PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 04, 2009

PAS PULAU PINANG PERLU BIJAK MENGAMBIL PELUANG DI KALA UMNO MASIH MENGEKALKAN RENTAK LAMA

PROGRAM RAYA PAS KEPALA BATAS MENDAPAT SAMBUTAN BAIK DARIPADA MASYARAKAT

Keadaan perkembangan politik di Pulau Pinang..

  • Kerajaan PR di Pulau Pinang pun tak terlepas dari cubaan untuk menjatuhkannya.. Macam-macam mereka lakukan.. Cuma di Pulau Pinang ini.. ia agak berbeza dengan negeri-negeri lain.. Antaranya Melayu adalah minoriti dan pendekatan PAS bagi pandangan saya ia menjurus kepada dakwah dan kebajikan serta mengambil tempat UMNO untuk menjuarai dalam pembelaan Isu-isu faqir miskin yang banyaknya adalah dari kaum Melayu..
  • PAS adalah kompenan parti terpenting dalam PR.. Jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang dalam pilihanraya umum lalu menunjukkan PAS lemah atau pun PAS tidak boleh menyumbang atau berperanan dalam kerajaan PR di PP... tetapi melihat dengan lebih jauh peranan PAS ...`Satu`tidak bererti sedikit.. `satu` lebih banyak daripada kosong.. Di belakang `satu` itu ada beratus ribu ahli PAS yang komited dan konsiten dalam perjuangan..
  • Kita juga berperanan sebagai `check and balance` dalam kerajaan PR di Pulau Pinang.. PAS yang bersifat sebagai sebuah parti Islam tidak boleh lari daripada berperanan sebagai pendakwah kepada orang lain termasuk dalam PR..
  • Perkara maksiat, mungkar dan mazmumah perlu ditegur dan tak boleh bertolak ansur dalam hal ini, maka PAS berperanan menyampaikan pandangan seperti ini melalui saluran yang betul..
  • PAS perlu mempunyai ahli dan pemimpin atau calon dalam pilihanraya yang mempunyai personaliti yang amat baik.. berkepemimpinan.. berwawasan.. berkarisma.. berakhlak mulia.. beramanah.. mudah didekati oleh masyarakat.. barulah PAS boleh menjadi `champion` dan berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang walaupun PAS di pihak minoriti. Inilah modal dan aset besar PAS yang tak boleh disangkal oleh sesiapa pun.
  • Keadaan Melayu Pulau Pinang khususnya yang pernah menjadi isu nasional suatu masa dulu..Penduduk Melayu di Kepala Batas lebih kurang 73%.. Cina 22%.. India lebih kurang 4% lebih.. Rata-rata penduduk Melayu Kepala Batas banyak tertumpu di kawasan Penaga .. Lebih kurang 87% penduduk Penaga adalah kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan ..Pak tani di bendang.. Selebihnya ..yang muda-muda .. ramai bekerja di kilang-kilang di kawasan Prai, Mak Mandin, Bayan Lepas dan ada juga yang bekerja di kawasan perindustrian Tikam Batu, Sungai Petani... Kawasan Bertam dan Pinang Tunggal lebih kurang 65% adalah melayu..
  • Pihak kita ada membuat kajian mengenai Kenapa Melayu di Pulau Pinang agak tertinggal sedikit di belakang berbanding dengan kaum lain di Pulau Pinang:
  • Pimpinan melayu UMNO sebelum ini ada yang tidak bertanggung jawab dan tidak memainkan peranan yang sebenar sebagai pembela nasib bangsa. Akhirnya melayu Pulau Pinang merasa diri mereka adalah golongan minoriti yang tidak dipedulikan.Pada zaman kerajaan BN di Pulau Pinang orang melayu merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan Cina - sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri pada masa itu adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu
  • Orang Melayu merasa terpinggir di negeri sendiri di Pulau Pinang ini - kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan.Kesemuanya adalah gara-gara syarikat perumahan UMNO seprti UDA PERDA JKP dll tidak berfungsi menarik orang melayu Pulau Pinangmembeli rumah dengan harga yang mampu dibeli oleh orang melayu.
  • Pemimpin BN khususnya UMNO walaupun berada dalam kerajaan pada masa itu tidak boleh memainkan peranan dalam membela nasib melayu untuk memiliki rumah dengan harga yang munasabah.Pimpinan politik melayu sentiasa juga membawa isu perkauman .. melayu tertindas.. melayu ketinggalan.. melayu mundur.. tapi result masih tidak membanggakan..
  • Cakap tak serupa bikin..Kadang-kadang tu pemimpin terlalu menggembar gembur .. kita ni minoriti.. orang melayu layak menerima bantuan kerajaan - hanya kerana dikatakan minoriti .
  • Pemimpin –pemimpin politik UMNO dalam kerajaan sebelum ini pentingkan diri sendiri dan poket sendiri - bercakap bukan main kononnya membela kaum bumiputera, sedangkan bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya .
  • Pemimpin-pemimpin politik melayu sebelum ini tidak bersatu walaupun satu parti - kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan idea masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja.
  • Pemimpin-pemimpin melayu sebelum ini tidak ikhlas menolong melayu satu bangsa - “…kerana kamu logo bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih wujud di Pulau PinangPemimpin-pemimpin politik melayu tidak bersatu walaupun sama agama – Bagi mereka politik segala-galanya... kata kata saya ini bertepatan dengan apa yang yang ditulis oleh Tun M dalam blognya baru-baru ini yang mengatakan Melayu terpinggir disebabkan politik kepartian sempit..
  • Pemimpin politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan - kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasamaPAS pada pandangan masyarakat Islam di Pulau Pinang dan penduduk Pulau Pinang amnya..PAS akan mendapat tempat dalam hati masyarakat melayu Islam dan juga bukan Islam kerana terbukti wakil-wakil PAS boleh bekerja bukan bercakap sahaja macam pemimpin Melayu BN sebelum ini.. PAS boleh berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang kerana kita menjadi Islam sebagai `foundation` dan landasan utama dalam hidup ini..

    PAS Pulau Pinang pada era pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang yang terbuka luas ini di kala pemimpin UMNO Pulau Pinang masih keanak-anakan dan bertindak tidak matang serta masih mengekalkan rentak lama dalam tindakan mereka untuk mengambil hati melayu Pulau Pinang kerana faktor-faktor berikut...

    1. PAS merupakan salah satu parti utama Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
    2. PAS telah memberi sumbangan yang tak berbelah bahagi kepada kemenangan PR di Pulau Pinang samada melalui sikap musyawarah, tolak ansur, tegur menegur melalui saluran sebenar, tiada `politiking` dan lain-lainnya.
    3. PAS telah memberi khidmat dan kerjasama yang baik sekali kepada kepimpinan Ketua menteri sekarang ini.
    4. PAS tidak pernah menimbulkan suasana yang tidak harmoni sesama parti Pakatan Rakyat.
    5. PAS bekerja dengan ikhlas secara penuh berhati-hati walaupun rakyat Pulau Pinang khususnya melayu Islam masih belum memberi sepenuh sokongan kepada PAS.
    6. PAS memalui JKKKN dan Ahli majlis PBT terus bekerja dengan penuh dedikasi...
    7. PAS Pulau Pinang sentiasa befikir dan berusaha untuk meletakkan PAS sebagai pengganti kepada UMNO pada pandangan rakyat melayu islam.. kerana setakat hari ini kaum melayu islam Pulau Pinang masih mengatakan nasib Melayu masih terpinggir dan diketepikan daripada kepimpinan kerajaan negeri.
    8. PAS bukanlah parti perkauman tetapi pada pandangan kaum melayu ..mereka masih mengharapkan PAS daripada parti2 lain dalam Pakatan Rakyat untuk memartabatkan kaum melayu Pulau Pinang..
    9. PAS mengharapkan kerajaan negeri terus berurusan dengan pihak kami secara langsung tanpa pembabitan orang tengah atau parti2 lain demi kesinambungan dan pemantapan kerjasama serta merealisasikan semangat Pakatan Rakyat..
    10. PAS memerlukan beberapa wadah dalam kerajaan negeri atau syarikat kerajaan negeri untuk menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat Melayu.. Dengan itu masyarakat akan melihat dan boleh menilai prestasi PAS di negeri yang kita cintai ini...
    11. PAS mengharapkan hasil pertemuan semua organisasi PAS samada sayap utamanya .. pemudanya ... muslimatnya dengan kerajaan negeri dipandang serius oleh kerajaan negeri bukannya hanya melepaskan batuk ditangga sahaja atau dipandang sebelah mata sahaja..
    12. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri dapat menonjolkan PAS dengan cara meletakkan peranan PAS mengetuai badan2 utama kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)..
    13. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang tetapi PAS mengajak kesemua komponen PR di Pulau Pinang supaya melihat jauh ke hadapan kepada sokongan rakyat secara bersepadu kepada PR dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
Sekian wassalam... PAS PP perlu mengorak langkah ....

No comments: