PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 17, 2009

ANDA SEMUA PERLU HEBAHKAN AKTIVITI JKKKN PAS PULAU PINANG

Salam.. pendakwah sekelian...

Just baru balik daripada menghadiri mesyuarat JKKKN Penaga .. Daripada banyak2 mesyuarat JKKKN ini.. dah 2 kali saya menghadiri mesyuarat.. Alhamdulillah selepas 5 bulan saya dapat dan boleh menilai prestasi JKKKN di kawasan saya ini..

Secara umumnya .. JKKKN di kawasan Penaga bergerak aktif dan sentiasa bergerak dalam memberi khidmat terbaik mereka kepada masyarakat setempat.. Hasilnya.. walaupun.. bukan daripada kawasan Penaga.. JKKKN PAS Dun Pinang Tunggal yang diketuai oleh Sdr Md Akhir, NYDP Kawasan, telah terpilih sebagai antara JKKKN yang paling aktif di Pulau Pinang..

Tanggungjawab mereka walaupun mungkin boleh diperbaiki lagi selepas ini tetapi perlu diketahui oleh kita semua bahawa mereka sedang dan terus melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam masyarakat.. daripada masalah rumah tangga yang asalnya bukan di bawah job spec mereka sehinggalah kepada masalah penyaluran dan peruntukan bantuan kerajaan negeri kepada rakyat.. kesemuanya diuruskan oleh JKKKN ini..

Saya tabik kepada mereka semua.. Mereka sedang melaksanakan amanah dengan baik sekali.. Cuma kerja buat mereka di peringkat akar umbi ini TIDAK mendapat publisiti yang meluas daripada akhbar arus perdana negara kita.. Apatah lagi .. memang telah menjadi sikap akhbar ini untuk menutup segala ruang dan peluang kepada PAS untuk mendapat publisiti secara free mengenai segala aktivitisme JKKKN PAS ini..

Saya amat amat mengharapkan supaya hebahan dan publisiti JKKKN PAS di seluruh negeri kita ini dapat digerakkan dengan lebih sistematik untuk masa masa hadapan ini.. Sayang seribu kali sayang.. kalau kerja baik kita ini tak sampai kepada sasaran yang sebenarnya terutamanya masyarakat melayu yang masih menebal pergantungannya dengan UMNO..

Oleh itu dalam memperkasakan PAS PP melalui wadah JKKKN ini.. yang telah meletakkan PAS di tengah-tengah masyarakat..yaani dalam gelanggang yang sebenar.. walaupun mungkin padang atau gelanggang itu masih tak sama rata...bukan lagi di tepi tepi gelanggang lagi seperti sebelum sebelum ini.. sebelum PRU 12 dulu... saya mencadangkan supaya bloggers PAS Penang turun padang di kawasan JKKKN yang majoriti pengerusinya adalah daripada PAS .. dan membuat liputan menyeluruh mengenai segala kerja2 yang dilakukan dan sebagainya...

Selain daripada itu.. JKKKN PAS juga perlu bijak dalam mencari dan mendapat publisiti ini dengan mempunyai hubungan pr yang baik dengan wartawan2 akhbar2 seperti Harakah, Siasah, Sinar Harian dan juga STAR.. Yang lain tu tak payahlah...

Kepimpinan Pas Kawasan juga perlu membimbing JKKKN masing2 dan jangan lepaskan JKKKN ini bertindak keseorangan tanpa bantuan daripada kepimpinan PAS.. PAS adalah tulang belakang kepada JKKKN ini.. Jangan biarkan JKKKN ini kelupog sorang2 dia dalam memberi bantuan kepada rakyat.. Tak boleh... Kita kena ikat mereka.. mereka membawa imej parti dalam masyarakat.. Ini teramat penting.. Baik JKKKN ini baiklah parti kita.. Buruk mereka .. Buruklah parti kita ini...

Rakyat terutamanya masyarakat melayu seolah2 tertanya tanya PAS buat apa pada mereka kerana mereka melihat macam tiada apa2 yang dibuat oleh JKKN PAS ini.. apatah lagi mereka melihat PAS ataupun JKKKN PAS ini sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, walaupun mungkin kita mempunyai alasan yang tersendiri untuk mengatakan sebaliknya..

Jadi.. publisiti secara meluas teramat penting dalam menempatkan PAS dalam hati-hati rakyat Pulau Pinang khususnya masyarakat Melayu.. seterusya sebagai salah satu strategi memenangi kerusi kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke 13 nanti..

Wassalam...


1 comment:

Qorie Afifi said...

Nanti kita atoq KARNIVAL JOM HEBAH kita bersaing secara sehat dgn karnival jom heboh....kita org PAS tak heboh sgt ,,yang kita nak ialah HEBAH.......fiwitttttt