PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 10, 2009

KHAZANAH CURI HAK PULAU PINANG

Rakyat Pulau Pinang terus dizalimi oleh UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (DAP) petang tadi mempersoal kaedah penyaluran dana untuk memulihara tapak warisan George Town, Pulau Pinang.

Baginya, tindakan kerajaan pusat menyalurkan dana RM20 juta pada suatu syarikat bukan kerajaan negeri, Khazanah Nasional Berhad sesuatu yang salah.

"Kalau RM30 juta boleh diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Warisan Negara, mengapa RM20 juta yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan pula pada (Syarikat) Khazanah Nasional," soalnya.

"Kalau kerajaan nak bagi pinjaman kepada syarikat swasta seperti Khazanah Nasional, memang tiada isu, tetapi dana ini diperuntukan untuk penyediaan, penyeliaan serta pemuliharan kawasan tertentu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Beliau turut mencadangkan kaedah dana tersebut diserahkan kepada pihak yang berhak, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kalau tidak mahu berikan dana ini kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya beri kepada MPPP kerena mereka lebih berhak."

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berhak menguruskan dana pemuliharaan tersebut, sebagaimana dijamin dalam Seksyen 16B(1) Akta Perancangan Bandar Desa, 1976.

"Ia sebenarnya untuk penyediaan dan penyeliaan Perancangan Kawasan Khas (SAP) dan tujuan-tujuan yang lain, yang hanya boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri," jelasnya.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengumumkan peruntukan dana tersebut di Parlimen.

Pengumuman tersebut, sebagai menjawab pertanyaan Liew dalam sesi persidangan Dewan Rakyat. Penafian hak menguruskan dana tersebut dilihat sebagai rekod baru kezaliman Umno BN, setelah Kelantan dinafikan hak menguruskan royalti minyak baru-baru ini.


2 comments:

Qorie Afifi said...

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu perkara yang tidak kita jangkakan berlaku. Ianya adalah sebuah perkara yang sememangnya sering berlaku dan akan berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Inilah hakikat demokrasi terpimpin , kita tidak membicarakan tentang kejam atau kezaliman kerana berdasarkanhukum pentdbiran ianya adalah benar.

Sebab itulah ada beberapa undang-undang pentadbiran negeri hendaklah di gubal semula bagi menjaga hak kenegerian sesebuah negeri.

Undang-undang pentadbiran bahan sejarah / muzium dan setiap artifak yang di letakkan sebagai warisan sejarah haruslah di kelolakan atau di tadbir oleh kerjaan negeri.

Ada banyak enekmen negeri yang tidak berpihak kepada kerajaan negeri.......semak dan teliti bang haji........

Qorie Afifi said...

AKTA WARISAN KEBANGSAAN

Sebelum Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) diwartakan pada 31 Disember 2005 dan dikuatkuasa pada 1 Mac 2006, hanya terdapat Akta Benda Purba, 1976 (Akta 168) yang digunapakai bagi perlindungan dan pemeliharaan warisan Negara berkaitan barang purba, monumen, dan tinggalan kebudayaan. Akta Treasure Trove Act, 1957(Act 542) pula adalah berkaitan jumpaan harta karun tetapi pelaksanaannya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Pada Sesi Parlimen Januari 2005, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan pemeliharaan warisan di dalam Senarai Bersama (Concurrent List), dan menjadikan warisan di bawah bidang kuasa perundangan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, serta memberi obligasi kepada kedua-dua kerajaan ini dan rakyatnya untuk memelihara, melindungi, memperkembang dan menjaga warisan kebangsaan. Pelaksanaan ini juga adalah sejajar dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 27 Mac 2004.