PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 04, 2009

PAS PULAU PINANG PERLU BIJAK MENGAMBIL PELUANG DI KALA UMNO MASIH MENGEKALKAN RENTAK LAMA .. SIRI KE 2..

Bekas bendahari kelab UMNO Washington DC pun dah jadi orang kuat PAS Penang.. Jaga-jaga.. kemunculannya dalam memberi sumbangan kepada Islam .. tidak disedari oleh kebanyakan pemimpin PAS Pulau Pinang..

Rentak atau Perangai lama UMNO Pulau Pinang yang masih dipraktikkan...
  • Pemimpin UMNO PP seperti Azhar, adun Penaga masih suka mencipta isu remeh temeh sebagai cubaan untuk menutup ketidak upayaan UMNO membela dan menjuarai dalam membela melayu Pulau Pinang..
  • Pemimpin UMNO PP masih suka bersandiwara di hadapan media kepunyaan mereka sahaja dengan menimbulkan perkara2 yang dikatakan `penyelewengan kerajaan negeri` tetapi sebenarnya ia bertujuan untuk menutup segala penyelewengan mereka semasa mereka mentadbir kerajaan negeri sebelum ini..
  • Rata-rata pemimpin UMNO di Pulau Pinang tidak menumpukan kepada pembelaan nasib orang melayu yang mereka fikir hanyalah bagaimana nak hidup mewah.. Ini terbukti .. kepada ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang mempunyai rumah mewah bernilai jutaan ringgit ...
  • Yang hanya tinggal menyokong kuat UMNO sekarang ini hanyalah mereka yang mempunyai kepentingan material dan jawatan yang disandang daripada kerajaan pusat seperti JKKKP.. lalu menyebabkan ramai professional doktor peguam dsbnya menyertai PAS..
  • Pemimpin masih boleh dikatakan terlibat dengan rasuah dan penyelewengan wang kerajaan sehinggakan TUN M pun dalam blognya mengatakan rakyat masih dipimpin oleh pemimpin UMNO yang terang2 terlibat dengan rasuah..
  • Pemimpin UMNO masih hidup mewah.. sombong.. tidak bermasyarakat.. terlampau `politiking` sehingga nasib Melayu dipinggirkan.. sebagai contohnya, Adun Permatang Berangan , Shabudin Yahaya yang akan menamatkan `termnya` sebagai YDP MAIPP masih membenarkan lawatan pegawai MAIPP ke luar negara di hujung2 kariernya dalam MAIPP menggunakan peruntukan zakat??? dan pada masa yang sama menyambung tauliah perlantikan AJK masjid setahun lagi dalam keadaan tergesa2 rabu lalu.. sedangkan khidmat beliau akan berakhir penghujung bulan ini.. Seolah2 cuba meneguk di air keruh dengan kepimpinan baru MAIPP yang telah diperkenan oleh Agung yang akan memulakan khidmat mereka awal tahun hadapan..
  • dan mungkin banyak lagi..
Oleh iti PAS Pulau Pinang perlu mengambil peluang keemasan ini untuk menonjolkan diri di kala UMNO masih di takok lama.... bagaimana ye... Tunggu artikel selepas ini...

Wassalam

4 comments:

penjualubat said...

masih terdapat org2 pas yg mempersoal apa yg pas dpt dipulau Pinang? fikirlah..apa PAS dpt masa bn perintah dahulu? nak bergerak pun susah,lani ustaz2 pas boleh mengajar, berkhutbah dimasjid2, dap tak kacau pun, tak la mcm bn perintah dulu, utk jawatan jkkk pun org pas yg dpt lebih, org pas tak tau ketua menteri pernah bila nak lantik seseorang pegawai dia mintaa pandangan abg mat sabu dulu, ini dah kira satu penghormatan kpd pas, sepatutnya kita kena sedar, Pas hanya ada 1 kerusi di p.pinang,org2 pas yg komplen banyak tu sepatutnya kenalah kerja kuat supaya menang lebih kerusi, moga2 pimpinan pas negeri dpt terangkan kepada ahli2 tentang perkara2 seperti ini..

juna said...

Sekarang ni dah ada 2 pusat karoake kat kepala batas dan 2 di tasek gelugor dan ianya wujud di era pentadbiran kerajaan PR dan Pas. Ini sangat tidak sihat pada pandangan rakyat terhadap PR. seolah PR yang menggalakan pertumbuhan unsur negatif ini.tak tahu samada mempunyai lesen atau tidak tapi ia boleh membuka peluang untuk UMNO menghentam PR. Mohon rujuk pada MPSP dan kerajaan negeri.

Qorie Afifi said...

Kalau hendak mencari salah pasti kita kalah....

Qorie Afifi said...

Siapa Tunggang Siapa ?

Di dalam politik akan ada 2 bahagian yang sentiasa di sebut oleh ramai orang. Pertama parti dan kedua adalah ahli. Untuk mencapai sesuatu hasrat di dalam politik salah satu dari 2 yang disebutkan tadi harus menjadi KUDA.

Sekarang marilah kita merenung apakah kita yang jadi KUDA atau parti kita yang menjadi KUDA kepada kita.

Satu perbezaan yang besar antara PAS dan UMNO yang jarang dilihat oleh orang ialah tentang siapa yang jadi kuda dan siapa pula yang jadi jockey. Ahli-ahli PAS adalah di latih untuk menjadi kuda dan PAS adalah jockey.

Jadi untuk mencapai hasrat PAS pasti akan ada kuda yang perlu dikorbankan , akan ada kuda yang keletihan dan akan ada kuda yang porlu di bersarakan.

Berbeza dengan UMNO , ahli-ahli umno menjadikan UMNO adalah kuda mereka. Mereka akan tunggang kuda ini untuk mencapai hasrat politik mereka.

Akhirnya memang mereka sampai ke tempat tujuan namun KUDA mereka semakin rosak , kuda mereka semakin tenat dan penat kerana kuda mereka hanya satu iaitu UMNO. Mereka tunggang UMNO menjadi kuda mereka dan ahli-ahli UMNO menjadi jockey kepada parti mereka.

Dalam erti kata lain ialah :

Ahli-ahli PAS menjadi KUDA kepada PAS bagi mencapai matlamat dan tujuan sedangkan AHLI UMNO pula menjadikan UMNO sebagai KUDA untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka. Inilah sebuah perbezaan antara PAS dan UMNO.

UMNO berjuang untuk ahli-ahlinya. Ahli-ahli PAS berjuang untuk partinya. Renung dan lebarkan minda.....maka anda akan temui akan erti sebuah pengorbanan............

http://bincangpetang.blogspot.com/2009/12/politik-siapa-tunggang-siapa.html