PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, January 30, 2010

SASARAN SETERUSNYA : KERAJAAN PULAU PINANG

Salam Du`at sekelian...

Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.. Apa jua isu diketengahkan oleh UMNO .. dapat dipatahkan oleh Pakatan Rakyat.. Mereka dalam keadaan gelabah `biawak`..Sekarang ini mereka cuba mensasarkan kerajaan Pulau Pinang di kala kerajaan Pulau Pinang sedang bergerak dengan begitu meyakinkan dalam perancangan untuk meneruskan pemerintahan berdasarkan CAT..

Apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang :

  1. Peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dalam tahun 2008 adalah sebanyak RM12.5 juta.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri peruntukkan tersebut dalam tahun 2009 telah dinaikkan sebanyak RM20.5 juta.

Untuk tahun 2010 peruntukkan tersebut dinaikkan lagi sebanyak RM24.3 juta dan sudah melebihi hampir sekali ganda.

  1. Mewujudkan majlis Syura sebagai Think Tank kepada hal ehwal pengurusan agama Islam di Pulau Pinang.. Secara tak langsungnya menunjukkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang meraikan semua golongan dari semua lapisan masyarakat Islam Pulau Pinang supaya bersama-sama memberi idea dan pandangan dalam memaju umat Islam Pulau Pinang..
  2. Meneruskan perancangan program 1 keluarga 1 hafiz .. yang telah memasuki tahun kedua tahun ini ... Sumbangan diberikan kepada setiap hafiz di antara RM 300 - RM 500 seorang .. dan juga kepada keluarga yang banyak melahirkan huffaz...
  3. Setiap masjid diberikan sebanyak RM 1000.00 dalam bulan Ramadhan... masjid daerah RM 3000.00.. Masjid Negeri RM 5000.00.... Sebanyak RM 132,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan rohani ini...
  4. Peruntukan 1.5 juta untuk pembangunan SAR di Pulau Pinang
  5. Mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Pulau Pinang yang bertindak sebagai satu forum pengumpulan maklumat mengenai perkembangan pendidikan di Pulau Pinang.. di mana PASTI yang merupaka pendidikan pra sekolah tajaan PAS telah diserap masuk di bawah jawatankuasa ini.
  6. Telah berjaya mewujudkan Halal Hub International yang pertama di malaysia .. walaupun umat Islam di negeri ini adalah minoriti...
Ini merupakan sebilangan kecil program yang telah sedang dan akan diteruskan di Pulau Pinang di bawah PR... yang saya tulis ini adalah berkaitan dengan perkembangan Islam sahaja... Kerja buat kita banyak terbantut mungkin selama 2 tahun sebelum ini apabila MAIPP masih dikuasai oleh UMNO... Insya Allah perkembangan Islam lebih rancak selepas ini apabila terdapat wakil-wakil daripada PR berada dalam MAIPP...

Jadi UMNO cemburu...mereka iri hati...mereka sakit hati melihat terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di Pulau Pinang... tak larat saya nak sebut di sini... Lalu mereka mensasarkan Pulau Pinang sebagai target baru mereka untuk menyembunyikan permasalahan yang begitu teruk yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN..

Maka dalam sehari dua ni ..mereka timbulkan mengenai Zaharin bekas Pengerusi PKR PP dan beberapa lagi pimpinan lain yang dikatakan akan lompat parti kerana berbeza pandangan Mr CM.. akan lompat masuk Parti Cinta Malaysia... Lepas tu timbul pulak wakil DAPSY kata... nak lompat lompatlah... Diletakkan pada muka hadapan beberapa paper utama ....

Dalam hati saya terdetik... hampa ni tak dak kerja lain dah ka.... UMNO dan BN ni... Mereka highlight berita ni melalui media mereka dengan meluas sekali dengan harapan rakyat akan terpengaruh llu mempercayai bahawa PR PP berada dalam masalah besar dan pada masa yang sama kesemua program kerajaan negeri tidak diketahui oleh rakyat Pulau Pinang....

Sudahlah UMNO... macam budak-budaklah hampa semua.. Sekarang ni kita berada dalam suasana era politik baru... yang rakyat mempunyai kecerdikan luar biasa anugerah Ilahi untuk menilai prestasi terbaik PR ....

WAMAKARU WAMAKARALLAH.. WALLAHU KHAIRUN MAKIRIN...





Di mana UMNO kuat Di situ Melayu merempat


Salam... Sahabat-sahabat yang di hormati..

Selama 5o tahun Umno diberi kepercayaan memerintah negara.. namun kehiduoan rakyat seolah-olah masih berada di zaman sebelum merdeka... Di Pulau Pinang sendiri, kalau dilihat kawasan yang UMNo masih mempunyai kuasa `hujung-hujung tanduk`.. iaitu di kawasan mereka menang seperti Penaga.. Sungai Dua.. Permatang Berangan yang berada dalam perlimen Kepala batas dan Tasek Gelugor.. yang kedua2nya dimenangi oleh orang kuat UMNo Pak Lah dan Menteri Kewangan 2 sekarang ini....

Penaga adalah antara kawasan yang termiskin di Pulau Pinang yang 85% adalah penduduk melayu.. wakil rakyatnya selama 5 penggal adalah YB Azhar yang kini adalah ketua pembangkang dalam DUN PP.. yang baru-baru ni menunjukkan aksi tunjuk punggung dalam dewan... tak senonoh betul YB macam ni...

5 penggal jadi adun .. zahir menunjukkan bahawa UMNO kuat tapi realitinya... Penaga masih miskin... miskin tegar yang paling ramai di Pulau Pinang .. mengikut rekod kerajaan negeri adalah dari Penaga...

Betullah kata pepatah politik.. di mana UMNo kuat .. di situlah melayu merempat...

Wassalam...


KEPALA BABI PERBUATAN MELAYU?



Satu demi satu provokasi dibuat bagi mengeruhkan suasana hubungan kaum dan agama. Setelah beberapa gereja dibakar, Surau turut di bakar, kini kepala babi pula di jadikan senjata.

Mungkin masih menjadi persoalan siapakah yang melakukannya. Perbalahan yang berlaku ialah antara kristian dan Islam lantaran isu penggunaan nama Allah. Umum mengetahui bahawa kristian penganut kristian juga bukanlah peminat babi. imej babi tidak mesra kristian malah ada mazhab kristian mengharamkan babi walaupun mereka tidak menganggapnya sebagai najis.

Ada teori menyatakan bahawa kepala babi itu angkara melayu.... apa dalilnya??? mudah.... kepala babi itu dibungkus dengan plastik ... tentunya kerana takut najis mughallazah...... entahlah satu teori yang boleh dikongsi untuk difikirkan...

Thursday, January 28, 2010

Aku masuk gereja lagi malam ni...


Salam ... Du`at sekelian....

Aku masuk gereja lagi malam ni bukannya aku bermaksud aku tak masuk masjid... Masjid .. kita kena pi selalu.. Jangan tak pi pulak.. Subuh berjemaah adalah rutin kehidupan kita.. Masjid sentiasa ada dalam sanubari hati kita.. Kita tak boleh tinggal masjid ni.. Kalau boleh kita nak mati ketika mengerjakan solat dalam masjid.. Inilah kita.. pejuang2 Islam.. yang cuba untuk membawa Islam dalam kehidupan harian kita...

Aku masuk masjid adalah kerana Allah .. kerana nak mencari perhatian Allah .. bukan kerana apa-apa tapi hanya senya ikhlas mencari keredhaan Allah... Tidak ada dalam diari kamus hidupku .. nak berlagak.. nak pancing undi.. bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ..tidak...tidak sama sekali...

Saidina Omar masuk gereja bertujuan untuk menyampaikan dakwah.. Begitu juga aku masuk masjid atau gereja melalui wadah aku .. PAS ... adalah kerana untuk berdakwah.. apatah lagi PAS adalah organisasi dakwah.. Jadi tidak timbul orang PAS atau orang Islam cuba nak bakar gereja ..Ini bukan perangai orang Islam atau orang PAS.. Ini semua gara-gara mereka2 yang yang amat terdesak mencari sokongan orang Islam...

Malam ni .. saya bersama pimpinan PAS Pulau Pinang yang diketuai oleh TPJ Al Fadhil YB Us Mujahid Yusuf Rawa akan berada di sebuah gereja di kawasan Chai Ferry, Butterworth untuk berdialog dengan penganut kristian.. Perjumpaan yang mungkin secara tertutup... NO MEDIA COVERAGE... NO PHOTOGRAPHERS...

Aku harap bila aku masuk gereja malam ni... iman aku bertambah mantap kepada Allah... Aku bertambah yakin dengan perjuangan Islam ini.. Umat Islam akan berubah daripada satu tahap yang rendah mengenai perjuangan Islam ini kepada begitu prihatin dan `concern` mengenai perjuangan ini... Islam For All.. PAS for ALL.. Masjid for All.. Al Quran For All... Islam hak semua orang .. Islam bukan hanya hak eksklusif umat melayu sahaja... Takbir...

Wassalam....


Satira: Undi anak muda




13 Safar 1431H

Al-Bakistani

“Bum…..” bunyi tepukan meja menggamatkan keadaan meeting parti perkauman Negara Zimbabwe.

“oi… hampa tidoq lagi?” Dato’ Nazak, Presiden parti mula mengamuk.

Semua ahli meeting diam tidak terkata. Yang paling santai, ketua wanita sahaja. Mulutnya seperti bersiul, dan kelihatan sedang mengikis kuku.

”hampa tau tak... aku dah blur tahap gaban dah ni.. keadaan parti kita makin teruk dah ni..” bising Dato’ nazak.

”hampa tau tak? Isu nama tuhan kita dah lingkup. Isu bakar kuil, parti lawan dah tahu budak-budak kita buat” sambung Dato’ nazak lagi.

Tiba-tiba, timbalan Dato’ Nazak berdiri. Semua ahli meeting melihat ke arah Dato’ Sembab.

“kita kena fikir secara serius. PRU tak lama lagi nak berkunjung tiba. Saya dok nampak, macam kita nak terlungkup dah ni.. kalau kita terlungkup, habis kita.. silap haribulan, ramai di kalangan kita masuk penjara.. sapa nak tutup kita punya kes-kes rasuah dan penyelewengan?” ujar Dato’ Sembab dengan nada agak sedih.

Kelihatan Dato’ Nazak terangguk-angguk dengan apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sembab itu.

“macam ni la Dato’” Ketua Pemuda parti Perkauman bersuara. Semua ahli meeting, berpaling ke arahnya pula.

”Saya berpendapat, dalam PRU akan datang, undi anak-anak muda akan mendominasi keadaan. Undi mereka penentu imej politik kita dalam PRU akan datang” sambung ketua pemuda itu lagi.

”dah tu.. takkan kita biar jer?” soal Dato’ Sembab.

”macam ni la Dato’. Apa kata kalau kita perguna budak-budak Univerisiti” Ketua Pemuda itu memberi cadangan.

Semua ahli meeting kelihatan berfikir sejenak, apabila mendengar kalimah Universiti.

“teruskan.. ia agak menarik” kata Dato’ Nazak.

“Universiti tempat anak-anak muda. Mereka penentu kepada keadaan politik negara. Jadinya, kita kena tengok undi mereka dalam Pilihanraya Kampus kali ini” Ketua Pemuda memberi penjelasan panjang.

“kalau pembangkang menang ke, kalah ke dalam Universiti. Apa yang untung dan rugi yang kita dapat?” Soal Ketua Wanita yang masih lagi mengikis kukunya.

”apa la Dato’ ni.. kita kena tengok mood dalam Pilihanraya kampus ini.. kalau Pembangkang menang pun, kita tetap untung juga..” balas Ketua pemuda.

”nak dapat untung macam mana?” Dato’ Nazak berkerut dahi bertanya.


”macam ni dato’, saya dah arahkan agar di semua kampus melaksanakan undi dengan cara elektronik.. E-Undi... bila kita laksanakan ini, mesti setiap undi, kita akan tahu budak-budak universiti dari daerah mana, negeri mana, umur berapa dan macam-macam kita boleh tahu.. bila kita dapat tahu, mesti kita akan dapat chek, mereka akan mengundi di daerah mana, dan apakah mereka mengundi pembangkang atau kita dalam PRU akan datang” Ketua Pemuda memberi penjelasan yang begitu panjang lebar.

Kelihatan mulut Dato’ Sembab agak muncung. Mungkin sedang berfikir.

“ok juga idea tu.. tapi, perlaksanaan E-undi ni, tak datang impak yang buruk ker?” Ketua Wanita bertanya.

“memang ada bantahan dari budak-budak tu.. kita buat pekak jer” sampuk Menteri Pendidikan tinggi negara Zimbabwe.

Kelihatan Dato’ Nazak berpuas hati dengan penerangan Ketua Pemuda Parti Perkauman Negara itu. kepalanya terangguk-angguk, seperti setuju dengan penjelasan tersebut.

”Ok.. kalau macam tu, on je la” arah Dato’ Nazak.

« baik dato’ » balas Ketua Pemuda sambil tersenyum.

Sekian. Wallahu ‘Alam.

Harakahdaily.net/-


Friday, January 22, 2010

KHUTBAH `POWER RANGERS`

Aku ketika berumur 55 tahun nanti.. Insya Allah..

Salam... Du`at sekelian...

Alhamdulillah... Aku baru je sampai di rumah .. selepas berkhutbah di depan Tuan Yang Teramat Mulia.. gabenor Pulau Pinang di masjid Bumbung Lima.. Fuiiiyooo.. Sebenarnya bukan aku yang sepatutnya menyampaikan khutbah tu.. YB Us Salleh Man tapi oleh kerana YB ada hal mustahak di Komtar.. jadi diri inilah jadi pak sanggupnya.... khatib.. tak dak tauliah pulak tu.. he he he ...

Tak tau nak berkhutbah bab apa .. akhirnya aku ambik isi ucapan khutbahku daripada buku aku `ORANG MASJID KONTEMPORARI`.. Oleh kerana masuk zohor lewat sekarang ni.. aku baca laju lah sikit... macam `machine gun` sharpshooter (blogger din beramboi..diam cukup.. jangan cakap banyak.. bila kita dah jumpa gheja nak jumpa aje.. he he .. ).. laju laju pun aku rasa .. apa yang aku sampaikan dalam khutbah ini sampai kepada sasaran yang sebenarnya.. aku rasa ramai yang faham maksudku itu..

Lepas sahaja selesai solat Jumaat .. jadi imam pulak tu.. dibelakangku.. TUN.. TKM.. Datuk Azhar.. Datuk Lan Saidin.. Tuan DO.. Pegawai2 Jabatan Agama .. Ahli majlis MPSP ..3-4 orang OCPD Kepala Batas.. polis berlambak.. dan ramai lagi tetamu luar... orang yang pertama mai ucap tahniah kat aku adalah ...TUN sendiri.. Tun kata kat aku... tahniah .. khutbah sedap tadi.. ambik mana .. teks tu.. lepas TUN tanya lagi .. mengaji mana.. anak sapa ni eeehhhh... duduk mana.. Aku jawab.. asal BM duduk di Bertam dah 13 tahun.. Lepas tu TKM Yb Mansor mencelah .. TUN .. Us kita ni adalah ahli MAIPP yang menjadi tetamu TUN kelmarin di kediaman TUN .. TUN kata... La tak perasan la .. kelmarin macam lain ..hari ni macam lain... 2-3 kali TUN ulang... (kebetulan hari ni aku pakai jubah dan kepiah putih, kelmarin baju batik dan bersongkok hitam)..

Di celah2 tu ada seorang kakitangan kerajaan mai jumpa aku .. dia kata ..Ustaz ..tahniah ustaz.. khutbah tadi khutbah `power rangers` .. Aku pun heran sebab apa dia kata macam tu .. Aku tak sebut pasai politik ...PAS ke UMNO ke... tak dak pun.. Mungkin bagiku.. isi khutbah aku tu.. mudah difahami... dan sesuai dalam suasana majlis macam tadi tu...

Lepas tu Tuan DO mai jumpa .. dia kata ..tadi teks khutbah ambik mana... Aku kata .. teks tu majlis punya tapi aku olah baru ..ambik daripada buku aku tulis tu... Dia kata bagi kat saya satu... buku tu.. Lepas tu mai pulak Tok Penghulu.. Tuan Zainol.. dia kata bila Tuan DO nak satu copy buku tu... tuan kena bagi satu kat dia ..dia mungkin akan guna sebagai tazkirah atau muqaddimah dalam mesyuarat ...

Tapi sebenagnya .. masa bagi khutbah tadi..aku ketag bukan main.. sebab inilah kali pertama berkhutbah depan gabenor.. `Alakullihal... semua manusia adalah sama sahaja kecuali mereka yang bertaqwa kepada Allah swt...

Wassalam...



99 JALAN KE SYURGA



1. Bersyukur apabila mendapat sebarang nikmat;

2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;

3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;

4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;

16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah menumpukan fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Hubungkanlah silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Berbicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;

56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;

57. Jangan terlalu banyak berhutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berdusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;

88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.

Wednesday, January 20, 2010

Ikutlah tulisan yang baik daripada `adik` saya yang pernah bersama menuntut di Al Mashoor Lil Banin, Pulau Pinang..

DZULFIKAR MASHOOR: Akhirnya kalimah ‘Allah’ dimuzakarahkan

5 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor

Akhirnya para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sedia bermuzakarah secara harmoni dengan cendekiawan muslim, ahli akademik, para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta beberapa pihak lagi.

Walaupun muzakarah di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut malam tadi dilihat agak lewat, sekurang-kurangnya inisiatif tersebut boleh dijadikan sandaran bahawa masing-masing begitu peduli dengan isu kalimah ‘Allah’ serta tidak mahu isu tersebut dijadikan ‘tiket’ untuk menghalalkan gereja-gereja di Malaysia dibom oleh pihak tertentu.

Bagi Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, PR seharusnya lebih bersikap realistik dalam menyelami perasaan sebenar akar umbi masyarakat Islam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

“Kita mungkin boleh kata ini emosi orang Melayu semata-mata, tapi mereka yang di bawah rakyat berasa sendiri kegelisahan sebenar orang-orang Melayu,” jelasnya.

“Iyalah...memang perlu dakwah dan kefahaman yang rasional, tapi kita juga harus rasional melihat realiti sebenar orang-orang Islam Melayu apabila kalimah Allah ini dituntut sebegitu.”

Menurut beliau, realiti emosi sebegini timbul bukan disebabkan Ketua Paderi Gereja Roman Katholik, Tan Sri Murphy Pakiam memohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar minggu mereka, The Herald semata-mata.

Tetapi, umat Islam menurutnya, begitu merasai asakan demi asakan dari pihak tertentu, bermula pada kes permohonan gugur perkataan Islam pada kad pengenalan oleh Azalina Jailani atau Lina Joy, tuntutan mayat Allahyarham Muhammad bin Abdullah atau Moorty, usaha merendah-rendahkan kedudukan Mahkamah Syariah dengan mendesak Artikel 121 (1A) digugurkan; dan banyak lagi.

Mengakui perkongsian Azmi itu, Anwar mahu perbedaan pendapat tersebut terus digalakkan.

Tetapi, perbedaan tersebut menurut Anwar, tidak seharusnya dijadikan asas untuk semua pihak mengetepikan kezaliman yang lebih besar, yang dilakukan oleh Umno.

“Sebab itu, sama ada kita setuju atau tidak, baik tidak dipertajamkan,” tegas Anwar.

Tambah Anwar lagi, kebimbangan seperti yang diperkatakan oleh Cikgu Azmi juga adalah sesuatu yang wajar.

Pun begitu, kebimbangan tersebut tidak boleh menjadikan para pendakwa Islam bersikap rendah diri (infearility complexs), sebaliknya harus progresif menjelaskan keadilan Islam secara rasional dan wacana.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mencelah kemudiannya berkata, kebimbangan yang dirasai bersama itu tidak boleh dijadikan asas untuk menghalang orang bukan Islam melihat keadilan Islam.

“Kalau hari ini kita (umat) Islam bimbang dan berjaya menghalang mereka dari menggunakan kalimah (Allah), esok lusa kita akan halang mereka pula menggunakan kalimah ‘Isa’ disebabkan bimbang,” jelas Khalid.

“Kebimbangan kita menyebabkan orang bukan Islam tidak dapat keadilan dan hikmah Allah, sedangkan Dia sendiri membenarkan namaNya disebut-sebut oleh sekelian hamba-Nya.”

Bagi filosof Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Dr Osman Bakar pula, membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ lebih menguntungkan Islam itu sendiri.

“Membenarkan mereka menyebut ‘Allah’ sebenarnya memudahkan mereka mengkaji Islam kerana ada ‘persamaan nilai’ akhirnya menguntungkan Islam, kalau tidak umatnya; kerana mereka mengkaji tentang Tuhan kita,” jelas Osman.

Mengambil pengalaman melihat sendiri ‘budaya beragama’ di Amerika Syarikat pasca runtuhnya Pusat Perdagangan Antarabangsa (WTC) pada 11 September 2001 yang lalu, Osman berkata inkuiri penganut agama Kristian terhadap Islam amnya tidak begitu mudah, disebabkan tiada ‘persamaan nilai’ – iaitu menggunakan nama ‘Allah’.

“Di Amerika, orang bukan Islam menganggap orang Islam menyembah suatu Tuhan yang lebih kecil daripada kita hinggakan nampak seperti Tuhan mereka dan kita berlain-lainan.

“Akhirnya, mereka itu lebih sukar didekatkan dengan Islam, istilah Tuhan yang lain-lain,” jelasnya.

Senada dengan Dr. Osman, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih mengambil sikap optimis kerana berasaskan kewajaran Allah menggalakkan Rasulullah s.a.w berwacana dengan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani menggunakan ‘ kalimatin sawa’in ’ (suatu titik persamaan).

Firman Allah yang bermaksud, “Katakanlah: ‘Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), marilah (berpegang) dengan suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu…” (Surah Aali-Imran: 64)

Menurut Tuan Ibrahim, kalau penganut Gereja Katholik dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’, mereka juga boleh jadi terkeliru sebagaimana yang disangkakan (iaitu rasa bimbang) oleh segelintir umat Islam.

“Hikmah Allah membenarkan (nama-Nya disebut oleh orang bukan Islam) sebenarnya nak kelirukan orang bukan bukan Islam supaya dekat dengan agama Islam.

“Zaman Nabi lagi, orang bukan Islam sembut nama Allah dan Nabi tak sekat mereka dari menggunakan nama Allah,” ujarnya.

“(Nabi bertanya kepada Ahli Kitab Nasrani), betulkah Allah itu ada anak? Siapa pula Rohulkuddus? Akhirnya mereka ini menyembah Allah yang Maha Esa disebabkan mereka keliru (dengan agama mereka) tapi nak sebut nama Allah.”

Tuntas dari itu, Naib Presiden PAS Salahuddin pula mencadangkan PR memulakan budaya ‘Wacana Ilmiah’ bersama-sama umat Islam dan masyarakat bukan Islam atas nama ‘kalimatin sawa’in’.

Berpijak atas ayat ke-64 dari Surah Aali-Imran, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, wacana ilmiah tersebut tidak seharusnya dibataskan hanya atas kalimah ‘Allah’ semata-mata.

Sebaliknya, ‘Kalimatin Sawa’in’ atau ‘suatu titik persamaan’ tersebut, menurut Salahuddin boleh juga dimaknakan dengan nilai-nilai sejagat yang lain seperti keadilan, integriti, kebebasan, ketelusan, demokrasi dan sebagainya.

Dalam benak saya, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh beberapa cendekiawan kontemporari sebagai polisi ‘Islamisasi’.

Kalau benar tanggapan ini, bermakna PAS dilihat lebih mudah memenangi akal fikiran-budi masyarakat Islam dan bukan Islam yang serba plural, majmuk dan rencam ini; sebelum Pilihan raya Umum Ke-13 kelak bergendangan kelak.

Kalau yang menolak Islam ini adalah para pemimpin Umno, esok lusa mereka ini jugalah yang akan menolak idea faham Islam yang mahu diketengahkan PAS di Malaysia.

Lebih 50 tahun Umno menolak keadilan hak di sebalik undang-undang Allah di tanah air, tetapi baru hari ini rakyat tidak kira beragama Islam atau berpegangan yang lain diberi peluang mulai melihat pihak-pihak terbabit seolah-oleh sedang membantu Umno menghalang sekalian manusia dari menyebut nama Allah.

“Nas al-Quran adalah wahyu. Setiap ketetapan yang ‘membenarkan’ di dalam al-Quran ini sudah tentu tersembunyi di sebaliknya sesuatu maslahah (kebaikan) yang berlebihan, berbanding mafsadah (kemudhoratan) yang sedikit,” saya berbisik seorang diri.

Mungkin apa yang sedang menghimpit Umno inilah salah satu hikmahnya.

“Fiqar...kalau lebih banyak lagi berwacana sebegini, PAS dan Pakatan Rakyat mungkin lebih berani (dalam) membuat banyak lagi perubahan pemikiran di kalangan ahli-ahlinya sendiri, insya Allah,” bisik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kepada saya.

Harakahdaily.net/-

HAKIM KOMUNIS JATUHKAN HUKUMAN KEPADA ORANG ISLAM YANG INGKAR SOLAT JUMAAT.



Suatu kisah benar tetapi amat melucukan pernah berlaku di Mahkamah Rakyat di Lambor Kiri di mana seorang kader PKM Cina menjadi hakim mengadili kes penduduk kampung tidak hadir solat Jumaat. Kisah ini telah diceritakan oleh Abdullah C.D. dalam memoir bahagian pertamanya yang bertajuk Zaman Pergerakan Sehingga 1948. Di bawah adalah petikan tulisan beliau.

Mahkamah Rakyat

Jawatankuasa Liga Rakyat Anti-Jepun mengadakan mesyuaratnya secara berkala. Melalui mesyuarat inilah mereka mengkaji kekurangan dan kelebihan untuk menimba pengalaman pada masa hadapan. Setiap kali mesyuarat diadakan, ada-ada sahaja masalah yang dikemukakan seperti perbalahan sesama sendiri, melanggar undang-undang Pasukan Simpanan Anti-Jepun dan lain-lain yang berkaitan dengan peraturan dan keamanan kampung. Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, kami bentuk suatu mahkamah. Pada mulanya ia merupakan mahkamah biasa sahaja. Akan tetapi perkembangannya amat menggalakkan dan akhirnya ia berfungsi sebagai mahkamah rakyat yang membicarakan masalah seluruh kampung.

Apabila mahkamah dibuka, semua orang dijemput hadir. Hakim, biasanya terdiri dari seorang kader PKM, kadang-kadang saya sendiri. Hakim akan meminta ahli jawatankuasa membacakan semua perkara yang hendak dibicarakan dan setiausaha akan mencatat semuanya. Kemudian hakim akan menyoal orang yang didakwa dan meminta penjelasan atau bela diri. Setelah itu hakim akan meminta fikiran daripada orang ramai yang hadir di situ. Pandangan orang ramai itu kemudiannya disintesiskan dan dijadikan keputusan. Setelah itu hakim akan membawanya sekali lagi kepada orang ramai dan diadakan undian secara angkat tangan. Apabila majoriti hadirin mengangkat tangan, maka keputusan itu dikira sah.

Pada suatu hari mahkamah dibuka di Lambor Kiri. Kerana saya ada urusan mustahak, maka saya tidak dapat hadir. Jadi seorang kader parti Tionghua yang menjadi hakimnya. Perkara yang hendak dibicarakan amat lucu iaitu masalah orang-orang yang melanggar peraturan masjid. Seorang ahli keluarga saya, Zainal Abidin didapati bersalah kerana berturut-turut tidak menghadiri tiga kali sembahyang Jumaat di masjid. Apabila didakwa, dia mengaku bersalah di hadapan orang ramai dengan penuh keinsafan. Dia didenda lima ringgit dan mengangkut air dan pasir untuk tiga kali Jumaat. Apabila bertemu dengan saya kemudiannya, dia mengatakan bahawa kalau perbicaraan itu diadakan oleh British atau Jepun, sudah tentu dia tidak akan hadir, tetapi ini diadakan oleh pakatan seluruh rakyat, dia mematuhinya dengan tulus ikhlas. Kebetulan pula Zainal Abidin masa itu sudah menunaikan fardu haji di Mekah. Maka kejadian ini menjadi cerita lucu orang ramai kerana seorang Tok Haji dihukum tidak sembahyang Jumaat oleh seorang Tionghua. Kerana mahkamah ini benar-benar bercorak rakyat, mengikut kehendak masyarakat di situ, maka ia disokong dan dipuji oleh orang ramai. Akan tetapi penjahat-penjahat seperti pencuri, perompak dan lain-lain amat takut kepadanya kerana mereka sukar menyembunyikan kejahatannya kerana semua orang akan menjadi saksi dan akan mengadili kejahatannya dengan teliti.

Dari Buku Memoir Abdullah CD

IKHWAN MESIR MENDAPAT MURSYIDUL `AM BARU..


Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).

Tuesday, January 19, 2010

Pemimpin PAS Pulau Pinang sedang bekerja dan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang

Salam Du`at sekelian...

Minggu lepas aku dan TPJ TPJ lain buat pertama kali mengadakan dialog dengan penganut christian di sebuah gereja di Greelane Pulau Pinang.. Hari khamis ini kami sekali lagi akan berada di sebuah gereja di kawasan Butterworth dalam usaha kami berdakwah dan menerangkan mengenai isu2 yang sengaja ditimbulkan oleh UMNO dan BN untuk menimbulkan suasana tidak tenteram di antara agama dan kaum di Malaysia ini...

Dua hari lepas .. seperti yang aku tulis sebelum ini.. kami berhimpun ramai-ramai mendengar taujihat daripada Al Fadhil Us Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden dalam seminar politik dan Pilihanraya PAS Pulau Pinang.... PJ . YB Us Salleh Man .. seperti biasa tiap-tiap hari bersama rakyat Permatang Pasir ..

Aku kalau nak tulis .. banyak jugak ..kadang2 tu dah terlupa dah .. Minggu lepas menghadiri mesyuarat atau taklimat pertama MAIPP .. lepas tu hari Jumaat .. menerima tauliah daripada Mr CM sebagai ahli majlis Syura kerajaan negeri.. lepas tu mesyuarat plak.. aku cakap .. bagi sumbangan kat kerajaan negeri.. aku tak bagi chance..

Minggu lepas jugak .. aku melancarkan program Jom Usrah bawah Lajnah Tarbiyah yang aku pimpin di 6 kawasan .. Bukit Gelugor, Jelutong, Bukit Bendera, Tanjung, Tasek Gelugor dan tempat aku , Kepala Batas dilancar sendiri oleh PJ.

Kami pimpinan negeri ada kawasan masing2.. Aku di Kepala Batas.. hari Ahad baru ni .. ziarah 3 jenazah di kawasan Penaga dan Tasek Gelugor.. Minggu lepas turut melawat kawasan kampung Guar Kepah.. kawasan tembatan banjir tepi sungaai Muda kerana .. keluar masuk lori angkut tanah menyebabkan kawasan kampung berdebu dan sekiranya berlaku hujan lebat.. terjadi pulak banjir kilat .. aku mendengar rungutan orang kampung... bertubi2 soalan terjah yang aku kena jawab...

Aku follow up surat yang dihantar oleh JKKKN kepada MPSP JPS DO Office.. turun naik turun naikpejabat kerajaan ..dah jadi rutin kehidupan kami.. bekerja kerana mencari perhatian Allah.. untuk rakyat.. kadang2 tak dan nak rehat2 dengan keluarga..

Ustaz Mujahid lagilah hebat... kena jaga Parit Buntar.. bukannya kecik kawasannya.. dan satu2nya pemimpin PAS yang boleh berdialog dengan begitu baik sekali dengan kaum2 lain yang berpegang pada agama lain... Kewibawaannya begitu terserlah baru2 ini dalam dialognya dengan penganut kristian baru2 ini..

Hari Khamis ni .. aku ada majlis mesyuarat MAIPP di Penang .. berbincang mengenai pembahagian portfolio dan tugas kami sebagai ahli MAIPP.. perkara ni teramat penting ni... perah otak lagi .. lepas tu hari Sabtu pagi aku diminta merasmikan Program braistorming pemerkasaan parti bawah us Mujahid lajnah pemerkasaan parti, di Balek Pulau.. Sebelah malam aku dan team Lajnah Tarbiyah akan bawa PJ sekali ke Nibong Tebal untuk melancarkan program Jom Usrah di sana...

Esok .. pagi-pagi lagi aku kena pi Komtar jumpa dengan PA TKM 1, sdr Anuar untuk berbincang mengenai borang warga emas yang dikatakan masih berselerak di Komtar... baahaya ni.. nanti kesian kat warga emas ..tak dapat duit nanti...

Aku rasa ..kami sedang melaksanakan amanah yang diberikan kepada kami... Kami sedang bekerja walaupun mungkin masih sedikit dan kecil sumbangan kami kepada rakyat Pulau Pinang .. tapi sekurang-kurangnya kami sedang menuju ke arah untuk menawan hati rakyat dan juga ke arah menawan Menara Komtar tingkat 53 dan Putrajaya...... Takbir...

Wassalam...



Monday, January 18, 2010

Anak Luar Nikah...MasyaAllah !



Stastik Pejabat Pendaftaran Negara sejak tahun 1999 - 2003 sahaja, sejumlah 70,430 anak tanpa bapa yang sah ataupun anak luar nikah didaftarkan di Malaysia. Yang lebih menyedihkan ialah 44% daripadanya adalah anak-anak orang Islam.

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Bermakna hampir 50 kanak-kanak tidak berdosa ini setiap hari didaftarkan secara sah melalui pejabat pendaftaran. Tidak termaksuk kes-kes pembuangan bayi yang dikesan pihak berkuasa selama ini. Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia, sebanyak 580 kes pembuangan bayi dicatatkan antara tahun 2000 hingga 2006. Malah angka - angka ini mungkin meningkat jika dicampur dengan kes-kes pembuangan janin.

Walaupun statistik-stastik ini mungkin akan cuma menjadi satu lagi angka-angka bagi pihak berkuasa, ibubapa haruslah lebih berwaspada dengan tingkah laku anak-anak remaja mereka sekarang ini. Bagi pihak kerajaan statistik ini mungkin tidak begitu penting jika dibandingkan dengan agenda politik mereka. Dan disebabkan itulah juga tiada usaha-usaha yang benar-benar serius dari pihak kerajaan Umno/BN untuk menangani permasaalahan yang kian meruncing ini.

Umno/BN seharusnya memikirkan pendekatan yang lebih Islamik untuk menangani gejala sosial ini. Aktiviti-aktiviti sosial hendaklah dikawal ketat dan rancangan-rancangan hiburan yang menjurus kearah maksiat hendaklah diberhentikan serta merta. Lesen-lesen pusat hiburan tidak harus dikeluarkan lagi kerana keujudan kelab-kelab malam inilah yang membentuk keperibadian anak-anak remaja Islam selama ini. Dan keujudan kelab-kelab ini jugalah yang telah merosakkan akhlaq ramaja Islam kita selama ini.



Tambahannya, Umno/BN melalui Kementerian Penerangan seharusnya mampu untuk bertindak mendidik anak-anak remaja kita melalui program-program yang lebih menjurus kepada keperibadian muslim dan bukannya mengagung-agungkan artis-artis yang semakin hari semakin menyimpang jauh dari Islam dari segi akhlaq dan cara hidup mereka. Ataupun menganjurkan program -program yang liar yang mengizinkan pergaulan bebas lelaki perempuan.

4.39 juta belum daftar pemilih: SPR

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada NGO, persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya, SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik penolong pendaftar sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan.

"Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.

- Bernama

WHAT TO DO .. NOW ???


Salam .. Du`at sekelian..

Alhamdulillah .. program seminar politik dan pilihanraya ini berjaya mendapat sambutan luar biasa .. kehadiran 150% daripada target sebenar .. mencecah 450 orang peserta daripada JKKKN yang berada di kampung2 sehinggalah kepada nuqaba` ajkk MTD dan kepimpinan negeri...

Walaupun begitu .. kita tak boleh leka dan seronok dengan kejayaan round pertama ini .. melalui kehadiran yang amat menggalakkan ini.. Apa yang penting sekarang ini .. ialah .. What we want to do now..???

Di sini saya gariskan beberapa perkara penting hasil ucapan dan pembentang oleh kedua-dua pimpinan PAS Pusat .. Al Fadhil Timb Presiden dan AJK Pusat Dr Dzulkifli Ahmad...

  1. Meneruskan dan memantapkan perubahan `mindset` kita dengan mengatakan bahawa PAS Pulau Pinang adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang .
  2. Dalam persaingan meyakinkan rakyat.. persaingan dalaman Pakatan Rakyat mahu pun di kalangan rakyat Pulau Pinang.. kita perlumeyakini di situ ada manfaatnya.. serta kelebihan yang tersendiri..
  3. Mantapkan dahtar pemilih dengan setiap UPU dikehendaki mendaftar pengundi baru sebanyak 10 orang dalam jangka sebulan sehingga 17hb Februari ini..
  4. Dakwah kepada Non Muslim perlu digerakkan.
  5. Organisasi pilihanraya PAS di semua peringkat perlu terus bergerak dengan lebih tersusun.. MTD UPU JPRK dan JPN.
  6. Adakan workshop semula di kawasan selepas seminar ini supaya ada penerusan .. YDP kawasan perlu serius mengambil berat perkara ini supaya ..program hanya tinggal program.. tiada `action` atau tindakan susulan ..
  7. Meneruskan gerak kerja `PAS FOR ALL`.. Apatah lagi dalam waqi` dan realiti di Pulau Pinang yang majoritinya adalah bukan Islam ..
  8. Penonjolan tokoh-tokoh PAS yang boleh diserap sebagai calon teramat perlu supaya rakyat dapat mengenali mereka ..
  9. Pimpinan Negeri terutamanya, perlu bijak mengambil peluang dalam suasana Pakatan Rakyat PP sedang `deliver dan perform` (ada buktinya) untuk menyumbang sarankan idea dan tindakan terbaik untuk rakyat PP, kepada kepimpinan PR PP terutamanya Mr CM sendiri...
  10. Ahli PAS PP perlu menguasai semua wadah-wadah dan institusi dalam masyarakat sebagai plartform atau stepping stone untuk menyemarakkan lagi imej dan dakwah Islam.
  11. Cuba mendekati umat Melayu PP dengan agama kerana kefahaman mereka mengenai agama teramat jauh sekali..
  12. Memahami `smart partnership` dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang...
  13. Menggunakan media yang ada untuk mewar-warkan imej atau wajah politik baru Malaysia..
  14. Menggempur pemikiran rakyat dengan `ketuanan Rakyat` sebagai pendekatan untuk melibatkan rakyat dalam pembangunan Islam dan Negara..
  15. Membawa politik berteraskan kepada prinsip `urus tadbir baik` dan keadilan sejagat..
  16. Memahami politic coalition cross-racial dengan sebaik-baiknya...
So.. Inilah bentuk tindakan yang perlu kita semua lakukan ... walaupun ia masih bersifat umum.. tetapi ia sekurang-kurangnya sebagai guide line dan panduan untuk kita semua untuk disampaikan kepada grass-root akar umbi pemimpin PAS di semua peringkat.. Semua kita bertanggung jawab dalam merealisasikannya... TAKBIR 3 kali..

Wassalam.....



UMNO 1MALAYSIA PERKAUMAN??

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil jalan tengah yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi.


Katanya, 'middle Malaysia' ini milik setiap rakyat Malaysia.

Berbeza dengan 'Umno Malaysia', Lim berkata, 'Middle Malaysia' mementingkan karakter daripada warna kulit.

"Tidak seperti BN Malaysia, dalam 'Middle Malaysia' kita adalah adik beradik, ibu bapa dan anak lelaki dan anak perempuan Malaysia," katanya ketika berucap di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh hari ini.

Tidak seperti 'kroni Malaysia', katanya, 'Middle Malaysia'berpegang pada kepercayaan bahawa kekayaan, peluang dan sumber adalah milik semua rakyat Malaysia.

Lim membuat saranan tersebut ketika negara sedang berdepan dengan insiden tempat ibadat, sebahagian besarnya gereja, menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme, ekoran isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

DAP sendiri menjadi sasaran mereka yang menggambarkan parti itu sebagai cauvinis Cina yang mahu menghakis hak istimewa orang Melayu dan Islam, sebagai agama rasmi.

Pada masa ini, parti itu juga merupakan anggota kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, dan slogan baru yang disarankan oleh Lim itu dilihat sebagai halatuju baru DAP dalam berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini parti itu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang menekankan kepada kesaksamaan untuk semua, yang menjadi teras ideologi parti itu sejak penubuhannya pada 1960-an, tetapi ianya menimbulkan kecurigaan di kalangan orang Melayu.

Dalam mengetengahkan 'Middle Malaysia', Lim membidas konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurut Lim telah memecahbelahkan lagi negara ini.

Sebaliknya, ketua menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - PAS dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Jelasnya, itulah 'Middle Malaysia' yang dibawa oleh Pakatan - bertolak ansur dan saling hormati menghormati, berbanding dengan BN sikap ekstremis BN yang menakutkan semua orang dengan sikapnya yang tidak bertolak.

Sebagai contoh sikap inklusif DAP, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti itu, telah menambah dua kali ganda peruntukan untuk halehwal agama Islam, kepada RM24.3 juta dalam bajet 2010, berbanding peruntukan BN pada 2008.

Lim terus membidas konsep 1Malaysia dengan menyentuh cara kerajaan mengendalikan kes Teoh Beng Hok serta rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009

Thursday, January 14, 2010

Kpd Pimpinan PAS terutamanya JKKKN PAS.. Gunakan saluran ini.. Aktifkan cawangan anda dengan program kebajikan..


Salam .. Du`at sekelian...

Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang ( MAINPP ) melalui anak syarikatnya PUZ telah melaksanakan pelbagai bentuk program agihan bagi membangunkan masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang.

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, PUZ telah menyediakan pelbagai bentuk skim bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan tergolong di dalam asnaf zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ghorimin, Ibnu Sabil, Fisabilillah dan Ar-Riqab dengan menumpukan fokus kepada program-program pembangunan asnaf dan mengeluarkan golongan asnaf daripada suasana kefakiran dan kemiskinan selaras dengan kehendak syara’ seperti berikut :

(i) Membasmi Kemiskinan Tegar / Kemiskinan
(ii) Pembangunan Modal Insan
(iii) Pembangunan Pendidikan
(iv) Peningkatan Kualiti Hidup
(v) Peningkatan Taraf Kesihatan
(vi) Pembangunan Usahawan
(vi) Pembangunan Institusi MAIPP

Jadi saya minta kerjasama semua pimpinan PAS di semua peringkat untuk membuat permohonan secara bertulis kepada PUZ di atas nama @ letterhead JKKKN.. jumpa dengan pegawai yang bertugas.. sapa2 pun tak apa.. Us Fawwaz Md Jan pun boleh..

Sekian Wassalam....


samb.. MUJAHID KETIKA BERDIALOG DENGAN KRISTIAN .. ihsan Al Banjari..



Institusi gereja juga menolak penggunaan ISA. Jelas lagi terang !

"..UMNO dan BN sebenarnya tak mampu mengatasi masalah yang rumit dan sensitif.."*klik disini.

Apa kata YB Mujahid ? Ketika bertemu dengan paderi dan khalayak di majlis anjuran Gereja Khatholik, kelmarin ? Kupasan hujah pencerahan yang sangat mantap oleh beliau dalam isu penggunaan 'Allah' oleh pihak Kristian. Tahniah YB !!

Catatan eksklusif ini akan dipostingkan sepenuhnya sikit masa lagi. Apapun layan dahulu dengan foto dibawah. Pembaca tentu tahu sedikit sebanyak apa yang mahu dihebahkan di blog ini. Sebahagian foto yang diambil dengan 'kebenaran' pihak Gereja Besar Pulau Pinang kelmarin. Hanya 2 jurugambar dibenarkan ambil foto di majlis gereja kelmarin, satu di pihak gereja dan satu lagi diberi kepada wak. NO PRESS NO PHOTOS. Terjah ajer..beb !!

Isu kalimah Allah dan roboh gereja : Pimpinan PAS PP masuk kawasan gereja .. adakan dialog dengan penganut kristian katholik...


Salam .. Du`at sekelian...

Kelmarin merupakan hari yang bersejarah untuk aku.. Kali pertama aku menjejak kakiku di kawasan gereja.. iaitu gereja penganut Kristian mazhab katholik yang terletak di Greenlane, Pulau Pinang bersama TPJ lain Us Mujahid Yusuf Rawa, Us Taqiyuddin Hamzah, Sdr Yaakub YDP PAS Tanjung, Sdr Yusuf ahli MPPP, Sdr Nasir SU Kawasan Jelutong beserta 5 pimpinan Pas Kawasan dan Negeri ..

Alhamdulillah.. atas usaha dakwah ini.. melalui pendekatan yang teramat baik dan tinggi nilainya di sisi agama ini.. usaha mulia yang diwarisi daripada Nabi Saw dan Umar Al Khattab.. kami mengorak langkah dengan bergaya .. kami sampai pada pukul 6 petang.. diberi tepukan bergemuruh oleh hadirin yang lebih kurang berjumlah 500 orang lebih ketika berjalan memasuki ruang dewan yang begitu besar..

Apatah lagi sebahagian daripada kami berkopiah putih dan berjanggut lebat.. Aku berasa begitu terharu.. tambahan pula baru sahaja dilantik menjadi ahli MAIPP apabila diberi sambutan meriah sebegini daripada Non Muslim.. Al Fadhil Us Mujahid Yusuf Rawa mewakili PAS Negeri Pulau Pinang berjaya memukau para pendengar pada hari itu..

Ucapannya penuh berwibawa menyerlahkannya sebagai seorang yang begitu memahami uslub dakwah yang sebenar berpandukan Al Quran da As Sunnah.. Ucapannya dimulakan beberapa ayat Al Quran.. dengan bahasa Inggerisnya yang begitu fasih.. dengan penggunaan bahasa yang begitu mudah difahami ..sekali sekala .. begitu tegas mengenai hukum Islam .. apatah lagi aqidah Islam..

Aku nak nak cerita detail pun aku pun tak berapa ingat dah.. Cuma .. yang aku nak cerita .. selesainya ucapan Us Mujahid.. beliau diberi `standing ovation` iaitu bangun tanda respect dan kagum kepada Us Mujahid.. Bagi ku Us Mujahid telah berjaya menguasai majlis tersebut kelmarin.. dan pendekatannya diterima dengan begitu positif oleh penganut kristian dan juga termasuk ucapan tahniah daripada paderi2 yang hadir pada hari tu.. Dialog yang dijalankan begitu telus.. dijawab oleh Us Mujahid dengan penuh berhati-hati.. dengan penuh berwaspada..

Islam dan PAS akan menguasai Malaysia dengan perubahan minda kita semua dalam mengenengahkan uslub dakwah yang berteraskan kepada Islam yang sebenar dalam suasana politik era baru ini.. Sama-samalah kita mendokonginya.. Insya Allah Islam boleh... Takbir.. Janganlah kita sombong sesama Islam dan sesama manusia yang merupakan hamba Allah... Yang Maha Perkasa..

Akhirnya .. Dengan tegas aku berkata untuk diriku .. UGAMA AKU UGAMA AKU UGAMA ENGKAU UGAMA ENGKAU.. sambil berjalan setelah mersakan diri kami ini telah menunaikan amanah besar kepada kami.. iaitu.. dakwah kepada bukan Islam...

Wassalam..


Bom Gereja, Islam AS Lancar Derma Bantu M'sia


NIHAD Awad, cendekiawan Islam Amerika Syarikat yang disegani oleh masyarakat bukan Islam kerana memperjuangkan 'keadilan hak' berdasarkan al-Quran.

DEMI membuktikan Islam sebagai agama yang adil, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam antarabangsa, Dewan Persaudaraan Umat Islam Amerika (CAIR) semalam melancarkan tabung derma untuk membaiki beberapa gereja yang dibom di Malaysia.

Bercakap pada pemberita di Washington, Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad menjelaskan bahawa dana sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Duta Malaysia di Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, inisiatif tersebut demi menunjukkan bahawa ajaran Islam Islam yang sebenar mengajar penganutnya melindungi semua rumah ibadat.

“(Baik) Muslim di Amerika, Malaysia hatta seluruh dunia harus membantu melindungan semua rumah ibadat, dan dengan (berbuat) demikian menunjukkan semangat (ajaran) Islam yang hakiki,” kata Nihad sebagaimana dipetik dari laman web rasmi CAIR, www.cair.com

Jelas Nihad lagi, inisiatif CAIR membantu membiayai gereja-gereja yang dimusnahkan tersebut merupakan simbol komitmen umat Islam Amerika terhadap toleransi beragama dan keamanan.

“(CAIR mewakili) Muslim Amerika merupakan salah satu simbol komitmen (persaudaraan Islam) terhadap toleransi antara (penganut) agama dan menghargai kehidupan yang damai dengan membantu membaiki semula gereja-gereja yang rosak,” jelasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak berwajib yang beragama Islam supaya memandang serius beberapa insiden terbabit.

“(Sebagai) Muslim, (sepatutnya) tidak boleh berpeluk tubuh melihat mana-mana rumah ibadat sekali pun (termasuk Masjid) dari diserang,” jelasnya.

“Masyarakat kita (Muslim Amerika) seharusnya serius (memandang pengeboman gereja) dan akan mengambil beberapa inisiatif supaya (rakyat melihat) ketinggian moral sebagaimana yang ditunjukkan (pada) prinsip-prinsip Islam.”

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam supaya mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan Islam melalui dialog yang konstruktif.

Tambah Nihad lagi, seruan tersebut berdasarkan perintah Allah dalam ayat 46 dari Surah al-Ankabut (29) yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berdialog dengan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi), melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali (khususnya) dengan orang-orang cerdik pandai di antara mereka (pula), dan (lalu) katakanlah: ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab samawi) yang diturunkan kepada kami (iaitu al-Quran) dan yang diturunkan kepada kamu (iaitu Injil, Taurah dan Zabur); Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu dan kami hanya berserah diri kepada-Nya.”

Beliau turut menjelaskan keadilan Khalifah Umar al-Khattab ketika menerima kunci Baitulmuqaddis daripada seorang Patriak Sophronius lalu diminta bersolat di dalam gereja, tetapi Umar menolak permintaan demikian kerana bimbang rumah ibadat bagi penganut kristian tersebut akan berubah menjadi masjid disebabkan ketokohan Umar di sisi rakyat berbilang agama di kota suci tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sebelum ini sekeras-kerasnya mengutuk pengeboman tersebut.

Dalam pada itu, beberapa media arus perdana pula dilihat seolah-olah cuba memanipulasi emosi masyarakat Islam dan bukan Islam, sejak Mahkamah menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melarang Gereja Katholik dari menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan, The Herald pada 31 Disember tahun lalu.

Manakala, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishammudin Tun Hussein dilaporkan terus membuat penafian bahawa Umno mendalangi beberapa aksi keganasan ke atas gereja-gereja terbabit. -END