PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, November 26, 2009

PENGORBANAN IBRAHIM DAN ISMAIL AS. PEMANGKIN GERAK KERJA HARAKI

Salam .. Du`at sekelian...

Dalam melaksanakan gerak kerja dakwah kita tak dapat lari daripada berada dalam jemaah Islam. Tanpa disedari sebenarnya apabila kita telah memilih PAS sebagai wadah perjuangan kita di atas muka bumi Malaysia khasnya, kita telah berada dalam sebuah jemaah Islam. PAS adalah sebuah Jamaah Islam.. PAS adalah organisasi dakwah.. PAS juga organisasi Siasah..

Apabila kita menggabungkan diri kita dalam sebuah Jamaah Islam, kita sebenarnya telah bersedia untuk mewakafkan diri kita dalam perjuangan yang bermatlamat Islam ..yang bermatlamat Mardhatillah... Kita telah bersedia untuk berkorban apa sahaja demi Islam tercinta.. Pengorbanan merupakan salah satu ciri-ciri utama seorang ahli gerakan atau jamaah Islam..

Sempena Aidil Adha pada tahun ini, saya ingin mengingatkan diri saya yang lemah ini dan rakan2 seperjuangan sekelian .. pengorbanan merupakan lumrah dan asam garam perjuangan Islam ... Pengorbanan disebut sebagai Tadhiah adalah sinonim dengan gerak kerja dakwah secara jamaie..
  • Kita perlu berkorban dan bersedia melapangkan masa kita dengan aktiviti PAS..
  • Kita perlu berkorban dan bersedia untuk menghadiri mesyuarat PAS walaupun ada kekangan tertentu.. kecuali atas alasan Syarie..
  • Kita perlu berkorban dan bersedia untuk menghabiskan banyak masa kita dengan program PAS melebihi daripada masa bersama dengan keluarga kita sendiri..
  • Kita perlu berkorban dan bersedia melakukan `research` dan kajian tertentu mengenai fenomena politik dalam negeri dan antarabangsa..
  • Kita perlu berkorban dan bersedia untuk menegur ahli lain dan pada masa yang sama bersedia untuk ditegur..
  • Kita perlu berkorban dan bersikap `gentleman` dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat di kalangan ahli..
  • Kita perlu berkorban dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita oleh pimpinan atau mesyuarat agung..
  • Kita perlu berkorban harta dan sedikit wang kita demi perjuangan yang suci ini..
  • Kita perlu berkorban dan cuba sedaya upaya untuk melebihkan kepentingan `Islam` dan `PAS` daripada kepentinga diri, perut dan poket kita sendiri..
  • Kita perlu berkorban segala kepentingan duniawi demi mencari keikhlasan yang sebenar apabila berada dalam gerakan Islam ini.
  • Kita perlu berkorban segala idea dan pandangan bernas kita demi menghormati pandangan dan persetujuan secara syura dan `consensus`..
  • Kita perlu berkorban apa sahaja demi menjaga tatasusila dan disiplin mesyuarat..
  • Kita perlu berkorban dan mesti menerima keadaan dan kemampuan serta kefahaman ahli-ahli di semua peringkat..
  • Kita perlu berkorban dengan gelagat ahli dan pimpinan yang mudah latah dan melenting dengan isu2 semasa yang sengaja disensasikan oleh media massa arus perdana yang bersikap `opportunist`.
  • Kita perlu berkorban dan sentiasa berusaha untuk mencari peluang untuk bersama2 dengan pimpinan utama..
  • Kita perlu berkorban dengan tahap kerja dan `performance` yang dilakukan oleh setiap ahli dan pemimipin kita ..
  • Kita perlu redha dengan apa yang berlaku sekarang ini dan sentiasa bersiap sedia untuk bekerja (bukan bercakap sahaja) untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam PAS bukannya cuba untuk mencipta suasana yang tidak `soleh`..
  • Kita perlu berkorban dengan meninggalkan perangai buruk kita .. persepsi negatif kita.. bercakap tak serupa bikin.. bercakap tanpa berfikir.. berniat jahat.. cubaan `character assasination` ..
  • Kita perlu berkorban dan serius, tak boleh lawak-lawak lagi dalam kita memenangi rakyat dengan program PAS..
  • Kita tak boleh wujudkan dalam diri kita cubaan untuk mengaut keuntungan diri dan melebihi kepentingan diri dalam gerak kerja dalam PAS ini..
  • Sebenarnya ..kita perlu berkorban apa sahaja sebagai HAMBA ALLAH YANG SEJATI..
So .. apa lagi.. tahun ni masuk tak korban... Wassalam...


No comments: