PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 14, 2009

INGATLAH.. BLOGGER ADALAH PENDAKWAH.. PRESENTATION ANDA ADALAH DAKWAH.. BERHATI-HATILAH.. oleh anak sengat..

Dunia blog bertambah meriah. Meriah kerana banyak blog baru muncul. Muncul dengan agenda tersendiri. Ada yang muncul kerana sekadar ingin menulis. Ada yang menulis sekadar di ajak rakan rakan agar menulis. Ada yang menulis untuk menjadi periuk nasi ( upahan umNO) ada juga yang sememangnya merasakan tanggungjawab kepada agama dan perjuangannya.

Dunia maya ini menjadi semakin meriah. Dari kunjungan dan bahan sembang kedai kopi hinggalah ulasan pak menteri. Terkini Perdana Menteri turut memberi panddangan terhadap dunia penulisan blog. PAS sebagai sebuah jamaah Islam tentunya memberi perhatianterhadap medium baru sebaran maklumat dan berita ini.

Menyedari kepentingan dan tanggungjawab pemberitaan bukan hanya bahan dunia malah bekalan akhirat, tentunya sebagai peneraju kebangkitan Islam di Malaysia khasnya , PAS perlu mendidik ahlinya agar medan yang sepatutnya menjadi medan dakwah ini di batasi dengan akhlak dan penulisan yang berteraskan didiplin yang digariskan oleh Islam.
Konvensyen Blogger PAS adalah satu "usaha bantu mula" yang digerakkan Penerangan PAS Pusat setelah menyedari kekalutan politik tanahair sebahagiannya berpunca dari penulisan tanpa akhlak dan tanggungjawab serta disiplin Islam. Kemeriahan ini perlu dikawal bukan dengan tujuan menyekat kebebasan menulis atau bersuara tetapi mengawal agar ianya bermatlamat membela bukan meruntuh, berdakwah bukan menyebarkan fitnah

Sebagai agama fitrah yang datang membimbing ummat manusia agar nilai khalifah itu kekal, usaha membimbing perlu dilakukan. islam tidak muncul sebagai agama yang menyekat, ia hanya memimpin agar jalan itu benar dan lurus. Menggunakan akal yang waras tanpa kawalan kehendak kepentingan nafsu kepuakan dan duniawi semata. Inilah yang mesti didik kepada ahli PAS...

Bagaimana dengan kompenan rakan yang menjadi ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat dan penyokongnya atas pagarnya??? Apakah mereka tidakpenting dan perlu dibiarkan??? Tidak .. .jawapan nya sekali kali tidak.... Mereka juga penting...Hanya islam mengajar kita " Ibda' binafsik" Mulakan dengan diri kamu. Fitnah mesti ditutup. Sebab itu saya gunakan istilah bantu mula.

01) PAS perlu menyelesaikan masalah sesama ahlinya kerana menyedari ahlinya adalah antara yang paling ramai menyertai dunia blog.
02) Ahli PAS adalah ahli yang telah menyatakah baiah dan sebagai ahli yang telah menyatakan baiah... mereka WAJIB taat atas arahan parti.
03) PAS mempunyai kuasa mendisiplinkan dan mentarbiahkan ahlinya. Ini kewajipan sebuah jamaah Islam! ahlinya mesti berakhlak dengan akhlak islam!
04) Ahli PAS adalah mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam, mudah bagi PAS membimbing dengan akhlak dan disiplin ISlam. Menggunakan dalil dan hujjah Al Quran. Terasa lunak dan tidak terasa janggal dengan istilah nifaq atau fasiq.

Rakan blogger PR lain tidak sewajarnya berprasangka konvensyen ini sebagai usaha memisahkan atau mengeksklusifkan PAS dari Pakatan Rakyat. Anggaplah ianya sebagai satu program dalaman. Bezanya, kali ini PAS memberi tumpuan mendidik para bloggernya. Apakah ia satu isu yang boleh di"bisingkan" atau dijadikan isu???

Jika selama ini kita sering meminta sikap berlapang dada...mengapa tidak dalam suasana ini?? Ada yang meminta agar program itu dibuka .... saya tegaskan ia program dalaman.... tentu cara mendidik anak dengan mendidik "anak jiran atau mungkin anak sedar sekalipun adalah berbeza.

Bagi yang tak berparti tetapi menyokong Pakatan...saya sarankan...lebih baik buat keputusan tepat dengan menjadi ahli mana mana parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau Pakatan Rakyat yang buat untuk ahli komponennya anda juga boleh menyertainya...jangan nanti anda marah kerana terpisah....anda yang memisahkan diri sendiri...jangan orang lain yang di salah .

Amat pelik anda menyokong dan meyakini kebenaran PR tetapi memilih untuk tidak menyertai mana mana parti. Alasan tak suka taksub kepada mana mana parti sebenarnya adalah alasan kepada tak suka dikongkong atau dipertanggungjawabkan dengan kerja parti.... Biasanye golongan ini jenis "ikut suka aku" ... dalam Islam berjamaah itu wajib.... bersendirian dan memisahkan diri dari jamaah itu Haram.!

Dari kita membanyakkan masalah dengan perkara yang tak patut jadi masalah...mari kita berusaha menyelesaikan masalah...Konvensyen PAS ini adalah satu cara PAS menyelesaikan masalah yang ditimbulkan ahlinya..... takkan itupun salah????

No comments: