamu TUN kelmarin di kediaman TUN .. TUN kata... La tak perasan la .. kelmarin macam lain ..hari ni macam lain... 2-3 kali TUN ulang... (kebetulan hari ni aku pakai jubah dan kepiah putih, kelmarin baju batik dan bersongkok hitam)..

Di celah2 tu ada seorang kakitangan kerajaan mai jumpa aku .. dia kata ..Ustaz ..tahniah ustaz.. khutbah tadi khutbah `power rangers` .. Aku pun heran sebab apa dia kata macam tu .. Aku tak sebut pasai politik ...PAS ke UMNO ke... tak dak pun.. Mungkin bagiku.. isi khutbah aku tu.. mudah difahami... dan sesuai dalam suasana majlis macam tadi tu...

Lepas tu Tuan DO mai jumpa .. dia kata ..tadi teks khutbah ambik mana... Aku kata .. teks tu majlis punya tapi aku olah baru ..ambik daripada buku aku tulis tu... Dia kata bagi kat saya satu... buku tu.. Lepas tu mai pulak Tok Penghulu.. Tuan Zainol.. dia kata bila Tuan DO nak satu copy buku tu... tuan kena bagi satu kat dia ..dia mungkin akan guna sebagai tazkirah atau muqaddimah dalam mesyuarat ...

Tapi sebenagnya .. masa bagi khutbah tadi..aku ketag bukan main.. sebab inilah kali pertama berkhutbah depan gabenor.. `Alakullihal... semua manusia adalah sama sahaja kecuali mereka yang bertaqwa kepada Allah swt...

Wassalam...



9 comments:

Anonymous said...

Tahniahh!!!.Macam ini la kita nak lantik jadi wakil rakyat jika nak jadi calun.Boleh nasihat hak dunia dan hak akhirat.Awat tak kata UMNO tu parti yg boleh membawa syirik kepada ALLAH.Jgn takut pada manusia jika anda ingin menjadi manusia yang bebas!!!!

paslaguna said...

Tahniah kerana dapat berkhutbah depan orang no.1 PP. InsyakAllah lain kali khutbah kat PM 1Malaysia pulak

ustazku said...

Khutbah Kedua doa panjang kat TYT kot.....

penjualubat said...

awat tak sebut sama dlm khutbah projek masa bn perintah..lepas lan saidin, lan saidin..lepas lan saidin, lan saidin..
kalau boleh saya nak salinan khutbah tu, nak masuk blog..

sham said...

laaa tak tau abg di khutbah kat situ... kalau tau boleh pi ... la ni kalau boleh tempek la jadual aktiviti kat blog ni.. tak kisah la aktiviti pas ka, maipp ka, masjid bertam ka.. rasanya ramai gak yang nak tahu dan kalau boleh nak ikut serta...apa pun memang kagum lah kat abg di ni..

Qorie Afifi said...

RIGHT TIME & RIGHT PLACE ! Wonderfull Kutbha - MasyaAllah. Anta ada peluang sebanyak 52 kali dalam setahun....biar teks nya sama tapi MASJID pindah-pindah......tahun ni masuk satu lagi jadual baru - baca kutbah Jumaat ,,,,,,,hehehe.

rosidi hussain said...

thanks a lot to all of you for your support

PAS Cawangan Kubang Semang said...

Ada gak nuh Khutbah Power Rangers .. ntah nanti2 kluaq pulak Khutbah Gaban .. hehehe

mohamadsofee said...

...petanda awal nak jadi MP Kepala Batas, insya Allah.