PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 07, 2009

PAS PULAU PINANG MENGORAK LANGKAH KANAN


Salam Duat sekelian...

Saya baru selesai menghadiri mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya (LPP) BPPPP di Pongsu Seribu..Alhamdulillah..dapat juga diadakan mesyuarat tu setelah tertangguh sejak beberapa bulan lalu yang mungkin disebabkan beberapa siri PRK baru2 ini..

Semasa mempengerusi mesyuarat tersebut.. saya melihat daripada luahan dan sumbangan idea gaya bahasa dan tari menari buah fikiran setiap ahli mesyuarat.. kesemuanya begitu inginkan satu perubahan yang drastik ke arah gerak kerja pilihanraya yang lebih tersusun, mantap dan fokus..

Ahli mesyuarat begitu bersemangat untuk memastikan gerak kerja berbentuk tindakan yang berterusan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.. tidak boleh tangguh lagi.. tidak boleh cakap banyak lagi..tidak boleh sembang2 kosong lagi..

Alhamdulillah saya sempat juga menyebut kesemua lima agenda pemerkasaan PAS Pulau Pinang yang saya tulis dalam blog ini.. yang telah lama terbuku dalam diri ini.. akhirnya diluah sepuas2nya dalam mesyuarat tadi..

Seterusnya sebagai langkah mula dengan lebih tersusun.. gerak kerja pilihanraya di Pulau Pinang.. ke arah PRU 13 dengan lebih cemerlang.. maka diputuskan tadi.. satu seminar yang bernama SEMINAR PILIHANRAYA PAS PULAU PINANG akan diadakan pada 17 hb Januari 2010 yang Insya Allah akan diadakan di Auditorium MPSP Bandar Perda..

Saya akan bentangkan kertas kerja saya yang bertajuk ``PAS PP perlu mengorak langkah di kala UMNO Pulau Pinang masih mengekalkan rentak lama`` .. Selain daripada itu pimpinan PAS PUSAT akan hadir membentangkan `strategic planning` untuk PAS PP.. Semua pimpinan utama Negeri Kawasan diwajib hadir di samping itu juga JKKKN PAS dan penolong pendaftar SPR daripada PAS juga diminta hadir...

Antara Objektif utamanya adalah untuk planning.. panduan pelan tindakan secara terperinci dan lebih fokus supaya pendokong2 PAS dapat melaksanakan dengan lebih muda dan terarah.. Maksudnya hasil seminar.. peserta mengetahui nak buat apa ... nak pastikan PAS menang besar atau tambah kerusi DUN Pulau Pinang dan juga merampas kerusi parlimen daripada UMNO..

Saya mengharap kesemua pendokong PAS dapat bersama dengan BPPPP dalam memastikan PAS berada dalam hati sanubari rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang ini dan seterusnya mendapat kejayaan dalam PRU 13 nanti...

Insya Allah... saya yakin.. PAS PP mengorak langkah kanan.. seperti pacuan kuda seperti gambar di atas... Wassalam ... Takbir..

1 comment:

Qorie Afifi said...

Elok sangatlah akan cadangan dan seminar yang akan diadakan itu.