PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, January 18, 2010

Anak Luar Nikah...MasyaAllah !



Stastik Pejabat Pendaftaran Negara sejak tahun 1999 - 2003 sahaja, sejumlah 70,430 anak tanpa bapa yang sah ataupun anak luar nikah didaftarkan di Malaysia. Yang lebih menyedihkan ialah 44% daripadanya adalah anak-anak orang Islam.

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Bermakna hampir 50 kanak-kanak tidak berdosa ini setiap hari didaftarkan secara sah melalui pejabat pendaftaran. Tidak termaksuk kes-kes pembuangan bayi yang dikesan pihak berkuasa selama ini. Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia, sebanyak 580 kes pembuangan bayi dicatatkan antara tahun 2000 hingga 2006. Malah angka - angka ini mungkin meningkat jika dicampur dengan kes-kes pembuangan janin.

Walaupun statistik-stastik ini mungkin akan cuma menjadi satu lagi angka-angka bagi pihak berkuasa, ibubapa haruslah lebih berwaspada dengan tingkah laku anak-anak remaja mereka sekarang ini. Bagi pihak kerajaan statistik ini mungkin tidak begitu penting jika dibandingkan dengan agenda politik mereka. Dan disebabkan itulah juga tiada usaha-usaha yang benar-benar serius dari pihak kerajaan Umno/BN untuk menangani permasaalahan yang kian meruncing ini.

Umno/BN seharusnya memikirkan pendekatan yang lebih Islamik untuk menangani gejala sosial ini. Aktiviti-aktiviti sosial hendaklah dikawal ketat dan rancangan-rancangan hiburan yang menjurus kearah maksiat hendaklah diberhentikan serta merta. Lesen-lesen pusat hiburan tidak harus dikeluarkan lagi kerana keujudan kelab-kelab malam inilah yang membentuk keperibadian anak-anak remaja Islam selama ini. Dan keujudan kelab-kelab ini jugalah yang telah merosakkan akhlaq ramaja Islam kita selama ini.



Tambahannya, Umno/BN melalui Kementerian Penerangan seharusnya mampu untuk bertindak mendidik anak-anak remaja kita melalui program-program yang lebih menjurus kepada keperibadian muslim dan bukannya mengagung-agungkan artis-artis yang semakin hari semakin menyimpang jauh dari Islam dari segi akhlaq dan cara hidup mereka. Ataupun menganjurkan program -program yang liar yang mengizinkan pergaulan bebas lelaki perempuan.

2 comments:

Qorie Afifi said...

Gejala anak luar nikah atau lebih sedap dikatakan GEJALA KELAHIRAN DINI yang membawa erti yang hampir sama iaitu kelahiran awal sebelum nikah adalah merupakan satu hal dan fenomena yang berlaku dan melanda negar ini khasnya Malaysia adalah satu perkara yang perlu di kajian semula.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah :

1. Ketidak fahaman kepada Islam dan tidak mengambil Islam sebagai addeen.

2. Kos nikah-kahwin terlalu tinggi dan memaksa.

3. Kos sara hidup sebagai suami-isteri yang tinggi dan menekan seperti sewa rumah , pekerjaan yang tidak tetap ( penganggur )dan sebagainya.

4. Birokrasi perkahwinan dan izin kahwin serta halangan keluarga.

5. Tekanan dari keluarga menyebabkan remaja mencari tempat mengadu yang lebih akurat iaitu teman sebaya.

6. Tiada tekanan hukum kepada ibu / bapa anak yang dilahirkan dan keluarga bagi memastikan perkara ini di kawal. 1 enekmen harus di bentuk seperti

contoh:

kepada mana-mana individu wanita secara sedar yang di dapati melahirkan anak luar nikah boleh di sabitkan kesalahan di dalam enekmen keluarga Islam iaitu di denda tidak kurang dari rm2000 hingga tidak melebihi rm10000 atau di penjara selama tidak lebih dari 24 bln atau sebatan tidak lebih dari 6 sebatan atau ketiga-tiga atau dua hukuman dari tiga hukuman yang dinyatakan.

contoh :

dan kepada mana-mana individu lelaki yang di dapati secara sedar membenihkan mana-mana wanita tanpa kerelaan atau dengan rela wanita itu boleh di sabitkan kesalahan di bawah enekmen keluarga Islam dengan denda :

DIHEMPAP KEPALANYA DENGAN PILING JAMBATAN KEDUA SEBANYAK 3 KALI.

Hat ni pasai majistret geram .....

Apa-apa pun satu pembentangan kerta kerja harus di buat dengan teliti bagi mengawal gejala ini dari merebak.

PAS Cawangan Kubang Semang said...

Salam ya utz ... sekadar idea .. http://i245.photobucket.com/albums/gg49/gekk02/Picture061.jpg