PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, December 05, 2009

PAS PULAU PINANG PERLU BIJAK MENGAMBIL PELUANG DI KALA UMNO MASIH MENGEKALKAN RENTAK LAMA .. SIRI KE 3..


AGENDA PEMERKASAAN PAS PULAU PINANG 2009/2010

Salam Du`at sekelian..

Sambungan daripada artikel terdahulu.. saya sebagai Masul Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan (LTP) BPPNPP mencadangkan beberapa agenda tindakan yang perlu dilakukan oleh kepemimpinan dan pendokong PAS Pulau Pinang sesudah kita menyelami keadaan nazak UMNO di Pulau Pinang...

1. Perkasakan usrah yang merupakan nadi dan tulang belakang suasana mahabbah di kalangan ahli. Sekarang ini LTP telah mengadakan 4 kali mesyuarat dan 3 kali pertemuan dengan barisan Nuqaba` Pulau Pinang.. Kita cuba sedaya mungkin untuk bertemu dengan penggerak Kawasan dan Cawangan setiap bulan melalui Ijtima` yang kita namakan GERAK yang bertujuan untuk mengerakkan grassroot supaya tidak lena dan dibuai mimpi indah dengan kemanangan yang berupa ujian besar daripada Allah...Mungkin tahun ini kita hanya target kepada pemantapan Nuqaba` dan Usrah Nuqaba` dapat diadakan dengan kadar segera..

2. Perkasakan JKKKN yang merupakan wadah PAS dalam masyarakat.. Gunakan peluang ini.. Peluang terbuka ini perlu dimanfaat sebaik mungkin.. tiada peluang yang kedua dah.. kalau kita jadikan jawatan JKKKN ini sebagai medan membalas dendam atau tujuan untuk ghanimah ..maka tunggulah bala daripada Allah.. Kita bukannya mewarisi perangai UMNO .. kalau kita berperangai sebagaimana UMNO ketika memegang jawatan JKKK sebelum ini.. maka alamatnya... PRU 13 nanti .. kita tak akan menang di kawasan yang kita bertanding di PP ini... JKKKN perlu berperanan dengan lebih berkesan dan masyarakat menyedari kehadiran kita dan sumbangan kita kepada mereka... Tengok seterusnya.... ulasan baik daripada sahabat kita Qarie Afifi mengenai JKKKN sebelum ini...

3. Perkasakan Cawangan, PASTI atau markaz sebagai penggerak PAS di peringkat `grassroot`.. Ini adalah kelebihan kita yang tiada dalam parti2 lain.. Kita mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.. Kita mempunyai jentera kerja parti yang menyeluruh di semua peringkat.. Cuma saya mengharap supaya jentera ini terus istiqamah bekerja dan bekerja sepanjang masa.. jangan hanya `berkisah` dengan maslaha `rumahtangga` kita sahaja sehingga kita melupakan mereka2 yang amat memerlukan bantuan kita yang berada di sekeliling kita...

4. Kumpulkan dan daftarkan pemilih baru di kawasan strategik. Ini tugas yang paling utama kepada setiap pendokong PAS di negeri ini.. Ambil contoh MTD Permatang Pasir yang bergerak sepanjang masa...

5. Perbanyakkan aktiviti kebajikan di kawasan dan cawangan supaya rakyat menyedari kehadiran PAS dalam masyarakat.. sebagai usaha memperkenalkan PAS.. Ambil contoh apa yang dilakukan oleh PKS di Indonesia , Hamas di Ghazzah, Ikhwan Muslimin di Mesir yang telah berjaya menawan hati rakyat mereka dengan program kebajikan sehingga diakui dan dihargai sendiri oleh pihak pemerintah...

Bersambung ... ada lagi selepas ini...

Wassalam....

3 comments:

Qorie Afifi said...

ana bersetuju dgn cadangan yang di atas dan hendaknya kita gubalkan satu kertas kerja bagi mencapai hasrat dan tujuan yang di atas.

rosidi hussain said...

tqvm.. for your continiously support to me.. We have to sit down first and discuss thoroughly..

Qorie Afifi said...

Off course , im right here waiting for u.... :)