PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, January 13, 2010

Artis Hina Islam... Sondol Perut Sondol Pipi.. Tak Mau Hingaq Kaa..???

18SX - sondol mulut, sondol perut !

Oleh : albanjari

Sesekali nak kena 'terjah juga beb..!' Mana alfadhil ustaz Haji Aznil yang suatu ketika dahulu begitu 'garang' mengkritik TGNA ? Kerana 'doa pecah perut', maka gegak gempita sebahagian ahli 'agama' artis spt Hj Aznil keluarkan pendapat.

Hah ! Foto kat sebelah yang 'sengaja' wak siarkan di blog wak ni, apa pulak pandangan alfadhil ustaz Hj. Aznil ? Seronok semacam saja 'geng' artis ni menyondol-nyondolkan 'mulut' dan 'perut'. Nak lagi real 'klik' imej tu bagi nampak seluas alam. Imej yang cukup mempengaruhi remaja untuk menjadi ikutan.

Dalam piruk negara kecoh bab isu nama 'Allah', ada remaja 'artis' ni kesah ? Yang penting 'sesah' dulu yang terbuntang depan mata. Ahh...'belasah' dan 'terjah'..nanti kalau 'bunting' aku pun blah..! Cilakak !! Apa nak jadi dengan Islam Malaysia Hadhari. Itu di kolam renang, tempat awam yang tak ramai orang. Yang ramai orang, sampai juta-juta biji mata juga tak kurang 'mangkaq'nya. AJL eh ! Pun ada adegan peluk dan cium, tapi tak ler cium mulut, kalau ada, mau nak kena 'celaka' ler penganjur tu dikutuk oleh geng 'masjid negara' itu hari yang bantah berbantah. TERJAH AJER..BEB !! Dari apa yang dilaporkan oleh blog Pahang Daily,

Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama "Black" (foto), mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategoriVokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini.

Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung.

ISLAM DIHINA DISAKSIKAN BERJUTA UMAT

Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam.

Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.


Adakah ini namanya ajaran Islam Hadhari 1Malaysia agaknya?

Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia. Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum.

Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu. Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah"haram".

Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu.

Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media"mengharamkan" kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!
__
[Susulan daripada itu, kami menantikan NGO Islam seteru UMNO yang mengamuk besar ketika isu "khalimah Allah" baru-baru ini membuat kenyataan atas adengan yang disaksikan ini. Apakah ini tidak dikatakan menghina Islam kerana kedua-dua yang terlibat berbangsa Melayu yang kononnya beragama Islam.

Jika benar NGO terbabit ikhlas untuk mempertahankan Islam dan tidak mahu agama kita dihina, maka mereka haruslah bertindak serta mendesak Kementerian Penerangan untuk mengambil tindakan displin terhadap kedua-dua artis berkenaan. Tingkah laku mereka mengejutkan kaum lain yang beragama Hindu, Budhha, Kristian dan sebagainya. Bukankah ini mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. Mana pergi tokoh agama UMNO dalam isu ini]. sumber: Pahangdaily

No comments: