PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 24, 2009

TAZKIRAH BUAT SEORANG SAHABAT..

Tazkirah buat seorang sahabat...

PAS ditubuhkan atas dasar Islam iaitu untuk bertakwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia.Ini jelas dalam buku perlembagaan PAS - sila rujuk FASAL 1 , 2 dan 3 hingga fasal 5.

Perkara-perkara takwa dan aktiviti takwa adalah termaktub dalam aktiviti Tarbiyah dan dakwah dan perkara-perkara kebaktian dan berbakti kepada manusia adalah termaktub kepada ablum minannas ( hubungan sesama manusia ). Atau lebih mudah jika kita melihat aktiviti dan peranan didalam unit amal.

Jadi disini ingin saya tekankan bahawa 2 unit utama yang boleh mengerakan kembali jentera kepercayaan rakyat atau masyarakat kepada Pas harus digerakan melalui 2 unit yang saya katakan iaitu Unit Tarbiyah dan Unit Amal.

Ruang dakwah masih luas dgn kekosongan dalam masyarakat kita. Kita boleh berbakti kepada masyarakat ketika adanya jenazah. Kita boleh menguruskan jenazah dengan membentuk team memandikan jenazah , menkafankan jenazah sehinggalah membawa jenazah ke tanah perkuburan melalui unit amal pada setiap cawangan. Ini adalah jalan dakwah dan kerja-kerja bakti yang paling memberi kesan kepada masyarakat.

Sekiranya perlu kita juga boleh membentuk kumpulan untuk solat jenazah di setiap kawasan. Ini bagi meringankan beban kepada waris yang masih hidup....

Kerja-kerja BAKTI adalah hal-hal ibadah yang terkandung didalam FARDHU KIFAYAH. Rujuklah kembali apakah hal-hal yang bersangkut dengan fardu kifayah kemudian bentuklah kumpulan amal kita disitu maka disinilah akan terserlah kerja-kerja bakti kita kepada masyarakat.

Dalam unit amal juga kita boleh membentuk mentara kenduri yang sekrang ini kalau nak buat kenduri masyarakat kita cukup pening dengan mentara. Kita boleh mengangkat talam-talam atau dulang-dulang tanpa kita mengira rumah. Disebabkan kita mahu melakukan bakti dan dakwah maka jalan seperti ini juga merupakan satu faedah yang dapat dirasakan oleh kedua pihak.

Draft gotong-royong surau sebulan sekali dalam setiap cawangan juga adalah kerja-kerja bakti kita kepada masyarakat. Kita tak perlukan nasi kawah untuk gotong-royong ini. Jika ada 4 atau 5 orang dalam kumpulan ini pun dah memadai. Kita pi cuci taik cicak dlm surau-surau dan cuci kolah dan sebagainya pun adalah dakwah dan kerja bakti juga. Apakah ada orang akan menghalang kita tak bagi kita cuci surau? InsyaAllah tak dak kut.

Mana-mana cawangan yang ada kekuatan bolehlah depa masak sikit-sikit kemudian lanjutkan dgn program tazkirah , panggil budak-budak jamu depa makan nasi.....lepas tazkirah kita makan sama-sama. Tak payah masak byk2 kira-kira dalam 20 ke 30 org pun dah memadai....maksimum kita buh pi lah 50 org....baru 5 kilo beras saja..

Wassalam..

No comments: